Monday, August 4, 2014

BOIKOT ISRAEL : Perjuangan Yang Sia-Sia ?

BOIKOT... Perkataan ini sering kali menjadi sebutan dan juga menjadi perkataan yang boleh dikatakan trending di media sosial setiap kali serangan keatas Gaza dilancarkan oleh rejim Zionis laknatullah. Selain boikot, perkataan yang seringkali dikaitkan dengan serangan Zionis ini adalah kemanusiaan, kejam, #prayforgaza, jenayah perang, gencatan senjata, pembunuhan kanak-kanak dan wanita serta pelbagai lagi istilah yang dikaitkan dengan peperangan.

Apa yang menarik, perkataan-perkataan ini digunakan apabila melibatkan perang-perang yang melibatkan negara-negara Barat sahaja. Contohnya pengguguran bom atom di Hiroshima & Nagasaki oleh Amerika Syarikat. Jenayah perang agent orange di Vietnam oleh Amerika Syarikat. Kematian manusia yang tidak berdosa di Iraq dan Afghanistan. Begitu juga dengan serangan Israel keatas Gaza yang mana 80% mangsa yang mati akibat serangan Israel adalah orang awam bukannya keatas anggota briged al-Qassam.

Produk-produk yang dikatakan ada kaitan dengan Israel
Itu merupakan punca utama masyarakat dunia bangun menyuarakan bantahan sebagai tanda protes terhadap tindakan rejim Zionis ini. Tiada tindakan responsif dunia terhadap pertelingkahan diantara kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia di Donetsk kerana tiada orang awam terlibat sebagai war casualties. Kalau ada pun jumlahnya minimum. 

Justeru, dunia terutamanya segelintir negara-negara Islam ingin bertindak terhadap kekejaman Israel ini. Namun apakah sangat yang boleh dilakukan oleh negara kerdil seperti Malaysia ini? Jika Argentina memanggil pulang dutanya di Israel, Malaysia langsung tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. 

Sekatan ekonomi? Soalnya kepada siapa? Amerika Syarikat? Malaysia tidak akan berbuat demikian meskipun Washington secara terang-terangan menyokong Israel dalam isu konflik ini. Kenapa... Kerana kepentingan kedua-dua negara dalam pelbagai aspek perlu dijaga kerana akan merugikan negara dalam jangka masa panjang sekaligus membantutkan cita-cita Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020. Dalam erti kata lain, jika Malaysia melakukannya pun tidak akan ada apa-apa yang signifikan berlaku dalam menyelesaikan isu ini.

Himpunan Selamatkan Gaza di Dataran Merdeka
Kerana ketidakmampuan kerajaan dalam menunjukkan tanda protes seperti itu, kerajaan hanya mampu mengecam segala tindakan dan seringkali mengusulkan isu ini di Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu. Tindakan ini merupakan satu bentuk sokongan konsisten dan menyeluruh Malaysia terhadap Palestin dalam mengangkat Palestin menjadi anggota penuh PBB daripada kini yang menjadi negara pemerhati.

Masyarakat dunia yang terkesan dan bersimpati dengan nasib negara Palestin ini melakukan gerakan tersendiri iaitu boikot. Sebenarnya isu ini mendapat perhatian menyeluruh di segelintir negara sahaja terutamanya Malaysia dan Turki. Di negara-negara lain, hanya segolongan aktivis sahaja yang menyuarakan bantahan terhadap kekejaman ini. Sejujurnya, Malaysia merupakan salah satu negara yang paling aktif dan konsisten dalam membantu Palestin sama ada dalam bentuk kewangan ataupun sokongan.

Universiti Islam Gaza dibom Israel
Di Malaysia, bahkan di negara-negara luar, kempen boikot produk yang berkaitan dengan penyaluran dana kepada Israel telah lama berlaku. Namun seperti yang penulis nyatakan diatas tadi, gema boikot itu kembali kedengaran dan memuncak apabila serangan keatas Gaza berlaku. Isunya? setelah berlaku beberapa siri kempen serangan Israel seperti Operation Cast Lead dan Operation of Pillar Defense, rejim Zionis masih tidak serik-serik menyerang Gaza. Tiada kesan kah kempen boikot kita?

Pandangan penulis...

