Thursday, April 10, 2014

Anda Berjalan ke Rumah Kekasih anda........

1. Anda berjalan ke rumah kekasih anda... Terdapat dua laluan yang boleh anda lalui untuk ke sampai ke rumah kekasih anda. Jalan pertama jalan yang lurus, cepat tapi biasa dan bosan untuk dilalui. Jalan kedua, jalan yang berliku-liku, lambat sampai kerana jauh namun pemandangannya indah dalam berjalan ke rumah kekasih anda.

Jalan yang mana anda akan pilih? Jalan lurus yang cepat ataupun jalan yang berliku-liku dan jauh tapi pemandangannya indah.

2. Di dalam perjalanan anda ke rumah kekasih anda... Terdapat taman bunga yang menempatkan banyak bunga-bungaan. Anda dikehendaki memilih 20 kuntum bunga sama ada bunga ros merah ataupun bunga ros putih. Anda boleh mencampurkannya ataupun mengambil satu jenis bunga sahaja pun dibenarkan.

Berapa banyak bunga ros merah dan bunga ros putih yang anda pilih?

3. Akhirnya anda sampai ke rumah kekasih anda... Setelah membunyikan loceng rumahnya, pembantu rumah kekasih anda keluar. Anda boleh meminta dia untuk memanggilkan kekasih anda bagi pihak anda ataupun anda boleh naik sendiri memanggil kekasih anda.

Apa yang anda akan buat?

4. Anda diberitahu yang kekasih anda tidak berada di rumah. Bunga ros yang anda bawa tadi tidak boleh diserahkan sendiri kepada kekasih anda. Maka, terdapat dua pilihan untuk meletakkan bunga ros tadi di bilik kekasih anda iaitu di atas katil tidurnya ataupun ditepi tingkap.

Dimanakah anda akan tinggalkan bunga ros yang anda bawa untuk kekasih anda?

5. Dengan hampa... Anda ingin menunggu kepulangan kekasih anda... Ada pon memohon kebenaran untuk tidur di salah satu bilik di rumah kekasih anda... Setelah tidur... Anda terbangun... Anda pun pergi ke bilik kekasih anda untuk melihat dia... Adakah anda berharap yang dia sudah berada dalam keadaan terjaga ( bangun daripada tidur ) ataupun anda berharap yang dia masih lagi tidur.

Apakah yang anda harapkan? Melihat dia sedang nyenyak tidur ataupun mengharapkan dia sudah bangun daripada tidur.

6. Sekarang... Tiba masanya untuk anda balik daripada rumah kekasih anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan jalan yang cepat dan bosan ataupun anda boleh juga memilih untuk menggunakan jalan jauh dengan pemandangan yang indah seperti yang dinyatakan diatas.

Jalan yang mana anda akan pilih?

PENERANGAN

1. Jalan yang mana anda pilih untuk ke rumah kekasih anda?

Jika anda memilih jalan pendek yang cepat dan lurus selain membosankan... Ini bermakna anda seorang yang cepat dan mudah untuk jatuh cinta. 

Jika anda memilih jalan yang panjang, berliku-liku, lambat sampai namun pemandangan yang indah... Ini bermaksud yang anda seorang yang sukar untuk jatuh cinta selain mengambil masa untuk jatuh cinta.

2. Jenis bunga yang mana anda pilih dan adakah gabungan diantara dua jenis bunga ataupun satu jenis sahaja.

Bunga ros merah melambangkan berapa banyak yang anda expect to give dalam perhubungan. Manakala bunga ros putih pula melambangkan berapa banyak anda anda expect dalam perhubungan.

Jika anda memilih kesemuanya bunga ros merah bermakna anda memberikan effort dalam perhubungan tetapi tidak mengharapkan macam-macam dalam perhubungan. Jika anda memilih sama rata, contohnya 10 bunga ros merah dan 10 bunga ros putih. Maknanya effort anda dalam sesuatu perhubungan itu seimbang dengan apa yang anda harapkan dari pasangan anda.

3. Meminta pembantu rumah memanggilkan kekasih anda buat anda ataupun anda memanggilnya sendiri.

Soalan ini berkaitan bagaimana anda menghadapi masalah dalam perhubungan. 

Jika anda memohon pembantu rumah kekasih anda untuk tolong panggilkan kekasih anda. Ini bermaksud jika anda mempunyai masalah dengan kekasih anda, anda berkemungkinan akan meminta tolong seseorang untuk menjadi orang tengah membantu anda menyelesaikan masalah dengan pasangan anda.

Manakala jika anda naik panggil sendiri kekasih anda. Ini bermaksud anda seorang yang direct . Andai timbul masalah, anda terus berjumpa dengan pasangan anda dan menyelesaikannya secepat mungkin.

Walaubagaimanapun... Ketepatan soalan ini boleh dipertikaikan oleh kerana ia kurang sesuai dengan yang mereka yang beragama Islam... Kerana sudah pastinya kita lebih selesa untuk menunggu dia turun daripada naik ke atas memanggilnya sendiri.

4. Dimanakah anda letakkan bunga ros yang anda ambil tadi... Di atas katil ataupun di tepi tingkap?

Jawapan yang anda berikan ini akan mendedahkan berapa kerap anda perlu berjumpa dengan kekasih anda.

Andai anda meletakkan bunga itu di atas katil. Ini bermaksud anda memerlukan keyakinan dalam perhubungan anda dan ingin bertemu dengan kekasih anda setiap hari jika boleh. 

Andai anda meletakkan bunga tersebut di tepi tingkap. Ini pula bermaksud yang anda tidak berharap dan tidak perlu untuk bertemu dengan kekasih anda setiap hari.

5. Anda mengharapkan dia berada dalam keadaan berjaga ataupun masih tidur?

Jika anda mengharapkan yang dia sudah terjaga tatkala anda masuk ke dalam biliknya, ini bermakna yang anda mengharapkan kekasih anda untuk berubah demi anda.

Jika anda mengharapkan yang dia masih lagi berada dalam keadaan tidur ketika anda memasuki biliknya, ini bermaksud yang anda menerima kekasih anda seadanya.

6. Jalan yang mana anda pilih untuk pulang ke rumah?

Kalau anda memilih jalan yang cepat, lurus dan membosankan ini bermakna yang anda boleh meninggalkan hubungan dengan kadar yang segera.

Jikalau anda memilih jalan yang panjang, berliku-liku, lambat sampai namun ditemani pemandangan indah, ini bermaksud yang anda akan kekal dengan perhubungan anda dalam tempoh masa yang lama.