Tuesday, January 8, 2013

Fenomena Datuk Sulu, Surakarta dan Palembang

Cuti hujung minggu lepas bagaikan satu suasana indah dimana penulis boleh kembali ke ' zaman cuti sekolah ' penulis yang telah penulis tinggalkan semenjak 2 Januari yang lalu. Kelapangan waktu ini diambil penulis untuk meluangkan waktu di KL.

Ketika berada di hadapan Sogo, penulis terlihat sebuah kereta Mercedes E-Class dimana tertulis di sebelah kiri belakang kereta E63 dan AMG disebelah kanan belakang kereta tersebut. Walaubagaimanapun, penulis percaya yang abjad tersebut hanya diletakkan sahaja kerana sesungguhnya harga sebuah kereta Mercedes E-Class AMG yang mempunyai enjin sekuat 6200 cc begitu mahal sehingga mencecah Rm 180,000 tidak termasuk cukai. Anggaran di atas jalan raya di Malaysia lebih kurang Rm 600,000.

Apa yang menarik perhatian penulis bukanlah logo AMG ataupun kelajuannya yang boleh mencapai 100 km/j dalam tempoh 4.5 saat, tetapi lambang darjah kebesaran yang dilekatkan di sebelah nombor plat keretanya.

Bukan suatu yang asing bagi penulis untuk melihat sebuah kereta dilekatkan lambang darjah kebesaran pemiliknya di kawasan penulis ini. Tetapi apa yang membuatkan penulis ingin berkongsi adalah mengenai penerimaan darjah kebesaran tersebut yang datangnya dari Sulu.

Sejujurnya, penulis kurang percaya dengan golongan yang gemar meletakkan gelaran Datuk, Dato, Dato Seri, Dato Paduka, Datuk Seri Diraja ataupun apa-apa sahaja gelaran di atas nama mereka sama ada diatas kad perniagaan, di plat pendaftaran kereta ataupun nama di atas kertas.

Melainkan gelaran tersebut diketahui oleh seseorang dan dipanggilnya Dato oleh orang tersebut bukannya kita ( pemegang pingat ) memberitahu orang ramai yang diri kita ( pemegang pingat ) mempunyai gelaran tersebut.

Tidak enak jika kita pusing keliling kampung memberitahu yang diri kita berpangkat Datuk melainkan hanya memberitahu teman rapat sahaja tentang pengurniaan darjah kebesaran dari Sultan/Raja kepada kita. Dan teman rapat itulah yang akan membuatkan orang lain mengetahui tentang perkara tersebut.

Hal berkaitan gila pangkat ini pernah penulis ulas suatu ketika dahulu di artikel bertajuk ' Beli Pangkat ' dan ' Lagi Bukti Gelaran Datuk Boleh Dibeli ' beberapa tahun yang lepas. Dimana penulis terangkan mengenai cara pemberian darjah di Negeri Sembilan.

Disini penulis jelaskan sekali lagi yang di Negeri Sembilan, terdapat empat orang Undang dimana mereka ini mempunyai kuasa memilih Yang di-Pertuan Besar. Jika anda belajar Sejarah anda akan tahu yang terdapat empat Undang iaitu Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau.

Undang ini bukanlah calang-calang orang, selain berupaya memilih Yang di-Pertuan Besar, mereka ini juga memegang gelaran Yang Amat Mulia.

Pada hari keputeraan Tuanku, Tuanku Sultan boleh mengurniakan pingat kepada mana-mana individu yang baginda suka. Walaupun begitu, Empat undang ini boleh mencadangkan beberapa nama kepada Tuanku untuk diberikan pingat. Persoalannya disini adakah Tuanku akan menolak cadangan kurniaan darjah kebesaran oleh individu yang melantiknya sebagai Yang di-Pertuan Besar?

Terdapat juga pelbagai respon dari orang ramai mengenai pemberian Darjah Kebesaran kepada golongan artis terutamanya yang belum lagi mencecah 50 tahun. Tindakan memberi Dato kepada golongan artis ini secara tidak langsung menjatuhkan nilai Dato tersebut yang dipakai oleh seseorang yang berbakti kepada sesebuah negeri.

Bayangkan, seorang yang berusia 45 tahun mempunyai gelaran Dato sama dengan Veteran perang yang berusia 80 tahun. Erti pingat itu sudah tidak lagi bermakna kerana individu yang tiada jasa bakti yang jelas pun mendapat anugerah yang sama.

Penganugerahan gelaran Dato dan sebagainya ini perlulah dikaji dan ditapis calon yang hendak dianugerahkan. Ini akan mengurangkan lagi pertikaian orang awam kepada mereka ini yang akan bertanya '' Apa jasa dia kepada negeri itu? '' .

Zaman ini, jasa tidak dilihat dengan usaha dan titik peluh individu tersebut tetapi diukur dengan kekayaan individu terbabit. Orang yang banyak bekerja selalunya orang di belakang tabir dimana mereka ini hanya melakukan kerja seperti yang diamanahkan sahaja tanpa mengharapkan sebarang kredit. Semestinya mereka ini tidak mengambil kesempatan untuk mengaut peluang untuk kepentingan peribadi.

Penulis mempunyai cara bagaimana hendak mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar dianugerahkan pingat ataupun benar-benar terdesak untuk mempunyai pingat sekaligus boleh memakai gelaran Dato di pangkal nama.

Senang sahaja, lihat pada nama Facebooknya. Jika seorang Dato/Datuk tulen, mereka tidak akan menceritakan tentang darjah yang dikurniakan kepada orang ramai kerana mereka dianugerahkan kerana benar-benar berkelayakan.

Tetapi jika mereka ini tergolong dalam kumpulan terdesak, mereka akan mengunakan apa cara sekalipun seperti meletakkan gelaran Dato Seri di hadapan nama profail mereka di Facebook kerana ingin orang mengenalinya sebagai Dato.

Ini juga boleh dilihat pada kenderaan individu terbabit. Seorang Dato yang tulen langsung tidak akan hirau untuk meletakkan lambang darjah di sebelah plat kereta mereka. Bahkan penulis percaya yang meletakkan lambang ini semata-mata untuk memberitahu yang mereka itu bergelar Dato.

Tiada masalah jika hendak letak juga kerana mungkin mereka kerap kali berulang alik ke Istana untuk berjumpa Tuanku Sultan. Tetapi apabila anda berjalan di kota raya, lambang tersebut boleh ditutup dengan sarungnya seperti kebanyakkan hakim lakukan.

Setakat lambang Darjah Indera Mahkota Pahang ini penulis tidak hairan dan tidak berasa pelik kerana sudah kerap kali lihat Dato ini meletakkan lambang tersebut di kereta mereka. Apa yang pelik adalah apabila Dato Seri ini meletakkan lambang Darjah Indra Mahakuttah Sulu dan kemudiannya dibawah itu tertulis Dato Seri.

Penulis percaya yang mereka ini antara golongan yang terlalu terdesak untuk menggunakan gelaran Dato dihadapan nama mereka sehingga sanggup ke Sulu, Filipina untuk menerima pingat tersebut daripada Sultan yang tiada negeri.

Legasi Kesultanan Sulu ini diteruskan oleh Sultannya sekarang iaitu Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram yang menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Baginda Sultan Sulu ini diputerakan di Tanjung Siasi, Sulu pada 8 Ogos 1966.

Meskipun tiada negeri, Sultan Sulu masih mempunyai Ahli Majlis Diraja yang terdiri daripada 21 orang pelbagai bangsa dengan pelbagai pangkat antaranya Pengerusi Mama Bendahara, Temenggong, Maharaja Sulu, Dato' Syahbandar, Panglima Laksamana, Orang Kaya Empat, Duta Besar Diraja dan banyak lagi.

Sultan Sulu juga mempunyai pelbagai darjah kebesaran yang dikurniakan setahun sekali antaranya Darjah Kerabat Diraja Sulu, Darjah Sri Sultan Mudarasulail Kiram, Darjah Tuanku Mudarasulail Kiram, Darjah Sri Utama Maimbung, Darjah Sri Utama DiRaja Sulu, Darjah Sri Bijasura Bakti Setia Sulu, Darjah Panglima Diraja Sulu, Ahli Mangku Negara, Ahli Mahkota Sulu, Jaksa Pendamai dan termasuklah Darjah Indra Mahakuttah Sulu.

* Macam Emma Maembong

Di bawah laman web yang beralamat www.rumahbicarasulu.com ini turut mendedahkan senarai penerima anugerah daripada mereka. Yang lawaknya, hampir 90% penerimanya adalah orang Malaysia berdasarkan nombor kad pengenalan yang ditunjukkan.

Pada tahun 2012 sahaja, sebanyak 129 Dato telah dikurniakan dan pada Hari Keputeraannya tahun 2011, lebih kurang 30 Dato telah diberikan yang mana penerimanya terdiri daripada pelbagai bangsa. Senarai pada tahun 2009-2010 juga mendedahkan terdapat lebih kurang 39 Dato dianugerahkan.

Yang peliknya, terdapat segelintir penerima gelaran 15 pembawa gelaran Dato dari 120 orang penerima anugerah yang membawa gelaran itu dengan usia 35 tahun dan kebawah. Bahkan ada penerima anugerah yang membawa gelaran Dato yang hanya berusia 29 tahun.

[ klik sini ]

Sultan Melaka
Manakala pemegang gelaran Darjah Kerabat iaitu Darjah tertinggi dalam sesuatu pingat adalah Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah ibni Raja Tuah Shah, Sultan Aceh, Sultan Muhammad Zumadila, Sultan Palembang, Sultan Mahmud Badaruddin III Prabu Diraja Segentar Alam dan juga Tengku Pangeran Assyariff Kamaruddin bin Yusof Sani al-Haj.

Bercerita dengan Sultan Palembang, disini juga anda boleh mendapat pingat yang membawa gelaran Dato dan keatas seperti Seri Setia Mangku Sultan Badaruddin III yang membawa gelaran Dato' Seri Utama. Manakala Darjah Seri Indra Badaruddin III yang membawa gelaran Dato' Setia.

Pelbagai lagi gelaran boleh didapati dari Sultan Palembang Darussalam ini seperti Dato Seri Paduka, Dato Paduka, Dato Seri Panglima, Dato Panglima. Dato Seri Wiro dan juga pangkat Dato.

Raja Palembang
Ini tidak termasuk Raja Surakarta ataupun lebih dikenali sebagai Paku Buwono XIII juga Raja Jawa. Baginda turut menganugerahkan darjah kebesaran kepada orang awam terutamanya dari Malaysia yang membawa gelaran Dato Seri,  Dato Seri Paduka, Dato Seri Diraja, Dato Paduka dan juga Dato.

Kebanyakkan pemegang pingat ini berasal dari Malaysia dan anda boleh lihat sendiri di laman webnya senarai penerima anugerah dari Malaysia. Dari pemerhatian penulis dari senarai pemegang gelaran Dato' ini, rata-ratanya Cina.

Bahkan dalam senarai tersebut, Setiausaha Sulit Kanan dan juga Setiausaha Sulit Khas Paku Buwono XIII di Malaysia adalah berbangsa Cina.

Walaupun dianggap sebagai anugerah tiada nilai, penerima anugerah daripada Paku Buwono XIII bukanlah calang-calang orang ini kerana ada juga segelintir penerima memegang jawatan yang tinggi dalam pentadbiran negara kita.

Paku Buwono XIII
Contohnya, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Amar George Chan Hon Nam iaitu Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Selain itu, Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol turut juga menerima anugerah daripada Baginda. Terdapat ramai lagi ketua jabatan berada dalam senarai tersebut yang anda boleh lihat sendiri di [ klik sini ]

Di sekolah penulis pun, terdapat seorang Cikgu Pendidikan Jasmani yang bergelar Dato yang dianugerahkan oleh Raja Surakarta ini. Disebabkan itu, penulis lebih gemar memanggil beliau Dato daripada memanggilnya Cikgu.

Penulis sangsi mengenai kriteria yang diperlukan oleh seseorang untuk mendapat gelaran Dato ataupun yang setarafnya dengannya. Kerana jika di Malaysia yang mempunyai 9 Sultan, jasa bakti individu terbabit kepada negeri merupakan ciri penting untuk mendapat pingat kebesaran.

Persoalannya apakah jasa dan bakti yang dicurahkan individu yang mendapat gelaran Dato dan sebagainya kepada Sultan ataupun Raja terbabit. Untuk membantu masyarakat di negeri tersebut jauh sekali rasanya kerana Sultan atapun Raja di Indonesia dan Filipina ini tidak mempunyai negeri. Dalam erti kata lain, khidmatnya hanyalah untuk membantu Sultan dan Raja terbabit sahajalah.

Berkenaan penggunaannya dalam nama seseorang itu juga merupakan satu masalah yang perlu diperjelaskan terutamanya yang melibatkan pegawai kerajaan. Adakah mereka boleh meletakkan gelaran mereka dipangkal nama mereka itu meskipun anugerah tersebut datangnya dari luar Malaysia.

Pendapat Peribadi

Penulis sejujurnya mengiktiraf mereka ini sebagai Sultan dan Raja di ' negeri ' mereka masing-masing. Walaubagaimanapun, taraf mereka tidaklah setanding dengan Raja Melayu kita kerana Raja kita mempunyai kuasa seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Ini berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai kedaulatan dan negeri mereka sendiri.

Bagaimana pula dengan Sultan Brunei?

Kedudukan Sultan Brunei dengan Raja Melayu yang lain penulis sifatkan sebagai setaraf kerana Baginda juga Raja Melayu seperti Raja kita. Jika anda masih ingat, dalam upacara menabalkan Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, putera Sultan Brunei turut serta dalam istiadat tersebut.

Ini jelas menunjukkan Malaysia mengiktiraf kedudukan Sultan Brunei sebagai Raja Melayu.

Disini penulis cadangkan supaya gelaran yang dipegang oleh seseorang individu supaya disertakan sekali dengan negeri yang telah menganugerahkannya pingat bagi mengelakkan kekeliruan diantara Dato Malaysia ataupun Dato import.

Keadaan ini sekaligus membuatkan pemegang Dato import ini segan dan malu untuk meletakkan Raja yang memberikan anugerah kerana bimbang dipandang serong. Walaubagaimanapun, tindakan sebegini mungkin turut akan membuatkan segelintir pemegang Dato Malaysia pun bimbang dengan Sultan yang mengurniakan Dato kepadanya kerana bimbang ditertawakan orang.

Kesimpulannya, tidak perlulah kita untuk mengejar gelaran di atas muka bumi ini kerana walau apa pun pangkat kita ada, akhirnya kita tetap akan masuk kubur dan ditalkinkan seperti jenazah yang lain. Cuma pemergian kita diratapi oleh orang ataupun dirai sahaja membezakannya.

* Yang di-Pertua Negeri juga boleh memberikan anugerah yang membawa gelaran kepada orang ramai. Pemilihan Yang di-Pertua Negeri ini berdasarkan pemilihan oleh kerajaan Malaysia. Kebanyakkan Yang di-Pertua Negeri merupakan bekas pemimpin sesebuah negeri seperti Tun Dato Seri Utama Khalil Yaakob, Tun Dato' Seri Utama Abdul Rahman Abbas, Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin dan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

13 comments:

  1. Assalamualaikum.. Bukankah sultan palembang darussalam yg kini diiktiraf dan mempunyai kerajaannya sendiri ,perlantikannya pada 2003, jika anda lihat wang rupiah 10.000 itulah rupa sultan mahmud badaruddin 11 ,nama airport palembangpun sultan badaruddin,nama muziumpun sultan badaruddin.berkait dengan taraf raja berdaulat,siapakah yg menggesetkan raja A lebih berdaulat dr raja B .disini saya ingin ulaskan dr sudut pengertian daulat itu bukan hadir dr pemberian pangkat,daulat itu dtg dr raja yg bertitah di negerinya dan dibwhnya mempunyai

    ReplyDelete
  2. ...rakyat.justeru jgn membandingkan raja2 melayu yg berada di semenanjung dgn di palembang atau dr surakarta dii kerana malaysia lebih celik kepada brunei krn double standard atau melihat brunei sbg gah,lalu menidakkan fakta kewujudan sejarah kesultanan yg berdaulat dinegeri lain.

    ReplyDelete
  3. Tapi macm di sulu itu kira benar ,sultannya tiada kingdom.bagi sy sesuatu pengiktirafan darjah kebesaran ini bukan spt darjah pengiktirafan spt degree,master atau phd,ini kehendak tuanku,apabila dah ditawarkan maka yg terasa ingin ambil ,maka mereka akan ambil.spt yg kita tahu ramai org malaysia melabur di indonesia bahkan ,bahkan mereka ini telah menempah nama disana,pokoknya mengapa mereka kesana? Sebab peluang ,ape bezanya peluang di malaysia dan di indonesia? Kita sudah nampak,indonesia sudahpun bangkit.sbg rakyat malaysia,kita harus berbangga walaupun kita mendapt apa2 penghargaan dr luar negara,tp darjah kebesaran dan pengurniaan pingat itu hak individu.dan tiada akta utk kerajaan sekat semua ini,nak rampaspun xboleh,sbb itu bukan raja2 melayu yang memberinya.

    ReplyDelete
  4. nampaknya penulis iri hati tak dapat gelaran dato...

    ReplyDelete
  5. penulis harus belajar untuk berpikir positif dalam memandang sesuatu masalah...

    ReplyDelete
  6. Penulis sepatutnya adil didalam berbicara ,jika brunei dia kata ok pulak..UK lg ok,itu skop pemikiran politik..patutnya kita kena bangga sbb org kita diberi darjah kebesaran dr luar,xcukp dgn itu yg anda kata tu dan krits tu termasuk dgn sultan kita...sultan kitapun terima darjah lusr negara..apa salahnya? Akta mana yg boleh menyebabkan kesalah? Jika penulis jg bergelar dato',pastinya anda fhm dan adil didlm mengutarakan pendpt ttg penguniaan darjah ..

    ReplyDelete
  7. Saya berbicara diatas tentang segelintir rakyat Malaysia menggunakan gelaran Dato di Malaysia yang mana boleh mengelirukan masyarakat... Hal ini bukan suatu kesalahan tetapi mengelirukan... Sanggup bayar beribu-beribu utk gelaran... Anda mungkin golongan bawahan yang tidak pentingkan suatu pengiktirafan dalam hidup... Tapi saya menilaii... Tak hairanlah pada Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton "Sultan-Sultan" ini tidak dipanggil...

    ReplyDelete
  8. Tahniah Saudara Khairy Jamaludin kerana tiada gelaran Dato...haha..

    ReplyDelete
  9. Kadang kala orang yang berjiwa besar tanpa sebarang gelaran ini lebih auranya berbanding yang penuh gelaran dr dan datuk serinya

    ReplyDelete
  10. abg dan kakak ipar dpt pingat dato sri pd hari penganugerahan darjah kebesaran pd bulan mac 2012 sampai skrg kami semua tak d tunjukkan pingat tersebut. Nama mereka pun x ada dlm senarai penerima darjah...

    ReplyDelete
  11. Boleh rujuk juga artikel di bawah untuk untuk penjelasan yang lebih lengkap

    http://ibnurusydi.blogspot.com/2013/12/anugerah-darjah-kebesaran-dato-dari.html

    ReplyDelete
  12. SUDAH TERBUKTI KEBANYAKKAN YANG DAPAT GELARAN DATUK IMPORT TUJUAN DIA SATU: NAK TIPU ORANG..... HATI2

    ReplyDelete
  13. Sultan Muedzul Lail Tan Kiram is the rightful legitimate Sultan, eldest son and crown prince of his late father Sultan Moh. Mahakuttah Kiram (1974-1986) the last recognised Sultan of Sulu by the Philippine Government

    Please see the Philippine Government Gazette:
    Please see the line of succession on the Philippine Government Gazette: http://www.gov.ph/2013/02/26/line-of-succession-of-the-sultans-of-sulu-of-the-modern-era/

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen