Sunday, July 7, 2013

Pemimpin dan Jam Tangan

Fidel Castro
Jam tangan pada saat bermula pengeluarannya lebih sinonim dengan wanita, ini kerana kaum Adam lebih ketika itu lebih gemar membawa jam poket ( pocketwatch ) yang diletakkan di dalam poket seluar.

Namun apabila perang dunia kedua tercetus, askar Jerman menganggap membawa jam poket sebagai sesuatu yang menyusahkan selain perlu mengeluarkan daripada poket untuk mengetahui waktu. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk memakai jam tangan yang mana lebih mudah untuk mengetahui masa walaupun ketika bertempur.

Hal ini sebelum itu disokong oleh seorang juruterbang Brazil bernama Alberto Santos-Dumont dimana beliau meluahkan ideanya yang diinspirasikan sewaktu beliau menerbangkan pesawat. Beliau menyatakan bahawa agak sukar bagi dirinya untuk mengetahui waktu kerana jam berada di dalam poketnya. Jadi, beliau meminta rakannya, Louis Cartier untuk membuat jam tangan supaya beliau boleh membuat anggaran masa dalam keadaan mengemudi pesawat.

Dari situlah bermulanya revolusi jam tangan yang dipakai oleh sekalian manusia sehingga ke hari ini. Tidak dinafikan bahawa bagi sesetengah orang, jam tangan merupakan salah satu aksesori wajib yang dipakai dalam kehidupan seharian seperti penulis. Sejujurnya, penulis berasa gelisah dan hilang keyakinan bila jam tangan tidak terikat di pergelangan kiri penulis.

Ada yang mengatakan bahawa perwatakan seseorang itu boleh dibaca melalui jam tangan yang mereka pakai dan dibandingkan dengan suasana ataupun keadaan tersebut.

Tajuk diatas mengenai jam tangan dan pemimpin... Hampir kesemua pemimpin di dunia memakai jam tangan dalam melaksanakan tugasan seharian mereka. Kerana jam tangan merupakan salah satu cara mereka mempromosikan diri mereka terutamanya jam mahal seperti Rolex, Omega, TagHeuer, Panerai, IWC, Cartier, Breitling, Frank Muller, Hublot, Corum, Chopard, Girard-Perregaux, Vacheron Constatin ataupun Patek Philippe.

Dari atas balkoni hotel Hilton
Salah seorang pemimpin yang tidak boleh diasingkan dengan jam adalah pemimpin Cuba, Fidel Castro dimana beliau seorang peminat koleksi jam tangan Rolex. Malahan ketika beliau menggulingkan diktator, Fulgencio Batista ketika Revolusi Cuba 1959, beliau dilihat memakai jam tangan Rolex Submariner ketika sekeping gambar dirakam yang diambil dari balkoni hotel Hilton.

Di Kremlin, Moscow, Fidel Castro dalam pertemuannya dengan Setiausaha Parti Komunis Kesatuan Soviet, Nikita Khrushchev dilihat memakai dua utas jam tangan Rolex di pergelangan tangan kirinya sambil cuba mencucuh curut Cubanya.

Menariknya mengenai gambar tersebut adalah kesemua orang yang berada di sekelilingnya memerhatikannya mencucuh curutnya selain gambar Pelopor fahaman Komunisme, Karl Marx tergantung diatas dinding bilik terbabit.

Vladimir Putin
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Fidel Castro seorang peminat tegar jam tangan jenama Rolex sehingga kerap kali memakai dua utas jam tangan dalam sesuatu masa. Mungkin dalam konteks lain beliau ingin menunjukkan tahap kekuasaan dalam pemerintahannya di Cuba.

Presiden Russia, Vladimir Putin juga seorang penggemar jam tangan mewah. Beliau dianggarkan mempunyai koleksi jam tangan mewah yang berjumlah Rm2,500,000 iaitu lebih enam kali ganda gaji tahunannya iaitu Rm360,000.

Dmitry Medvedev
Antara koleksi jam tangan yang beliau miliki adalah Patek Philippe yang dibuat dari emas putih dianggarkan sekitar Rm 200,000, Tourbograph yang bernilai lebih kurang Rm1,500,000 selain jam tangan Blancpain yang dinamakan Leman Aqya Lugn Grande Date yang dikatakan bernilai Rm 35,000.

Begitu juga dengan Perdana Menterinya, Dmitry Medvedev dimana beliau dilihat mengenakan jam tangan Frank Muller Cintree Curvex Revolution Tourbillion yang bernilai Rm 870,000.

Nicolas Sarkozy
Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy turut memaparkan imejnya dengan seutas jam tangan Girard Perregaux 1966 Annual Calendar and Equation Time berharga Rm100,000 ketika berada dalam sidang Komuniti Ekonomi Eropah.

Selain itu, beliau pernah dilihat menanggalkan jam tangan Patek Philippe berharga Rm220,000 yang diberikan oleh isterinya, Carla Bruni ketika bersalaman dengan penyokongnya ketika jelajah kempennya di Paris.




Barack Obama bersama Highgear Enduro Compass
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memakai pelbagai jenis jam tangan antaranya TagHeuer selain jam tangan dari Perkhidmatan Rahsia yang direka oleh Jorg Gray yang dinamakan JGC6500 Chronograph. Beliau kerap kali dilihat memakai jam tangan Highgear Enduro Compass dalam melakukan aktiviti hariannya.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton turut menggemari koleksi jam tangan mewah seperti Penerai, Luminor, Cartier Santos-Dumont dan Roger Dubuis.

Bill Clinton
Tidak terkecuali pemimpin-pemimpin Malaysia... Jika dahulu, jika disebut perkataan Omega perkara pertama yang terkeluar di dalam fikiran mungkin hanya sekadar simbol. Namun kini tidak lagi, dunia mengetahui Omega sebagai sebuah jam tangan mewah mungkin kerana pengaruh James Bond dimana Omega menaja francais filem James Bond semenjak tahun 1995 iaitu filem Golden Eye.



Sehingga ke hari ini, terdapat tujuh filem James Bond ditaja oleh Omega dan yang terbaru adalah Skyfall dimana Daniel Craig memakai jam tangan Omega dimana James Bond memakai Seamaster Aqua Terra dan Planet Ocean 600M.

Pierce Brosnan dalam filem James Bond
Namun mungkin lain di Malaysia, Omega mungkin telah dipopularkan oleh media massa Malaysia yang didorong oleh skandal Datuk T dimana mereka mendakwa Anwar Ibrahim telah kehilangan jam Omega yang dikatakan dihadiahkan oleh Putera Arab Saudi dan sudah semestinya ia edisi terhad. Sebab itulah sehingga ke hari ini jam Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menunjukkan jam Omeganya.

Berikutnya kita kembali ke dalam negara... Seperti yang disebutkan diatas, pemimpin negaera kita juga tidak kurang hebatnya bila menampilkan diri dengan jam tangan mewah di tangan kiri mereka selalunyalah.

Ada orang tanya, kenapa orang selalu pakai jam tangan di pergelangan kiri... Sebenarnya bukan semua orang pakai jam tangan di pergelangan kiri... Cuma mereka yang right handed sahaja akan memakai jam tangan di sebelah kiri begitu juga kepada yang bertangan kidal, mereka akan memakai jam tangan di pergelangan tangan kanan mereka.

Ini supaya ketika mereka melakukan kerja-kerja harian seperti menulis ataupun mungkin memakan... Jam tangan mereka tidak menganggu kerja-kerja mereka ini selain penggunaan tangan kiri yang kurang boleh mengurangkan risiko jam tangan tersebut calar ataupun rosak.

Lagipun kebanyakkan jam tangan sememangnya dikhaskan untuk pemakai yang memakai jam di tangan kiri... Disebabkan itulah crown jam tersebut berada di sebelah kanan jam bagi memudahkan pemakainya membetulkan masa dan tarikh.

Berikut penulis ingin berkongsi rupa jam yang dipakai oleh sebilangan pemimpin negara ataupun boleh dipanggil sebagai selebriti... Maaf kerana penulis tidak begitu pakar hingga dapat mengesan model apakah jam yang mereka pakai... Yang pasti, mahal!

Jam tangan yang dipakai oleh Yang diPertuan Agong

Jam tangan Baginda pakai ketika sambutan Kemerdekaan

Yang diPertuan Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir



Jam tangan yang dipakai oleh bekas Menteri Besar Kedah, Dato Seri Diraja Mahadzir Khalid
Jam tangan yang dipakai oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen