Monday, March 25, 2013

Ulasan Video Turunkan Harga Kereta - Rafizi Ramli




Penulis baru sahaja menonton sebuah video yang dihasilkan dimana ingin menpengaruhi rakyat supaya menyokong Pakatan Rakyat dengan pulangan orang ramai akan mendapat penurunan harga kereta hasil pengurangan cukai eksais.

Sebelum penulis ingin meneruskan tulisan penulis ini, penulis ingin memaklumkan yang penulis telahpun mengulas penurunan harga kereta hasil potongan cukai eksais ini pada artikel yang terdahulu. [ klik sini ]

Dalam video berjudul '' Harapan Rakyat: Turunkan Harga Kereta '' yang berdurasi 4:41 minit ini menunjukkan Rafizi Ramli banyak bermain dengan angka.

Pada permulaan video, beliau menunjukkan angka hutang rakyat Malaysia berpunca daripada pinjaman kereta yang menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai hutang kereta sejumlah Rm 134.2 billion pada akhir Mei 2012 dimana dinyatakannya sebagai hutang kedua tertinggi ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Pada pertengahan video, penulis sifatkan tiada isi dalam video tersebut kerana beliau hanya membuat perbandingan mengenai harga kereta Myvi, Honda Civic dan Toyota Camry berkaitan kadar percukaiannya.

Sebenarnya terdapat kesilapan didalam video yang dibikin ini mengenai kadar percukaian sebenar dimana beliau mengatakan keseluruhan kos cukai yang ditanggung rakyat bagi sebuah kereta Myvi adalah 85% berlandaskan 75% cukai eksais dan 10% cukai jualan.

Ingin penulis tegaskan disini, cukai jualan dikira selepas harga kereta dijumlahkan termasuk cukai eksais dan cukai import ( jika ada ). Contohnya begini, jika sebuah harga kereta Myvi yang dikatakan harga sebenarnya Rm 24,860, maka cukai eksaisnya berjumlah Rm 18,645 dimana selepas dijumlahkan menjadi Rm 43,505. Cukai 10% untuk jualan diambil kira daripada angka Rm 43,505 menjadikannya sebanyak Rm 4,350 . Jadi selepas dijumlahkan keseluruhannya menjadi Rm 47, 855 bukannya Rm 46,000.

Benarkah ia 85% ??? Salah... Jumlah cukai sebenarnya ialah 92.5 % bukannya 85% seperti yang dinyatakan oleh Rafizi Ramli didalam video diatas ini. Takkanlah saudara Rafizi tak tahu... Katanya dahulu pernah mengaudit beberapa syarikat kereta... Mesti ada yang tak kena ni.

Penulis menyatakan apa yang benar sahaja di dalam blog ini kerana ada etika yang perlu kita sebagai blogger pegang dalam menyampaikan sesuatu pandangan.

Beliau menyatakan yang apabila Pakatan Rakyat memerintah, cukai eksais akan dihapuskan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun yang mana katanya di dalam video diatas, 20% cukai eksais diturunkan setiap tahun bagi mengelakkan nilai kereta menjunam.

Penulis berpendapat tindakan ini akan merugikan pembeli khususnya kerana jika seseorang itu membeli sebuah kereta ( contohnya Honda Civic ) dimana dibelinya pada harga ( sebenar Rm 60,000 ) Rm 120,000 ( cukai 100% ) dan penulis anggarkan susut nilai tahunan kereta tersebut dikira sebanyak 10%. Angka ini tahun 2013 ( contohnya )

Tahun 2014 - Kereta Honda Civic tidak lagi dijual pada harga Rm 120,000 tetapi Rm 108,000 selepas kerajaan Pakatan Rakyat memotong 20% cukai eksais. Soalannya pada tahun ini, apakah yang terjadi pada Honda Civic tahun lalu ??? Ianya perlu dijual jauh lebih rendah daripada susut nilainya kerana apa??? kerana Honda Civic yang baharu pun sama harga dengan susut nilainya sekarang. Jadi untuk menjual kereta Civic 2013, pemilik terpaksa mengurangkan harga hingga Rm 20,000.

Tambahan lagi nilai pinjaman bank yang dibuat berdasarkan nilai tahun kereta tersebut dibeli yang menyebabkan pembeli sukar menjual dan menanggung beban hutang yang tinggi daripada harga pasaran.

Nak bagi senang... Macam ni... Tahun ni penulis beli Honda Civic pada harga Rm 120,000 seperti diatas, lima tahun berikutnya, harga Honda Civic yang baru hanya lebih kurang Rm 65,000 sahaja... Tapi penulis nak jual kereta ini... Padahal jika dikira susut nilai, penulis boleh menjual kereta Civic penulis pada harga Rm 70,000 .

Tapi macam mana nak jual harga kereta second hand lebih tinggi daripada harga kereta baharu... Jadi penulis kena jual kereta tersebut berdasarkan susut nilai harga kereta semasalah. Maksudnya penulis perlu menolak 10% dari Rm 65,000 bukannya Rm 120,000.

Jadi berapakah harga yang boleh penulis jual Civic penulis untuk orang beli??? Jawapannya Rm 37,000 ... Ini bukan kira kira karut penulis tetapi berdasarkan kesan pengurangan harga kereta oleh Pakatan Rakyat. Berapa penulis rugi? Rm 33,000 ... Jangan tanya pinjaman bank yang ditanggung penulis berdasarkan harga lima tahun yang lalu.

Kadang kala penulis tertanya, mungkin terhadap diri sendiri penulis... Kenapa penulis beli Honda Civic berharga Rm 120,000 ??? Sedangkan terdapat kereta lain yang lebih murah lagi... Siapa boleh rungkai???

Sebabnya penulis mampu...  Mampu apa??? Mampu untuk membayar ansuran kereta setiap bulan bagi harga kereta bernilai Rm 120,000 tersebut... Maksudnya apa? Maksudnya jika dipotong sekali pun harga cukai eksais... Kemampuan penulis untuk beli kereta masih tetap sama iaitu Rm 120,000

Tak nampak lagi???

Mungkin selepas ini, penulis tidak lagi memandu Honda Civic... Tetapi mungkin memandu gah diatas jalanraya Alfa Romeo 159 2.2 JTS ataupun apa-apa jenis kereta yang berharga sekitar Rm 120,000 bukannya lagi memandu Honda Civic tadi.

Begitu juga dengan realiti sekarang di Malaysia... Hutang rakyat Malaysia terhadap pinjaman kereta belum tentu berkurang jika Pakatan Rakyat menghapuskan cukai eksais. Tapi apa yang pasti, kereta-kereta nasional akan berkurang diatas jalan raya digantikan dengan kereta import.

Macam ni lah... Kereta paling banyak diatas jalan raya dekat Malaysia ini adalah Perodua Myvi... Harga Myvi lebih kurang Rm 45,000 ... Kemampuan pinjaman orang kita pun dalam lingkungan itu saja... Jika semua harga kereta diturunkan... Orangnya takkan berjimat beli Myvi pada harga Rm 25,000 tetapi akan membeli kereta lain contohnya Volkswagen Polo Sedan yang harganya yang lebih kurang... Tambahan lagi ia kereta Eropah katanya...

Dalam erti kata lain, idea yang diketengahkan oleh Rafizi ini boleh melemahkan prestasi jualan syarikat automotif nasional khususnya. Tak tahu lah dekat mana Proton dan Perodua nak cari makan selepas ini...

Kata Rafizi Ramli dalam video diatas, jumlah rugi yang dijangka hasil potongan cukai eksais adalah sebanyak Rm 1.5 billion . Tetapi janji beliau disini adalah ingin membawa hasil baharu Rm 2 billion daripada lelongan AP terbuka kerana katanya, sekarang ini orang dapat AP free.

Penulis ingin tegaskan sekali lagi yang penulis langsung tidak bersetuju dengan tindakan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dengan melelong ataupun perkataan sebenarnya membida AP yang diberikan percuma ini.

Ini kerana tindakan ini sekaligus akan mengurangkan lagi penguasaan orang Melayu khususnya dalam industri automotif negara kita kerana kebanyakkan AP-AP untuk kereta yang diimport dipegang oleh orang Melayu tetapi sudah pastilah sedikit sebanyak kaum-kaum lain memperoleh untung jua.

Macam inilah... Agak-agaknya siapa yang boleh bida AP dengan harga yang paling rendah?

Orang yang tidak hirau jika keuntungan mereka sedikit... Maknanya orang kayalah... Jadi jika orang kaya-raya hasil bussiness lain pun masuk berniaga dalam industri yang dimonopoli Melayu... Apa hasilnya... Mungkin 9/10 pemenang AP terdiri daripada kaum lain jika dilihat pada kekayaan sepuluh orang terkaya di Malaysia.

Jika Pakatan Rakyat membuat lelongan AP ini, pengimport-pengimport kereta ( terutamanya Melayu ) susah untuk cari makan kerana jumlah keuntungan akan merosot tambahan lagi harga jualan kereta baharu pun sudah turun. Jadi penulis menyifatkan sistem ini akan membuatkan pengimport gulung tikar.

Yang boleh berniaga hanyalah segolongan pihak yang benar-benar kaya raya sahaja kerana mereka tidak perlu memaksimumkan keuntungan... Hanya pastikan perniagaan mereka membawa untung sahaja berbeza dengan peniaga lain ( pengimport ) yang ingin memaksimumkan keuntungan untuk memperkukuhkan aset.

Mungkin anda boleh bertanya kepada mana-mana pengimport... Adakah mereka akan bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat menghapuskan cukai eksais dan melelong AP-AP ini bagi menjana pendapatan sebanyak Rm 2 billion menggantikan kerugian Rm 1.5 billion. Penulis yakin mereka akan kata ''TIDAK SETUJU".