Kempen boikot terhadap barangan dan perkhidmatan yang menyalurkan dana kepada Yahudi ini mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Meskipun ia tidak menyeluruh, seperti contoh pada pagi Syawal lalu, masih terdapat golongan yang berpakaian baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok menikmati pagi Syawal di McDonalds selepas sembahyang raya di Kangar, Perlis. * Yaa... McD Perlis pernah menjadi isu di Perlis gara-gara orang ramai beratur panjang untuk menjadi yang pertama merasai makanan segera disitu.

Kempen boikot ini menjadi viral di media sosial terutamanya di Twitter dan Facebook. Group Whatsapp juga mesti ada individu-individu yang menyuarakan bantahan dengan berkongsi gambar barangan berkaitan dengan Israel. Persoalannya? adakah kempen ini membawa kesan kepada ekonomi Israel dan mampu memberikan tekanan kepada rejim Zionis?

Jawapannya ya... Pegawai tinggi kerajaan Israel menyuarakan kebimbangan terhadap kempen boikot secara global ini dengan berkata ia berpotensi berbahaya buat Israel. Walaubagaimanapun, pada detik ini, kesan pemboikotan terhadap produk berkepentingan dengan Israel ini masih berada di bawah tahap minimum tambahnya.

Pada Mac 2014, akhbar Israel melaporkan bahawa Israel telah kehilangan US$30 juta gara-gara BDS ataupun Boikot, Penarikan Pelaburan ( Disinvestment ) dan Sekatan oleh masyarakat dunia. Laporan itu pada Mac, maksudnya pada suku pertama tahun ini sahaja, Israel telah kerugian RM90 juta, jika perkara ini berterusan sehingga Jun, anggarannya sekitar RM180 juta. Dan perlu diingatkan yang kempen ini masih berjalan dan kempen ini memuncak pada Julai kerana operasi ketenteraan oleh Israel. Maknanya, kesan boikot terhadap produk Israel ini meningkat sekurang-kurangnya tiga kali ganda bermula Julai.

Kenapa penulis berkata boikot meninggalkan kesan kepada rejim Zionis. Pertama, penulis ingin buat perkiraan mudah menggunakan kalkulator dalam menunjukkan kesan boikot terhadap produk Israel dengan menggunakan McDonalds sebagai model.

Katakan umat Islam di Malaysia ini berjumlah 15 juta di Malaysia ( mengambil angka bancian pada tahun 2010 yang menunjukkan Melayu mempunyai 14.8 juta di Malaysia ). Dalam jumlah itu, hanya 10% sahaja yang memboikot McD dengan tidak membeli set makanannya yang bernilai RM10 setiap minggu. Keuntungan McD yang disalurkan kepada Israel pada setiap RM10 ialah 10% iaitu RM1

Maknanya, dalam tempoh seminggu RM1.5 juta penyaluran dana ke Israel dapat dikurangkan dan RM6 juta dalam tempoh sebulan. Setahun RM72 juta bersamaan US$24 juta. Itu jika yang terlibat itu diandaikan seramai 1.5 juta rakyat Malaysia... Kalau lebih... Jika rakyat Malaysia bersatu padu memboikot McDonalds, kesannya lebih parah.

Katakan umat Islam yang mampu beli McD adalah seramai 10juta orang. 10juta X RM 1 X 4 minggu maknanya RM40 juta dalam tempoh sebulan. Setahun jumlah penyaluran ke Israel yang dapat dielakkan berjumlah RM480 juta bersamaan dengan US$160 juta. Jumlah bantuan Amerika Syarikat buat Israel dalam membangunkan sistem Iron Dome ( sistem pemintas roket Israel ) yang diluluskan kongres berjumlah US$225 juta. Maknanya jika duit itu tidak disalurkan, Amerika Syarikat hanya mampu menawarkan bantuan sebanyak US$65 juta

Mesej boikot yang tersebar di timeline Twitter dan juga di wall FB sebenarnya memberikan kesan buat Israel. Ini kerana ia menyebabkan pelabur berpersepsi  bahawa melakukan perniagaan yang melibatkan Israel ini boleh menyebabkan mereka diboikot. Penulis akan memberi contoh mudah...

Penulis merupakan warga England dan pengusaha kilang kasut, penulis ingin mencari kilang untuk dibuka buat pasaran Asia. Penulis ingin membuka kilang di Israel kerana lokasi yang strategik dan kos buruh yang murah. Pembinaan kilang itu sahaja memakan kos US$30 juta. Tahun pertama kos buruh yang perlu dibayar ialah US$3 juta. Dalam erti kata lain, penduduk Israel akan mendapat hasil dari peluang pekerjaan yang dijana dengan jumlah kolektif pembayarannya ialah US$3 juta setahun.

Setelah menandatangani perjanjian, penulis melihat post-post di Facebook dan tweet-tweet yang memboikot barangan berkaitan dengan Israel. Kasut penulis yang dibuat di Israel meskipun berasal dari England berkemungkinan turut diboikot. Cepat-cepat penulis panggil mesyuarat lembaga pengarah dan membatalkan perjanjian untuk melabur di Israel tersebut kerana takut kasut jualan syarikat penulis turut diboikot.

US$33 juta yang diperuntukkan untuk membuka kilang disana yang pasti akan mengalir ke tangan orang Israel telah diselamatkan gara-gara penulis melihat pandangan orang ramai mengenai Israel dan kempen boikot tersebut. Ia bersamaan dengan RM100 juta.

Perkara ini sebenarnya benar-benar berlaku. Mengikut data di Wikipedia, 14 majlis bandaran di Belgium meninggalkan Dexia Bank gara-gara bank itu membantu menyalurkan dana dalam pembangunan penempatan haram Yahudi di Palestin.

KWSP Norway pula menjual saham di Elbit System kerana penglibatan syarikat tersebut dalam membina tembok pemisah di Tebing Barat.

KWSP Belanda pula menjual pegangan saham di lima bank Israel oleh kerana bank tersebut turut terlibat dalam pembangunan penempatan haram Yahudi.

Danish Danske Bank atas sebab yang sama  turut menyebabkan mereka tidak melabur dalam Bank Hapoalim milik Israel dan menarik semula pelaburannya di African-Israel Investment dan Danya-Cebus.

Adakah penjelasan dengan hujah-hujah penulis ini membuatkan anda berubah pandangan mengenai usaha boikot produk Yahudi ini. Meskipun kesannya kelihatan tidak nampak, namun penulis merasakan bahawa ia telah membawa suatu impak tersembunyi buat Israel. Lihat sahaja tindakan Israel baru-baru ini terhadap Malaysia.

Printscreen laman web Jerusalem Post
Kerana Malaysia sebuah negara yang mengecam keras dan konsisten mengecam Israel, Israel yang tidak pernah mengeluarkan kenyataan luar biasa telah melakukan demikian apabila Jerusalem Post telah menulis artikel bertajuk " Pengganas Hamas dilatih di Malaysia untuk Serangan Payung Udara, kata Shin Bet "
 
JPost menuduh bahawa beberapa orang askar Hamas berlatih di Malaysia menggunakan payung terjung kerana terbang ke Malaysia pada Disember 2012. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Shin Bet iaitu Agensi Keselamatan Israel mungkin kerana hangat hati dengan tindakan Malaysia selain berusaha untuk memburukkan nama Malaysia dalam kalangan negara lain.

Jarang sekali Israel mengeluarkan kenyataan yang melibatkan negara-negara asing. Mereka hanya mengeluarkan kenyataan untuk menghalalkan serangan mereka keatas Gaza sahaja. Namun dalam konflik kali ini, nama Malaysia disebut hinggakan KDN mengeluarkan kenyataan yang Malaysia menafikan perkara ini. 

Sudah pasti tindakan ini merupakan reaksi mereka terhadap kempen Boikot terhadap produk Israel selain ingin merosakkan kredibiliti rakyat Malaysia yang menyuarakan kata-kata #prayforgaza , #gazaunderattack dan sebagainya dalam usaha memberitahu dunia mengenai kekejaman Israel ke atas penduduk awam Gaza. 

Justeru, sebagai seorang Muslim, cara terbaik dalam menunjukkan sokongan keatas Gaza dan membantah tindakan Israel adalah dengan menyebarkan di media sosial, menceritakan hal ini kepada teman-teman terutamanya yang bukan berbangsa Melayu. 

Seterusnya ialah kempen boikot... Jika tak mampu boikot semua... Boikot apa yang mampu... Contoh penulis mudah... Jika sasaran jualan Coca Cola ialah 100,000 dan penulis merupakan salah seorang daripada 100,000 tersebut dan tidak membeli Coke. Makanya jumlah jualan ialah 99,999. Coca Cola gagal mencapai sasaran.

Sejujurnya penulis sudah lama tidak minum Coca-Cola bahkan kesemua minuman berkarbonat. Anda boleh cuba perlahan dan tidak perlu sangat mengutuk orang yang makan McD ataupun menggunakan produk Israel. Kerana pada masa sama kita juga dikelilingi produk buatan Israel.

Yang paling penting... Doa... Itu senjata paling kuat kita sebagai seorang Muslim... Bak kata Sudirman, Dari Jauh Ku Kirim Doa... *Yerr la tuh... Mana tahu jika Allah ingin makbulkan doa yang ke-100 juta dan daripada anda... Dan anda berdoa... Inshallah dimakbulkan... Tak kira apapun, doalah kepada saudara seIslam disana.

Protes di England terhadap kekejaman Israel
Sumbangan buat warga Palestin... Kini, Aqsa Syarif, Aman Palestin, Viva Palestina bahkan Media Prima juga membuka tabung kemanusiaan untuk disalurkan kepada warga Palestin. Penulis percaya, ia merupakan perkara bantuan kedua saudara kita di Palestin selepas doa kita. Jika anda berada di dalam satu institusi, seperti di sekolah, universiti, pejabat ataupun di dalam sesebuah organisasi. Cuba jayakan program ini... Inshallah ia bermanfaat buat saudara seIslam kita disana.

Pengalaman penulis amat manis dalam membantu saudara seIslam di Palestin. Penulis pernah mengetuai dua kali program sumbangan buat Palestin iaitu pada tahun lepas dimana jumlah keseluruhan yang dikutip oleh kelab penulis hampir berjumlah RM6,000. Sasarannya hanyalah warga sekolah iaitu terdiri daripada guru-guru dan rakan-rakan pelajar. Aneh... Tapi benar... Bapa seorang pelajar berbangsa Cina mengirimkan cek berjumlah RM250 buat tabung kemanusiaan Gaza...

Apa yang penulis ingin sampaikan... Isu ini bukannya isu berkaitan agama tetapi berkenaan dengan kemanusiaan. Dimana kanak-kanak dan wanita dibunuh, rumah, masjid, sekolah bahkan universiti dibom. Stesen janakuasa sengaja diletupkan. INI IALAH GENOCIDE... PEMBERSIHAN ETNIK... JENAYAH PERANG... Kita perlu bangkit menentang...

Salam... Harap tulisan penulis ini membuka mata pembaca untuk terus berkempen menentang Israel... 

DOA.SEBARKAN.BOIKOT.DERMA
#PRAYFORGAZA #GAZAUNDERATTACK #SUPPORTFROMMALAYSIA

3 comments:

  1. "Na'uzubillah" Ya Allah aku berlindung dengan engkau dari semua bahana ini, amin.

    Kena terima yg Isreal dah tawan org Islam dimana-manapun, tapi masih banyak yang cakap tak pernah serupa bikin, "astagfirullah halazim...." baik menteri, kementerian kementerian kerajaan, hingga jabatan jabatan agama pun sama, tok tok guru, yg mengaku ustaz/ustazah, yb-yb, cekgu cekgi, dari businessman sampailah penoreh getah, apatah lagi org biasa yg ramai ni,

    Harap jgn marah saya dulu, cuba periksa FB tu siapa punya? Ya FaceBook......... Ya Allah lindungilah kami dari fitnah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
      MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
      DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
      HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
      PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
      SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
      UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
      CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
      AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
      PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
      PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
      PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
      MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
      ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
      MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
      ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
      KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
      KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
      DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
      SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
      BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
      KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN

      KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

      TERSEDIA: +6285222846347
      JUAL TUYUL PESUGIHAN
      PESUGIHAN UANG GAIB






















      SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
      MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
      DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
      HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
      PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
      SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
      UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
      CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
      AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
      PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
      PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
      PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
      MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
      ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
      MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
      ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
      KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
      KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
      DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
      SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
      BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
      KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN

      KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

      TERSEDIA: +6285222846347
      JUAL TUYUL PESUGIHAN
      PESUGIHAN UANG GAIB

      Delete
  2. Seluar Levi's brade tu nak buang kat mana? Rasional la sikit

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen