Wednesday, October 9, 2013

Tiga Perkara Tentang Penulis

Jarang sekali penulis berkongsikan hal peribadi penulis kepada pembaca, tetapi pada artikel kali ini, penulis ingin lebih mesra dengan pembaca dengan berkongsikan pendapat, cara pemikiran penulis ataupun perkara yang sukar penulis ceritakan dalam bentuk yang formal melainkan boleh dilihat dengan kelakuan penulis.

Meskipun sibuk dengan urusan duniawi, sebagai penulis yang telah menulis beratus-ratus artikel dan mempunyai rekod lebih lima tahun menulis, penulis menganggap bahawa menulis di ruangan rencana ini sebagai suatu tanggungjawab yang penulis pikul semenjak kali pertama penulis menekan keyboard untuk menyiapkan artikel.

Kali ini... Mungkin sebagai tanda penghargaan terhadap pembaca penulis yang kecil itu, penulis ingin berkongsi sesuatu perkara yang belum pernah penulis kongsikan dalam artikel penulis yang lepas mengenai obsesi pelik penulis.

MR. SINGH

Entah kenapa... Jika penulis nampak seseorang yang memakai turban yang semestinya Mr. Singh... Penulis akan menjadi kurang waras... Penulis akan mengajuk-ajuk cara percakapan dengan loghat mereka... Buat pengetahuan pembaca, Mr. Singh yan penulis maksudkan adalah mereka yang berbangsa Sikh.

Malaysia mempunyai lebih kurang 100,000 penduduk berketurunan Sikh atau penulis lebih selesa memanggil Mr. Singh... Walaubagaimanapun, mereka yang betul-betul Singh ataupun yang memakai turban sukar untuk dijumpai kerana golongan ini tidak banyak.

Sebenarnya, bagi seorang yang berbangsa Sikh... Memakai turban merupakan sesuatu yang wajib bagi mereka kerana ia melambangkan identiti mereka sebagai seorang Sikh. Sama macam Islam, memakai tudung buat kaum hawa ataupun menyimpan janggut adalah untuk menunjukkan kita seorang Islam sepertimana hadis yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W.

Tetapi biasalah manusia... Bukan semuanya sama... Ada yang tidak memakai tudung dan ada yang tidak menyimpan janggut. Begitu juga dengan kaum Sikh... Ada yang tidak memakai turban tetapi nama ada perkataan Singh dibelakang...

Dalam cerita Singh is King... Terdapat suatu babak yang mana salah seorang watak mengatakan yang dia lebih rela kepalanya dipenggal daripada membuka turban yang dia pakai... Menunjukkan bertapa signifikannya pemakaian turban bagi masyarakat Sikh.

Lagi satu benda yang penulis perasan mengenai Mr. Singh adalah mereka ini kebanyakkan berkerjaya... Paling sinonim seperti yang ditunjukkan di dalam drama ataupun filem Melayu adalah karier mereka sebagai seorang peguam. Hal ini telah diterjemahkan oleh Afdlin Shauki dalam filem arahannya iaitu Baik Punya Cilok dimana beliau menyamar sebagai seorang peguam berketurunan Singh.

Tak hairanlah peguam terbaik di Malaysia pun berketurunan Singh iaitu Karpal Singh...

Selain daripada itu... Penulis menyifatkan Mr. Singh mempunyai anugerah yang dimiliki oleh tuhan yang tidak ada pada kaum lain... Iaitu pandai bermain hoki... Berapa ramai pemain legenda hoki yang berketurunan Singh... Dan kepakaran mereka dalam hoki bukan sekadar situasi di Malaysia tetapi juga di India...

Pemain Hoki Pasukan India
Lihat sajalah baru-baru ini pada kejohanan Piala Sultan Johor, India dapat menundukkan Malaysia dengan kelibat beberapa pemain berketurunan Singh... Sedangkan tiada seorang pemain Malaysia diatas padang yang berketurunan Singh... Mungkin merupakan salah satu faktor kekalahan Malaysia terhadap India kerana ketiadaan semangat Singh.

Kehebatan mereka dalam sukan Hoki tidak dapat dinafikan lagi... Dengan populasi kurang 20 juta di India yang mempunyai lebih 1 bilion penduduk ( 0.02 % ) ... Nama Singh di dalam skuad Hoki Piala Asia India adalah 10 orang pemain daripada 18 pemain keseluruhannya. Bahkan kapten skuad hoki mereka juga berketurunan Singh...

Itulah semangat Singh... SINGH is KING

DIPLOMAT

Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush
Mereka yang sudah lama bersama penulis, sudah pasti perasan dengan obsesi penulis mengenai diplomat, duta, atache ataupun mungkin dipanggil pesuruhjaya tinggi. Entah mengapa, setiap kali bertembung dengan wakil negara asing ini, penulis akan memerhatikan gerak langkah mereka.

Bagi penulis, mereka ini ada karakter yang tersendiri apabila bergelar diplomat... Cara berjalan penuh yakin dengan badan tegap... Membuatkan penulis admire kerjaya sebagai seorang diplomat... Mungkin menjadi wakil negara di tempat lain menunjukkan kemurnian tugas mereka yang berkhidmat untuk negara.

Kedutaan... Di Malaysia, salah satu lokasi yang menempatkan pelbagai kedutaan negara luar di ibu negara ialah Jalan Ampang. Disitu terletaklah Kedutaan Poland, Kedutaan Rusia, Kedutaan Perancis, Pesuruhjaya Tinggi British dan pelbagai lagi perwakilan asing.

Seperti yang penulis terangkan dalam artikel yang lepas, kedutaan merupakan sebuah kawasan yang tidak boleh dimasuki oleh pihak berkuasa tempatan kerana menceroboh kedutaan negara luar seumpama menceroboh masuk ke sebuah negara asing.

Disebabkan itulah, Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika diburu polis selepas laporan polis dibuat keatasnya berselindung di Kedutaan Turki di Jalan U-Thant supaya pihak polis tidak boleh menangkapnya dan memberikan beliau sedikit waktu untuk mengolah langkah yang seterusnya.

Taktik tersebut juga telah diguna pakai oleh pengasas Wikileaks, Julian Assange yang berselindung di Kedutaan Ecuador di London. Di negara-negara Barat, kedutaan anti-Amerika seperti Venezuela, Ecuador, Cuba suka memberikan perlindungan kepada mereka yang sedang diburu oleh negara pro-Barat.

Perkara yang penulis taasub mengenai diplomat adalah kereta yang menggunakan nombor pendaftaran plat background merah dengan abjad berwarna putih dan bendera disebelah kiri hood kereta mereka ataupun dipanggil Diplomat Car.

Seperti yang penulis pernah katakan, nombor plat ini akan dimulakan dengan nombor dan diakhiri dengan huruf DC. Contohnya seperti 23-06-DC. Keistimewaan kereta ini ialah tidak akan ditahan polis kerana ia merupakan hak kerajaan negara tersebut.

Kereta mereka juga tidak perlu dicukaikan. Tidak hairanlah terdapat segelintir kedutaan rantau Asia menggunakan kereta buatan Jerman seperti Mercedes dan BMW. Bahkan ketika penulis menghadiri Festival Antarabangsa Jazz Kuala Lumpur, terdapat sebuah kedutaan dari Afrika membawa masuk BMW E60 550i... Sebab roadtax yang berharga Rm11,000 pun tak perlu dibayar.

Penulis juga difahamkan bahawa diplomat ini jika bergerak ke luar negara dan melalui lapangan terbang, mereka tidak perlu membayar cukai lapangan terbang berkenaan. Bahkan jika mereka terlewat dari masa yang ditetapkan untuk menaiki pesawat, mereka masih dibenarkan menaiki pesawat dan yang paling best, anda tidak perlu diraba-raba oleh Kastam dan beratur bersama penumpang yang lain kerana status anda sebagai seorang diplomat.

Perkara seperti ini membuatkan penulis amat berminat untuk menjadi diplomat. Alhamdulillah di Malaysia, sesiapa pun yang dilantik oleh kerajaan boleh menjadi duta negara tanpa perlu berkhidmat dengan Jabatan kerajaan selama bertahun-tahun ataupun setelah bersara. Bidang pemilihan sebagai duta negara ini bergantung sepenuhnya kepada pemerintah.

Contohnya adalah bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat iaitu Dato Seri Jamaluddin Jarjis dimana sebelum menjawat jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, beliau merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Malangnya pada pemilihan UMNO 2008, beliau telah kalah dalam jawatan Majlis Tertinggi menyebabkan jawatannya tidak disambung meskipun menang PRU-12 di Rompin, Pahang. Maka pada Julai 2009 beliau telah dilantik mewakili Malaysia ke Amerika Syarikat sebagai Duta Besar.

Bekas pegawai tertinggi kerajaan juga seringkali diberikan tugas sebagai duta, contohnya ialah Tan Sri Jeneral ( B ) Abdul Aziz Zainal yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera, beliau setelah tamat perkhidmatannya sebagai Jeneral telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis sejajar dengan pengalaman dan peranannya sebelum ini ketika menjadi Panglima Angkatan Tentera.

September lalu, Tan Sri Ismail Omar yang merupakan bekas Ketua Polis Negara turut dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis setelah tamat perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara.

Yang terkini, bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato Seri Zahrain Mohamed Hashim yang keluar PKR tapi tidak menyertai UMNO telah dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Tidak hairanlah pada persidangan APEC di Bali beliau yang menyambut kehadiran YAB Perdana Menteri.

Konklusinya untuk menjadi diplomat, bermesralah dengan kerajaan.

CATHERINE ZETA-JONES & GEORGE CLOONEY

Yaa... Catherine Zeta-Jones dan George Clooney merupakan antara pelakon Hollywood kegemaran penulis. Siapa tidak kenal Catherine... Pelakon filem Zorro yang memegang watak sebagai isteri Alejandro lakonan Antonio Banderas bernama Elena de la Vega.

Watak tersebut mengangkat nama Catherine Zeta-Jones sebagai aktres Hollywood dengan tercalonnya dia sebagai Pelakon Wanita British Terbaik.

Filem seterusnya adalah Entrapment... Filem yang turut dibintangi oleh bekas pembawa watak James Bond ini iaitu Sean Connery menarik perhatian penulis. Ini kerana beberapa bahagian dalam filem ini telah dilakonkan Catherine dan Sean Connery di Malaysia.

Filem Entrapment ini berkisarkan tentang dua orang perompak professional iaitu VirGinia ( Catherine ) dan Mac ( Connery ) yang gemar mencuri barangan seni seperti lukisan pelukis Belanda, Rembrant.

Terdapat suatu babak dimana Gin dan Mac merancang untuk memindahkan transaksi bernilai US$ 8 billion ke dalam akaun bank mereka pada malam tahun baru dari pejabat International Clearance Bank yang terletak di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Disitu terdapatlah beberapa aktor-aktor senior negara kita berlakon menjadi Polis ketika ingin menangkap mereka yang berada di atas menara berkembar.

Walaubagaimanapun, filem ini dikritik oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau menjadi Perdana Menteri kerana pengarahnya menggambarkan seolah-olah Menara Berkembar Petronas terletak berhampiran dengan kawasan setinggan. Sedangkan Menara berkenaan dikelilingi dengan taman dan kawasan setinggan tersebut rakamannya di ambil di Melaka.

Menurut laporan dari BBC, Tun Mahathir berkata " The urge to distort and to misinform seems irresistible to some people " ( Keinginan untuk memutarbelitkan dan memesongkan fakta kelihatan amat menarik bagi sesetengah orang ) . Beliau turut menambah berkata " Pandangan yang tidak benar berkenaan Menara Berkembar Petronas sudah semestinya akan membuatkan penonton di negara kaya mengandaikan bahawa Malaysia, sebuah negara membangun membazir dana awam terhadap sebuah bangunan yang megah ".

Babak dari filem Entrapment kelihatan bandaraya Kuala Lumpur dikelilingi kawasan setinggan
Tidak dilupakan untuk penulis nukilkan disini mengenai sebuah frasa yang masih berada di dalam kepala penulis kata-kata Sean Connery kepada Catherine Zeta-Jones dalam babak bilik tidur ketika Mac ingin mendapat kepercayaan daripada Gin dan Mac berkata " First We Try, Then We Trust ".

Bukan mengenai Entrapment yang ingin penulis ceritakan, tetapi berkenaan Cathaerine Zeta-Jones. Lakonannya yang hebat dari filem Zorro ke Entrapment ke Intolereable Cruelty lakonan bersama George Clooney dan The Terminals yang turut dibintangi Tom Hanks hinggalah filem Ocean's Twelve tidak pernah menghampakan penulis.

Dari Filem Intolereable Cruelty
Bila sebut sahaja Catherine Zeta-Jones... Salah satu perkara untuk penulis describe dia adalah gorgeous . Meskipun berusia 44 tahun, penulis melihat yang beliau sebagai seorang ikon pelakon yang masih jelita walaupun di usia yang agak lanjut. Satu lagi yang menarik perhatian penulis untuk dikongsikan adalah perkahwinannya dengan Michael Douglas yang berusia tepat 25 tahun tua daripadanya. "Jadi... Apa salahnya, Catherine Zeta-Jones pun muda banyak daripada suaminya. " Itulah kata-kata yang seringkali terpacul keluar dari mulut penulis jika berbicara tentang cinta mengenai kekasih yang lebih muda.

Masuk pula bab George Clooney...  Salah sebuah pelakon yang penulis sifatkan mempunyai gayanya yang tersendiri bahkan boleh dikatakan menjadi ikon kejantanan seorang lelaki. Tidak hairanlah beliau diangkat di tempat pertama dalam senarai Most Sexiest Star of All Times.

Clooney sebagai Jack Foley dalam Out of Sight
Filem lakonan George Clooney antara filem yang gemar penulis tonton. Dari filem Out of Sight sebagai banduan yang melarikan diri bernama Jack Foley bersama Jennifer Lopez ke Trilogi Ocean's yang menjadi Mastermind sebagai Danny Ocean hinggalah The Descendant sebagai pewaris tanah terbesar di Hawaii, kesemuanya tidak mengecewakan.

Filem yang ingin penulis cadangkan adalah siri filem Ocean's iaitu Ocean's Eleven, Ocean's Twelve dan Ocean's Thirteen yang mengisahkan tentang sekumpulan kawan dilakonkan oleh Brad Pitt, Matt Damon, Cassey Affleck dan beberapa orang lagi yang ingin melakukan tugasan khas seperti merompak lukisan mahupun merompak kasino. Dalam Ocean's Twelve, Catherine Zeta-Jones turut berlakon sebagai Isabel Lahira iaitu seorang Pegawai Penyiasat Polis Eropah ( EUROPOL ).

Namun filem yang paling penulis gemar lakonan diantara George Clooney dan Catherine Zeta-Jones adalah filem Intolereable Cruelty. Filem yang berkisarkan mengenai seorang wanita pisau cukur dan seorang peguam yang pakar dalam penyelesaian rumahtangga. Tema filem ini agak lain daripada yang lain dan mungkin dengan komedi ringkas membuatkan filem ini menarik buat penulis.

Tetapi dalam banyak-banyak filem George Clooney. Penulis rasakan The Descendants amat menyentuh perasaan. Penulis amat mencadangkan supaya anda tontonlah filem The Descendants yang diadaptasi dari novel milik Kaui Hart Hemmings ini. Ia ringkas dan mudah tetapi suasananya membuatkan penonton dalam dilema. Filem ini memenangi pelbagai anugerah antaranya filem adaptasi terbaik dan Film of the Year dari Institut Filem Amerika.

Mengenai peribadi George Clooney... Apa yang paling jelas buat masa ini adalah mengenai dirinya yang gemar bertukar-tukar pasangan. Mungkin betul kata Yusri KRU dalam lagu Gerenti Beres, " Bukan terlalu memilih, dalam mencari kekasih, cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain ".

George Clooney yang bercerai pada tahun 1993 dengan bekas isterinya, Talia Balsam sehingga kini tidak mempunyai pengganti bahkan kesemua hubungannya terputus termasuklah bersama pelakon Elisabetta Canalis dan yang terbaru bekas penggusti WWE, Stacy Keibler... Rasanya yang tengok gusti dulu kenal kot Stacy... Penulis antara salah seorang penggemar gusti... Tapi kini dah tak ada masa nak tengok wrestling hari Khamis malam... Masih hari Khamis lagi ka?

Hmmh... Setakat ini sajalah yang ingin penulis nukilkan mengenai fakta-fakta yang tidak pernah penulis ceritakan secara formal kepada mana-mana orang. Menulis mempunyai kelainannya yang tersendiri membuatkan penulis lebih gemar berkongsi fakta peribadi seperti ini.

Doakan penulis lebih berjaya dan mempunyai ruang masa untuk terus menulis dalam blog ini...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen