Sunday, February 9, 2014

Empat Pengajaran Daripada Rolex

Tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar buat penulis kerana kesibukan dan kepadatan urusan rasmi penulis sebagai seorang pelajar. Pelbagai perkara diatur membuatkan penulis perlu menguruskan setiap detik dengan penuh sempurna.

Jam tangan merupakan satu aksesori penting buat penulis. Mencatat setiap detik yang berlalu tanpa kembali terhadap setiap perkara pada setiap saat. Jam merupakan peneman hidup penulis setiap masa. Kadang-kala, ada perkara yang kita boleh belajar daripada seutas jam tangan. Rolex secara terperinci.

1. Attention to Detail

Salah satu kriteria pembuatan setiap utas Rolex yang keluar dari kilangnya di Switzerland adalah ketelitian terhadap setiap komponen dalam menghasilkan seutas jam berjenama Rolex. Ini merupakan asas dalam penghasilan karya agung yang diiktiraf sebagai jenama jam terbaik dunia.

Begitu juga dengan setiap insan yang lahir di muka bumi ini. Dalam melakukan sesuatu perkara di dunia ini. Tugasan haruslah dilakukan dengan penuh ikhlas tanpa sebarang ragu-ragu. Dan tugasan yang terbaik ialah tugasan yang dilakukan dengan penuh ketelitian.

Ketelitian dalam melaksanakan tugas adalah begitu penting dalam menghasilkan kerja yang cemerlang. Hal ini bagi memastikan tiada perkara yang akan menghantui anda di kemudian hari gara-gara kesilapan anda yang sepatutnya diperbaiki.

Contoh yang ingin penulis ingin berikan dalam hal ini adalah bagaimana sesebuah majlis berjalan. Setahu penulis, sebelum sesuatu majlis berlangsung, penganjur akan menyediakan masterplan ataupun aturcara yang akan berlaku pada saat majlis bermula.

Hal ini memerlukan ketelitian yang tinggi dalam memastikan masterplan yang disediakan akan seiring dengan apa yang akan berlaku ketika majlis berlangsung. Setiap perkara yang dijangka berlaku perlu seiring dengan keadaan sebenar. Sememangnya individu yang mempunyai sifat '' Attention to Detail " mampu untuk mengesan kekurangan dalam sesuatu perkara.

Attention to Detail memang dititikberatkan oleh Rolex. Hanya jam tangan Rolex yang disahkan secara rasmi melalui proses kawalan kualiti ataupun quality control ( QC ) sahaja yang dikeluarkan kepada pelanggan.

Tertera di permukaan jam setiap utas Rolex perkataan Superlative Chronometer Officially Certified yang bermaksud sistem pergerakan jam tersebut telah disahkan secara rasmi dengan memenuhi standard COSC ataupun Official Swiss Chronometer Testing Institute. Untuk pengetahuan anda, hanya 3% daripada keseluruhan jam tangan dari Swiss yang disahkan oleh Institut ini.

Ketelitian yang ada pada jam Rolex ini juga membuatkan ia mudah dikenal pasti sama ada tulen ataupun palsu. Ukiran mahkota pada crown jam mereka dan juga kepastian magnifying 2.5 kali lebih besar pada cyclops jam mereka.

Ini adalah salah satu ketelitian yang dipandang serius oleh pembuat jam Swiss ini.

2. Lancar

Yaa... Seutas Rolex sepatutnya jarum saat akan berdetik dengan begitu lancar sekali. Ada yang mengatakan ia menyapu permukaan jam. Hakikatnya, pergerakan jarum saat Rolex turut berdetik satu per satu namun kerana kelancaran setiap detikan, membuatkan ia kelihatan seperti menyapu permukaan jam.

Hal ini berkait rapat dengan " Attention To Detail " yang penulis huraikan diatas. Ketelitian dalam pembikinan akan memastikan kelancaran sesuatu perkara. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana ketidaklancaran sesuatu hal mungkin mengakibatkan masalah yang lebih besar.

Contohnya diambil juga dari jam Rolex... Bayangkan jika pergerakan Rolex tidak lancar. Sudah pastinya kiraan waktu tidak tepat. Andaikan 3 saat lari untuk setiap jam. Pada satu hari ia akan lari selama 66 saat dan bayangkan perkara ini berlaku setiap hari. Hal ini akan menyusahkan pemakainya.

Dalam erti kata lain... Apa jua perkara yang kita lakukan di dalam dunia ini perlulah lancar dari segala sudut yang mana sifat " Attention To Detail " perlu dipelajari.

3. Pemalas

Yaa... Meskipun Rolex mempunyai sifat Ketelitian dan Kelancaran yang tinggi dalam segala hasil karyanya. Namun Rolex merupakan seorang pemalas. Ini kerana kebanyakan jam tangan Rolex merupakan automatik ataupun self-winding dimana ia tidak bergerak jika anda tidak memakainya.

Seperti manusia juga... Kita perlu mengambil pengajaran daripada Rolex ini. Kita sedia maklum yang manusia mudah lupa apabila tidak diingatkan. Seperti Rolex juga, tanpa digerakkan ( tenaga kinetik ) akan menyebabkan ia berhenti.

Manusia tanpa diingatkan ataupun tanpa memberi tekanan tidak akan bergerak. Sama seperti Rolex. Maka, seorang insan perlulah istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara ( khususnya tabiat yang baik ) kerana ia akan mendatangkan keuntungan kepada kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berpendirian Tetap

Rolex mempunyai pendirian yang tetap. Salah satunya adalah angka yang berada di atas permukaan Rolex. Bagi jam yang menggunakan simbol Roman, angka empat mereka bukanlah IV sebaliknya IIII.

Meskipun tiada penjelasan ilmiah mengapa angka empat mereka seperti ini ( IIII ). Namun mereka tetap meletakkan dial angka empat mereka dengan angka roman yang sedemikan rupa. Hal ini menunjukkan mereka tidak terpengaruh dengan perubahan masa.

Begitu juga dengan manusia... Sebagai seorang insan yang dikelilingi oleh pelbagai anasir, kita haruslah tetap dengan pendirian kita. Janganlah mudah kita dipengaruhi dengan desakan-desakan negatif yang datang kepada kita.

Dalam memimpin pun begitu juga. Meskipun terdapat perkara yang perlu dipertimbangkan apabila tiba masanya. Namun janganlah pula mengkaji semula keputusan atau dalam bahasa politik dipanggil Flip-Flop setelah ia diputuskan. Ini kerana ia sepatutnya dilakukan dengan penuh ketelitian ataupun pengajaran yang pertama tadi, Attention To Detail.
 
Selain itu, designnya juga tidak pernah berubah. Untuk lebih 50 tahun, reka bentuk seutas jam Rolex ( merujuk kepada model Datejust ) masih sama sahaja. Masyarakat juga perlu mengekalkan sesetengah perkara dalam hidup kita terutamanya budaya warisan kita.

Di Malaysia, kesopanan dan kesusilaan yang terkenal sebagai budaya timur semakin terhakis. Lihat sahajalah baru-baru ini di Pahang, penyokong bola sepak saling memprovokasi hingga menyebabkan ada individu yang tercedara. Sejujurnya budaya hooligan ini dibawa masuk daripada Eropah.

Hal yang boleh diambil pengajaran adalah daripada insiden kecelakaan Stadium Heysel di Brussel, Belgium pada perlawanan akhir Piala Eropah diantara Juventus dan Liverpool. Tragedi ini menyaksikan seramai 39 penyokong Juventus terbunuh dan lebih 600 penyokong kedua-dua pasukan tercedera. Peristiwa ini berlaku gara-gara penyokong Liverpool memanjat pagar penghadang untuk ke tempat penyokong Juventus.

Ini antara contoh kenapa kita perlu tetap dengan pendirian kita supaya tidak terpengaruh dengan agenda buruk luar. Namun diingatkan yang kita juga perlu membuang sikap buruk yang ada dalam diri kita dan ambil yang baik seiring dengan peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih.

1 comment:

  1. Well said, bro! Terimakasih kerana mengingatkan.

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen