Monday, June 24, 2013

Lawatan ke Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua al-Ikhlas

Tatkala Malaysia dilanda jerebu yang datangnya dari Kepulauan Sumatera hasil pembakaran hutan secara terbuka, penulis mengambil kesempatan pagi Ahad untuk bersama-sama rombongan sekolah SMK USJ 12 ke Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua al-Ikhlas di Kampung Pulau Meranti, Puchong.

Penulis dan beberapa kepimpinan tertinggi kelab penulis dibawa ke sana oleh guru penasihat penulis menaiki kereta. Lebih kurang 30 minit juga dari tempat tinggal penulis ( sekitar Subang Jaya ) ke Pusat Jagaan tersebut yang didiami beberapa puluh orang warga emas.

Ditemani Presiden, Bendahari dan AJK tertinggi, kami dilihat sebagai minoriti kerana rombongan dari SMK USJ 12 membawa lebih 30 orang pelajar mereka ke sana manakala kami hanya lima orang sahaja.

Kami tiba disana lebih kurang jam 8.50 pagi dimana ketika kami sampai, keadaan disana sedikit sibuk memandangkan penghuni disana baru sahaja bangun tidur dan ada segelintir daripada mereka tidak mandi lagi terutamanya yang uzur.

Penulis perasan yang penghuni disana boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang boleh bangun, berjalan dan mungkin juga boleh bercakap manakala yang satu lagi yang agak uzur dimana kebanyakkan mereka sukar berjalan malahan nak bangun pun susah.

Disebabkan itu, rakan penulis mengambil kesempatan untuk memandikan beberapa orang penghuni disini. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mereka dan mungkin juga penulis memakaikan mereka baju dan seluar.

Selesai memandikan mereka... Salah seorang pekerja disana mengatakan bahawa kami boleh membersihkan kawasan belakang kompleks tersebut yang dipenuhi daun-daun kering... Penulis beserta teman yang lain membersihkan tapak belakang bangunan tersebut dari selerakan daun-daun kering.

Selepas tugasan tersebut habis dilaksanakan, penulis kembali ke ruang hadapan bangunan tersebut dimana penulis terlihat seorang Pak Cik berusia lingkungan 60-an termenung diatas kerusi sofa yang diletakkan disitu. Penulis pun menyapalah beliau...

Penulis bertanya kepadanya
" Macam mana duduk disini? " dan beliau menjawab yang rasa tenang sikit. Menurutnya, dia dihantar oleh anaknya tiga minggu yang lepas dimana anak-anaknya enggan menjaganya kerana penyakit yang dihadapinya iaitu diabetes, darah tinggi dan jantung.

Pada mulanya, beliau menyatakan bahawa beliau tidak berapa setuju dengan hasrat anaknya menghantarnya disini... Namun apakan daya, kedua-dua anaknya bekerja jadi tiada pilihan selain menjadi penghuni di Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua al-Ikhlas.

Beliau menyatakan bahawa kedua-dua anaknya masuk universiti dan kini sudah bekerja. Salah seorangnya bekerja di bank dan seorang lagi dikatakan beliau bekerja sebagai seorang juruaudit katanya yang berasal dari Pulau Pinang.

Menurut pengasas Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua al-Ikhlas ini iaitu Puan Muji ( bekas ketua jururawat ) , kebanyakkan penghuni disini berusia lebih 60 tahun dan berpenyakit. Perkara yang terdetik hatinya untuk membuka Pusat Jagaan & Rawatan ini apabila beliau perasan bahawa di Malaysia ketika itu, tiada sebuah rumah orang tua yang mana 100% Islam

Puan Muji sedang memberi taklimat kepada peserta rombongan
Kebanyakkan bercampur Cina, India dan Melayu... Disana katanya, jika ada kematian membabitkan penghuni Islam, kesemuanya diserahkan kepada masjid ataupun surau berdekatan tetapi di sini, beliau mengatakan bahawa pada saat-saat akhir kematian mereka, kami membawa suasana Islam dimana penghuni diajar mengucap dan dibacakan ayat al-Quran apabila meninggal.

Pusatnya itu mempunyai lebih kurang 60 orang penghuni dimana kesemuanya Islam. Ada yang dihantar oleh hospital untuk dijaga dan ada juga penghuni yang didaftar oleh ahli keluarga kerana tidak mampu menjaga mereka. Terdapat lebih 10 orang penghuni yang berusia lebih 90 tahun disitu dan purata kematian setiap bulan menurutnya adalah sekitar 12 orang.

Ketika ditanya sama ada ahli keluarga yang meninggalkan ibu atau bapa mereka ke sini hadir melawat ibu bapa mereka. Beliau mengatakan yang memang ada segelintir golongan yang bersikap lepas tangan dimana tidak menjenguk ibu bapa mereka. Ketika ditelefon... Ada yang tak jawab dan ada yang tidak boleh dihubungi terus... Itu perkara biasa... Katanya lagi bahawa jika anak-anak mereka tidak datang... Kamu semua datang merujuk kepada ahli rombongan kami.

Tempat menyimpan barang
Setiap bulan, pusat tersebut memerlukan lebih kurang Rm 30,000 hingga Rm 40,000 dimana dananya datang dari pelbagai pihak termasuk mengeluarkan wangnya sendiri. Dalam sesi taklimat tersebut, beliau mengatakan bahawa pusat tersebut mempunyai 12 orang pekerja dimana belanja membayar gaji pekerja pun Rm 12,800.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan... Beliau mengatakan yang beliau berusaha untuk membuak sebuah lagu kompleks dimana boleh menempatkan sekitar 60 orang penghuni dimana beliau menyasarkan penghuninya 40% adalah muallaf.

Beliau turut menasihatkan kami ahli rombongan supaya menyayangi ibu bapa dan jangan berkira untuk memberi kerana katanya, rezeki datangnya daripada Allah dan menjaga ibu bapa dengan baik ketika tua nanti. Katanya lagi, jika kita sering kali susah berada dalam kegelapan, kita akan pandai mencari cahaya... Namun jika kita hidup senang lenang dan tiba-tiba dihimpit kesusahan... Mulalah meraba-raba mencari cahaya.

Kami pun memberi sumbangan kepada mereka yang didermakan oleh pelajar-pelajar sekolah penulis.

Seterusnya kami turut berkesempatan menghiburkan penghuni dengan menyanyikan beberapa buah lagu kepada mereka... Ternyata mereka kelihatan begitu gembira sekali dengan kehadiran kami dan disitu kami beramah mesra dengan mereka bertanyakan khabar. Ketika makanan sampai, setengah daripada kami ada yang menyuapkan mereka makan.

Selesai memberi mereka makan... Kami pun makanlah dan kemudiannya meninggalkan tempat tersebut sekitar jam 12.30 tengah hari. Sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan melihat seorang ibu dan bapa ditinggalkan anak kerana enggan menjaga mereka.

Bukan itu sahaja... Ada segelintir daripada mereka yang mana anak-anak mereka bekerja sehingga di London dan ada juga yang menjadi ketua-ketua pengarah namun tidak mampu untuk menjaga seorang ibu ataupun bapa.

Pemergian penulis kesana memberikan kesan yang besar kepada diri penulis... Sebelum ini, hanya lihat di kaca televisyen namun kali ini penulis merasai sendiri pengalaman bersama mereka. Dan ia juga mengajar penulis bersifat rendah diri dan mungkin juga membuang ego dalam diri penulis.

Mungkin benar tulisan seorang hamba Allah di Facebook dimana beliau terlihat Tok Guru Nik Aziz membasuh tandas di awal pagi... Ketika ditanya buat apa cuci tandas... Tok Guru menjawab yang inilah cara dia membuang ego dalam diri... Penulis merasai sendiri perasaan tersebut... Mungkin betul, bagi membuang sifat angkuh dan bongkak dalam diri... Buatlah sesuatu perkara yang mana tidak terdetik di dalam hati seorang insan seperti anda akan melakukan perkara sedemikian rupa.

Monday, June 17, 2013

Kos Yuran Pengajian Sekolah Swasta & Antarabangsa

Ketika sesi persekolahan 2013 bermula pada awal tahun ini, beberapa rakan penulis berhenti sekolah kerana mereka mengatakan yang mereka akan ke sekolah swasta. Kebanyakkan pelajar yang berpindah ke sekolah swasta ini merupakan pelajar Cina dan India.

Malahan anak kepada jiran penulis juga bersekolah di sekolah swasta kerana katanya, subjek-subjek yang diajar di sekolah swasta lebih terkehadapan dan universal berbanding di sekolah awam yang dibiayai oleh kerajaan.

Ada yang kata, ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah swasta hanya untuk membezakan status mereka yang kaya raya dengan rakyat biasa. Mungkin benar, mungkin sebab itulah Tun Hussein Onn menghantar Dato Seri Hishammudin ke Alice Smith.

Namun hakikatnya orang yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta bukanlah angkuh ataupun apa... Cuma mereka berada dan ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka seperti tidak terpengaruh dengan gejala sosial remaja hari ini. Maklumlah, mana ada anak orang kaya-kaya merempit... Depa hanya tau memandu Bentley Continental GT yang dibeli bapa mereka dan membawa kekasih mereka bersiar-siar di Kuala Lumpur atau mungkin juga ke kelab-kelab malam.

Satu lagi yang penulis perasan mengenai budak-budak sekolah swasta ( macam kenal ramai jaa ) ini adalah mereka tak reti cakap Melayu... Sebenarnya bukan budak sekolah swasta sahaja, kenyataannya ramai pelajar Cina tidak fasih berbahasa Melayu kerana mengutamakan bahasa Inggeris. Dalam erti kata lain, Bahasa Inggeris bahasa rasmi diikuti bahasa ibunda mereka dan seterusnya barulah bahasa Malaysia.

Situasi di atas adalah mengenai di sekolah-sekolah kerajaan... Tak payah cerita laa meskipun pelajar yang belajar di sekolah swasta merupakan pelajar berbangsa Melayu...

Terdapat pelbagai sekolah sekolah swasta di Malaysia ini dan yang berhampiran dengan kediaman penulis adalah di Sri KL ( Subang Jaya ) dan Fairview ( Subang Jaya ) . Antara sekolah swasta yang terkenal adalah Alice Smith ( Kuala Lumpur ), Sunway International School ( Bandar Sunway ), ELC International School ( Sg. Buloh ), Mont' Kiara International School ( Mont Kiara ) dan Cempaka International School ( Bukit Damansara & Cheras ).

Soalan yang rakyat marhaen ingin tahu.... Berapa kos untuk menuntut di sana sekolah-sekolah swasta yang penulis nyatakan diatas... Baiklah... Ini dia senarai yuran pengajian untuk mengaji disana...

Sri KL



Fairview International School

Alice Smith International School

Sunway International School
Excellence.Loyalty.Commitment ( ELC ) International School

Mont' Kiara International School

Cempaka International School

Yaa... Puluhan ribu ringgit wang yang diperlukan untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak mereka... Gambar diatas ada yang tidak menunjukkan kos yang dikenakan sebagai yuran pendaftaran... Contohnya di Alice Smith, Enrollment fees nya berjumlah Rm 25,000 tidak termasuk dana sumbangan bangunan yang berjumlah Rm 10,000

Di Alice Smith... kos tahunan yang perlu dibelanjakan pada Year 13 adalah sebanyak Rm 68,000 ini kerana yuran semesternya berjumlah Rm 21,570 dan sekolah terbabit mempunyai tiga semester.

Manakala di Mont Kiara International School, anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya Rm98,840 untuk belajar disana untuk setahun. Untuk mendaftar masuk, anda dikehendaki membayar Rm 14,500 dan ini menjadikan jika anda hendak ke sana, anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya Rm 113,000 untuk Gred 9-12.

Di Sri KL... Sedikit murah kerana sekolah terbabit hanya mempunyai dua semester sahaja. Ini bermaksud anda akan membelanjakan Rm 22,000 untuk aliran Sains + IT dengan kos pendaftaran sebanyak Rm 1,250 .

Ada cita-cita untuk belajar disana... Ataupun cita-cita untuk berpacaran dengan pelajar di sana??? Biasalah... Pelajar disana semuanya anak golognan berada... Dah kata anak VIP... Tak hairanlah jika anda akan berjumpa dengan anak raja jika anda melawat kesalah sebuah sekolah diatas.

Bagi penulis... Penulis sudah selesa dengan sekolah yang penulis belajar sekarang... Tidak ada sedikit kurang, kesemua kemudahan disediakan oleh pihak sekolah hasil dana dari PIBG dan juga Kementerian Pelajaran.

Dan pelajar-pelajar yang belajar disini pun tidak kurang kayanya... Anak anak CEO, GM, Director bersepah dalam sekolah penulis ini tapi mungkin mereka tidak cukup kaya untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta... Atau mungkin mereka mempercayai tahap pendidikan yang dihasilkan oleh sekolah kerajaan.

Jika ditanya kepada penulis... Nak pi tak belajar di sekolah-sekolah diatas... Jawab penulis senang sahaja... Belajar tidak... Tetapi mungkin sekadar melihat persekitaran pembelajaran disana supaya boleh dibandingkan dengan persekitaran di sekolah awam.

Mungkin disana mereka tidak hirau tentang masalah kewangan untuk melakukan sesuatu perkara tetapi disini ramai yang pening kepala mengenai wang. Mungkin disana kesemuanya mempunyai driver manakala disini penulis boleh merasai pengalaman berjalan kaki berkilo-kilo untu ke sesuatu destinasi. Dan belajar dari pengalaman susah orang lain adalah guru kita.

Apa pun... Tujuan kita sama... Untuk belajar dan mempunyai nilai hidup yang mulia... Nilai hidup yang akan membawa kita terus selangkah kehadapan dan merintangi segala cabaran hidup... Ternyata sekolah awam pun banyak melahirkan manusia yang berjaya dalam kehidupan mereka masing-masing.