Berkenaan dengan potongan cukai eksais secara berperingkat oleh Pakatan Rakyat kelak ( jika mereka jadi kerajaan ), suasana industri automotif negara akan menjadi suram selama lima tahun kehadapan... Kenapa???

Siapa nak beli kereta yang mereka akan tahu akan jatuh murah pada tahun hadapan... Kerajaan mungkin akan kerugian puluhan billion ringgit dalam tempoh lima tahun yang mana belum tentu kerajaan dapat menggantikan kerugian tersebut dalam tempoh sepuluh tahun.

Jika benar rakyat Malaysia terbeban dengan cukai eksais kerajaan... Mana mungkin tahun lalu Malaysia mencatatkan pendaftaran kenderaan sehingga 627,000 unit kereta yang merupakan catatan tertinggi dalam sejarah Malaysia...

Angka tersebut bukanlah satu angka sahaja... Malah ia menjelaskan bahawa rakyat Malaysia semakin berkemampuan membeli kereta kerana pada tahun 2010, kereta yang didaftarkan menurut MAA ( Malaysia Automotive Association ) adalah 605,000 unit manakala pada tahun 2011 ialah 600,000 unit.

Ini jelas menunjukkan peningkatan sehingga 20,000 unit kenderaan berbanding tahun lalu... Perkembangan ini sebenarnya tidak baik kerana ia akan menambahkan lagi kesesakan lalu lintas, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan bukannya menurunkan harga kereta, tetapi menambahbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Pada tahun 2010 dimana rekod pendaftaran kereta sebanyak 605,000 unit, lebih 57% kereta didaftarkan merupakan kereta nasional iaitu Perodua dan diikuti Proton yang menjumlah pendaftaran kereta ini sebanyak 345,870 unit.

Laporan ramalan perkembangan industri kenderaan negara yang dibuat oleh MAA juga menunjukkan lebihan pendaftaran iaitu sebanyak 3,000 unit. Manakala dianggarkan tahun ini kereta yang akan didaftarkan mencecah 631,000 unit.

Kerajaan dilihat komited untuk memperbaiki kemudahan pengangkutan awam Malaysia dengan projek MRT selain laporan yang mengatakan Malaysia akan menambahkan lagi koc kereta api. Ini dilihat langkah bijak untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas selain dapat mengurangkan pencemaran udara dan sekaligus menjimatkan penggunaan bahan api.

Dan perlu diingatkan yang figure yang Rafizi Ramli letakkan mengenai hutang kenderaan rakyat Malaysia bukanlah datangnya dari kereta seperti Myvi, Proton Exora, Honda City sahaja tetapi datangnya juga dari S-Class, Panamera, Jaguar XJ ataupun Bentley Continental GT mungkin.

Ini adalah pendapat peribadi penulis mengenai cadangan pemansuhan cukai eksais ini... Kesimpulannya disini penghapusan cukai eksais akan mengakibatkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan yang diterima pengguna. Terutama melibatkan kepentingan perniagaan Bumiputra.

Harap Rafizi Ramli dan penyokongnya tidak sembunyi angka yang penulis tunjukkan diatas ini...

[ Klik Sini ] Untuk artikel terbaharu

Sunday, March 17, 2013

Antara TERAJU & Seloka Cak Kun Cak



Tatkala leka melayari Facebook, muncul sebuah share dimana tertulis '' Orang Melayu kena tengok '' yang membuatkan penulis tergoda sehingga menekan pautan tersebut. Maka keluarlah sebuah video dimana menceritakan realiti orang Melayu semenjak Merdeka.

Dimana pengarah video pendek tersebut banyak mempersendakan sikap orang Melayu yang malas bekerja dan tidak pandai menguruskan ekonomi selain lebih banyak bersyukur berbanding berusaha untuk meningkatkan tahap ekonomi.

Video bertajuk ' Terajui Minda Anda ' yang berdurasi 10.46 saat ini banyak mengajak kita terutamanya orang Melayu untuk terus berusaha selain tidak terlalu bergantung kepada kerajaan dalam menguasai pegangan ekonomi negara.

Selain itu, video ini juga turut memperli segelintir orang Melayu yang suka mengambil jalan mudah seperti menjual permit. Dalam video yang dipaparkan, isunya adalah permit teksi meskipun lanskapnya bagi penulis lebih luas termasuk sebilangan permit import yang dianugerahkan kepada orang Melayu malangnya dijual kepada bangsa lain.

Sikap suka berhutang juga ada disentuh dalam video pendek ini dimana pengarah video ini ingin membuka mata orang Melayu yang ingin berlagak mewah dan menyalahgunakan kewangan yang diperuntukan bagi membantu perniagaan untuk tujuan peribadi.

Penulis memberikan lima bintang buat video ini dan secara jujurnya, video ini boleh dikatakan tamparan hebat buat orang Melayu khususnya dan Bumiputra amnya mengenai realiti semasa orang Melayu kini. Mahu tidak mahu, kita perlu terima juga hakikat sebenar orang Melayu di tanahair sendiri.

Mungkin generasi penulis perlu menjadi penggerak perubahan kedudukan ekonomi orang Melayu pada waktu kini seperti mana yang diinginkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputra ( TERAJU ) dibawah Jabatan Perdana Menteri.

TERAJU ditubuhkan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputra bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputra dalam ekonomi negara. Objektif lain TERAJU adalah Menerajui Agenda Bumiputra seperti yang digariskan dalam " Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputra " selaras  dengan Pelan Transformasi Negara lainnya, termasuklah program Transformasi Ekonomi ( ETP ), Program Transformasi Kerajaan ( GTP ) dan Strategic Reform Initiatives (SRI ) merentasi kementerian dan sektor.

Selain itu, TERAJU juga bertanggungjawab memacu perlaksaan Agenda Bumiputra melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baharu dan memperkenalkan pembaharuan kepada instrumen sedia ada dan menyelaras perlaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputra melaui kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ).

TERAJU yang ditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak sebagai langkah menempatkan peranan Bumiputra yang lebih besar dalam mencapai wawasan 2020 iaitu meningkatkan tahap pendapatan dan pemilikan syarikat besar dalam pertumbuhan sektor-sektor tinggi ekonomi.

Bagi memudahkan dan memperkemaskan pentadbiran TERAJU, empat bahagian telah ditubuhkan bagi menerajui agenda mereka iaitu Bahagian Keusahawanan, Bahagian Polisi & Institusi, Bahagian Pembiayaan dan Bahagian Stakeholder ( pemilikan saham ).

Penulis melihat penubuhan TERAJU ini sebagai salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan lagi ekonomi Bumiputra dalam aktiviti ekonomi negara dan perlu disokong oleh pelbagai pihak bagi merealisasikan agenda ini.

Tujuan penulis untuk menulis artikel ini bukanlah untuk memperkenalkan TERAJU kepada pembaca tetapi lebih berminat untuk mengambil pengajaran dalam video ringkas ini yang banyak ditujukan kepada orang Melayu khususnya dalam pengambilan bahagian dalam ekonomi negara.

Tetapi sedarkah anda sebelum video ini dikeluarkan, terdapat sebuah karya seni dimana lebih awal dikeluarkan kepada umum yang mana banyak menceritakan tentang keadaan semasa orang Melayu di Malaysia.

Karya ini tidak disampaikan melalui video tetapi disampaikan melalui gabungan melodi dan lirik yang mana mesej yang ingin disampaikan lebih kurang sama dengan video yang dikeluarkan oleh TERAJU. Ianya karya hebat dua orang seni bagi menyedarkan orang Melayu mengenai keadaan mereka sekarang ini.

Tidak lain tidak bukan ianya adalah lagu duet diantara Dato' M Nasir dan Tan Sri S M Salim berjudul Seloka Cak Kun Cak yang diterbitkan pada tahun 2003. Berikut merupakan lirik lagu tersebut



Penulis tidak pasti apa yang ingin disampaikan oleh Dato' M Nasir dan Tan Sri SM Salim tetapi apa yang penulis yakin adalah ingin menceritakan realiti orang Melayu waktu kini. Berikut adalah tafsir penulis

Jika dilihat lirik lagu pada rangkap awalnya, penulis lirik cuba menyampaikan tentang kehebatan orang Melayu pada waktu dahulu yang hidup mewah mungkin kerana gemar berdagang ke seluruh pelusuk dunia. Penulis lirik juga menyelitkan tentang kehebatan pahlawan Melayu yang sanggup berjuang kerana bangsanya.

Penulis tidak berapa pasti apa yang ingin disampaikan oleh penulis lirik pada rangkap kedua cuma yakin yang penulis lirik cuba menggambarkan kehidupan orang Melayu yang tertinggal dalam sektor ekonomi berdasarkan lirik ini '' Hampir tinggal sehelai benang, bencana sengaja dipinang '' kemudiannya disusuli lirik berbunyi '' Jika perhati bangsa dagang, kapak beliung ditangan memegang '' yang jelas menunjukkan sikap orang Melayu yang malas jika dibandingkan dengan bangsa lain.

'' Kekayaaan hendak diregang, akhirnya saudagar pangkat dijulang '' ... Hanya penulis lirik sahaja dapat menafsir ayat diatas mungkin kerana tahap kesusasteraan penulis amat rendah.

Kemudiannya barulah penulis lirik menasihati orang Melayu melalui lirik berbunyi '' Disulami syair termasyhur, usahlah berdengkur, kita jua yang bertafakur, yang mana khilaf tegur menegur '' .

Penulis menafsirkan ayat ini merujuk kepada Melayu yang mempunyai sejarah yang hebat ( syair termasyhur ) tetapi janganlah selesa ( berdengkur ) tetapi merenung seketika ( bertafakur ) dan tegur menegur jika ada salah silap ( khilaf ).

Pada penghujungnya penulis lirik sekali lagi mempersendakan masyarakat Melayu melalui tulisan liriknya iaitu '' Awak yang payah, membelah ruyung, orang bertandang, beroleh untung, akhirnya kita takkan dihitung ''.

Bagi penulis, ayat ini menunjukkan orang Melayu yang sedaya upaya menjaga keamanan pada waktu dahulu bagi membangunkan tanah Melayu tetapi apabila pendatang datang berniaga di Malaysia, mereka pula yang memperoleh untung kerana pandai berniaga hinggakan orang Melayu sendiri disisihkan.

Apa yang ditulis diatas hanyalah tafsiran penulis sahaja... Penulis tidak berupaya memikirkan apa yang penulis lirik ini inginkan sampaikan kepada masyarakat tetapi rasanya tidak jauh dengan apa yang ditafsirkan penulis.

Apa pun yang ingin disampaikan oleh mereka ini, orang Melayu khususnya perlu menerima mesej ini dengan hati terbuka bukannya melenting dan menyalahkan orang lain seperti mana yang diceritakan di dalam video oleh TERAJU.

Seperti yang ingin disampaikan oleh pengarah video TERAJU, sampai bila orang Melayu ataupun Bumiputra perlu mengharapkan projek dan bantuan dari kerajaan? Mungkin kita perlu mengubah hidup kita untuk bersaing bersama-sama mereka.

Jelaslah seperti yang ternyata dalam al-Quran Surah al-Radd ayat yang ke-11 yang mana berbunyi '' Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ''. Jadi Ubahlah

Sunday, March 3, 2013

Kesan Penghapusan Cukai Eksais Kereta

Gabungan politik diantara PAS, PKR dan DAP telah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 mereka beberapa hari yang lalu sebagai salah satu usaha kempen mereka untuk menawan hati rakyat Malaysia supaya mengundi mereka pada PRU yang akan tiba tidak lama lagi.

Salah satu usul yang menarik perhatian penulis untuk disentuh dalam ' Manifesto Rakyat ' ini adalah mengenai penghapusan cukai eksais bagi kenderaan ataupun dalam bahasa Inggeris dipanggil Excise Duty yang pada masa ini, ianya setinggi 70%.

Sebelum meneruskan, penulis ingin mengongsikan rajah yang akan memudahkan lagi pembaca untuk faham topik yang akan penulis rungkaikan ini.


IMPORT DUTY LOCAL TAXES
CBU CKD MSP CBU & CKD
Engine
Capacity (cc)
MFN ASEAN
CEPT
MFN ASEAN
CEPT
MFN ASEAN
CEPT
Excise
Duties
Sales Tax
 < 1,800
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
75%
10%
 1,800 – 1,999
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
80%
10%
 2,000 – 2,499
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
90%
10%
 Above 2,500
30%
0%
10%
0%
10%
n.a
105%
10%


Rajah diatas menerangkan mengenai cara pengiraan cukai oleh kerajaan bagi kereta yang diimport termasuk kereta di dalam Malaysia. Namun mesti ada yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak dikira cukai ini.

Tetapi sebelum itu penulis ingin maklumkan apakah itu CBU dan CKD. CBU merupakan singkatan kepada Complete Built Up yang merujuk kepada sesebuah kenderaan yang lengkap dipasang dan boleh dipandu terus setelah ia tiba di Malaysia. Dalam erti kata lain sebuah kereta yang datang sebiji la.

CKD ( Complete Knock Down ) pula merujuk kepada sebuah kereta import yang dibawa masuk bahagian-bahagian kereta ke Malaysia dan dipasang di kilang di Malaysia oleh pekerja di Malaysia. Disebabkan itulah jika dilihat diatas cukainya sedikit murah kerana negara mendapat untung hasil pelaburan mereka memasang kereta di negara kita.

Pada rajah diatas ini, 30% yang dimaksudkan dibawah cukai import bermaksud nilai semasa sesebuah kenderaan tersebut. Begitu juga dengan 75%-105% cukai eksais tetapi tidak mengenai cukai jualan 10% yang tertera diatas.

Cukai jualan dikira apabila harga kereta semasa dicampur dengan cukai import dan juga cukai eksais lalu jumlahnya itu dikira 10% untuk mendapat suatu cukai jualan.

Begini Equationnya

Nilai kereta Semasa + Cukai Import [ nilai kereta semasa ] ( 30% ) + Cukai Eksais [ nilai kereta semasa ] ( 75%-105% ) + Cukai Jualan [ Nilai Kereta Semasa + Cukai Import + Cukai Eksais ] ( 10% ) = Nilai kereta selepas cukai

Contohnya begini

Sebuah kereta Volvo S40 ( 1999 cc ) dibawa masuk ke Malaysia dengan harga jualannya Rm 60,000

Harga kereta = Rm 60,000
Cukai Import = Rm 18,000 ( 30% )
Cukai Eksais = Rm 48,000 ( 80% )
Jumlah = Rm 126,000 
Cukai Jualan = Rm 12,600 ( 10% )
Jumlah selepas cukai = Rm 138,600

Jadi cukai yang dikenakan bukanlah 120% seperti yang kita lihat diatas tetapi 131 % .

Lagi tinggi CC sesebuah kereta tersebut maka lagi tinggilah cukai yang dikenakan kepada kereta tersebut. Ini bagi mewujudkan kelas kereta diantara jenis kereta kereta rakyat kelas bawahan, pertengahan dan atasan.

Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan rendah, kereta yang sesuai dipakai mereka adalah kereta yang berCC rendah ( 2,000 cc dan kebawah ) kerana minyaknya agak menjimatkan begitu juga dengan cukai jalan yang rendah. Kenderaan seperti ini sesuai digunakan untuk kegunaan harian pemiliknya sebagai salah satu cara utama mereka bergerak.

Kelas kedua iaitu kelas pertengahan pula yang memakai kereta yang tidak terlalu mewah dan tidaklah terlalu lekeh. Contohnya adalah Honda Accord, Toyota Camry dan sebagainya yang digunakan golongan berpendapatan sederhana. Selalunya CCnya tidak terlalu rendah tetapi sekurang-kurang 2,000 cc la sehingga 2,500 cc.

Disebabkan itulah cukai yang dikenakan sedikit tinggi berbanding kereta yang penulis nyatakan diatas. Walaubagaimanapun, penulis tidak mendefinisikan BMW 3/5 series atau Mercedes C/E class sebagai kereta golongan pertengahan.

Manakala bagi kereta yang mempunyai CC melebihi 2500cc akan dikenakan cukai sebanyak 105% kerana kebanyakkan kenderaan mewah mempunyai keluasan CC lebih daripada 2500cc. Contohnya Mercedes S-Class ( 3.5 liter ) BMW 7 series ( 3.0 liter ) ataupun Lexus LS ( 4.6 liter ).

Dibawah ini penulis ingin tunjuk dua lagi contoh bagi memahamkan anda secara ringkas untuk kereta yang dikenakan cukai 75% dan juga kereta yang dikenakan cukai 105% ( kelas pertengahan telah ditunjukkan diatas )

Kereta Kia Forte ( 1.6 liter ) di Korea Selatan berharga Rm 30,000 ( contoh ) untuk kereta dibawah 1,800 cc.

Harga Kereta = Rm 30,000
Cukai Import = Rm 9,000 ( 30% )
Cukai Eksais = Rm 22,500 ( 75% )
Jumlah = Rm 61,500
Cukai Jualan = Rm 6,150
Jumlah selepas cukai = Rm 67,650

Jumlah cukai keseluruhan = 125%

Kereta Jaguar XJ ( 3.0 liter ) diimport dari England berharga Rm 250,000 ( contoh ) untuk kereta melebihi 2,500 cc.

Harga Kereta = Rm 250,000
Cukai Import = Rm 75,000 ( 30% )
Cukai Eksais = Rm 262,500 ( 105 % )
Jumlah = Rm 587,500
Cukai Jualan = Rm 58,750 ( 10% )
Jumlah selepas cukai = Rm 646,250

Jumlah cukai keseluruhan = 158%

Ini menunjukkan jika sesebuah kereta itu mempunyai cc yang melebihi 2500cc, maka cukai yang dikenakan agak tinggi kerana ia boleh dikategorikan sebagai kenderaan mewah.

Dalam Manifesto Rakyat oleh Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke-13, mereka ada menyatakan ingin menghapuskan Cukai Eksais secara berperingkat dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta jatuh yang akan meningkat daya saing jualan industri automotif.

Sejujurnya, tindakan yang akan diambil Pakatan Rakyat jika mereka memerintah akan mengundang pelbagai masalah dalaman buat industri automotif negara. Hal ini bukan sahaja melibatkan perusahaan automobil negara seperti Proton dan Perodua tetapi juga melibatkan syarikat Pengimport ( Pemegang AP ) kereta dan syarikat yang menjual kereta terpakai.

Jika dikira kembali apabila kaedah yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat dilaksanakan, harga kereta di pasaran akan jatuh tidak kira kereta nasional ataupun kereta Eropah mahupun buatan Jepun.

Contohnya kereta Proton Rimau berharga ( Rm 30,000 )

Harga Kereta = Rm 30,000
Cukai Eksais = Rm 22,500 ( 75% )
Jumlah = Rm 52,500
Cukai Jualan = Rm 5,250 ( 10% )
Jumlah selepas cukai = Rm 57,750

Apabila penulis ambil kembali formula yang akan digunapakai ( 0% Cukai Eksais ) oleh Pakatan Rakyat bagi menurunkan harga kereta, ini jelas menunjukkan penurunan yang ketara iaitu sehingga Rm 24,750 menyebabkan harga Proton Rimau terbabit hanya tinggal Rm 33,000.

Kenyataan yang ditulis diatas buku jingga yang akan membuatkan sesebuah kereta itu boleh dibeli dengan harga Rm 25,000 sememangnya masuk akal lah jika dibuat pertimbangan kembali. Tetapi bagaimanakah pula dengan kereta luar ?

Baiklah, penulis anggap sebuah kereta buatan Jepun yang mempunyai standard yang lebih sedikit daripada jenama buatan negara dinilaikan pada harga yang sama iaitu Rm 30,000. Setelah dicampur dengan cukai import dan cukai jualan, harga selepas cukainya adalah Rm 42,900.

Adakah mereka akan membeli kereta buatan negara yang mereka ketahui terdapat pelbagai kelemahan dengan hanya perlu membelanjakan ekstra Rm 10,000 untuk mendapat kereta buatan Jepun. Jika mereka membuat pinjaman selama 7 tahun dengan faedah sebanyak 2.4 peratus sebulan selepas ditolak down-payment sebanyak 10%, perbezaan ansuran bulanan antara sebuah kereta nasional dan kereta Jepun hanyalah sekitar Rm 126 ( Rm168 bagi 5 tahun pinjaman ).

Soalnya pada tempoh lima tahun akan datang adakah Rm 126 merupakan suatu jumlah yang besar buat rakyat Malaysia yang akan menikmati gaji minimum Rm 1,100 dan isi rumah yang mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya Rm 4,000.

Penulis tidak menolak kenyataan yang mengatakan harga kenderaan di Malaysia mahal tetapi tindakan ini diambil bagi menjaga jualan model kereta nasional. Dan bagi penulis, tindakan ini tidak membebankan golongan bawahan tetapi lebih mencekik golongan atasan. Falsafah yang digunakan senang sahaja, jika anda kaya, belilah kereta mahal sedikit tetapi jika anda tidak berwang, kami sediakan kereta dengan harga yang rendah.

Seterusnya pengamalan sistem ini boleh menutup periuk nasi pengimport kereta dan juga penjual kereta terpakai. Pada masa kini, sebuah kereta BMW 5 series F10 baharu dijual oleh BMW Malaysia pada harga Rm 360,000 sementara pengimport kereta menjualnya pada harga Rm 310,000.

Bayangkan cukai eksais dimansuhkan, ini bermaksud sebuah BMW 5 series ( CKD ) yang baharu akan dijual ( selepas cukai ) pada harga Rm 210,000. Berapakah harga yang boleh dijual oleh seorang pengimport kereta recond.

Dibawah penulis bagi contoh... Penulis sebagai pengimport

Rakan penulis membeli sebuah BMW 5 series F10 baharu di England secara cash pada harga Rm 140,000. Selepas enam bulan, penulis membeli kereta terbabit pada harga Rm 120,000 dan ia boleh diimport ke Malaysia dan penulis pun menghantarnya ke Malaysia melalui kapal. Lalu untuk didaftarkan, kastam telah membuat kira-kira untuk proses percukaian.

Harga kereta semasa ( tolak 15% ) = Rm 120,000 ~
Cukai import = Rm 36,000
Jumlah = Rm 156,000
Cukai Jualan = Rm 15,600
Jumlah selepas cukai = Rm 171,600
Bayaran permit AP = Rm 10,000
Jumlah keseluruhan = Rm 181,600

Penulis telah berjaya membawa masuk sebuah kereta BMW 5 series ke Malaysia dengan hanya Rm 182,000. Bagaimana pula untuk penulis menjualnya kepada pembeli?

Sudah pastinya penulis perlu memperoleh keuntungan sekurang-kurangnya Rm 50,000 kerana pada keadaan semasa pun, satu AP kereta pon boleh didapati pada harga lebih Rm40,000. Jadi takkanlah penulis ingin mendapat keuntungan kurang daripada 40 ribu, baik penulis jual saja ia pada harga 40 ribu. Dapat duit free tak payah kerja susah.

Jadi harga yang boleh diletakkan untuk mendapat keuntungan Rm 50,000 adalah Rm 230,000. Namun realitinya harga kereta baharu pun hanya sekitar Rm210,000, bagaimanakah penulis hendak menjual kereta recond pada harga yang melebihi kereta baharu.

Apa yang penulis buat adalah menjualnya pada harga yang kurang daripada harga kereta baharulah. Berapa soalnya ?? 190k ? 200k ?

Berapa sangat untung yang boleh penulis cari jika dijual pada harga tersebut. Dan penulis percaya sukar untuk pembeli membeli kereta penulis kerana harganya yang hampir menyamai harga kereta baharu. Baik mereka bayar lebih 20 ribu untuk mendapat kereta baharu jika dibandingkan dengan sebuah kereta import dengan mileage 5,000 km.

Tambahan lagi kereta baharu yang dibeli dari francais yang berdaftar dengan BMW boleh diservis di pusat servis yang bertauliah oleh francaisor.

Contoh diatas menunjukkan bertapa susahnya pengimport kereta untuk cari makan jika cukai eksais dihapuskan. Ini kerana jika cukai terbabit masih ada, sekurang-kurangnya perbezaan harga kereta baharu dengan recond lebih besar dan pengimport kereta pun boleh cari makan.

Kenapa perlu dijaga pengimport kereta?

Kerana pemegang-pemegang AP ini rata-ratanya orang Melayu, lihat sahajalah dalam laman web Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia ( PEKEMA ) berapa banyak syarikat Melayu didalam itu. Sektor ini antara salah satu sektor yang mana dilihat kerajaan dapat mengkayakan orang Melayu. Jadi kerajaan pun memperuntukkan AP kepada mereka supaya mereka dapat memperoleh pendapatan hasil jualan kereta import terpakai.

Tindakan menghapuskan cukai eksais secara tidak langsung boleh menjejaskan pendapatan pengimport yang terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun, Anwar Ibrahim menyifatkan pemberian AP kepada golongan ini sebagai satu amalan kronisme yang mengkayakan kroni-kroni. Jadi beliau pernah menyarankan supaya AP-AP yang kini berharga 10 ribu setiap satu dibuka untuk dibuat bidaan.

Penulis berpendapatan yang membuka tender untuk mendapatkan AP ini menyebabkan pengimport Melayu boleh ditendang keluar dari industri automotif kerana penulis percaya, pada masa sekarang ini, orang Melayu gagal bersaing untuk meletakkan harga yang tinggi untuk AP tersebut.

Peniaga kereta-kereta second hand pun akan mendapat tempias juga daripada penghapusan cukai eksais. Ini kerana harga kereta terpakai dengan kereta baharu terlalu murah terutamanya kereta rakyat seperti Proton Persona ataupun Exora dan Perodua Myvi ataupun Alza.

Contohnya sebuah kereta Myvi paling murah kini dijual pada harga Rm 43,000 . Jika kereta ini dijual tanpa cukai eksais, harganya hanya sekitar Rm 25,300 . Apakan terjadi jika pemilik ingin menjual kereta tersebut?

Berapakah harga yang akan diambil untuk kereta tersebut selepas setahun pakai? Rm 23,700 ? Berapa untung boleh diambil oleh salesman terbabit?

Apa yang penulis nak sampaikan adalah pemilik kereta mengalami masalah untuk menjual kereta kerana pembeli lebih gemar membeli kereta baharu jika nak dibandingkan dengan kereta second hand. Peniaga kereta terpakai pun akan mengalami nasib yang serupa kerana pelanggan tidak akan datang kepadanya. Jika ada terjual pun, keuntungan hasil jualan penulis yakin akan berkurangan jika dibandingkan dengan keuntungan pada masa kini.

Selain itu, negara juga seperti dilaporkan akan mengalami kekurangan hasil pendapatan daripada cukai eksais sehingga Rm 7 billion. Bila ditanya Anwar Ibrahim mana hendak cover balik Rm 7 billion. Beliau gemar berkata yang ketirisan dan rasuah yang sedang berlaku berjumlah Rm 20 billion.

Dan beliau percaya dirinya boleh mengembalikan wang Rm 20 billion itu kepada kerajaan. Soalnya kini manifesto Pakatan Rakyat bukan hanya melibatkan harga kereta tetapi melibatkan pelbagai perkara lagi.

Pemansuhan hutang PTPTN, menaikkan gaji minimum kepada Rm 1,100, menurunkan harga minyak, pendidikan percuma kepada semua, penghapusan tol dan juga menaikkan susbidi air dan elektrik kepada rakyat.

Penulis menyambut baik cita-cita Pakatan Rakyat ini yang dilihat sebagai manifesto menjaga kebajikan rakyat namun penulis yakin yang manifesto yang ditulis ini sukar dilaksanakan dalam tempoh yang dekat. Dan jika hal ini boleh dilakukan, sudah semestinya kerajaan Barisan Nasional yang sekarang ini dalam keadaan yang terdesak sudah melakukannya.

Tetapi tidak kerana kerajaan tahu kedudukan kewangan negara yang mana mereka tahu mereka tidak mampu melakukan kesemua itu untuk menjaga kepentingan rakyat.

Berbalik kepada isu kereta, penulis menolak cadangan menghapuskan cukai eksais yang berjumlah 75% ini. Seperti dinyatakan diatas, banyak pihak akan mengalami kerugian jika kaedah ini dilaksanakan terutamanya kepada orang Melayu sendiri.

Apa yang boleh penulis cadangkan adalah menurunkan peratusan cukai eksais supaya lebih rendah dan tidak terlalu mahal. Pengurangan secara berperingkat cukai import buat kereta Jepun dan Australia sedikit sebanyak dapat menguntungkan pengguna akhir yang inginkan kereta Jepun.

Mungkin selepas ini jalan di Malaysia akan dipenuhi oleh Lexus kerana pengguna beralih arah daripada membeli BMW, Mercedes ataupun Audi kerana cukai import 30%. Tambahan lagi prestasi kereta mewah Jepun begitu hebat, lihat sahajalah Infiniti oleh Nissan. Penulis percaya kereta Jepun seperti ini akan mencabar penguasaan BMW dan Mercedes dalam pertarungan kereta mewah.

* Kadar percukaian diatas tidak termasuk kos insuran dan pengangkutan kerana ia akan menyukarkan pembaca lagi

[ Klik Sini ] untuk artikel terbaharu mengenai Cukai Eksais