Sunday, December 15, 2013

Rahsia G1M

Nissan GTR dengan nombor plat G1M 622
G1M... Itulah sinonim bagi frasa ' Gagasan 1 Malaysia ' yang telah dikomersialkan menjadi sebuah nombor pendaftaran kenderaan di negara kita. Kebanyakkan nombor pendaftaran di negara kita boleh dibida melalui Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) untuk digunakan pada kenderaan kita.

Namun demikian, terdapat beberapa siri nombor pendaftaran yang dikeluarkan khas simbolik sesuatu perkara. Contohya senarai jenama kereta nasional seperti Proton, Perodua, Waja, Perdana dan sebagainya. Lotus dan NAZA juga diberikan pengiktirafan kereta nasional dan dikeluarkan siri khas nombor pendaftaran untuk mereka.

Selain itu, terdapat juga siri pendaftaran yang dikeluarkan sempena persidangan yang berlangsung di Malaysia seperti XIII NAM sempena persidangan Negara-negara Berkecuali yang ke-13, X OIC sempena persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam ke-10, XI ASEAN sempena Persidangan ASEAN ke-11 dan banyak lagi.

McLaren MP4-12C dengan nombor plat G1M 7777
Terdapat banyak lagi nombor yang dikeluarkan sempena memperingati sesuatu peristiwa yang berlaku di negara ini. Begitu juga nombor pendaftaran G1M yang dikeluarkan sempena gagasan yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri dan juga 1M4U.

Yang peliknya... Nombor-nombor ini bukannya perlu dibida kepada JPJ tetapi terdapat satu pihak yang menjual nombor ini. Anda boleh  [ klik sini ] untuk melihat wakil esklusif bagi nombor pendaftaran khas G1M.  

Siapakah pihak ini ??? Bagaimanakah mereka boleh menjadi wakil esklusif bagi nombor pendaftaran khas ini ? Apakah perjanjian mereka dengan JPJ ? Kenapa mereka ? Berapa harga mereka beli nombor ini ? 

Bentley Continental GT dengan nombor plat LE208
Pelbagai persoalan timbul mengenai pengedar nombor-nombor ini... Mungkin juga terdapat konspirasi terancang bagi pihak ini membuat duit dengan mengeluarkan nombor pendaftaran ini kepada mereka dan menyuruh mereka untuk menjualnya. Penulis tidak tahu. Hanya andaian.

Sebenarnya, bukan hal penjualan nombor pendaftaran G1M ini ingin dijadikan topik utama dalam artikel penulis ini. Tetapi hal yang sebenarnya adalah penggunaan G1M oleh segelintir pihak yang penulis sifatkan sebagai tidak bertanggungjawab. Apakah isunya?

Hal ini telah didedahkan oleh media massa pada lewat Oktober yang lalu. Melaporkan mengenai taktik segelintir orang kaya tidak bertanggungjawab yang menggunakan kereta mewah seperti Lamborghini, Bentley, Ferrari, Rolls Royce dan sebagainya di Semenanjung Malaysia tanpa membayar cukai.

Rolls Royce Ghost dengan nombor plat LE 8055
Taktiknya mudah saja, pertama, beli kereta dari Langkawi ataupun Labuan.Ini kerana barangan disana tidak dicukaikan kerana status pulau tersebut sebagai Pulau Bebas Cukai. Kemudiannya, mereka menghantar kereta mewah mereka ke Semenanjung Malaysia melalui kelonggaran 90 hari yang diberikan oleh kastam. 

Akhir sekali, mereka pandu kereta mewah yang tidak dibayar cukai itu sepanjang tahun di Semenanjung Malaysia tanpa membawa pulang kereta tersebut ke Labuan ataupun Langkawi tempat dimana kereta itu didaftarkan

Walaubagaimanapun, mereka orang-orang kaya ini sedaya upaya ingin mengaburi mata pihak berkuasa daripada mengesan taktik busuk mereka ini. Hal ini kerana terdapat beberapa perkara yang boleh mengakibatkan pihak berkuasa mampu mengecam kenderaan daripada Langkawi ataupun Labuan.

Lamborghini Aventador dengan nombor plat G1M 5555
Antaranya nombor pendaftaran itu sendiri... Kereta yang didaftarkan di Langkawi ataupun Labuan akan menggunakan nombor pendaftaran KV bagi Langkawi dan L bagi Labuan. Jadi kalau Kastam nampak dari jauh nombor plat KV dan L sudah pasti mereka akan mark kereta tersebut.

Jadi untuk menghilangkan identiti Langkawi atau Labuannya, mereka mendaftarkan nombor pendaftaran G1M ataupun sebagainya. Disebabkan itulah, terdapat pelbagai kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran ini kerana tujuannya untuk digunakan di Semenanjung Malaysia. Penulis tak kata semua kereta yang pakai nombor G1M ini tak bayar cukai, tapi ada segelintir.

Selain itu, mereka juga gemar mengelak untuk membayar harga penuh cukai jalan kereta mereka. Contohnya, kereta Bentley Continental Flying Spur anda yang menggunakan enjin bersaiz 6750cc. Jika di Semenanjung anda perlu membayar RM 19,000 tetapi jika anda mengambil cukai anda di Labuan, anda hanya perlu membayar RM 3,000 sahaja. 

Murcielago dengan nombor plat G1M 444
Jadi kerana hendak menjimatkan RM 16,000, anda akan mengambil cukai jalan anda di Labuan tetapi cukai jalan tersebut hanya sah digunakan di Labuan sahaja. Jika anda melalui roadblock dan dia lihat kenderaan anda menggunakan cukai jalan yang warnanya berlainan, sudah pasti dia menahan anda.

Untuk mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa, mereka akan pergi ke pejabat JPJ dan memohon cukai jalan yang baharu dengan alasan cukai jalan mereka yang lama sudah hilang. JPJ pun akan mengeluarkan cukai jalan berwarna merah seperti mana di kenderaan lain di Semenanjung.

Jadi... Tak hairanlah kalau anda lihat cukai jalan kereta mewah tertulis Rm50 ataupun kurang daripada sepatutnya kerana mereka sedang melakukan penipuan. Tetapi kini JPJ sudah maju dan arif, taktik ini sudah lagi tidak relevan kerana JPJ mampu melihat rekod kenderaan anda secara atas talian bukannya sekadar di atas kertas.

Ferrari 458 Italia dengan nombor plat G1M 3118
Dalam erti kata lain, taktik-taktik ini sudah pun dikenalpasti oleh pihak berkuasa dan mereka mengambil langkah untuk mengatasinya. Sehingga kini, laporan media pada Oktober lalu Kastam mengesahkan sedang mencari lebih kurang 370 buah kenderaan yang tidak dibayar cukai yang berada di atas jalan Semenanjung Malaysia.

Berapa sangat yang mereka dapat jimatkan jikalau mereka enggan membayar cukai kepada kerajaan ? Mari penulis rungkaikan.

Menurut laporan oleh Ketua Pengarah Kastam, kesemua 22 kereta yang telah dirampas Oktober lalu bernilai Rm 8.7 juta tanpa cukai. Sejumlah Rm 25.8 juta nilai keseluruhan kenderaan tersebut termasuk cukai.

Merc SLS AMG dengan nombor plat G1M 2663
Ini bermakna purata setiap kenderaan tanpa cukai berjumlah Rm 395,000 dan jika dicampurkan dengan cukai yang dikenakan terhadap semua kenderaan ini, puratanya adalah Rm 1.1 juta bagi setiap kenderaan mewah tersebut. Dalam erti kata lain, mereka menjimatkan lebih kurang Rm 700,000 dengan mengelak membayar cukai.

Tidak hairanlah terdapat segelintir pemilik yang kenderaan mewahnya dirampas enggan menebus balik kenderaan mereka dengan membayar cukai. Ini kerana nilai cukai tersebut lebih mahal daripada harga yang mereka bayar untuk memiliki kenderaan tersebut.

Mahal... Yaa memang mahal... Dah nak pakai Ferrari, Lamborghini, Bentley... Takkan kadar cukainya sama dengan kereta Honda Civic yang anda beli. Inilah yang dikatakan keadilan dalam mencorakkan sesuatu sistem. Mahu kereta mewah... Bayar cukai mahal sikit... Mahu kereta murah... Cukainya pun tak tinggi mana.

BMW M5 F10 dengan nombor plat G1M 219
Akhir kata, penulis memohon supaya orang kaya-kaya ini supaya bayarlah cukai kereta anda... Janganlah melarikan diri dengan kedudukan dan wang yang anda ada, anda menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Mungkin jika anda membayar cukai anda kerajaan mampu membayar pampasan untuk mendorong konsortium lebuhraya untuk tidak menaikkan bayaran tol.

Kadang-kadang hampa dengan kerajaan yang sedia ada yang tidak mampu memenuhi aspirasi rakyat. Tunjuklah kuasa anda sedikit sebagai kerajaan, jika tidak... Rakyat akan hilang keyakinan terhadap kerajaan yang sedia ada kerana tidak mampu mendengar rintihan rakyat biasa. Meskipun ada kalanya untuk kepentingan negara pada masa hadapan.

* Gambar-gambar diatas diambil daripada akaun Instagram @myplatenumber
** Gambar hanya sekadar hiasan... Tidak bermakna mereka tidak membayar cukai kereta mereka
*** Mohon sesiapa beri pencerahan mengenai pihak yang menjadi wakil menjual nombor pendaftaran G1M dan 1M4U
**** Depa kata orang MLM suka pakai nombor 8055 ( BOSS )

5 comments:

  1. Biasa la boss... orang2 kaya ni.. dunia mereka yang punya.. boleh buat sesuka hati mereka.. begitu juga org yang diberi kuasa.. sama juga 2x5.. kita yang sesak ni.. berdoa aje lah.. minta2 jadi org2 yg sederhana aje.. kaya tidak miskin tidak.. kuasa tak besar..tapi tak kecik.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Boss yang merah tu bukan murcielago ,tapi gallardo

    ReplyDelete
  3. G1M 444 tu model Lamborghini Gallardo LP 570-4 Super Trofeo Stradale.

    ReplyDelete
  4. Bagi la semua rakyat Malaysia merasa..
    dan, turunkan lah cukai jalan tu..
    Penulis pun ada sedikit keinginan juga untuk merasa..
    Jadi puncanya, cukai terlalu tinggi. Bila diperhatikan betul2, dengan adanya cukai yang tinggi, banyak keburukkan akan berlaku dan kesannya akan merugikan kerajaan. Kebaikkan cukai yang tinggi, akan memajukan negara, tapi, sekali pun negara maju, tapi rakyat tidak maju, sesebuah negara itu tidak layak untuk dinamakan sebagai negara yang maju walaupun negara itu kaya dengan pembangunan dan hasil bumi. Oleh itu, turunkan lah nilai cukai yang dikenakan itu. Masih banyak lagi sumber lain yang boleh memajukan negara dan jangan terlalu bergantung kepada sumber semula jadi.

    ReplyDelete
  5. BENTLEY CONTINENTAL SUPER SPORT / 2012 / 5998 S.P.
    Dah keluar kat website kastam untuk di lelong, no plat LE16
    http://www.customs.gov.my/ms/Documents/GAMBAR/5.%20WPKL.pdf

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen