Sunday, February 24, 2013

Review Ringkas Hummer H2

Jika anda menonton CSI Miami, sudah pasti anda mengenali watak Leftenan Horatio Caine yang berkaca mata hitam yang sentiasa menyelesaikan kes pembunuhan dalam tempoh yang singkat. Jika Hawaii Five-O menggunakan Chevrolet Camaro sebagai kenderaan utama Steve McGarett dan Danny, CSI pula menggunakan Hummer sebagai objek penting dalam drama CSI.

Beberapa hari yang lalu, penulis berkesempatan menaiki sebuah kereta Hummer H2 iaitu model sebelum Hummer H3 yang digunakan Horatio Caine dikeluarkan. Pengalaman menaiki model Hummer yang diibaratkan kereta kebangaan Amerika ini ingin dikongsi penulis bersama pembaca.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Hummer H2 yang penulis berkesempatan naik ini menggunakan enjin sebesar 6.0 liter yang mana harga cukai jalannya mencecah Rm 6500. Nilai jualan di Amerika bagi sebuah H2 adalah AS$ 60,000 ataupun lebih kurang Rm 180,000 . Jika dibawa masuk baharu dari Amerika ke Malaysia, penulis menanggarkan seunit H2 boleh meningkat melebihi Rm 600,000 jika dikira sekali dengan cukai import, duti eksais, cukai jualan dan sebagainya.

Namun begitu, penulis tidak dapat memastikan jika terdapat francais Hummer di Malaysia pada waktu ini melainkan kenderaan ini dibawa masuk oleh pemegang-pemegang Permit Import kereta baharu terpakai di bawah lima tahun.

Jika diperhatikan mengenai corak badan Hummer H2 dan H3, sememangnya rangkanya serupa sahaja cuma finishing sedikit berbeza dimana H2 kelihatan sedikit ganas dan garang jika dibandingkan dengan H3 yang tidak segagah H2. Ini kerana rekaan H2 diambil dari rekaan badan H1 dimana H1 merupakan model Hummer yang seiras Humvee yang digunakan tentera Amerika dalam perang Teluk.

Manakala H3 pula direka berdasarkan H2 namun telah digabungkan dengan rekaan model milik General Motors yang lain. Hal ini telah menyebabkan H3 kekurangan taring namun perlu diingatkan yang H3 memang direka sebegitu untuk kelihatan mewah bukannya trak seperti H2.

Enjin H3 juga sedikit kecil iaitu dalam lingkungan 3.7 liter hingga 5.2 liter jika dibandingkan dengan H2 yang mana modelnya dikeluarkan dalam dua variasi iaitu 6.0 liter dan 6.2 liter. Tidak hairanlah di Malaysia ini terdapat belambak H3 kerana CCnya yang kecil sekaligus mengurangkan harga cukai jalan dan kerana H3 turut dikeluarkan dalam spesifikasi stering sebelah kanan berbeza dengan H2 yang semuanya kiri.

Sebagai individu yang sering dibawa berjalan menaiki kereta sedan, berada di dalam sebuah Hummer membuatkan penulis berasa tinggi kerana tempat duduknya yang tinggi tambahan pula duduk pada sebelah kanan. Namun bukan sesuatu yang pelik bagi penulis menduduki kerusi hadapan sebelah kanan kerana Satria GTi dahulu pun berstereng sebelah kiri.

Untuk memandu sebuah Hummer memerlukan pengalaman yang luas kerana kesukaran memandu kenderaan sebesar Hummer berkemungkinan besar akan menyebabkan berlakunya kemalangan kecil selain agak sukar menggagak jarak pada sebelah yang lain. Perlu diingatkan, hanya yang benar-benar berpengalaman sahaja yang mampu mengedalikan trak Amerika ini kerana ia berstereng kiri.

Dengan bentuk badan yang perkasa selain ruang dalaman yang besar, Hummer H2 ini sememangnya pilihan yang baik bagi orang kaya yang inginkan sedikit kelainan selain dapat menyelesakan diri dengan beberapa fungsi seperti pemanas kerusi namun kurang sesuai dengan keadaan iklim di Malaysia.

Kalaulah CSI Malaysia wujud...
Jika ditanya penulis mengenai kelajuan H2 ini, penulis tidak dapat memberikan sebarang komen kerana penulis tidak berpeluang memandu ( tak cukup umur ) tetapi hanya memerhatikan sahaja secara bersahaja. Namun apa yang pasti, H2 ini memerlukan masa untuk melakukan pecutan mungkin kerana berat selain saiz yang besar.

Keseluruhan mengenai trak H2 ini boleh dikatakan sebagai sebuah kenderaan mewah buat sesiapa yang ingin menampakkan kelainan dalam gaya hidup masing-masing. Tetapi penulis percaya yang H2 kurang sesuai dibawa sendiri kerana saiznya yang besar dan memerlukan pemandu untuk membawa pemiliknya bersiar-siar.


                                                                                                                                  Harga??? 


Kokpit Hummer H2
Melihat pada laman web oto.my milik adik Paul Tan ( betul ker ), hanya terdapat tiga buah Hummer H2 dalam senarai kereta untuk dijual dengan harga yang ditawarkan oleh Yap's Brothers Group untuk sebuah H2 adalah Rm 488,000 manakala B.C.S Imported Specialist pula meletakkan harga jualan pada Rm 499,000. TJM Sdn Bhd pula meletakkan tanda harga Rm 428,000 untuk Hummer import milik mereka.

Berbeza dengan Hummer H3 dimana terdapat beberapa buah H3 dimana harganya boleh didapati serendah Rm 230,000 sehingga Rm 290,000

Jadi jika anda berminat untuk sebuah H2, hubungi penulis dan siapkan sekurang-kurangnya Rm 450,000...

Untuk pengetahuan pembaca, CSI di Miami sebenarnya tidak memandu Hummer seperti yang dipaparkan dalam drama bersiri penyiasatan di saluran AXN.

Rafizi Ramli tak nak bongkarkan juga ke siapakah pemilik Hummer ni...
Nedim mungkin... 

* Proton Satria GTi milik penulis telah hilang kira-kira bulan November tahun lepas akibat dicuri oleh manusia-manusia tak guna dihadapan rumah penulis. Mungkin ketika ini GTi tersebut sudah pun tidak wujud dalam bentuk sebuah kereta.

Jadi sesiapa yang memiliki Proton Satria GTi, cepat-cepatlah jual sebelum kereta anda dicuri oleh pencuri tak guna. Sayang kerana GTi milik abang penulis itulah adalah kereta yang baharu dengan mileage kereta baharu dengan stereng sebelah kiri

Klik di link berikut untuk cubaan mencuri kereta Satria GTi

[ klik sini ]

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen