Sunday, December 8, 2013

Sandiwara Taubat Al-Arqam

Al-Arqam... Satu nama yang dikenali di Malaysia kerana seringkali keluar di media massa mendedahkan tentang penyelewengan oleh pengikutnya...

Pertubuhan ini diasaskan oleh Ashaari Muhammad ataupun lebih megah dipanggil Abuya pada tahun 1968. Diambil namanya sempena nama sahabat nabi bernama Al-Arqam bin Abi Arqam kerana rumahnya dijadikan tempat berdakwah seperti mana tujuan asal pertubuhan Al-Arqam.

Menukar namanya daripada Al-Arqam kepada Rufaqa pada tahun 1997 susulan fatwa pengharaman dan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994. Kini mereka menggunakan nama Global Ikhwan Sdn. Bhd untuk meneruskan perjalanan organisasi mereka.

Inspirasi yang membuatkan penulis ingin menulis artikel mengenai Al-Arqam bermula apabila penulis ingin pergi ke sebuah rumah kebajikan. Nak dijadikan cerita, penulis yang ketika itu pulang daripada sebuah persidangan di Putrajaya menaiki kenderaan bersama teman penulis bersama ibunya.

Ketika di dalam perjalanan, penulis dan rakan-rakan penulis yang berminat untuk memberikan sumbangan kepada sebuah rumah kebajikan di Puchong bernama Baitul Hidayah. Apabila ibu teman penulis mendengar nama tersebut, beliau tersentak dan meminta supaya kami semua membatalkan hasrat untuk ke sana.

Menurutnya, Rumah Kebajikan Baitul Hidayah ini dikelola oleh pengikut Al-Arqam. Penulis yang ketika itu terkejut hanya mendengar sahaja kata-kata tersebut. Kemudiannya, penulis diberikan sebuah nombor telefon untuk terus menyiasat mengenai penglibatan Al-Arqam dengan Rumah Baitul Hidayah ini.

Pulang sahaja di rumah... Penulis ada memberitahu cerita tersebut kepada bapa penulis dimana penulis menyatakan lawatan ke rumah tersebut akan dibatalkan. Bapa penulis memberikan hujah yang tidak sepatutnya kita tidak menghulurkan bantuan kepada mereka... Kerana Hatijah Amm ( balu Abuya ) sudah pun bertaubat.

Penulis pun buat carian di google... Yaa... Terdapat beberapa artikel daripada Utusan Malaysia dan akhbar lain... Dengan tajuk " Ummu Jah, 400 pengikut Al-Arqam lafaz taubat nasuha " yang melaporkan bahawa mereka sudah bertaubat di Hotel Concorde, Shah Alam.

Membuatkan penulis berasa serba tidak kena sama ada untuk melawat Baitul Hidayah ataupun tidak... Alhamdulillah... Whatsapp penulis terhadap seorang individu yang pernah bekerja dengan rumah kebajikan Al-Arqam ini terjawab.

Beliau mengesahkan bahawa Rumah Kebajikan Baitul Hidayah memang dikelokan oleh pengikut Al-Arqam. Bukan setakat itu sahaja, beliau turut mendedahkan bahawa anak-anak yatim yang dikatakan penghuni Baitul Hidayah sebenarnya bukanlah anak yatim yang kehilangan ibu ataupun bapa... Tetapi kebanyakkannya anak kepada pengikut Al-Arqam.

Menurut beliau, Al-Arqam mendefinisikan anak yatim sebagai mereka yang kurang ilmu dan kurang iman. Justeru itu, mereka memasukkan anak-anak ahli Al-Arqam dalam kategori ini dan menempatkan mereka ke dalam rumah kebajikan sebagai anak yatim...

Orang ramai seperti penulis pun percayalah... Buat kutipan... Sumbangan... Bahkan pernah dahulu penulis pergi ke sebuah rumah kelolaan Al-Arqam iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong... Siap tolong gotong royong sekali... Semata-mata nak bantu anak yatim.

Tetapi... Menurut individu tersebut, kesemua wang sumbangan yang disalurkan sebenarnya tidak sampai kepada penghuni tersebut. Tetapi diberikan oleh pengurusan rumah kebajikan berkenaan kepada Hatijah Aam yang mana dipanggil sebagai Tabung Taqwa ataupun kini dipanggil Pendapatan Kumpulan.

