Thursday, August 8, 2013

Aidilfitri dari Masjid Zahir, Alor Star

Tahun lalu, pagi Aidilfitri di Masjid Zahir akan dimeriahi dengan kehadiran bekas Menteri Besar Kedah, Dato Seri Diraja Ustaz Azizan Abd Razak namun pagi ini, ketiadaan kelibat beliau sedikit sebanyak menimbulkan rasa kekurangan pada pagi Aidilfitri kali ini.

Di Masjid Zahir pagi tadi, kesemua ahli Jemaah Pemangku Sultan hadir bersama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat dan turut berkesempatan beraya bersama mereka.

Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Tunku Annuar Sultan Badlishah telah disambut oleh Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir dan sebilangan pemimpin negeri.

Sehubungan dengan itu, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog penulis dan memohon ampun dan maaf jika ada perkataan di dalam tulisan penulis ini menyinggung perasaan sesiapa. Sesungguhnya, niat penulis adalah hanya untuk berkongsi pandangan dan pengalaman sahaja.

Ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah disambut oleh pembesar negeri

Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz disambut oleh ADUN Kedah

Duli Yang Teramat Mulia Tunku Annuar Sultan Badlishah tiba























Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir bersalaman dengan rakyat

Tunku Annuar serta Dato Paduka Mukhriz beraya bersama rakyat
























Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir bersalaman sebelum berangkat pulang










No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen