Monday, June 17, 2013

Kos Yuran Pengajian Sekolah Swasta & Antarabangsa

Ketika sesi persekolahan 2013 bermula pada awal tahun ini, beberapa rakan penulis berhenti sekolah kerana mereka mengatakan yang mereka akan ke sekolah swasta. Kebanyakkan pelajar yang berpindah ke sekolah swasta ini merupakan pelajar Cina dan India.

Malahan anak kepada jiran penulis juga bersekolah di sekolah swasta kerana katanya, subjek-subjek yang diajar di sekolah swasta lebih terkehadapan dan universal berbanding di sekolah awam yang dibiayai oleh kerajaan.

Ada yang kata, ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah swasta hanya untuk membezakan status mereka yang kaya raya dengan rakyat biasa. Mungkin benar, mungkin sebab itulah Tun Hussein Onn menghantar Dato Seri Hishammudin ke Alice Smith.

Namun hakikatnya orang yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta bukanlah angkuh ataupun apa... Cuma mereka berada dan ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka seperti tidak terpengaruh dengan gejala sosial remaja hari ini. Maklumlah, mana ada anak orang kaya-kaya merempit... Depa hanya tau memandu Bentley Continental GT yang dibeli bapa mereka dan membawa kekasih mereka bersiar-siar di Kuala Lumpur atau mungkin juga ke kelab-kelab malam.

Satu lagi yang penulis perasan mengenai budak-budak sekolah swasta ( macam kenal ramai jaa ) ini adalah mereka tak reti cakap Melayu... Sebenarnya bukan budak sekolah swasta sahaja, kenyataannya ramai pelajar Cina tidak fasih berbahasa Melayu kerana mengutamakan bahasa Inggeris. Dalam erti kata lain, Bahasa Inggeris bahasa rasmi diikuti bahasa ibunda mereka dan seterusnya barulah bahasa Malaysia.

Situasi di atas adalah mengenai di sekolah-sekolah kerajaan... Tak payah cerita laa meskipun pelajar yang belajar di sekolah swasta merupakan pelajar berbangsa Melayu...

Terdapat pelbagai sekolah sekolah swasta di Malaysia ini dan yang berhampiran dengan kediaman penulis adalah di Sri KL ( Subang Jaya ) dan Fairview ( Subang Jaya ) . Antara sekolah swasta yang terkenal adalah Alice Smith ( Kuala Lumpur ), Sunway International School ( Bandar Sunway ), ELC International School ( Sg. Buloh ), Mont' Kiara International School ( Mont Kiara ) dan Cempaka International School ( Bukit Damansara & Cheras ).

Soalan yang rakyat marhaen ingin tahu.... Berapa kos untuk menuntut di sana sekolah-sekolah swasta yang penulis nyatakan diatas... Baiklah... Ini dia senarai yuran pengajian untuk mengaji disana...

Sri KL



Fairview International School

Alice Smith International School

Sunway International School
Excellence.Loyalty.Commitment ( ELC ) International School

Mont' Kiara International School

Cempaka International School

Yaa... Puluhan ribu ringgit wang yang diperlukan untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak mereka... Gambar diatas ada yang tidak menunjukkan kos yang dikenakan sebagai yuran pendaftaran... Contohnya di Alice Smith, Enrollment fees nya berjumlah Rm 25,000 tidak termasuk dana sumbangan bangunan yang berjumlah Rm 10,000

Di Alice Smith... kos tahunan yang perlu dibelanjakan pada Year 13 adalah sebanyak Rm 68,000 ini kerana yuran semesternya berjumlah Rm 21,570 dan sekolah terbabit mempunyai tiga semester.

Manakala di Mont Kiara International School, anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya Rm98,840 untuk belajar disana untuk setahun. Untuk mendaftar masuk, anda dikehendaki membayar Rm 14,500 dan ini menjadikan jika anda hendak ke sana, anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya Rm 113,000 untuk Gred 9-12.

Di Sri KL... Sedikit murah kerana sekolah terbabit hanya mempunyai dua semester sahaja. Ini bermaksud anda akan membelanjakan Rm 22,000 untuk aliran Sains + IT dengan kos pendaftaran sebanyak Rm 1,250 .

Ada cita-cita untuk belajar disana... Ataupun cita-cita untuk berpacaran dengan pelajar di sana??? Biasalah... Pelajar disana semuanya anak golognan berada... Dah kata anak VIP... Tak hairanlah jika anda akan berjumpa dengan anak raja jika anda melawat kesalah sebuah sekolah diatas.

Bagi penulis... Penulis sudah selesa dengan sekolah yang penulis belajar sekarang... Tidak ada sedikit kurang, kesemua kemudahan disediakan oleh pihak sekolah hasil dana dari PIBG dan juga Kementerian Pelajaran.

Dan pelajar-pelajar yang belajar disini pun tidak kurang kayanya... Anak anak CEO, GM, Director bersepah dalam sekolah penulis ini tapi mungkin mereka tidak cukup kaya untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta... Atau mungkin mereka mempercayai tahap pendidikan yang dihasilkan oleh sekolah kerajaan.

Jika ditanya kepada penulis... Nak pi tak belajar di sekolah-sekolah diatas... Jawab penulis senang sahaja... Belajar tidak... Tetapi mungkin sekadar melihat persekitaran pembelajaran disana supaya boleh dibandingkan dengan persekitaran di sekolah awam.

Mungkin disana mereka tidak hirau tentang masalah kewangan untuk melakukan sesuatu perkara tetapi disini ramai yang pening kepala mengenai wang. Mungkin disana kesemuanya mempunyai driver manakala disini penulis boleh merasai pengalaman berjalan kaki berkilo-kilo untu ke sesuatu destinasi. Dan belajar dari pengalaman susah orang lain adalah guru kita.

Apa pun... Tujuan kita sama... Untuk belajar dan mempunyai nilai hidup yang mulia... Nilai hidup yang akan membawa kita terus selangkah kehadapan dan merintangi segala cabaran hidup... Ternyata sekolah awam pun banyak melahirkan manusia yang berjaya dalam kehidupan mereka masing-masing.

33 comments:

  1. Kalu mcm sye nak ambik spm berape yuran perlu sye bayar untuk lulus spm.umr sye skg 18

    ReplyDelete
  2. SALAM

    sah apa yg penulis tulis diatas. Saya ada lihat parents yg sebuk antar anak sekolah swasta ni suma yg suka rub shoulder dan nak anak anak rub shoulder dgn org berada dan blue blood.

    Sebenarnya education kita di sekolah kerajaan ada lah elok.

    Saya ketahui ada saudara yg menghantar anak dari sekolah tadika sekolah swasta, nama je Me layu tapi cakap melayu sangat lah terhad, cuma utk periksa spm standard.
    kalau sekolah kerajaan kita ada konsert akhir tahun, tapi sekolah swasta ada ball atau similar amer ican style prom tah apa apa tah. kalau sekolah kerajaan kita ada garis panduan, sekolah swasta prom akhir tahun buat kat hotel mewah, pakai baju bare back, spaghetti string tak sesuai utk anak bawah umur. Yng lelaki baju kot tai

    anyway akhir sekali.. pergaulan.... dgn kaum sendiri rasa janggal. nak ngaku melayu pon segan.

    akhir sekali

    kalau apa pa nak harap pada pelajar swasta ni, their hunger for life more of maintaing their standard of living, and never kebajikan. apatah lagi nak memperjuangkan nasib org. plus jgn harap dema ni nak pertahankan maruah bangsa.. they in their own westernise world.

    that is the future coming... and many clash of culture

    ReplyDelete
  3. Jeles? Biasalah.. kita orang yg xdak duit banyak gedabak gitu mmg jeles giler. Kendian butthurt membandingkan sekolah percuma cap ayam kita juga boleh jadi baik mcm sekolah memahal derang. Betullah umat Malaysia ni jenis berbisul kat ponggong sepanjang masa. Yg dpt MRSM dan asrama penuh, kemain bangge sampai level nak menghina ( gayanya ada, kalau ditanya, tobat tak ngaku) sekolah2 aliran biasa. Ini kena kita akui yg ianya adalah budaya kita yg x mungkin akan terpisah dgn org2 di Malaysia.

    Aku yg bekerja disalah sebuah sekolah diatas turut dapat sekolahkan anak disini dgn yuran spesel sbg staff. Mmg selesa dan kualitinya jauh lebih baik dari sekolah2 terbaik kerajaan. Kalo sesapa ada duit, jgn malu2 hantar anak2 ke sekolah2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. totally agree with you

      Delete
    2. yup... betul... bukan nak menunjuk yg kita mampu sekolah kan anak2... tapi kita mahukan dari sudut yg berbeza....

      Delete
  4. 4 cara (dah cam kisah lokman hakim ngan keldai lak... lol):

    masuk besar = kerak besar = hidup biasa

    masuk besar = kerak kecik = mampu berbini ramai sebab ada extra

    masuk kecik = kerak kecik = hidup biasa

    masuk kecik = kerak besar = dah nak mampos

    sebab tuh ada yang berbini ramai walau kerja biasa

    n ada yang 1 bini je walau kerja besar

    sendiri mau ingatlah. arios!

    ReplyDelete
  5. kalau mampu apa salahnya?ada juga private school Islamic.tak sermua Melayu yang sekolah private ni poyo,social etc.ada saya jumpa yang rendah diri dan senang untuk berbual.pokoknya kalau mampu tidak menjadi masalah.samalah macam kalau kita mampu sedekah banyak,kenapa nak sedekah sikit?kalau kita mampu hantar anak ke sekolah private yang lebih terjaga kualitinya,kenapa nak hantar anak ke sekolah harian?

    ReplyDelete
  6. Saya menyokong kenyataan blogger...... saya bukanlah orang kaya2 yg mempunyai harta melimpah ruah... tetapi demi anak2, saya mahukan anak saya boleh berbahasa inggeris sebaik mungkin serta mampu belajar dgn baik... Tidak salah sekiranya kita menghantar anak di sek swasta jika kite mampu...

    ReplyDelete
  7. Ohowow.. Amboi..terbeliak mata den tgok amount dye.. Huhu.. °_°" .. Lebih dr amount tok blaja at uni pringkat ijazah tuhh.. Btw, act dorg amik spm sme cam harian ker o ad sistem sendri..?? N ad yg smpy grade 13.. Err smpy umo bpe dorg blaja kat situ? 19 tahun??

    ReplyDelete
  8. tak kisahlah belajar d skola swasta atau kjaan yg pnting jge adab , jge dri , jge hbungn dgn mnusia dn tuhan itu sudh memadai .. ^_^

    ReplyDelete
  9. How come most of the bloggers out there pandang orang yang menghantar anak-anak ke International school sungguh low morality and etc.? saya rasa hairan. I'm studying in an International school (but taking Malaysian syllabus) and so far for 6 years studying in different environment, i've achieved so many great achievements and one of it is me stepping outside of my comfort zone. I've got friends from different countries, we shared opinions, thoughts and what not. It's really cool tbh and what's up with these bloggers saying that most people who go to international school tak reti nak hormat orang dan bongkak? That is ABSOLUTELY WRONG WRITERS! Yes i couldnt agree more but every school mesti ada orang yang sesetengah berkelakuan sedemikian but only a little portion of them are like that,bukan semua! and yes the ugly truth is that my bm is getting worst berkemungkinan sebab most of the students time are spent in school and they mostly talk in english and speak less malay (i speak malay at home tho). Last but not least, please STOP comparing student that goes to International school and students who goes to regular school. Can't understand what i'm trying to say? ok, for example A bertemu dengan B (B seorang murid dari international school)

    A: kau sekolah mana sekarang?
    B: sekolah international school of......
    A: tung ah... anak orang kaya
    B:..........
    A: mestilah anak orang kaya kan

    JANGAN SESEKALI BUAT MACAM INI. I've been through this for a LOT of time and its soooo annoying when people compare you and etc. HELLO, we students who go international school also have homework and we have to face the teachers, school rules, after school clubs, booster class to catch up. WE'RE STILL A STUDENT. A FREAKING SAME STUDENT and WE HAVE THE SAME LIFE AS YOURS. The only thing that is different, is the facilities (clean toilets,gym,basketball court,swimming pools.etc etc) and uniform (we still have to wear uniforms ok, its not like those schools you see in an American movie where they can wear what they want. NO) other than that, CCA's (co-curricular activities) we have a wide range of cca (bowling,dancing,scuba diving,fencing etc) which we can choose at least 2 per term and YES the air-conditioners and lockers.

    THANK YOU FOR READING
    sorry if there's any grammar mistake or whatever you think its not written properly. saya tulis dlm keadaan marah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lollll.What a fiasco of a post.

      Guess your achievements don't include proper punctuation and good specialization of the Malay language, eh?

      What a waste of all that money, if you still turn out an idiot. :)

      Delete
  10. Tolong tulis dalam bahasa melayu yang betul...yang mencampur-adukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris ni nak menunjukkan dia pandai Bahasa Inggeris...ye ke?

    ReplyDelete
  11. Belajarlah menghormati orang lain dan menerima mereka seadanya kaya, sederhana atau miskin. Jangan prejudis. Ada anak orang kaya yang rendah diri dan ada anak orang yang tak banyak harta tapi sombong dan perasan bagus. Let's focus more on how we treat others and how we can help others rather than wasting our time comparing each other's economic status. Make the best of what I've got. If u r a parent support your school n teachers by attending ping meetings and other school functions. If u r a student work hard, play hard, enjoy your school life, respect your teachers n love your school.

    ReplyDelete
  12. Pembetulan...make the best of what we've got..and pibg meetings not ping meetings. Sorry

    ReplyDelete
  13. Encik Aznan BH..mencampuraduk bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bukan bererti nak tunjuk pandai bahasa Inggeris cuma nak tunjuk yg penulis peka dengan perlaksanaan MBMMBI...memartabat bahasa Melayu memperkasa Bahasa Inggeris. Ini bukannya l laman bersifat formal maka boleh la campur2 sikit kan. Lagipun kita nak membuka minda pembaca bukan nak cari gaduh. Focus please..

    ReplyDelete
  14. Kalau banyak duit nak je antar anak ke private schools. . Apakan daya yuran je da sama ngan gaji.. tp alhamdulilah dengan rezki yg ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya IBU TITING seorang TKW DI ARAB SAUDI pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan SUAMI saya sakit-sakitan dikampung dan gaji saya itupun buat beli obat-obatan sedangkan hutang banyak kebetulan saya buka-buka facebook mendapatkan nomor hp KI KUNCORO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi AKI dan minta angka bocoran ANGKA THAILAND angka yang di berikan 3D ternyata betul-betul tembus 100% dan bagi saudarah-saudarahku di indonesia yang bekerja di luar negeri jadi TKI apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan bebang masalah anda silahkan hubungi KI KUNCORO di nomor 0823-1332-9888 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas KLIK: >>KLIK DI SINI KALAU ANDA BERMINAT BERGABUNG DENGAN KI KUNCORO <<<

      Delete
    2. Bangang punye indon..ibu titing

      Delete
  15. Saya nak tanya.. utk bulanan kena bayar lagi atau bayar annual fee tu je..

    ReplyDelete
  16. Saya nak tanya.. utk bulanan kena bayar lagi atau bayar annual fee tu je..

    ReplyDelete
  17. Di Malaysia kita ada pilihan mengikut citarasa dan kemampuan - sekolah kebangsaan, sekolah swasta, sekolah agama, sekolah aliran Cina dan aliran Tamil, sekolah antarabangsa.

    Biarlah masing-masing membuat pilihan sendiri. Tak perlu kutuk-mengutuk. Tak perlu sibuk dengan pilihan sekolah orang lain. Yang hantar anak ke sekolah mahal bukannya minta duit dari kita. Masing-masing berhak untuk menentukan masa depan sendiri.

    ReplyDelete
  18. Yang kata International Schools tak elok moralnya, sila tengok juga mat rempit dan penagih dadah datang dari sekolah mana.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Di Malaysia kita ada pilihan mengikut citarasa dan kemampuan - sekolah kebangsaan, sekolah swasta, sekolah agama, sekolah aliran Cina dan aliran Tamil, sekolah antarabangsa.

    Biarlah masing-masing membuat pilihan sendiri. Tak perlu kutuk-mengutuk. Tak perlu sibuk dengan pilihan sekolah orang lain. Yang hantar anak ke sekolah mahal bukannya minta duit dari kita. Masing-masing berhak untuk menentukan masa depan sendiri.

    ReplyDelete
  21. Dik, anak-anak akak bersekolah di sekolah antarabangsa. Tidak mengambil subjek BM tetapi boleh berbahasa Melayu dengan fasih dan juga berloghat Negeri Sembilan. Sebelah petang sekolah nya mengadakan kelas khas belajar agama untuk pelajar Islam dan pelajar Islam dipanggil ke surau untuk solat Zohor dan Asar. Pada hari Jumaat (sekolah habis 12.30 t/hari pada hari Jumaat) pelajar Lelaki beragama Islam akan dibawa oleh van khas untuk ke Masjid bagi mendirikan solat Jumaat. sekolah anak akak ni bukan sekolah agama tapi sekolah yang mengikuti silibus Singapore-Cambridge. Jadi akak rasa tak adil lah kalau orang kata anak anak yang bersekolah di sekolah antarabangsa semuanya berlagak, tak tau cakap melayu terutamanya dari keturunan cina (anak anak akak bapanya cina) dan hanyanpandai naik bentley dan ke kelab malam. Budak sekolah biasa pun ramai je naik kereta besar dan perangai tak semenggah.. mana mana kita pergi sama je. Yang penting bagaimana pembawaan diri kita.

    ReplyDelete
  22. Hi..can i know which school u r sendingplz

    ReplyDelete
  23. Hi..can i know which school u r sendingplz

    ReplyDelete
  24. Semua ada pro n Cons...btw kalau Graduated from Int school ni mudah ke untuk masuk public university ? Selain drp private U.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UIA, UM, UTP..just to name a few if those can be considered as public universities..

      By the way, the author of this article are talking about private school. Mind you, private and international schools are 2 different mgt..

      Private uses standard malaysian syllabus, which ended up with upsr for primary and pmr plus spm for secondary. While international school uses igcse or known as O level as their entry exams. In between they will have a checkpoint exams.

      I am a malaysian and i send all 3 of my children into international school which conducts igcse exam before pursuing A level. Definitely different from the author's perspectives since my children are following Cambridge syllabus.

      The fees for international school are higher than private school..

      The author attached international school fees, by the way. Not private school fees..

      Tq

      Delete
  25. Yang paling sedih bila ramai plajar Melayu tak reti ckp Melayu bila masuk skolah mcm ni...

    ReplyDelete
  26. Please look at the positive sides. Blogpost anda sangat judgemental dan lebih kepada emosi bukan fakta semata-mata.
    Anak saya juga enroll di islamic international school and sgt byk kebaikan dan kelebihan dalam mendidik anak2 ini menjadi lebih baik dan minda yang sentiasa berfikiran terbuka. Jika anda lebih melihat kepada segelintir anak2 org kaya yg liar anda patut juga ulas anak2 sekolah awam yang gangster dan ponteng sekolah, begitu juga masalah2 yang lebih teruk yang kita boleh baca di akhbar tempatan. sekian. semoga berjaya

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen