Saturday, January 25, 2014

Nilai Not RM 100

RM 100... Itulah jumlah wang yang diberikan kepada setiap pelajar sekolah di Malaysia. Sudah semestinya hanya untuk pelajar berwarganegara Malaysia sahaja yang menikmati salah satu janji yang ditepati oleh kerajaan Barisan Nasional.

Baru-baru ini, waktu kelapan dan kesembilan jadual pembelajaran kelas penulis digantikan oleh guru kelas dimana mereka mengedarkan wang tersebut kepada pelajar. Tertera disitu sekolah penulis meneriman RM 197,300 daripada kerajaan yang disalurkan terus ke dalam akaun Public Bank sekolah penulis.

Penulis menerima dengan hati yang gembira begitu juga teman-teman seperjuangan penulis. Namun begitu, ada hal yang penulis tidak berapa setuju dimana kerajaan menyalurkan bantuan ini kepada kesemua pelajar di Malaysia tidak kira mereka anak raja ataupun hanya anak tukang sapu.

Bayangkan... Anak seorang General Manager yang datang kesekolah menaiki Mercedes E-Class dan anak kerani yang mana anak mereka datang berjalan kaki berkilometer turut menerima bantuan yang sama. Hal ini sejujurnya boleh ditambahbaik dimana wang tersebut hanya disalurkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan sahaja. Dalam erti kata lain, ia lebih adil dan lebih meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan tersebut.

Namun yang demikian, penulis ingin membicarakan nilai RM 100. Berapa nilainya... Ketika penulis di sekolah rendah... RM 100 mampu membuatkan penulis tidak perlu meminta wang saku harian daripada ibu bapa penulis selama 50 hari. Dalam erti kata lain, ia tahan untuk 10 minggu dengan beranggapan 5 hari sekolah seminggu ataupun 2 bulan setengah.

Kini... Dengan berbekalkan RM 3 sehari, penulis mampu untuk ke sekolah tanpa meminta ibu bapa penulis wang saku harian selama 33 hari. Maknanya, selama enam minggu tiga hari penulis mampu untuk ke sekolah tanpa perlu meminta wang saku dengan kiraan yang sama diatas.

Namun mereka golongan yang hidup senang... RM 100 diibaratkan tidak lain sebagai helaian kertas sahaja. Mereka ini berbelanja bagaikan tiada esok kerana wang bukan suatu masalah buat mereka, justeru, setiap perkara yang mereka rasa mereka nak, mereka akan beli tanpa perlu pertimbangan perlu ataupun tidak.

Apa yang penulis akan buat jika mempunyai RM 100 untuk dibelanjakan dalam tempoh 2 jam. Pertama sekali penulis akan makan... Mungkin dalam lingkungan Rm 8.00. Penulis tak makan banyak.. Kemudian mungkin ke Baskin Robbin untuk ais krim... Sekitar RM 10.00 . Seterusnya ke kedai prabayar untuk mengtopup RM 10 telefon yang menggunakan prepaid ini. Tahan juga 10 hari. Seterusnya akan. Seterusnya mencari 7-E ataupun kedai runcit yang lain untuk membeli Skittle berwarna merah dan juga Chocolate Mars ataupun sneakers... Tidak lupa juga gula-gula hacks berwarna unggu. Agak-agak lebih kurang RM 10 juga la.

Tindakan lain mungkin akan membeli surat khabar Focus Malaysia yang berada di gerai jual surat khabar dan juga majalah-majalah yang kelihatan menarik. Lagi sepuluh ringgit penulis belanja. Next mungkin penulis akan membelanjakan RM 38 untuk membeli curut Partagas No II. Kemudian penulis akan menyedekahkan RM 4 kepada mana-mana pihak yang memerlukan dan selebihnya lagi penulis buat pelaburan dengan meletakkannya ke dalam tabung penulis.

Anda pula bagaimana?

Persoalan yang lain... Bagaimana anda mendapat RM100... Jika anda bekerja part-time di restoran makanan segera sehari, mungkin anda akan mendapat RM 40 sehari. Bermaksud anda perlu bekerja dua setengah hari untuk mendapat RM 100 dengan kadar waktu kerja 8 jam sehari. Bagi mereka yang fresh graduate... Bekerja sebagai Accountant... Mungkin anda mampu memperoleh RM 100 sehari dengan gaji asas RM 2200.

Namun bagi mereka yang berpendapatan tinggi. RM 100 mungkin bersamaan dengan satu jam kerja mereka. Bermaksud sehari mereka mendapat RM 800 ataupun sebulan RM 17 600 .

Jelas... Mencari dan membelanjakan RM 100 bagi mereka bukanlah sama untuk setiap orang. Ada yang boleh menggunakan RM 100 untuk jangka masa yang panjang ada juga yang hanya dalam satu transaksi pembelian sahaja.

Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu peka dan prihatin dalam meringankan beban golongan yang memerlukan. Satu kaedah ataupun mekanisme perlu dicari untuk bantuan sampai kepada kumpulan sasaran bukannya membabi buta sahaja.

Contohnya... Kerajaan negeri Selangor yang memberi air percuma kepada semua rumah di Selangor. Hal ini juga tidak bertepatan dalam konsep memberi bantuan semaksimum yang boleh kepada kumpulan sasaran. Bayangkan, RM 11.40 ini turut dirasai nikmat oleh mereka yang menetap di Tropicana begitu juga dengan di flat Projek Perumahan Rakyat.

Bahkan Istana Kerajaan pun dapat potongan RM 11.40 ini. Jumlahnya tidak besar. Namun demikian, bagi pendapat penulis, penulis akan memberikan diskaun ini kepada golongan yang betul-betul memerlukan sahaja bergantung kepada kawasan ataupun tempat tersebut. Jika tempat tersebut dihuni golongan mewah... Janganlah bagi potongan tetapi jika kawasan itu sedikit daif, bolehlah diberikan potongan ini.

Nak tolong lagi... Contohnya... Mereka yang guna kurang daripada RM 20 maka terus mereka akan mendapat percuma. Tetapi jika anda menggunakan air yang banyak, potongan anda hanyalah sebanyak RM 15.00. Hal ini akan membuatkan masyarakat lebih berjimat dalam menggunakan sumber air.

Semua ini kerana penulis percaya... Dalam melakukan sesuatu tindakan untuk meringankan beban rakyat. Kita perlulah untuk menyalurkannnya kepada golongan sasar dengan kaedah yang paling efektif dan efisien sekali. 

Akhir kata... Kerajaan harus mencari kaedah dan jalan penyelesaian yang mana kesannya menyeluruh dan menepati matlamat. Bukannya hanya sekadar berkompaskan fakta diatas kertas dan data-data oleh penganalisis yang belajar di universiti-universiti tersohor barat. Tidak lupa juga, carilah menteri yang pakar dalam dunia hidup masyarakat bukannya mereka yang hanya bersosial bersama golongan elit sahaja. Itu bezanya Daim Zainuddin dengan Menteri sekarang... Mungkin tempat mereka bukan sebagai seorang menteri tetapi sebagai seorang peneraju organisasi bernilai jutaan ringgit di Malaysia.

2 comments:

  1. Kalau tak bagi tak pangkah... Yang lupa diri tak pangkah.. Ini namanya pemberian memangkah bukan meringankan.. Kalau usaha malas.. malas belajar beginilah dapatnya.. tulislah dengan ikhlas jangan buat propaganda.. Nilai RM100 dan Nilai RM11.40 itu besar jika diberi.. Tapi kecil bagi penulis kerana sifat keborosan melampau penulis.. Apa kena salur ke saluran pembentungan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous... Setuju dengan kata saudara yang mana nilai Rm100 dan Rm11.40 itu besar nilainya... Walaubagaimanpun, dalam sesuatu perkara yang kita lakukan... Kita perlu mencapai objektif ataupun matlamat... Matlamat pemberian wang ini bertujuan meringankan beban rakyat...

      Bagaimanapun, adakah pemberian ini sesuatu yang meringankan beban jika ibu bapa pelajar yang memperoleh bantuan tersebut bergaji Rm25,000 sebulan... Tidak signifikan langsung... Lebih baek beri RM 300 kepada mereka yang bergaji bawah Rm5,000 di bandar...

      Sama juga dengan rebat air... Rumah Rm 3 juta dengan rumah PPRT pun dapat juga... Tidak tercapai objektif untuk meringankan beban rakyat...

      Terima kaseh... Nukilan Tanpa Berpihak

      Delete

Dipersilakan Komen