Sunday, June 8, 2014

Tan Sri Basir Ismail : Pelopor Kereta Klasik di Malaysia

Tan Sri Basir Ismail... Siapa yang tidak kenal beliau? Jika Tan Sri Jojo bertanggungjawab membawa masuk Michael Jackson ke Malaysia. Tan Sri Basir Ismail pula bertanggungjawab meletakkan Sepang International Circuit sebagai salah satu perlumbaan dalam kalendar Formula Satu.

Beliau merupakan tokoh perniagaan di Malaysia, pernah menjawat beberapa jawatan penting seperti menjadi pengerusi Petronas, pengerusi Bank Bumiputera, pengerusi Kumpulan FIMA dan sebagainya. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab membina KLIA di Sepang. Kerana kejayaan tersebut, beliau juga pernah menjadi pengerusi Malaysian Airport Berhad selain turut menjadi pengerusi Sepang International Circuit ( SIC ).

Beliau juga berjaya melahirkan beberapa pemimpin dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut kisah, beliau dilaporkan mempunyai 3 orang menteri yang pernah bekerja bersama beliau. Antaranya Dato Mohammad Hassan iaitu Menteri Besar Pahang yang pernah bekerja bersamanya di bawah Cycle & Carriage.

Unsung Hero... Mungkin frasa itu amat sesuai dengan dirinya kerana jarang sekali mendapat publisiti yang meluas dalam penglibatannya dalam pelbagai bidang di dalam negara. Meskipun begitu, ketokohan beliau tidak dapat dinafikan lagi apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad telah beberapa kali menyebut tentangnya dalam buku biorgrafi miliknya iaitu Doctor In The House.

Bukan itu sahaja, Tun Mahathir juga ada menerbitkan artikel di blognya bertajuk Bashir's legacy yang menceritakan sedikit sebanyak tentang Tan Sri Basir Ismail. Beliau telah banyak menyumbang jasa kepada negara sebelum beliau kembali ke rahmatullah pada Januari 2007.

Cerita-cerita diatas telah tertulis dan boleh digoogle sendiri. Namun ada sisi tersembunyi tentang beliau yang masih belum diceritakan terutamanya dalam bidang kereta. Walaupun semua orang tahu bahawa beliaulah yang bertanggungjawab membawa masuk F1 ke Malaysia, kegilaan sampingan beliau terhadap kereta klasik tidak diketahui secara meluas.

Menurut kisah, beliau ada membuat perancangan untuk membina satu muzium atau mungkin galeri kereta di Sepang sebagai salah satu tarikan pelancong apabila melawat ke SIC. Namun demikian, perancangannya terbantut apabila berlaku peralihan kuasa dimana Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Beliau yang membawa masuk Formula 1 juga menyelitkan kereta klasik dalam perlumbaan F1. Semasa beliau masih ada, setiap kali sesi pengenalan pelumba-pelumba Formula 1 mengambil tempat sebelum perlumbaan bermula, kereta klasik diberi penghormatan untuk membawa pemandu F1 ini mengelilingi Litar Sepang untuk diperkenalkan kepada penonton.

Hal ini telah berlaku selama hampir sepuluh tahun sebelum bas mengambil alih peranan kereta klasik untuk memperkenalkan pelumba-pelumba ini.

Pada 14-18 Disember 2002, beliau turut melakukan promosi F1 hingga ke Phuket dengan membuat konvoi kereta klasik dari Subang ke Phuket. Peristiwa bersejarah ini bermula dengan bertolaknya kumpulan peminat kereta klasik ke Hat Yai sebelum meneruskan perjalanan ke Phuket. 

Di Phuket, promosi berjalan dengan menjual tiket-tiket perlumbaan F1 kepada pelancong terutamanya pelancong Barat yang melancong di Phuket.  Jika tidak salah penulis, kami berada di Phuket selama dua hari sebelum bertolak pulang ke tanah air dengan perjalanan hampir 2,000 km untuk pergi dan balik.

Setahu penulis, itu merupakan trip pertama penulis ( ketika berusia 5 tahun ) bersama kereta klasik dan trip tersebut merupakan langkah berisiko kerana tidak ramai yang berani membawa kereta klasik merentasi jalan sejauh hampir 1,000 km untuk sampai ke Phuket sahaja. Dan ini bukannya trip solo John Rambo ataupun Men In Black iaitu dua tiga buah kereta. Namun ia merupakan Basir's Thirteen apabila hampir 20 buah kereta menyertai konvoi tersebut yang turut disertai Tan Sri Ramli Ngah Talib.
 
Mesejnya mudah, mereka ( peserta ) percaya yang kenderaan yang mereka pandu itu akan selamat sampai dan selamat pulang. Anda ingat mereka ( Dato-dato, Tan Sri-Tan Sri ) mahu mengambil risiko kereta yang dipandu tersadai di tepi jalan. Tetapi semangat yang dibawa Tan Sri Basir Ismail ini telah menolak semua fikiran itu hinggakan mereka sampai ke Phuket.

Selain itu, beliau turut menganjurkan konvoi ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi mempersembahkan kereta-kereta klasik ini kepada Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada tahun 2006. Kisah ini beliau pernah diceritakan lagi kerana penulis mula menulis pada tahun 2008 dan kemangkatan Baginda membuatkan penulis ingin berkongsi dengan pembaca.

Sejujurnya, penulis tidak ingat secara terperinci mengenai konvoi tersebut kerana penulis baru berusia 9 tahun. Tetapi menurut gambar, konvoi tersebut mengambil tempat pada 18 Februari 2006. Puluhan buah kereta klasik menyertai konvoi tersebut sebelum singgah di Istana Iskandariah untuk menghadap Paduka Seri Sultan.

Kami dihidangkan dengan santapan diraja, kemudiannya kereta dipersembahkan apabila kami ingin pulang. Penulis menaiki sebuah kereta Mercedes 600 dengan nombor plat 1AUS666 berwarna biru gelap. Dalam erti kata lain, kereta yang penulis naik itu sebenarnya tidak didaftarkan lagi kerana baru tiba daripada Australia.

Jika anda lihat gambar tersebut, Tan Sri Basir Ismail duduk di sebelah kiri Paduka Seri Sultan manakala Menteri Besar Perak ketika itu, Tajol Rosli Ghazali di sebelah kanan Sultan. Cari siapa satu-satunya individu yang berpeluk tubuh meskipun duduk sebaris dengan Paduka Seri Sultan. Patik dimana? Yaa... Patik berdiri disebelah hujung kanan berbaju merah dan putih bersongkok.

Kalau tak salah, penulis merupakan peserta yang paling muda dalam konvoi tersebut.

Manakala pada 9 & 10 Disember 2006, beliau telah menganjurkan trip Rolls Royce Drive dari Kuala Lumpur ke Taiping. Trip ini merupakan trip terakhir beliau sebelum beliau mengembuskan nafas terakhirnya pada 19 Januari 2007. Signifikannya the last journey ini, beliau melakukan trip ini dengan disertai kesemuanya kereta Rolls Royce selain destinasinya ke kampung halaman sendiri.

Mungkin ini merupakan indikasi yang beliau akan pergi tidak lama lagi. Konvoi yang disertai jenama kereta yang paling tinggi prestijnya dan pulang ke tempat beliau lahir sendiri. Konvoi ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri M. Kayveas iaitu ahli Parlimen Taiping merangkap Presiden PPP. Ketika  itu beliau Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kini, beliau dah Tan Sri.

Kegilaannya terhadap kereta klasik ini diwarisi oleh anaknya, apabila membuka Nationwide Classic bagi menyelenggara dan menyimpan kereta klasik selain turut menyediakan perkhidmatan memulihara kereta klasik.

Belasan buah kereta klasik telah diwarisi oleh anak-anak beliau antara Rolls Royce dan Mercedes. Penulis pernah menumpang keluarga mereka apabila penulis mengikuti konvoi ke Istana Seri Menanti beberapa tahun yang lepas selain turut menumpang keluarga mereka dari Lapangan Terbang Alor Star ke Perlis apabila ingin mengikuti konvoi sempena hari keputeraan Baginda Raja Perlis.

Banyak kenangan penulis bersama Tan Sri Basir Ismail ketika kecil. Namun apakan daya, penulis belum sempat mengenalinya secara dekat kerana penulis terlalu kecil untuk mengerti. Apa yang penulis tahu, beliau seorang yang berwawasan tinggi dan merupakan seorang tokoh perniagaan Melayu yang terulung.

And I would have liked to known you
But I was just a kid
Your candle burned out before
Your legend ever did

Lirik lagu di atas dipetik daripada lagu Candle In The Wind oleh pemuzik terkenal Sir Elton John. Ia merupakan rangkap yang paling tepat untuk menceritakan sedikit sebanyak apa yang penulis rasakan mengenai Tan Sri Basir Ismail.

Beliau telah banyak menyumbangkan baktinya kepada negara yang tercinta. Tidak kira dimana beliau berada, beliau pasti berjaya dalam bidangnya. Namun artikel ini penulis ingin dedahkan kejayaan dan usahanya dalam mengangkat martabat kereta klasik di Malaysia. Sesungguhnya, beliau merupakan perintis kereta klasik di Malaysia ini.

Semoga roh Allayarham dicucuri rahmat.

2 comments:

  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya IBU TITING seorang TKW DI ARAB SAUDI pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan SUAMI saya sakit-sakitan dikampung dan gaji saya itupun buat beli obat-obatan sedangkan hutang banyak kebetulan saya buka-buka facebook mendapatkan nomor hp KI KUNCORO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi AKI dan minta angka bocoran ANGKA THAILAND angka yang di berikan 3D ternyata betul-betul tembus 100% dan bagi saudarah-saudarahku di indonesia yang bekerja di luar negeri jadi TKI apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan bebang masalah anda silahkan hubungi KI KUNCORO di nomor 0823-1332-9888 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas KLIK: >>KLIK DI SINI KALAU ANDA BERMINAT BERGABUNG DENGAN KI KUNCORO <<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
      MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
      DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
      HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
      PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
      SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
      UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
      CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
      AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
      PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
      PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
      PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
      MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
      ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
      MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
      ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
      KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
      KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
      DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
      SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
      BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
      KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN

      KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

      TERSEDIA: +6285222846347
      JUAL TUYUL PESUGIHAN
      PESUGIHAN UANG GAIB






















      SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
      MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
      DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
      HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
      PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
      SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
      UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
      CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
      AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
      PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
      PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
      PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
      MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
      ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
      MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
      ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
      KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
      KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
      DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
      SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
      BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
      KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN

      KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

      TERSEDIA: +6285222846347
      JUAL TUYUL PESUGIHAN
      PESUGIHAN UANG GAIB

      Delete

Dipersilakan Komen