Saturday, September 21, 2013

Chin Peng Hero ke Zero

Baru-baru ini, kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya ( PKM ) di Bangkok pada 16 September bersamaan dengan hari Malaysia menjadi polemik di negara ini apabila kerajaan enggan membenarkan jasadnya dibawa pulang untuk tujuan pengebumian mahupun abunya.

Penulis melihat isu ini sebagai penuh menarik kerana terdapat segelintir pihak dalam diam yang mempunyai agenda untuk membawa pulang mayatnya ke negara ini sedangkan pihak kerajaan bertegas untuk tidak membenarkan perkara tersebut berlaku bahkan memperketatkan kawalan di sempadan kerana takut berlaku penyeludupan mayat atau abu bekas pemimpin PKM itu.

Pihak kerajaan berhujah menyatakan bahawa tindakan Chin Peng sewaktu sebelum merdekanya Malaysia dan pada zaman darurat telah menjadi sejarah hitam buat negara. Mereka juga mengatakan langkah untuk tidak membenarkan mayatnya dibawa masuk ke Malaysia adalah untuk menjaga sensitiviti golongan yang telah menderita akibat kesan peperangan dengan Chin Peng.

Manakala pihak minoriti yang ingin membenarkan kemasukan mayat Chin Peng ini pula berkata bahawa tindakan Chin Peng sebagai Setiausaha Agung PKM sudah berlalu pergi dan kita perlu move-on dan memaafkan kesalahan Chin Peng. Hal ini dapat dilihat dalam sesetengah portal yang kurang mesra dengan kerajaan.

Bagi penulis, sama ada langkah membenarkan ataupun melarang kemasukan mayat Chin Peng dalam negara ini tidak memberi apa-apa erti dalam hidup penulis. Namun tidak bagi golongan yang berusia lewat 60-an ataupun balu pegawai tentera yang mati ditembak Komunis ataupun mereka yang tempang kakinya akibat terkena jerangkap samar yang dipasang Komunis.

Apa yang penulis faham... Pada awal kewujudan Chin Peng dalam arena perjuangan membebaskan negara dari penjajah perlu diiktiraf. Ini kerana Chin Peng telah berusaha untuk menentang Jepun dalam usaha menghambat keluar Jepun dari Tanah Melayu

Tetapi perlu diingatkan... Bahawa serangan kotor Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki merupakan faktor utama yang menyebabkan Jepun menarik balik askarnya di Tanah Melayu kembali ke negara asal mereka kerana enggan memaksa rakyatnya menjadi mangsa peperangan.

Dalam erti lain... Amerika Syarikat telah berbakti kepada Tanah Melayu ketika itu kerana membantu menunjuk jalan keluar kepada Jepun dari Tanah Melayu dan kawasan yang jajahan Jepun. Adakah anda mengiktiraf peranan Amerika Syarikat dalam penarikan tentera Jepun di Tanah Melayu?

Soalan kedua penulis... Jika British telah mengiktiraf peranan Chin Peng dalam membantu mereka menentang Jepun dengan menganugerahkan Chin Peng dengan Order of British Empire ( OBE ) ... Bukankah Chin Peng pejuang kemerdekaan?

Bagi penulis... Chin Peng merupakan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu yang mempunyai agenda tersendiri dengan fahaman Komunisnya.Ini disebabkan bantuan kelengkapan ketenteraan British kepadanya ketika memimpin Malayan People's Anti-Japanese Army ( MPAJA ) telah disalahguna menentang British.

Bukankah British juga penjajah... Bukankah Komunis ingin menghalau penjajah juga... Tetapi matlamat mereka untuk mengKomuniskan Tanah Melayu telah merosakkan perjuangan yang kelihatan suci pada mulanya kepada sesuatu yang mendahsyatkan bagi penduduk Tanah Melayu kerana fahaman Komunis bertentangan dengan kepercayaan seorang Muslim.

Reputasi Chin Peng tidak boleh dianggap sama ketika menentang Jepun selepas terus menerus menyerang Malaysia selepas Kemerdekaan Tanah Melayu... Dalam erti kata lain, Chin Peng boleh dianggap pengkhianat negara kerana cuba merosakkan impian rakyat pada detik itu.

Kesimpulannya... Tindakan Chin Peng menentang Tanah Melayu ketika itu jasanya menentang Jepun terpadam kerana kisahnya menentang kerajaan Malaysia lebih dominan dalam memori insan bernama Chin Peng kerana ingin mencapai matlamatnya yang tersendiri.

Maka tidak hairanlah sehingga kematiannya... Adjektif terhadap dirinya adalah pengganas kerana tindakannya terdahulu... Dan kita tidak boleh menerimanya selagi dia tidak menggugurkan Komunisme dalam dirinya... Dan hal itu tidak akan berlaku... Kerana pada Rundingan Baling, dia ada berkata kepada Tunku bahawa dia seorang Komunis dan tidak akan meninggalkan Komunis...

Dalam erti kata lain... Perjuangan Komunis dalam dirinya masih belum layu dan sehingga sekarang... Fahamannya mungkin masih dipegang oleh segolongan pihak meskipun tiada tindakan... Kerana ideologi dapat diresap oleh seseorang individu tanpa boleh disekat.

Dan British menarik balik Order of British Empire akibat pemberontakan Komunis...

Sunday, September 1, 2013

Merdeka 2013 - Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Sambutan ulang tahun Kemerdekaan ke-56 Malaysia telah diadakan di Dataran Merdeka dengan penuh meriah sekali. Dengan tema " Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku ", sambutan kali ini memfokuskan tentang kesatuan rakyat Malaysia sambil menegaskan tentang ancaman kedaulatan negara.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku yang diikuti 14 kali das tembakan meriam sambil bendera Jalur Gemilang dinaikkan. Seterusnya ialah bacaan ikrar Kemudian diikuti  dengan lagu Jalur Gemilang dan 31 Ogos didendangkan membuatkan kesemua rakyat bersama-sama menyanyikannya sebelum diikuti oleh beberapa persembahan rakyat

Pada tahun lalu, perarakan tamat sekitar jam 10.00 pagi namun kali ini tidak, dengan tema yang penuh semangat patriotik, sambutan kali ini tamat lebih kurang jam 10.30 pagi dengan pulangnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tema " Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku " dipilih berikutan pencerobohan oleh pengganas Sulu di Lahad Datu pada awal tahun bagi mengambil iktibar buat negara supaya kedaulatan negara seperti yang berlaku tempoh hari tidak berulang lagi.

Lagu tema kali ini juga lebih bersemangat dan menyemai sifat patriotik dengan penghayatan lirik yang lebih mendalam berbanding tahun yang lepas yang penulis sifatkan sebagai lirik mengampu kerajaan. Lirik ini ditulis oleh Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia iaitu Dato Seri Shabery Cheek.

Perarakan pasukan ketenteraan dan polis telah memeriahkan majlis dengan kehadiran aset-aset ketenteraan negara dan juga lintas hormat udara helikopter dan pesawat pejuang milik negara.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar Dataran Merdeka

Perarakan Pancaragam


























Peserta diatas kereta berhias Maybank


Proton mempersembahkan model terbaharu mereka, Proton Suprima S

























Lintas hormat oleh badan beruniform pelajar sekolah


























































Unit Rondaan Bermotosikal PDRM

























Perarakan aset ATM




























Lintas hormat udara































C-130 Hercules





Suasana sebelum perarakan tamat




Keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


YAB Perdana Menteri mengucapkan tahniah atas kejayaan sambutan kali ini

Bersalaman dengan pemimpin negara


Orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan Tun Mahathir

Tun Mahathir pulang dengan menaiki Proton Suprima S bernombor Proton 2020