Sunday, July 28, 2013

Rapatkan Saf...

Bila masuk bulan Ramadan... Pakat-pakat orang ramai berebut untuk melakukan amal ibadat dengan lebih lagi... Orang ramai itu termasuklah penulis... Kerap kali pada malam-malam Ramadan ini penulis akan ke masjid bagi menunaikan solat sunat Tarawikh.

Maklumlah... Setahun sebulan sahaja puak-puak macam penulis ini nak melipatgandakan ibadat... Ada sesuatu kisah yang penulis ingin kongsikan apabila sering kali terjadi ketika penulis solat berjemaah di masjid...

Selalunya, selepas sahaja laungan iqamat menandakan solat akan bermula... jemaah akan berdiri untuk memenuhi ruang hadapan saf. Dan jika ada ruang-ruang kecil yang kosong di hadapan... Akan adalah jemaah yang di belakang ini bergerak ke hadapan.

Masalah timbul waktu inilah... Apabila terdapat ruang di sebelah kanan dan kiri... dan hal ini kronik bila saf tersebut merupakan saf belakang...

Apa masalahnya...
Makmum rapatkan saf salah arah

Boleh penulis tanya... Jika tok bilal ataupun tok imam kata rapatkan saf...

Kita nak rapat ke kanan kerr ke kiri???

Jawapannya kita akan rapat ke sebelah mana imam berada...Jika imam berada di kanan hadapan kita... Maka kita bergerak ke kanan... Kalau imam berada di kiri hadapan kita... Maka kita bergerak ke kiri... Kalau imam ada betul-betul dihadapan kita??? Kita stay sahaja...

Masalahnya apa... Masalahnya ada makmum yang tak nak berganjak ke kanan ataupun ke kiri bila ada ruang disebelah mereka... Pemikirian mereka bila rapatkan saf... rapat ke kanan ataupun rapat ke kiri macam berkawad...

Itu tak masuk jemaah yang suka tinggalkan ruang diantara mereka dengan jemaah di kanan atau kiri mereka... Namun penulis bersangka baiklah... Mungkin mereka tidak selesa bila siku kita bergesel dengan siku jemaah yang lain.

Tak sentuh lagi tentang jemaah tak mahu tunggu baca doa... Hal ini memang penulis perasan dari dahulu lagi... Terutamanya selepas sembahyang Jumaat... Nak tunggu 3-4 minit untuk imam habiskan doa pon susah... Tapi sebagai seorang Muslim, kita perlu bersangka baik... Mungkin mereka ini semua ada hal yang lebih mustahak untuk diselesaikan.

Bab budak-budak pon ada jugak... Selalu waktu bila khatib dok baca khutbah... Ada yang suka bersembang... Padahal tujuan solat Jumaat adalah untuk beri khutbah kepada para jemaah... Masalah ini berlaku amnya terhadap pelajar bawah 15 tahun...

Padahal rasanya mereka telah diajar mengenai larangan ketika berkhubah... Meskipun suruh orang lain diam... Maka individu terbabit tidak mendapat pahala sembahyang Jumaat walaupun solatnya sah.

Setakat ini sahaja tulisan penulis buat bulan Ramadan ini... Memasuki malam 10 terakhir ini, marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadat supaya Ramadan kali ini bermanfaat buat kita semua... Inshallah

2 comments:

  1. Saya pernah ditolak kerana cuba rapatkan saf. Dia mahu jarak, tak mahu rapat. Saya dah lupa peristiwa itu, tapi bila baca artikel saudara ni saya teringat balik. Kecik hati saya..

    ReplyDelete
  2. Yaa... Cuba kita hanya bersangka baik... Mungkin dia tidak selesa ...

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen