Monday, June 24, 2013

Lawatan ke Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua al-Ikhlas

Tatkala Malaysia dilanda jerebu yang datangnya dari Kepulauan Sumatera hasil pembakaran hutan secara terbuka, penulis mengambil kesempatan pagi Ahad untuk bersama-sama rombongan sekolah SMK USJ 12 ke Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua al-Ikhlas di Kampung Pulau Meranti, Puchong.

Penulis dan beberapa kepimpinan tertinggi kelab penulis dibawa ke sana oleh guru penasihat penulis menaiki kereta. Lebih kurang 30 minit juga dari tempat tinggal penulis ( sekitar Subang Jaya ) ke Pusat Jagaan tersebut yang didiami beberapa puluh orang warga emas.

Ditemani Presiden, Bendahari dan AJK tertinggi, kami dilihat sebagai minoriti kerana rombongan dari SMK USJ 12 membawa lebih 30 orang pelajar mereka ke sana manakala kami hanya lima orang sahaja.

Kami tiba disana lebih kurang jam 8.50 pagi dimana ketika kami sampai, keadaan disana sedikit sibuk memandangkan penghuni disana baru sahaja bangun tidur dan ada segelintir daripada mereka tidak mandi lagi terutamanya yang uzur.

Penulis perasan yang penghuni disana boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang boleh bangun, berjalan dan mungkin juga boleh bercakap manakala yang satu lagi yang agak uzur dimana kebanyakkan mereka sukar berjalan malahan nak bangun pun susah.

Disebabkan itu, rakan penulis mengambil kesempatan untuk memandikan beberapa orang penghuni disini. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mereka dan mungkin juga penulis memakaikan mereka baju dan seluar.

Selesai memandikan mereka... Salah seorang pekerja disana mengatakan bahawa kami boleh membersihkan kawasan belakang kompleks tersebut yang dipenuhi daun-daun kering... Penulis beserta teman yang lain membersihkan tapak belakang bangunan tersebut dari selerakan daun-daun kering.

Selepas tugasan tersebut habis dilaksanakan, penulis kembali ke ruang hadapan bangunan tersebut dimana penulis terlihat seorang Pak Cik berusia lingkungan 60-an termenung diatas kerusi sofa yang diletakkan disitu. Penulis pun menyapalah beliau...

Penulis bertanya kepadanya
" Macam mana duduk disini? " dan beliau menjawab yang rasa tenang sikit. Menurutnya, dia dihantar oleh anaknya tiga minggu yang lepas dimana anak-anaknya enggan menjaganya kerana penyakit yang dihadapinya iaitu diabetes, darah tinggi dan jantung.

Pada mulanya, beliau menyatakan bahawa beliau tidak berapa setuju dengan hasrat anaknya menghantarnya disini... Namun apakan daya, kedua-dua anaknya bekerja jadi tiada pilihan selain menjadi penghuni di Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua al-Ikhlas.

Beliau menyatakan bahawa kedua-dua anaknya masuk universiti dan kini sudah bekerja. Salah seorangnya bekerja di bank dan seorang lagi dikatakan beliau bekerja sebagai seorang juruaudit katanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Menurut pengasas Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua al-Ikhlas ini iaitu Puan Muji ( bekas ketua jururawat ) , kebanyakkan penghuni disini berusia lebih 60 tahun dan berpenyakit. Perkara yang terdetik hatinya untuk membuka Pusat Jagaan & Rawatan ini apabila beliau perasan bahawa di Malaysia ketika itu, tiada sebuah rumah orang tua yang mana 100% Islam

Puan Muji sedang memberi taklimat kepada peserta rombongan
Kebanyakkan bercampur Cina, India dan Melayu... Disana katanya, jika ada kematian membabitkan penghuni Islam, kesemuanya diserahkan kepada masjid ataupun surau berdekatan tetapi di sini, beliau mengatakan bahawa pada saat-saat akhir kematian mereka, kami membawa suasana Islam dimana penghuni diajar mengucap dan dibacakan ayat al-Quran apabila meninggal.

Pusatnya itu mempunyai lebih kurang 60 orang penghuni dimana kesemuanya Islam. Ada yang dihantar oleh hospital untuk dijaga dan ada juga penghuni yang didaftar oleh ahli keluarga kerana tidak mampu menjaga mereka. Terdapat lebih 10 orang penghuni yang berusia lebih 90 tahun disitu dan purata kematian setiap bulan menurutnya adalah sekitar 12 orang.

Ketika ditanya sama ada ahli keluarga yang meninggalkan ibu atau bapa mereka ke sini hadir melawat ibu bapa mereka. Beliau mengatakan yang memang ada segelintir golongan yang bersikap lepas tangan dimana tidak menjenguk ibu bapa mereka. Ketika ditelefon... Ada yang tak jawab dan ada yang tidak boleh dihubungi terus... Itu perkara biasa... Katanya lagi bahawa jika anak-anak mereka tidak datang... Kamu semua datang merujuk kepada ahli rombongan kami.

Tempat menyimpan barang
Setiap bulan, pusat tersebut memerlukan lebih kurang Rm 30,000 hingga Rm 40,000 dimana dananya datang dari pelbagai pihak termasuk mengeluarkan wangnya sendiri. Dalam sesi taklimat tersebut, beliau mengatakan bahawa pusat tersebut mempunyai 12 orang pekerja dimana belanja membayar gaji pekerja pun Rm 12,800.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan... Beliau mengatakan yang beliau berusaha untuk membuak sebuah lagu kompleks dimana boleh menempatkan sekitar 60 orang penghuni dimana beliau menyasarkan penghuninya 40% adalah muallaf.

Beliau turut menasihatkan kami ahli rombongan supaya menyayangi ibu bapa dan jangan berkira untuk memberi kerana katanya, rezeki datangnya daripada Allah dan menjaga ibu bapa dengan baik ketika tua nanti. Katanya lagi, jika kita sering kali susah berada dalam kegelapan, kita akan pandai mencari cahaya... Namun jika kita hidup senang lenang dan tiba-tiba dihimpit kesusahan... Mulalah meraba-raba mencari cahaya.

Kami pun memberi sumbangan kepada mereka yang didermakan oleh pelajar-pelajar sekolah penulis.

Seterusnya kami turut berkesempatan menghiburkan penghuni dengan menyanyikan beberapa buah lagu kepada mereka... Ternyata mereka kelihatan begitu gembira sekali dengan kehadiran kami dan disitu kami beramah mesra dengan mereka bertanyakan khabar. Ketika makanan sampai, setengah daripada kami ada yang menyuapkan mereka makan.

Selesai memberi mereka makan... Kami pun makanlah dan kemudiannya meninggalkan tempat tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari. Sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan melihat seorang ibu dan bapa ditinggalkan anak kerana enggan menjaga mereka.

Bukan itu sahaja... Ada segelintir daripada mereka yang mana anak-anak mereka bekerja sehingga di London dan ada juga yang menjadi ketua-ketua pengarah namun tidak mampu untuk menjaga seorang ibu ataupun bapa.

Pemergian penulis kesana memberikan kesan yang besar kepada diri penulis... Sebelum ini, hanya lihat di kaca televisyen namun kali ini penulis merasai sendiri pengalaman bersama mereka. Dan ia juga mengajar penulis bersifat rendah diri dan mungkin juga membuang ego dalam diri penulis.

Mungkin benar tulisan seorang hamba Allah di Facebook dimana beliau terlihat Tok Guru Nik Aziz membasuh tandas di awal pagi... Ketika ditanya buat apa cuci tandas... Tok Guru menjawab yang inilah cara dia membuang ego dalam diri... Penulis merasai sendiri perasaan tersebut... Mungkin betul, bagi membuang sifat angkuh dan bongkak dalam diri... Buatlah sesuatu perkara yang mana tidak terdetik di dalam hati seorang insan seperti anda akan melakukan perkara sedemikian rupa.

9 comments:

  1. sayang sekali gambar gambar yang dihidangkan tidak terang dan juga terlalu sedikit. saya sarankan supaya gambar gambar penghuni lebih banyak dipamerkan dan juga gambar gambar suasana dalaman dan luaran tempat penginapan dipaparkan. juga kalau boleh dipaparkan interview dengan penghuni. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tuh. Kalau nak buat kerja kerja amal, buatlah dengan baik. Nampak macam lepaskan batuk ditangga jer.

      Delete
  2. saje bagi blur sb nak soh pergi tgk sndiri. Ni dah la tak pegi, yang orang buat kondem plak. Ada masalah hati tu..

    ReplyDelete
  3. Salam, nak tanya. Sumbangan secara internet banking boleh disalurkan ke acc ni ke?

    Nama Bank : Al Rajhi Bank
    No. Akaun : 12700-1061101131

    ReplyDelete
  4. Saya sahkan... Sila hubungi 0166786364 untuk sebarang pertanyaan

    ReplyDelete
  5. Saya call no hp xdpt

    ReplyDelete
  6. Saya call no tu tak dapat? saya perlukan info tentang pusat ni secepat yang mungkin.
    Ade sesape yang boleh bantu?

    ReplyDelete
  7. BOLEHLAH HUBUNGI 0122433743 CLL NO NI PN MUJI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya IBU TITING seorang TKW DI ARAB SAUDI pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan SUAMI saya sakit-sakitan dikampung dan gaji saya itupun buat beli obat-obatan sedangkan hutang banyak kebetulan saya buka-buka facebook mendapatkan nomor hp KI KUNCORO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi AKI dan minta angka bocoran ANGKA THAILAND angka yang di berikan 3D ternyata betul-betul tembus 100% dan bagi saudarah-saudarahku di indonesia yang bekerja di luar negeri jadi TKI apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan bebang masalah anda silahkan hubungi KI KUNCORO di nomor 0823-1332-9888 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas KLIK: >>KLIK DI SINI KALAU ANDA BERMINAT BERGABUNG DENGAN KI KUNCORO <<<

      Delete

Dipersilakan Komen