Al-Arqam telah menuntut sejumlah bayaran daripada pihak pengurusan rumah kebajikan untuk menyalurkan wang kepada Hatijah Amm. Jika tidak disalurkan mengikut kuota yang ditetapkan, dianggap individu yang bertanggungjawab untuk menyerahkan wang seabgai tidak bertaqwa.

Penulis juga diberitahu bahawa Rumah Amal Limpahan Kasih dan Baitul Hidayah menyerahkan lebih kurang Rm 30,000 sebulan untuk Tabung Taqwa. Bayangkan dengan semua rumah kebajikan kelolaan Al-Arqam sebanyak 81 buah rumah memberikan Rm30,000 sebulan. Maksudnya untuk Tabung Taqwa sahaja setiap bulan mereka boleh mengutip Rm2,400,000 ataupun Rm 28 juta setahun.

Tidak hairanlah Ummu Jah memiliki singgahsana yang megah di Arab Saudi selain dilihat menaiki kereta Lexus LX570 yang paling kurang pun harganyan Rm 700,000. Sedangkan penghuni di rumah kebajikan mereka menagih simpati masyarakat kerana hidup dalam serba kekurangan.

Selepas pendedahan tersebut... Penulis bertanyakan kepada individu berkenaan mengenai taubat yang dilafazkan oleh Ummu Jah dan 400 pengikutnya di Hotel Concorde pada 8 November yang lalu. Menurutnya, pengisytiharan taubat itu hanyalah lakonan semata-mata untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Jika mereka enggan menandatangani pengisytiharan taubat, maknanya Al-Arqam akan diperangi dan mungkin Ummu Jah akan dipenjarakan. Tetapi jika mereka melakukan taubat, pihak berkuasa akan memberikan ruang untuk mereka memperbetulkan keadaan. Dan jelas ini menunjukkan mereka masih lagi boleh bergerak aktif dengan aktiviti yang sedia ada.

Individu yang penulis berhubung ini menjelaskan hujahnya... Jika benar Ummu Jah dan ahli Al-Arqam sudah pun bertaubat... Kenapakah Al-Arqam masih lagi bergerak dan ahli-ahlinya masih bersama. Sepatutnya setiap ahli akan mengikut haluan masing-masing selepas meninggalkan Al-Arqam. Tetapi apa yang kita lihat kini tidak... Mereka masih bersama.

Kemudiannya... Penulis bertanyakan kepadanya tentang upacara khusus yang diajar oleh pengikut Al-Arqam kepada penghuni rumah kebajikan tersebut. Beliau menyatakan bahawa penghuni tersebut diajar membaca wirid agung selepas solat, pencak, power kaabah dan zikir seru Abuya. Jika hendak berdoa, tidak perlu meminta kepada Allah tetapi kepada Abuya... Kerana menurut mereka Abuya orang tuhan.

Hal ini anda boleh lihat sendiri daripada video-video berikut... Lawak pun ada... Lagu Power Kaabah... Macam Power Rangers... Dengan cerita Sabun yang ada power...

[ klik sini ] Power Kaabah
[ klik sini ] Pencak

Melihat kepada sebuah buku nukilah ahli Global Ikhwan yang diyakini ahli Al-Arqam bertajuk ' 45 Tahun Perjuangan Abuya, Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ( 1968-2013 ) '... Terdapat pelbagai tulisan yang menunjukkan bahawa kepercayaan mereka pengikut Al-Arqam ini sesat.

Salah satunya mengenai artikel ' Matikah Abuya? '... Dalam hujah mereka di dalam artikel tersebut, mereka menjelaskan jika benar Abuya sudah pun mati, kenapa saiz Global Ikhwan l0 kali besar daripada Al-Arqam dan berkembang maju. Jika benar Abuya sudah mati, maka Al-Arqam pun akan turut mati sama kata mereka.

Selain daripada itu, mereka juga mendakwa bahawa Abuya sebagai Imam Mahdi. Ini boleh dilihat daripada tajuk buku ini sendiri yang menggelarkan Abuya sebagai Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi. Umum semua mengetahui bahawa Imam Mahdi akan hadir daripada Pemuda Bani Tamim. Disebabkan itulah ditambahnya At-Tamimi di belakangnya.

 Dalam buku ini juga, mereka banyak menunjukkan cabang can cawangan perniagaan mereka dari Malaysia hinggalah di Eropah. Dalam erti kata lain, melalui pendedahan ini penulis dapat membayangkan bertapa majunya perniagaan Global Ikwan ini dari seluruh dunia.

Menurut buku ini, terdapat lebih 40 zon di seluruh dunia dipimpin oleh sebilangan ahli Global Ikhwan Sdn Bhd ( GISB ). Antara cabang di luar negara ialah, Zon Jepun, Amerika, Brunei, Dubai, Uzbekistan, Jerman, Turki, England dan sebagainya.

Manakala Zon di dalam negeri pula mempunyai hampir kesemua negeri di Malaysia. Di dalam buku ini juga ditunjukkan mengenai perniagaan mereka. Kebanyakkan menggunakan nama perniagaan Ikhwan. Contohnya, Butik Nur Ikhwan, Pasar Segar Ikhwan, Unit Berkuda Ikhwan dan sebagainya.

Seperti yang penulis katakan, perniagaan mereka sememangnya besar dan terdiri daripada pelbagai bidang. Daripada pasar raya, tempat penyembelihan, chalet, studio, stable kuda, restoran, ladang, bakeri hinggalah farmasi. Semuanya ada bahkan mereka ada siaran TV sendiri iaitu TV Nur Muhammad.

Penulis percaya, salah satu sebab mengapa perniagaan mereka berkembang pesat adalah kerana ketaatan pengikut-pengikut mereka kepada ketuanya. Ini kerana, jika mereka melakukan semata-mata kerana keredaan ketuanya. Maka, mereka tidak akan meminta gaji lebih dan melakukan sepenuh hati untuk menyumbang sesuatu kepada ketua mereka. Berbeza dengan pekerja biasa, yang mana mereka mengharapkan ganjaran daripada ketua mereka, jika tidak... Kerja mereka akan longlai dan tidak berikhtiar dalam menghadapi masalah.

Dalam buku ini, penulis ingin senaraikan sedikit rumah-rumah kebajikan dibawah kelolaan mereka ;

1. Pusat Jagaan Cahaya Bistari, Selayang Baru
2. Rumah Amal Peribadi Mulia, Sg. Sekamat, Kajang
3. Rumah Amal Baitul Maghfirah, Johor Bahru
4. Rumah Amal Baitul Mahabbah, Seremban 2
5. Baitul Hidayah, Puchong
6. Rumah Anal Anak Kesayangan, Bukit Jambul
7. Rumah Amal Islam Hidupku Matiku, Kodiang
8. Rumah Amal Nur kasih, Langkawi
9. Rumah Amal Hembusan Kasih, Arau 
10. Rumah Amal Semarak Kasih, Kodiang
11. Rumah Amal Nur Murni, Kuching
12. Rumah Anak Kesayangan Kami, Miri
13. Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong
14. Rumah Anak Kesayangan Ikatan Hati, Selabintana, Sukabumi ( Indonesia )
15. Rumah Kesayangan Hubullah, Tasik Malaya ( Indonesia )
16. Rumah Amal Permata Hati, Palembang ( Indoensia )

Itu antara Rumah Kebajikan yang disenaraikan di dalam buku ini. Dikhabarkan mereka mempunyai lebih kurang 81 buah rumah Kebajikan di seluruh dunia. Penghuninya terdiri daripada anak pengikut Al-Arqam yang gemar berpoligami. Dalam Al-Arqam, Poligami amat digalakkan sehinggalah ditubuhkan Kelab Taat Suami dan Kelab Poligami Ikhwan. Mereka memetik kata-kata Abuya yang berkata " Suami bukan untuk direbut, kerana dia boleh berkongsi. Madu-madu bukannya musuh, mereka adalah adik-beradik yang dihadiahkan sebagai 'team' buat kehidupan dalam perjuangan "

Tidak hairanlah mereka ini mempunyai banyak rumah kebajikan yang menetapkan anak-anak pengikut Al-Arqam.

Mengikut laporan yang dikeluarkan... Ummu Jah dikhabarkan telah menyeleweng hampir Rm 4 juta wang-wang yang diperoleh daripada sumbangan dan derma orang ramai terhadap rumah kebajikan milik mereka. Hal ini diakui sendiri Ummu Jah dalam pengisytiharna taubatnya yang berjanji memulangkan semula wang dana yang diseleweng.

Persoalannya... Adakah benar mereka sudah bertaubat?

Menurut blog yang dipercayai pengikut Global Ikhwan... Mereka telah melakukan proses penjenamaan semula selepas taubat... Antaranya Ummu Jah dipanggil sebagai Puan Ibu Hatijah Aam ( PIHA ). Tabung Taqwa dipanggil Pendapatan Kumpulan... Hal ini sejajar dengan majlis penjenamaan semula salah sebuah organisasi dibawah seliaan mereka iaitu Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia yang berlangsung pada 30 Oktober 2013. 

Jadi... Anda boleh fikir sendirilah benarkah mereka sudah pun bertaubat atau hanya main wayang untuk mengaburkan mata orang ramai. Global Ikhwan masih aktif dan pengikutnya masih bersama dengan mereka... Anda pertimbangkanlah sendiri...

Baru-baru ini pula, Hatijah Amm dipercayai mendapat anugerah Dato daripada Kesultanan Palembang. Hmmh... Faham-fahamlah dengan pandangan penulis terhadap sebarang pingat dan anugerah daripada Sultan dan Raja yang tak daulat ni.

* Kalau nak kenal orang-orang Al-Arqam... Mereka suka pakai songkok tinggi dan kopiah Oman seperti di dalam gambar

** Buku ' 45 Tahun Perjuangan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ' diharamkan oleh Mahkamah Syariah

9 comments:

  1. terima kasih atas info yg diberikan..Tidak ada tindakan ke yg harus pihak2 berwajib lakukan untuk menghalang pengaruh Al-Arqam ni daripada menular?.

    ReplyDelete
  2. Menurut sumber, laporan mengenai kegiatan Al-Arqam ini telah dilaporkan kpd pihak yg berkenaan... Namun demikian, tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  3. pengaruh Al-arqam kat Malaysia ni kuat ke?..baru2 ni,saya dan kawan2 saya mengadakan program mewakili universiti kami di salah sebuah rumah anak yatim al-arqam ni.Memang kami lihat,cara dia baca doa dan beberapa perkara meragukan tentang mereka ini.yang pasti diorang ni bukan ahli sunnah..tapi tak tahu apa dia..cari punya cari,baru tahu diorang ni al-arqam..kami nak melaporkan kepada pihak atasan,tapi takut diorang ada "orang dalam" dalam universiti ni..cuma,saya tak nak perkara yang berlaku pada kami ini,berlaku pada orang lain..jadi pada pendapat encik/cik,apa yang patut kami lakukan?..

    ReplyDelete
  4. Salam... Pengaruh Al-Arqam tidaklah sekuat mana dan setahu saya tidak menular di dalam universiti... Saya tidak fikir pihak pengurusan Uni. Tuan/Puan ini bersangkut paut dengan Al-Arqam... Justeru, saya fikir tiada masalah untuk memaklumkan mereka ttg Al-Arqam ini.

    Inshallah... Cuma saya nak ingatkan supaya sebelum melakukan mana2 lawatan amal... Buatlah homework dulu... Segala barangan dan sumbangan yang diberikan kepada mereka tidak perlulah risau... Ia urusan Allah dengan mereka... Sebarkanlah tentang hal ini supaya mereka tidak berurusan dengan puak Al-Arqam lagi

    ReplyDelete
  5. terima kasih krn memberikan info..saya rasa teramat sedih..bukannya iman saya kuat sgt..tapi apa yg dorg praktikkan..tidak jauh berbeza dgn kita..diorang percaya jgak Allah dan rasul..tapi hakikatnya berbeza..hurm kesian kat kanak2 tuh..boleh x saya nak share link tuan/puan ni di facebook?..untuk peringatan bersama kpd semua..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam bro. sy cuba email bro tapi tak dapat. kalau bro ada terbaca komen saya ni, harap bro dapat email balik saya. mohamadhaziqhasrin@gmail.com tq so much

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen