Monday, January 14, 2013

John F. Kennedy dan Curut Cuba

Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy memanggil Setiausaha akhbarnya, Pierre Salinger ke pejabatnya.

" Pierre, saya perlukan pertolongan '' kata John F. Kennedy kepada Setiausaha akhbarnya.

" Saya gembira untuk melakukan apa sahaja untuk Tuan Presiden " kata Pierre Salinger.

" Saya perlukan curut yang banyak '' balas John F. Kennedy.

" Berapa banyak, Tuan Presiden ? "

" Lebih kurang 1000 Petit Upmanns " jelas Tuan Presiden

" Bila Tuan Presiden hendak semua ini ? '' tanya Pierre Salinger kepada John F. Kennedy meskipun berasa terkejut namun dipendamnya di dalam hati sahaja.

" Esok pagi '' ringkas Kennedy

Pierre Salinger keluar dari pejabat tersebut sambil memikirkan sama ada dia akan berjaya memenuhi permintaan bosnya. Walaubagaimanapun, John F. Kennedy mengetahui yang Setiausaha akhbarnya itu seorang penghisap curut Cuba tegar dan pasti beliau berjaya untuk membawa pulang curut seperti yang diminta.

Keesokan paginya, Pierre Salinger berlalu masuk ke Rumah Putih lebih kurang jam 8.00 pagi. Beliau terus bergegas ke pejabat presiden dimana mereka memanggilnya masuk. Belum sempat duduk, Presiden John F. Kennedy bertanya '' Bagaimana, Pierre? ".

" Sangat baik " menjawab pertanyaan Tuan Presiden. Apa yang lebih menggembirakan lagi adalah beliau dapat membawa 1,200 batang curut untuk Presidennya membuatkan Presiden John F. Kennedy tersenyum dan membuka laci di mejanya.

Pierre Salinger
Presiden kemudiannya mengeluarkan dokumen panjang dimana beliau kemudiannya terus menandatangani dokumen tersebut yang mana merupakan dokumen untuk menyekat barangan Cuba masuk ke Amerika Syarikat. Curut Cuba juga dilarang dibawa masuk ke dalam Amerika.

Ketika lawatan Pierre Salinger ke Moscow, Rusia bertemu dengan Setiausaha Parti Komunis Kesatuan Soviet pada tahun 1962, beliau telah dihadiahkan oleh Nikita Khrushchev 250 curut Cuba sebagai cenderahati.

Meskipun mengetahui yang curut Cuba tidak patut dibawa masuk ke negaranya, beliau tetap menerima hadiah tersebut kerana beliau percaya yang dirinya tiada masalah dengan Kastam kerana beliau mempunyai Pasport Diplomatik Khas Presiden

Ketika hendak menyerahkan curut terbabit kepada Presidennya, dilaporkan yang presidennya kelihatan agak terkejut dan mengarahkan Setiausaha akhbarnya itu untuk menyerahkan kepada Ketua Kastam dan menghapuskannya.


Tindakan ini difikirkan kerana John F. Kennedy enggan terpalit dengan apa-apa kontroversi jika orang ramai mengetahui beliau membawa masuk Curut Cuba yang diharamkan untuk kegunaannya sendiri berlainan dengan curut yang dibelinya sebelum menandatangani perintah pengharaman produk Cuba.


Ini kerana 1200 curut Cuba yang diserahkan kepadanya sebelum dokumen tersebut ditandatangani tersebut dibeli di dalam Amerika Syarikat berbeza dengan kali ini dimana dibawa masuk dari Moscow hasil lawatan Setiausahanya ke sana.

Disini penulis ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai Curut kerana kemungkinan besar anda tidak mengetahui apakah curut sebenarnya dan sering disalah ertikan dengan rokok yang anda biasa lihat di sekeliling anda.

Curut merupakan tembakau semula jadi yang mana telah dibalut dengan daun tembakau. Ia berasal daripada perkataan cikar yang bermaksud menghisap daun tembakau dari kaum Mayan. Tembakau kebiasaannya ditanam di Amerika Utara selain turut ditanam di Brazil, Cameroon, Filipina dan juga Indonesia.

Kenapa harga curut mahal jika dibandingkan dengan rokok ?

Ini kerana kebiasannya curut dihasilkan menggunakan tenaga tangan manusia berbeza dengan rokok. Selain itu, rokok juga mempunyai pelbagai bahan kimia seperti arsenik, ammonia, aceton, asid sulfurik dan butane.

Namun curut tidak mempunyai sebarang kimia di dalamnya sebaliknya bahan yang terdapat didalamnya hampir kebanyakkannya adalah bahan semula jadi. Untuk mencari tembakau terbaik pula, ia memerlukan masa yang lama terutamanya yang datang dari Cuba.

Cara menghisap curut sememangnya berbeza dengan rokok dimana anda perlu menjadi seorang yang beradab dan beretika ketika menghisap curut. Malahan terdapat langkah-langkah yang perlu diamalkan ketika menjadi seorang penghisap curut dari mencucuh, memegang, menghisap hingga memadamkan curut terbabit.

Contohnya cara memegang rokok dan curut. Jika anda seorang perokok, anda akan memegang batang rokok tersebut menggunakan jari telunjuk dan jari hantu. Manakala jika anda menghisap curut, anda akan menggunakan tiga jari iaitu jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu.

Namun ia semuanya bergantung kepada keselesaan individu terbabit. Ada yang menggunakan hingga jari kelingking untuk memegang curut.

Jika anda seorang penghisap rokok, jika tiada pemetik api di tangan anda, dan anda meminta kepada rakan di sebelah anda. Beliau akan mencucuhkan rokok di mulut anda menggunakan tangannya. Tetapi perkara seperti itu haram dilakukan oleh seorang penhisap curut.

Seseorang itu dilarang sesekali untuk membantu orang mencucuh curut sebaliknya anda perlu memberikannya mencucuh curutnya dengan sendiri. Ini kerana curut mempunyai pelbagai cara untuk dicucuh dan cara pencucuhannya perlu mengikut selesa penghisapnya.

Selain itu, seseorang itu juga dilarang untuk berkongsi curut yang telah dihisapnya dengan orang lain ataupun di dalam istilah Inggeris dipanggil Chain Smoking. Jadi apa yang perlu dilakukan jika terdapat orang di sekeliling anda.

Anda perlu menghulurkan curut anda yang lain yang disimpan di dalam kocek coat anda kepadanya. Namun harus diingatkan, jika ada seseorang menghisap curut, anda jangan sesekali meminta kepadanya curut kerana ia adalah perbuatan yang amat biadap melainkan seseorang itu menghulurkan kepada anda.

Jika anda menghulurkan sebatang curut Cuba kepada rakan anda. Anda tidak sepatutnya memberitahu kepadanya ia adalah curut Cuba. Ini berikutan dengan satu petikan yang mengatakan '' Never tell never ask if it's cuban cigar ''.

Dan anda perlu tahu, yang anda tidak sepatutnya menyedut asap curut seperti mana anda lakukan ketika menghisap rokok. Kerana tujuan curut bukannya untuk disedut tetapi untuk dinikmati aroma bau asapnya. Justeru itu, jangan sesekali anda katakan yang rokok dan curut sama.

Banyak lagi adab dan etika jika anda hendak belajar mengenai curut. Bahkan terdapat cara untuk memadamkan curut, membuang abu selain anda perlu memahami tindakan yang perlu dilakukan didalam setiap keadaan berbeza.

Terdapat pelbagai persoalan mengenai bahaya curut dan sering kali dibandingkan dengan rokok.

Sir Winston Churchill
Sebenarnya, jika anda menghisap curut sebagaimana anda menghisap rokok sememangnya curut lebih bahaya kerana asap yang dikeluarkan curut lebih kuat. Tetapi jika anda sekadar menghisap curut sebagaimana yang lain lakukan, penulis yakin ia tidak membawa kesan yang teruk kepada penghisap.

Ini kerana, pencurut yang sejati hanya menhidup asap curut sahaja berlainan dengan perokok yang lebih gemar menyedut asapnya yang akan menyebabkan asapnya masuk ke badan. Tetapi menghidu asap curut kesannya lebih rendah jika dibandingkan dengan menyedut.

Ia sama jika anda buka tingkap kereta anda di tengah bandar raya yang sedang sesak dimana akan terhidu asap karbon monoksida yang keluar dari ekzos kereta di sekeliling anda. Tindakan ini sebenarnya amat bahaya dan boleh menjejaskan kesihatan anda dengan teruk jika dilakukan berkali-kali.

Disebabkan itulah asap ekzos kerap kali dijadikan sebagai cara untuk membunuh diri dengan menyambungkan tiub dari ekzos ke dalam kereta. Jarang sekali kita dengar orang membunuh diri dengan menyedut asap rokok :P .

Fidel Castro
Penulis berpendapat yang rokok lebih membahayakan kesihatan jika anda menghisapnya 20 batang sehari jika dibandingkan dengan seorang pencurut yang kebiasaannya menghabiskan paling banyak pun 2 batang curut sehari.

Tambahan pula pencurut tidak menyedut asapnya. Namun kesannya kepada orang lain iaitu secondhand smoker sama seperti rokok.

Ramai dikalangan orang terkenal di dunia yang menghisap curut. Antara yang terkenal selain JFK adalah Sir Winston Churchill dimana ketika negaranya dibom oleh Nazi pada perang dunia kedua, salah satu mesej yang disampaikan kepadanya adalah '' Your cigars are safe, Sir ".

Selain Winston Churchill, musuh utama John F. Kennedy iaitu pemimpin Cuba, Fidel Castro juga penggemar curut. Malahan gambar beliau menghisap curut menjadi ikon utama dalam arena curut. Salah satu gambar yang paling bernilai yang paling diambil adalah apabila beliau menghisap curut disebelah Che Guevara iaitu salah seorang pencetus revolusi Cuba.

Che Guevara
Manusia yang bertanggungjawab menjatuhkan rejim Fulgencio Batista di Cuba iaitu Che Guevara juga salah seorang ikon curut selain dijadikan ikon sebagai pencetus revolusi. Dua karakter Che Guevara yang dibikin dunia adalah sebagai penggerak revolusi. Sebut sahaja Revolusi, sepatutnya orang itu akan mengingatkan Che Guevara memakai topi dengan latar belakang merah.

Tetapi selain ciptaan dunia sebagai pencetus revolusi, beliau juga sinonim dengan gambar memegang curut dan boleh dikategorikan sebagai ikon curut fotografi hitam putih.

Siapa tidak kenal jenama Davidoff? Penulis percaya hampir kesemua anda mengetahui Davidoff yang mengeluarkan minyak wangi, jam tangan, cermin mata dan juga beg. Beliau merupakan salah satu penyusun etika menghisap curut.

Zino Davidoff
Yahudi kelahiran Ukraine yang bernama Zino Davidoff ini menetap di Switzerland dan merupakan penggemar curut. Bahkan beliau juga mengeluarkan curut jenamanya sendiri. Ucapannya mengenai curut antara yang paling diingati oleh penghisap curut seluruh dunia ialah " If you wife doesnt like the aroma of your cigar, change your wife ".

Berbicara mengenai quotations, terdapat beberapa quotes yang berkaitan curut yang menarik minat penulis untuk dikongsikan disini. Antaranya ;

If I cannot smoke cigars in heaven, I shall not go! - Mark Twain ( Penulis buku )
If I had taken my doctor's advice and quit smoking when he advised me to, I wouldn't have live to go to his funeral - George Burns ( Pelakon )
If you can't send money, send tobacco - George Washington ( Presiden Amerika )
Why pay $100 on a therapy session when you can spend $25 on a cigar? Whatever it is will come back; so what, smoke another one - Raul Julia ( Pelakon )

Itu antara ucapan-ucapan berkaitan curut tidak termasuk ucapan John F. Kennedy yang meminta 1000 curut Petit Upmanns.

" Cara untuk membuang tabiat buruk adalah dengannya menggantikan dengan lebih baik '' adalah salah satu ucapan yang merujuk kepada penukaran tabiat menghisap rokok kepada menghisap curut kerana mereka percaya menghisap curut lebih baik daripada merokok.

Jadi, hisaplah curut kerana curut lebih baik dari rokok. Dan dalam langkah untuk menghisap curut, anda perlu lah berusaha dengan lebih keras kerana sebatang curut bersamaan dengan 6 kotak rokok Dunhill 20 batang.

Sememangnya anda perlu menjadi seorang yang kaya untuk menjadi penghisap curut terutamanya curut Cuba.

Terdapat sekeping gambar yang diambil di internet dimana menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak sedang menghisap curut bersama rakan-rakannya. Ini merupakan satu gambar yang jarang dilihat dimana memaparkan sisi peribadi beliau sebagai manusia.

Sesungguhnya beliau juga mempunyai kehidupan peribadi seperti manusia biasa yang lain.

" Allah made tobacco grow to put a smile on the faces of men " - Pepatah Turki

1 comment:

  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya IBU TITING seorang TKW DI ARAB SAUDI pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan SUAMI saya sakit-sakitan dikampung dan gaji saya itupun buat beli obat-obatan sedangkan hutang banyak kebetulan saya buka-buka facebook mendapatkan nomor hp KI KUNCORO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi AKI dan minta angka bocoran ANGKA THAILAND angka yang di berikan 3D ternyata betul-betul tembus 100% dan bagi saudarah-saudarahku di indonesia yang bekerja di luar negeri jadi TKI apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan bebang masalah anda silahkan hubungi KI KUNCORO di nomor 0823-1332-9888 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas KLIK: >>KLIK DI SINI KALAU ANDA BERMINAT BERGABUNG DENGAN KI KUNCORO <<<

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen