Sunday, March 3, 2013

Kesan Penghapusan Cukai Eksais Kereta

Gabungan politik diantara PAS, PKR dan DAP telah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 mereka beberapa hari yang lalu sebagai salah satu usaha kempen mereka untuk menawan hati rakyat Malaysia supaya mengundi mereka pada PRU yang akan tiba tidak lama lagi.

Salah satu usul yang menarik perhatian penulis untuk disentuh dalam ' Manifesto Rakyat ' ini adalah mengenai penghapusan cukai eksais bagi kenderaan ataupun dalam bahasa Inggeris dipanggil Excise Duty yang pada masa ini, ianya setinggi 70%.

Sebelum meneruskan, penulis ingin mengongsikan rajah yang akan memudahkan lagi pembaca untuk faham topik yang akan penulis rungkaikan ini.


IMPORT DUTY LOCAL TAXES
CBU CKD MSP CBU & CKD
Engine
Capacity (cc)
MFN ASEAN
CEPT
MFN ASEAN
CEPT
MFN ASEAN
CEPT
Excise
Duties
Sales Tax
 < 1,800
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
75%
10%
 1,800 – 1,999
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
80%
10%
 2,000 – 2,499
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
90%
10%
 Above 2,500
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
105%
10%


Rajah diatas menerangkan mengenai cara pengiraan cukai oleh kerajaan bagi kereta yang diimport termasuk kereta di dalam Malaysia. Namun mesti ada yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak dikira cukai ini.

Tetapi sebelum itu penulis ingin maklumkan apakah itu CBU dan CKD. CBU merupakan singkatan kepada Complete Built Up yang merujuk kepada sesebuah kenderaan yang lengkap dipasang dan boleh dipandu terus setelah ia tiba di Malaysia. Dalam erti kata lain sebuah kereta yang datang sebiji la.

CKD ( Complete Knock Down ) pula merujuk kepada sebuah kereta import yang dibawa masuk bahagian-bahagian kereta ke Malaysia dan dipasang di kilang di Malaysia oleh pekerja di Malaysia. Disebabkan itulah jika dilihat diatas cukainya sedikit murah kerana negara mendapat untung hasil pelaburan mereka memasang kereta di negara kita.

Pada rajah diatas ini, 30% yang dimaksudkan dibawah cukai import bermaksud nilai semasa sesebuah kenderaan tersebut. Begitu juga dengan 75%-105% cukai eksais tetapi tidak mengenai cukai jualan 10% yang tertera diatas.

Cukai jualan dikira apabila harga kereta semasa dicampur dengan cukai import dan juga cukai eksais lalu jumlahnya itu dikira 10% untuk mendapat suatu cukai jualan.

Begini Equationnya

Nilai kereta Semasa + Cukai Import [ nilai kereta semasa ] ( 30% ) + Cukai Eksais [ nilai kereta semasa ] ( 75%-105% ) + Cukai Jualan [ Nilai Kereta Semasa + Cukai Import + Cukai Eksais ] ( 10% ) = Nilai kereta selepas cukai

Contohnya begini

Sebuah kereta Volvo S40 ( 1999 cc ) dibawa masuk ke Malaysia dengan harga jualannya Rm 60,000

Harga kereta = Rm 60,000
Cukai Import = Rm 18,000 ( 30% )
Cukai Eksais = Rm 48,000 ( 80% )
Jumlah = Rm 126,000 
Cukai Jualan = Rm 12,600 ( 10% )
Jumlah selepas cukai = Rm 138,600

Jadi cukai yang dikenakan bukanlah 120% seperti yang kita lihat diatas tetapi 131 % .

Lagi tinggi CC sesebuah kereta tersebut maka lagi tinggilah cukai yang dikenakan kepada kereta tersebut. Ini bagi mewujudkan kelas kereta diantara jenis kereta kereta rakyat kelas bawahan, pertengahan dan atasan.

Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan rendah, kereta yang sesuai dipakai mereka adalah kereta yang berCC rendah ( 2,000 cc dan kebawah ) kerana minyaknya agak menjimatkan begitu juga dengan cukai jalan yang rendah. Kenderaan seperti ini sesuai digunakan untuk kegunaan harian pemiliknya sebagai salah satu cara utama mereka bergerak.

Kelas kedua iaitu kelas pertengahan pula yang memakai kereta yang tidak terlalu mewah dan tidaklah terlalu lekeh. Contohnya adalah Honda Accord, Toyota Camry dan sebagainya yang digunakan golongan berpendapatan sederhana. Selalunya CCnya tidak terlalu rendah tetapi sekurang-kurang 2,000 cc la sehingga 2,500 cc.

Disebabkan itulah cukai yang dikenakan sedikit tinggi berbanding kereta yang penulis nyatakan diatas. Walaubagaimanapun, penulis tidak mendefinisikan BMW 3/5 series atau Mercedes C/E class sebagai kereta golongan pertengahan.

Manakala bagi kereta yang mempunyai CC melebihi 2500cc akan dikenakan cukai sebanyak 105% kerana kebanyakkan kenderaan mewah mempunyai keluasan CC lebih daripada 2500cc. Contohnya Mercedes S-Class ( 3.5 liter ) BMW 7 series ( 3.0 liter ) ataupun Lexus LS ( 4.6 liter ).

Dibawah ini penulis ingin tunjuk dua lagi contoh bagi memahamkan anda secara ringkas untuk kereta yang dikenakan cukai 75% dan juga kereta yang dikenakan cukai 105% ( kelas pertengahan telah ditunjukkan diatas )

Kereta Kia Forte ( 1.6 liter ) di Korea Selatan berharga Rm 30,000 ( contoh ) untuk kereta dibawah 1,800 cc.

Harga Kereta = Rm 30,000
Cukai Import = Rm 9,000 ( 30% )
Cukai Eksais = Rm 22,500 ( 75% )
Jumlah = Rm 61,500
Cukai Jualan = Rm 6,150
Jumlah selepas cukai = Rm 67,650

Jumlah cukai keseluruhan = 125%

Kereta Jaguar XJ ( 3.0 liter ) diimport dari England berharga Rm 250,000 ( contoh ) untuk kereta melebihi 2,500 cc.

Harga Kereta = Rm 250,000
Cukai Import = Rm 75,000 ( 30% )
Cukai Eksais = Rm 262,500 ( 105 % )
Jumlah = Rm 587,500
Cukai Jualan = Rm 58,750 ( 10% )
Jumlah selepas cukai = Rm 646,250

Jumlah cukai keseluruhan = 158%

Ini menunjukkan jika sesebuah kereta itu mempunyai cc yang melebihi 2500cc, maka cukai yang dikenakan agak tinggi kerana ia boleh dikategorikan sebagai kenderaan mewah.

Dalam Manifesto Rakyat oleh Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke-13, mereka ada menyatakan ingin menghapuskan Cukai Eksais secara berperingkat dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta jatuh yang akan meningkat daya saing jualan industri automotif.

Sejujurnya, tindakan yang akan diambil Pakatan Rakyat jika mereka memerintah akan mengundang pelbagai masalah dalaman buat industri automotif negara. Hal ini bukan sahaja melibatkan perusahaan automobil negara seperti Proton dan Perodua tetapi juga melibatkan syarikat Pengimport ( Pemegang AP ) kereta dan syarikat yang menjual kereta terpakai.

Jika dikira kembali apabila kaedah yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat dilaksanakan, harga kereta di pasaran akan jatuh tidak kira kereta nasional ataupun kereta Eropah mahupun buatan Jepun.

Contohnya kereta Proton Rimau berharga ( Rm 30,000 )

Harga Kereta = Rm 30,000
Cukai Eksais = Rm 22,500 ( 75% )
Jumlah = Rm 52,500
Cukai Jualan = Rm 5,250 ( 10% )
Jumlah selepas cukai = Rm 57,750

Apabila penulis ambil kembali formula yang akan digunapakai ( 0% Cukai Eksais ) oleh Pakatan Rakyat bagi menurunkan harga kereta, ini jelas menunjukkan penurunan yang ketara iaitu sehingga Rm 24,750 menyebabkan harga Proton Rimau terbabit hanya tinggal Rm 33,000.

Kenyataan yang ditulis diatas buku jingga yang akan membuatkan sesebuah kereta itu boleh dibeli dengan harga Rm 25,000 sememangnya masuk akal lah jika dibuat pertimbangan kembali. Tetapi bagaimanakah pula dengan kereta luar ?

Baiklah, penulis anggap sebuah kereta buatan Jepun yang mempunyai standard yang lebih sedikit daripada jenama buatan negara dinilaikan pada harga yang sama iaitu Rm 30,000. Setelah dicampur dengan cukai import dan cukai jualan, harga selepas cukainya adalah Rm 42,900.

Adakah mereka akan membeli kereta buatan negara yang mereka ketahui terdapat pelbagai kelemahan dengan hanya perlu membelanjakan ekstra Rm 10,000 untuk mendapat kereta buatan Jepun. Jika mereka membuat pinjaman selama 7 tahun dengan faedah sebanyak 2.4 peratus sebulan selepas ditolak down-payment sebanyak 10%, perbezaan ansuran bulanan antara sebuah kereta nasional dan kereta Jepun hanyalah sekitar Rm 126 ( Rm168 bagi 5 tahun pinjaman ).

Soalnya pada tempoh lima tahun akan datang adakah Rm 126 merupakan suatu jumlah yang besar buat rakyat Malaysia yang akan menikmati gaji minimum Rm 1,100 dan isi rumah yang mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya Rm 4,000.

Penulis tidak menolak kenyataan yang mengatakan harga kenderaan di Malaysia mahal tetapi tindakan ini diambil bagi menjaga jualan model kereta nasional. Dan bagi penulis, tindakan ini tidak membebankan golongan bawahan tetapi lebih mencekik golongan atasan. Falsafah yang digunakan senang sahaja, jika anda kaya, belilah kereta mahal sedikit tetapi jika anda tidak berwang, kami sediakan kereta dengan harga yang rendah.

Seterusnya pengamalan sistem ini boleh menutup periuk nasi pengimport kereta dan juga penjual kereta terpakai. Pada masa kini, sebuah kereta BMW 5 series F10 baharu dijual oleh BMW Malaysia pada harga Rm 360,000 sementara pengimport kereta menjualnya pada harga Rm 310,000.

Bayangkan cukai eksais dimansuhkan, ini bermaksud sebuah BMW 5 series ( CKD ) yang baharu akan dijual ( selepas cukai ) pada harga Rm 210,000. Berapakah harga yang boleh dijual oleh seorang pengimport kereta recond.

Dibawah penulis bagi contoh... Penulis sebagai pengimport

Rakan penulis membeli sebuah BMW 5 series F10 baharu di England secara cash pada harga Rm 140,000. Selepas enam bulan, penulis membeli kereta terbabit pada harga Rm 120,000 dan ia boleh diimport ke Malaysia dan penulis pun menghantarnya ke Malaysia melalui kapal. Lalu untuk didaftarkan, kastam telah membuat kira-kira untuk proses percukaian.

Harga kereta semasa ( tolak 15% ) = Rm 120,000 ~
Cukai import = Rm 36,000
Jumlah = Rm 156,000
Cukai Jualan = Rm 15,600
Jumlah selepas cukai = Rm 171,600
Bayaran permit AP = Rm 10,000
Jumlah keseluruhan = Rm 181,600

Penulis telah berjaya membawa masuk sebuah kereta BMW 5 series ke Malaysia dengan hanya Rm 182,000. Bagaimana pula untuk penulis menjualnya kepada pembeli?

Sudah pastinya penulis perlu memperoleh keuntungan sekurang-kurangnya Rm 50,000 kerana pada keadaan semasa pun, satu AP kereta pon boleh didapati pada harga lebih Rm40,000. Jadi takkanlah penulis ingin mendapat keuntungan kurang daripada 40 ribu, baik penulis jual saja ia pada harga 40 ribu. Dapat duit free tak payah kerja susah.

Jadi harga yang boleh diletakkan untuk mendapat keuntungan Rm 50,000 adalah Rm 230,000. Namun realitinya harga kereta baharu pun hanya sekitar Rm210,000, bagaimanakah penulis hendak menjual kereta recond pada harga yang melebihi kereta baharu.

Apa yang penulis buat adalah menjualnya pada harga yang kurang daripada harga kereta baharulah. Berapa soalnya ?? 190k ? 200k ?

Berapa sangat untung yang boleh penulis cari jika dijual pada harga tersebut. Dan penulis percaya sukar untuk pembeli membeli kereta penulis kerana harganya yang hampir menyamai harga kereta baharu. Baik mereka bayar lebih 20 ribu untuk mendapat kereta baharu jika dibandingkan dengan sebuah kereta import dengan mileage 5,000 km.

Tambahan lagi kereta baharu yang dibeli dari francais yang berdaftar dengan BMW boleh diservis di pusat servis yang bertauliah oleh francaisor.

Contoh diatas menunjukkan bertapa susahnya pengimport kereta untuk cari makan jika cukai eksais dihapuskan. Ini kerana jika cukai terbabit masih ada, sekurang-kurangnya perbezaan harga kereta baharu dengan recond lebih besar dan pengimport kereta pun boleh cari makan.

Kenapa perlu dijaga pengimport kereta?

Kerana pemegang-pemegang AP ini rata-ratanya orang Melayu, lihat sahajalah dalam laman web Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia ( PEKEMA ) berapa banyak syarikat Melayu didalam itu. Sektor ini antara salah satu sektor yang mana dilihat kerajaan dapat mengkayakan orang Melayu. Jadi kerajaan pun memperuntukkan AP kepada mereka supaya mereka dapat memperoleh pendapatan hasil jualan kereta import terpakai.

Tindakan menghapuskan cukai eksais secara tidak langsung boleh menjejaskan pendapatan pengimport yang terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun, Anwar Ibrahim menyifatkan pemberian AP kepada golongan ini sebagai satu amalan kronisme yang mengkayakan kroni-kroni. Jadi beliau pernah menyarankan supaya AP-AP yang kini berharga 10 ribu setiap satu dibuka untuk dibuat bidaan.

Penulis berpendapatan yang membuka tender untuk mendapatkan AP ini menyebabkan pengimport Melayu boleh ditendang keluar dari industri automotif kerana penulis percaya, pada masa sekarang ini, orang Melayu gagal bersaing untuk meletakkan harga yang tinggi untuk AP tersebut.

Peniaga kereta-kereta second hand pun akan mendapat tempias juga daripada penghapusan cukai eksais. Ini kerana harga kereta terpakai dengan kereta baharu terlalu murah terutamanya kereta rakyat seperti Proton Persona ataupun Exora dan Perodua Myvi ataupun Alza.

Contohnya sebuah kereta Myvi paling murah kini dijual pada harga Rm 43,000 . Jika kereta ini dijual tanpa cukai eksais, harganya hanya sekitar Rm 25,300 . Apakan terjadi jika pemilik ingin menjual kereta tersebut?

Berapakah harga yang akan diambil untuk kereta tersebut selepas setahun pakai? Rm 23,700 ? Berapa untung boleh diambil oleh salesman terbabit?

Apa yang penulis nak sampaikan adalah pemilik kereta mengalami masalah untuk menjual kereta kerana pembeli lebih gemar membeli kereta baharu jika nak dibandingkan dengan kereta second hand. Peniaga kereta terpakai pun akan mengalami nasib yang serupa kerana pelanggan tidak akan datang kepadanya. Jika ada terjual pun, keuntungan hasil jualan penulis yakin akan berkurangan jika dibandingkan dengan keuntungan pada masa kini.

Selain itu, negara juga seperti dilaporkan akan mengalami kekurangan hasil pendapatan daripada cukai eksais sehingga Rm 7 billion. Bila ditanya Anwar Ibrahim mana hendak cover balik Rm 7 billion. Beliau gemar berkata yang ketirisan dan rasuah yang sedang berlaku berjumlah Rm 20 billion.

Dan beliau percaya dirinya boleh mengembalikan wang Rm 20 billion itu kepada kerajaan. Soalnya kini manifesto Pakatan Rakyat bukan hanya melibatkan harga kereta tetapi melibatkan pelbagai perkara lagi.

Pemansuhan hutang PTPTN, menaikkan gaji minimum kepada Rm 1,100, menurunkan harga minyak, pendidikan percuma kepada semua, penghapusan tol dan juga menaikkan susbidi air dan elektrik kepada rakyat.

Penulis menyambut baik cita-cita Pakatan Rakyat ini yang dilihat sebagai manifesto menjaga kebajikan rakyat namun penulis yakin yang manifesto yang ditulis ini sukar dilaksanakan dalam tempoh yang dekat. Dan jika hal ini boleh dilakukan, sudah semestinya kerajaan Barisan Nasional yang sekarang ini dalam keadaan yang terdesak sudah melakukannya.

Tetapi tidak kerana kerajaan tahu kedudukan kewangan negara yang mana mereka tahu mereka tidak mampu melakukan kesemua itu untuk menjaga kepentingan rakyat.

Berbalik kepada isu kereta, penulis menolak cadangan menghapuskan cukai eksais yang berjumlah 75% ini. Seperti dinyatakan diatas, banyak pihak akan mengalami kerugian jika kaedah ini dilaksanakan terutamanya kepada orang Melayu sendiri.

Apa yang boleh penulis cadangkan adalah menurunkan peratusan cukai eksais supaya lebih rendah dan tidak terlalu mahal. Pengurangan secara berperingkat cukai import buat kereta Jepun dan Australia sedikit sebanyak dapat menguntungkan pengguna akhir yang inginkan kereta Jepun.

Mungkin selepas ini jalan di Malaysia akan dipenuhi oleh Lexus kerana pengguna beralih arah daripada membeli BMW, Mercedes ataupun Audi kerana cukai import 30%. Tambahan lagi prestasi kereta mewah Jepun begitu hebat, lihat sahajalah Infiniti oleh Nissan. Penulis percaya kereta Jepun seperti ini akan mencabar penguasaan BMW dan Mercedes dalam pertarungan kereta mewah.

* Kadar percukaian diatas tidak termasuk kos insuran dan pengangkutan kerana ia akan menyukarkan pembaca lagi

[ Klik Sini ] untuk artikel terbaharu mengenai Cukai Eksais

15 comments:

  1. Apa nak buat, tanggunglah dosa sendiri. Ini sumer balasan atas ketamakan dunia.

    ReplyDelete
  2. kan bagus kalau sistem AP dan cukai untuk kete dihapuskan.. dah lamer sy import kete buatan jepun yg dikatekan 300 kali ganda lbih murah dari kete buatan Malaysia nie kete buatan jepun lawa lak tu designnyer...

    lagi 1, sy bkan nak kate ape... koz kete buatan sendiri pn x slawa ngan kete buatan negara luar.. kenape ek?? persoalan sy lar, knape negara malaysia xnk wat kenderaan yang ikut citerase rakyat terutamanye yg muda mudi ni...

    ReplyDelete
  3. fuyo...dapatlah aku pakai kereta toyota yang ada sesungut semut tu...hehehe
    mesti banyak rakyat malaysia mampu beli kan.
    patutlah kawan aku seorang jepun kata honda kat negeri dia 30ribu wang malaysia tapi kat sini beratus ribu.
    Kot ya pun nak untung krj ni berpada2 lah cikit. Cekik darah betul. Tapi negara tak ya maju cam negara omputih . masih tak canggih lagi.
    kawan aku import keta proton dari luar negeri, aku dah tengok isi dalamnya...mak ai...kualiti tul lah.
    kawan aku cakap kereta kat sana murah dan kualiti. Badannya pun bukan tin milo.

    ReplyDelete
  4. nak jaga orang melayu konon..pemegang AP kroni ABN..puiihhh,
    orng buat cmtu supaya ada persaingan proton nak tingkat kualiti..xdela duduk di takuk lama,xkan tu pun xleh fikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. encik tau x hutang negara dah cecah berapa ratus bilion?tau x?

    ReplyDelete
  6. Ya... Mungkin kroni BN... Kalau buat open tender... Macam mana? Kalau ikut bidaan, siapa boleh bayar lebih untuk AP, dia akan dapat AP...

    Dekat Malaysia siapa kaya? Dalam senarai Forbes 40 hanya seorang sahaja Melayu dalam senarai 10 teratas... Mungkin nanti AP pun, 9 out of 10 AP yang dikeluarkan akan diperolehi oleh bukan Melayu... Pi mai pi mai, Melayu lagi papa kedana.

    Mengenai hutang... Negara mana yang tak punyai hutang ?? Saya pun nak tau juga... Mungkin hapuskan tol, turunkan harga minyak, hapuskan PTPTN akan mengurangkan hutang negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat sadara.. Kroni 2 kroni la tapi dari sudut positifnya masih sebangsa dan melayu beraga islam, paling kurang pun mereka akan membela agama, membayar zakat dan pelbagai lagi untuk umat islam (bersangka baik itu lebih baik). tapi cuba bayangkan kalu bukan melayu yang rata rata bukan beragama islam adakah mereka akan membantu melayu dan islam, adakah mereka wajib membayar zakat dan pelbagai lagi sedekah untuk kemajuan islam.. rasa2 nya banyak kuil tample dan plbagai lagi benda haram yang akan tumbuh..

      kita wajib patuh kepada pemerintah selagi dia islam.. andaiya pemerintah x melakukan benda2 yang wajib sebagai islam maka itu antara dia dan yang esa. tugas kita sebagai rakyat adalah terus menasihati dan berdoa bukan mengaharapkan kaum yang lain yang sememangnya bukan islam.

      Delete
  7. untuk org berduit,tak ada masalah bayar harga kereta mahal+tax+tax lagi dan lagi.. org pertengahan adalah bajet bayar harga kereta pertengahan+tax+tax org biasa terpaksa beli kereta murah (murah?)+tax+tax+hutang, biasanya 9thn untuk kereta tempatan yang dikatakan murah tu...

    kalau betul murah takkan la org nak loan sampai 9 thn atau lebih....

    syabas lah kita terus memilih untuk ditindas...

    ReplyDelete
  8. nak jaga periuk nasi pengimport kereta, penjual kereta terpakai, pndapatan kerajaan....ceh, last2 paksa rakyat utk beli kereta proton, kereta 2nd hand, kereta low quality...pnah terpikir periuk nasi golongan bawahan? kalau begini lah mentaliti, mmg betul lah, org kaya semakin kaya, org miskin semakin miskin...

    ReplyDelete
  9. "Penulis tidak menolak kenyataan yang mengatakan harga kenderaan di Malaysia mahal tetapi tindakan ini diambil bagi menjaga jualan model kereta nasional. Dan bagi penulis, tindakan ini tidak membebankan golongan bawahan tetapi lebih mencekik golongan atasan. Falsafah yang digunakan senang sahaja, jika anda kaya, belilah kereta mahal sedikit tetapi jika anda tidak berwang, kami sediakan kereta dengan harga yang rendah."

    Korang tak fikir ke kenyataan di atas dah cukup menyatakan bahawa golongan kaya jika beli kereta mahal (mereka akan dikenakan bayaran cukai yang lebih --> menyumbang kpd ekonomi kerajaan)...jika anda tak mampu beli je kereta nasional (walaupun dikatakan kualiti low standard)...kalau asyik nak membebel kereta nasional bnyk problem lagi senang tak payah pakai kereta...pakai je moto...aku yang famili ramai pun guna kereta nasional...disamping tu korang fikir le cara nak tambahkan income sendiri...cthnya berniaga tepi jalan ke? (rasanya korang mesti segan sbb berniaga tepi jalan takde standard...tapi sekurang2nya aku dah berusaha WALAUPUN AKU TAK KAYA...rezeki di tangan ALLAH)...barulah orang Melayu Islam boleh berjaya (kalau tak berjaya didunia..Insya-Allah berjaya diakhirat...amin)...bukan hanya sekadar mengharapkan subsidi atau sumbangan kerajaan je...seelok2 manusia adalah orang yang suka menyumbang dan bukannya orang yang suka meminta2...korang sume pandai komen je...ingat senang ke nak jadi pemimpin...kalau korg pandai sangat cubalah jadi pemimpin...jadi pemimpin keluarga pun tak mampu (famili tunggang langgang...anak blm tentu dididik dgn elok)...korang ni tak pernah berfikir...asyik nak senang je...dah senang nak senang lagi...manusia pasti tidak puas dengan apa yang dimiliki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..

      masyarakat skang sudah tidak mampu melihat perbezaan keperluan & kehendak.

      Keperluan = Sebuah Kereta
      Kehendak = Brand, power, laju mcm2 la...

      Pencacai BN ni ckp kerajaan yg slalu di hina oleh budak2 baru nak naik, semayang berjemaah depan sogo walhal, masjid sebelah saja. (Minta maaf ye.. yg penting solat, dr org x solat ye tak?????) telah menjaga keperluan rakyatnya...

      Cuma segelintir yg tamak, x bersyukur je yg menuntut kerajaan menunaikan kehendak mereka plak.. tak nak pakai proton, nak pakai Honda atau Toyota.

      Zaman internet skang ni kan, semasa Toyota mengeluarkan kereta pertama mereka puluhan tahun dulu(kita tertinggal lebih 80 tahun dgn industry kereta Jepun) rasanya ada x rakyat Jepun yg kondem brg Negara mereka, dan membeli kereta Audi, Volvo dll???

      Tarik nafas, renungkan...

      Yang benar,

      Dari Org yg satu hari 3 kerja buat.

      Delete
    2. Ya tapi lihat lah pemimpin kita. Adakah mereka memacu kenderaan nasional? Tidak sama sekali. Adakah mereka menyumbang kepada negara dengan membayar cukai? Ya. Tetapi, jika disebut keperluan dan kemahuan, kereta lembu pun kereta, encik. Sila jangan menulis tanpa berfikir. Sesetengah manusia memikirkan manusia lain. Adakah semua isi rumah mampu membeli kereta? Tidak. Senang jadi pemimpin? Ya, jika tidak mengapa bertanding? Kami pilih mereka. Jadi mereka bekerja dengan kami. Apa yang kami mahukan, jangan kata TIDAK tetapi berilah pencerahan dan pilihan. Orang seperti kamu yang kami tidak faham.

      Delete
  10. Ya? Bagi saya Proton hanyalah salah satu sumber yang Tun merancang untuk menghasilkan pendapatan negara dan kroni nya sahaja. Dua kali lima. Lima kali dua. Fikirkan lah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat kaya dan kepengen menang angka togel 2d 3d 4d 5d 6d.

      ,,.,KISAH NYATA ,
      Aslamu alaikum wr wb..
      Bismillahirrahamaninrahim,,senang sekali saya bisa menulis
      dan berbagi kepada teman2 melalui room ini,
      sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang property rumah tangga
      dan mencapai kesuksesan yang luar biasa, mobil rumah dan fasilitas lain sudah saya miliki,
      namun namanya cobaan saya sangat percaya kepada semua orang,
      hingga suaatu saat saya ditipu dengan teman saya sendiri dan membawa semua yang saya punya,
      akhirnya saya menaggung utang ke pelanggan saya totalnya 470 juta dan di bank totalnya 600 juta ,
      saya stress dan hamper bunuh diri anak saya 2 orng masih sekolah di smp dan sma,
      SUAMI saya pergi entah kemana dan meninggalkan saya dan anakanaknya ditengah tagihan utang yg menumpuk,
      demi makan sehari hari saya terpaksa jual nasi bungkus keliling dan kue,
      ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman
      dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya.
      dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan NYI SEWIKA hidupnya kembali sukses,
      awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama satu minggu saya berpikir
      dan melihat langsung hasilnya, `
      saya akhirnya bergabung dan menghubungi NYI SEWIKA di No 0853-7778-3434
      Semua petunjuk NYI SEWIKA saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim,
      Alhamdulilah Demi AllAH dan anak saya,
      akhirnya 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya,
      semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha,
      kini saya kembali sukses terimaksih NYI SEWIKA saya tidak akan melupakan jasa AKI.
      JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT, YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH,
      SAYA SUDAH BUKTIKAN DEMI ALLAH SILAHKAN HUB NYI SEWIKA DI 0853-7778-3434


      ((((((((((((DANA GHAIB)))))))))))))))))


      Pesugihan Instant 5 MILYAR
      Mulai bulan ini (January 2016) Kami dari padepokan mengadakan program pesugihan Instant tanpa tumbal,
      serta tanpa resiko. Program ini kami khususkan bagi para pasien yang membutuhan modal usaha yang cukup besar,
      Hutang yang menumpuk (diatas 1 Milyar), Adapun ketentuan mengikuti program ini adalah sebagai berikut :

      Mempunyai Hutang diatas 1 Milyar
      Ingin membuka usaha dengan Modal diatas 1 Milyar
      dll

      Syarat :

      Usia Minimal 21 Tahun
      Berani Ritual (apabila tidak berani, maka bisa diwakilkan kami dan tim)
      Belum pernah melakukan perjanjian pesugihan ditempat lain
      Suci lahir dan batin (wanita tidak boleh mengikuti program ini pada saat datang bulan)
      Harus memiliki Kamar Kosong di rumah anda

      Proses :

      Proses ritual selama 2 hari 2 malam di dalam gua
      Harus siap mental lahir dan batin
      Sanggup Puasa 2 hari 2 malam ( ngebleng)
      Pada malam hari tidak boleh tidur

      Biaya ritual Sebesar 10 Juta dengan rincian sebagai berikut :

      Pengganti tumbal Kambing kendit : 5jt
      Ayam cemani : 2jt
      Minyak Songolangit : 2jt
      bunga, candu, kemenyan, nasi tumpeng, kain kafan dll Sebesar : 1jt

      Prosedur Daftar Ritual ini :

      Kirim Foto anda
      Kirim Data sesuai KTP

      Format : Nama, Alamat, Umur, Nama ibu Kandung, Weton (Hari Lahir), PESUGIHAN 5 MILYAR

      Kirim ke nomor ini NYI SEWIKA: 0853-7778-3434
      SMS Anda akan Kami balas secepatnya

      Maaf Program ini TERBATAS hanya untuk beberapa Orang saja..

      Delete

Dipersilakan Komen