Monday, March 25, 2013

Ulasan Video Turunkan Harga Kereta - Rafizi Ramli




Penulis baru sahaja menonton sebuah video yang dihasilkan dimana ingin menpengaruhi rakyat supaya menyokong Pakatan Rakyat dengan pulangan orang ramai akan mendapat penurunan harga kereta hasil pengurangan cukai eksais.

Sebelum penulis ingin meneruskan tulisan penulis ini, penulis ingin memaklumkan yang penulis telahpun mengulas penurunan harga kereta hasil potongan cukai eksais ini pada artikel yang terdahulu. [ klik sini ]

Dalam video berjudul '' Harapan Rakyat: Turunkan Harga Kereta '' yang berdurasi 4:41 minit ini menunjukkan Rafizi Ramli banyak bermain dengan angka.

Pada permulaan video, beliau menunjukkan angka hutang rakyat Malaysia berpunca daripada pinjaman kereta yang menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai hutang kereta sejumlah Rm 134.2 billion pada akhir Mei 2012 dimana dinyatakannya sebagai hutang kedua tertinggi ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Pada pertengahan video, penulis sifatkan tiada isi dalam video tersebut kerana beliau hanya membuat perbandingan mengenai harga kereta Myvi, Honda Civic dan Toyota Camry berkaitan kadar percukaiannya.

Sebenarnya terdapat kesilapan didalam video yang dibikin ini mengenai kadar percukaian sebenar dimana beliau mengatakan keseluruhan kos cukai yang ditanggung rakyat bagi sebuah kereta Myvi adalah 85% berlandaskan 75% cukai eksais dan 10% cukai jualan.

Ingin penulis tegaskan disini, cukai jualan dikira selepas harga kereta dijumlahkan termasuk cukai eksais dan cukai import ( jika ada ). Contohnya begini, jika sebuah harga kereta Myvi yang dikatakan harga sebenarnya Rm 24,860, maka cukai eksaisnya berjumlah Rm 18,645 dimana selepas dijumlahkan menjadi Rm 43,505. Cukai 10% untuk jualan diambil kira daripada angka Rm 43,505 menjadikannya sebanyak Rm 4,350 . Jadi selepas dijumlahkan keseluruhannya menjadi Rm 47, 855 bukannya Rm 46,000.

Benarkah ia 85% ??? Salah... Jumlah cukai sebenarnya ialah 92.5 % bukannya 85% seperti yang dinyatakan oleh Rafizi Ramli didalam video diatas ini. Takkanlah saudara Rafizi tak tahu... Katanya dahulu pernah mengaudit beberapa syarikat kereta... Mesti ada yang tak kena ni.

Penulis menyatakan apa yang benar sahaja di dalam blog ini kerana ada etika yang perlu kita sebagai blogger pegang dalam menyampaikan sesuatu pandangan.

Beliau menyatakan yang apabila Pakatan Rakyat memerintah, cukai eksais akan dihapuskan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun yang mana katanya di dalam video diatas, 20% cukai eksais diturunkan setiap tahun bagi mengelakkan nilai kereta menjunam.

Penulis berpendapat tindakan ini akan merugikan pembeli khususnya kerana jika seseorang itu membeli sebuah kereta ( contohnya Honda Civic ) dimana dibelinya pada harga ( sebenar Rm 60,000 ) Rm 120,000 ( cukai 100% ) dan penulis anggarkan susut nilai tahunan kereta tersebut dikira sebanyak 10%. Angka ini tahun 2013 ( contohnya )

Tahun 2014 - Kereta Honda Civic tidak lagi dijual pada harga Rm 120,000 tetapi Rm 108,000 selepas kerajaan Pakatan Rakyat memotong 20% cukai eksais. Soalannya pada tahun ini, apakah yang terjadi pada Honda Civic tahun lalu ??? Ianya perlu dijual jauh lebih rendah daripada susut nilainya kerana apa??? kerana Honda Civic yang baharu pun sama harga dengan susut nilainya sekarang. Jadi untuk menjual kereta Civic 2013, pemilik terpaksa mengurangkan harga hingga Rm 20,000.

Tambahan lagi nilai pinjaman bank yang dibuat berdasarkan nilai tahun kereta tersebut dibeli yang menyebabkan pembeli sukar menjual dan menanggung beban hutang yang tinggi daripada harga pasaran.

Nak bagi senang... Macam ni... Tahun ni penulis beli Honda Civic pada harga Rm 120,000 seperti diatas, lima tahun berikutnya, harga Honda Civic yang baru hanya lebih kurang Rm 65,000 sahaja... Tapi penulis nak jual kereta ini... Padahal jika dikira susut nilai, penulis boleh menjual kereta Civic penulis pada harga Rm 70,000 .

Tapi macam mana nak jual harga kereta second hand lebih tinggi daripada harga kereta baharu... Jadi penulis kena jual kereta tersebut berdasarkan susut nilai harga kereta semasalah. Maksudnya penulis perlu menolak 10% dari Rm 65,000 bukannya Rm 120,000.

Jadi berapakah harga yang boleh penulis jual Civic penulis untuk orang beli??? Jawapannya Rm 37,000 ... Ini bukan kira kira karut penulis tetapi berdasarkan kesan pengurangan harga kereta oleh Pakatan Rakyat. Berapa penulis rugi? Rm 33,000 ... Jangan tanya pinjaman bank yang ditanggung penulis berdasarkan harga lima tahun yang lalu.

Kadang kala penulis tertanya, mungkin terhadap diri sendiri penulis... Kenapa penulis beli Honda Civic berharga Rm 120,000 ??? Sedangkan terdapat kereta lain yang lebih murah lagi... Siapa boleh rungkai???

Sebabnya penulis mampu...  Mampu apa??? Mampu untuk membayar ansuran kereta setiap bulan bagi harga kereta bernilai Rm 120,000 tersebut... Maksudnya apa? Maksudnya jika dipotong sekali pun harga cukai eksais... Kemampuan penulis untuk beli kereta masih tetap sama iaitu Rm 120,000

Tak nampak lagi???

Mungkin selepas ini, penulis tidak lagi memandu Honda Civic... Tetapi mungkin memandu gah diatas jalanraya Alfa Romeo 159 2.2 JTS ataupun apa-apa jenis kereta yang berharga sekitar Rm 120,000 bukannya lagi memandu Honda Civic tadi.

Begitu juga dengan realiti sekarang di Malaysia... Hutang rakyat Malaysia terhadap pinjaman kereta belum tentu berkurang jika Pakatan Rakyat menghapuskan cukai eksais. Tapi apa yang pasti, kereta-kereta nasional akan berkurang diatas jalan raya digantikan dengan kereta import.

Macam ni lah... Kereta paling banyak diatas jalan raya dekat Malaysia ini adalah Perodua Myvi... Harga Myvi lebih kurang Rm 45,000 ... Kemampuan pinjaman orang kita pun dalam lingkungan itu saja... Jika semua harga kereta diturunkan... Orangnya takkan berjimat beli Myvi pada harga Rm 25,000 tetapi akan membeli kereta lain contohnya Volkswagen Polo Sedan yang harganya yang lebih kurang... Tambahan lagi ia kereta Eropah katanya...

Dalam erti kata lain, idea yang diketengahkan oleh Rafizi ini boleh melemahkan prestasi jualan syarikat automotif nasional khususnya. Tak tahu lah dekat mana Proton dan Perodua nak cari makan selepas ini...

Kata Rafizi Ramli dalam video diatas, jumlah rugi yang dijangka hasil potongan cukai eksais adalah sebanyak Rm 1.5 billion . Tetapi janji beliau disini adalah ingin membawa hasil baharu Rm 2 billion daripada lelongan AP terbuka kerana katanya, sekarang ini orang dapat AP free.

Penulis ingin tegaskan sekali lagi yang penulis langsung tidak bersetuju dengan tindakan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dengan melelong ataupun perkataan sebenarnya membida AP yang diberikan percuma ini.

Ini kerana tindakan ini sekaligus akan mengurangkan lagi penguasaan orang Melayu khususnya dalam industri automotif negara kita kerana kebanyakkan AP-AP untuk kereta yang diimport dipegang oleh orang Melayu tetapi sudah pastilah sedikit sebanyak kaum-kaum lain memperoleh untung jua.

Macam inilah... Agak-agaknya siapa yang boleh bida AP dengan harga yang paling rendah?

Orang yang tidak hirau jika keuntungan mereka sedikit... Maknanya orang kayalah... Jadi jika orang kaya-raya hasil bussiness lain pun masuk berniaga dalam industri yang dimonopoli Melayu... Apa hasilnya... Mungkin 9/10 pemenang AP terdiri daripada kaum lain jika dilihat pada kekayaan sepuluh orang terkaya di Malaysia.

Jika Pakatan Rakyat membuat lelongan AP ini, pengimport-pengimport kereta ( terutamanya Melayu ) susah untuk cari makan kerana jumlah keuntungan akan merosot tambahan lagi harga jualan kereta baharu pun sudah turun. Jadi penulis menyifatkan sistem ini akan membuatkan pengimport gulung tikar.

Yang boleh berniaga hanyalah segolongan pihak yang benar-benar kaya raya sahaja kerana mereka tidak perlu memaksimumkan keuntungan... Hanya pastikan perniagaan mereka membawa untung sahaja berbeza dengan peniaga lain ( pengimport ) yang ingin memaksimumkan keuntungan untuk memperkukuhkan aset.

Mungkin anda boleh bertanya kepada mana-mana pengimport... Adakah mereka akan bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat menghapuskan cukai eksais dan melelong AP-AP ini bagi menjana pendapatan sebanyak Rm 2 billion menggantikan kerugian Rm 1.5 billion. Penulis yakin mereka akan kata ''TIDAK SETUJU".

Berkenaan dengan potongan cukai eksais secara berperingkat oleh Pakatan Rakyat kelak ( jika mereka jadi kerajaan ), suasana industri automotif negara akan menjadi suram selama lima tahun kehadapan... Kenapa???

Siapa nak beli kereta yang mereka akan tahu akan jatuh murah pada tahun hadapan... Kerajaan mungkin akan kerugian puluhan billion ringgit dalam tempoh lima tahun yang mana belum tentu kerajaan dapat menggantikan kerugian tersebut dalam tempoh sepuluh tahun.

Jika benar rakyat Malaysia terbeban dengan cukai eksais kerajaan... Mana mungkin tahun lalu Malaysia mencatatkan pendaftaran kenderaan sehingga 627,000 unit kereta yang merupakan catatan tertinggi dalam sejarah Malaysia...

Angka tersebut bukanlah satu angka sahaja... Malah ia menjelaskan bahawa rakyat Malaysia semakin berkemampuan membeli kereta kerana pada tahun 2010, kereta yang didaftarkan menurut MAA ( Malaysia Automotive Association ) adalah 605,000 unit manakala pada tahun 2011 ialah 600,000 unit.

Ini jelas menunjukkan peningkatan sehingga 20,000 unit kenderaan berbanding tahun lalu... Perkembangan ini sebenarnya tidak baik kerana ia akan menambahkan lagi kesesakan lalu lintas, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan bukannya menurunkan harga kereta, tetapi menambahbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Pada tahun 2010 dimana rekod pendaftaran kereta sebanyak 605,000 unit, lebih 57% kereta didaftarkan merupakan kereta nasional iaitu Perodua dan diikuti Proton yang menjumlah pendaftaran kereta ini sebanyak 345,870 unit.

Laporan ramalan perkembangan industri kenderaan negara yang dibuat oleh MAA juga menunjukkan lebihan pendaftaran iaitu sebanyak 3,000 unit. Manakala dianggarkan tahun ini kereta yang akan didaftarkan mencecah 631,000 unit.

Kerajaan dilihat komited untuk memperbaiki kemudahan pengangkutan awam Malaysia dengan projek MRT selain laporan yang mengatakan Malaysia akan menambahkan lagi koc kereta api. Ini dilihat langkah bijak untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas selain dapat mengurangkan pencemaran udara dan sekaligus menjimatkan penggunaan bahan api.

Dan perlu diingatkan yang figure yang Rafizi Ramli letakkan mengenai hutang kenderaan rakyat Malaysia bukanlah datangnya dari kereta seperti Myvi, Proton Exora, Honda City sahaja tetapi datangnya juga dari S-Class, Panamera, Jaguar XJ ataupun Bentley Continental GT mungkin.

Ini adalah pendapat peribadi penulis mengenai cadangan pemansuhan cukai eksais ini... Kesimpulannya disini penghapusan cukai eksais akan mengakibatkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan yang diterima pengguna. Terutama melibatkan kepentingan perniagaan Bumiputra.

Harap Rafizi Ramli dan penyokongnya tidak sembunyi angka yang penulis tunjukkan diatas ini...

[ Klik Sini ] Untuk artikel terbaharu

1 comment:

  1. Salam...
    1. bile beli kereta murah...rakyat ada bnyk lebih duit nk buat..cth: beli rumah,..sambung belajar...meniaga dll
    2. bile beli keret tinggi kualiti...kurang kemalangan...rakyat adalah sumber negara untuk maju..kalau da ramai mati..sape nk majukan negara?
    3. bile kurang kemalangan..kurang masa terbuang utk duk hospital..tggu kereta dibaiki..sume tu menyumbang kepada stress yang mnyebabkan taraf hidup rakyat rendah
    4. bile kurang kemalangan hospital tak perlu ramai pesakit..ramai kakitangan utk jaga pesakit
    5. PROTON N PERODUA rugi? rakyat miskin bayar beli kereta lebih harga ada diorng fikir?
    kalau rakyat bole berlajar untuk berjimat dan bekerja keras untuk masju..kenapa PROTON N PERODUA tak reti nak belajar inovatif dan bersaing dengan kereta luar?da hidup lebih 20tahun pn tak maju2...btw Indon yang lbih 100juta pn tak buat kereta sendiri. peace!

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen