Sunday, August 18, 2013

Tawaran Penganugerahan Darjah Kebesaran dari Palembang

Berikutan tulisan penulis mengenai penganugerahan darjah kebesaran dari Sultan ataupun Raja luar Malaysia tempoh hari melalui artikel bertajuk " Beli Pangkat " , " Lagi Bukti Gelaran Datuk Boleh Dibeli " dan " Fenomena Datuk Sulu, Surakarta dan Palembang " kini terdapat lagi bukti bahawa anugerah tersebut tiada nilai.

Beberapa bulan lepas, penulis ada memohon anugerah dari Palembang melalui laman web mereka iaitu sultanpalembang.com . Penulis mengisi kekosongan-kekosongan dibawah ini

Beberapa hari yang lepas, ketika melayari email penulis... Terdapat sebuah email yang belum dibuka lagi dari Pejabat DYMM Sultan Palembang dengan alamat email secretary@sultanpalembang.com.

Penulis pun bukalah dan dibawah ini penulis screenshotkan apakah yang ditulis oleh Setiausaha Sulit Sultan tersebut.
























Kemudiannya, penulis pun downloadlah attachment tersebut dan berikut merupakan isi kandungan fail tersebut.







Ini antara mukasurat yang penulis screencapture dari 10 mukasurat... Penulis tak tahu pula yang Sultan dan Raja nak tahu bilangan kenderaan serta nombor pendaftarannya sekali yerr... Siap nak tahu rumah jenis papan ke banglo lagi...

Selain itu, mereka turut meletakkan ruang dimana jangkaan dana yang akan disumbangkan kepada Kesultanan Palembang oleh penerima anugerah.

Setakat ini sajalah artikel penulis mengenai Anugerah Kebesaran dari Palembang...

* Penulis pun lepas ni nak claim diri sebagai His Highness The Count of Subang Jaya ...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen