Thursday, December 26, 2013

Mamat Khalid

Siapa tidak kenal Mamat Khalid... Salah seorang pengarah yang mempunyai elemen pengarahan yang komedi dalam hampir kesemua filem arahannya. Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad bin Mohamad Khalid dilahirkan di Perak.

Beliau merupakan adik kepada kartunis terkenal, Datuk Mohammad Nor Bin Khalid ataupun lebih dikenali sebagai Datuk Lat kerana mukannya yang Bulat. Menempa nama pada tahun 2001 apabila memenangi Anugerah pengarah terbaik pada Anugerah Skrin Panca Delima melalui telefilem Pinang Durian.

Menjadi pengarah filem buat pertama kali melalui filem lakonan kumpulan pelawak Senario, Lang Buana yang mengisarkan suasana pada abad ke-19  tentang tiga pahlawan. Filem tersebut boleh dianggap filem klasik terawal yang diangkat oleh Mamat Khalid pada milineum kedua ini.

Beliau kemudiannya bersama-sama dengan kumpulan produksi yang dimiliki oleh Datin Tiara Jacquelina menghasilkan karya filem bertajuk Puteri Gunung Ledang yang menjadi filem paling mahal dalam sejarah Malaysia. Beliau memenangi Lakon Layar Terbaik bersama-sama dengan Saw Teong Hin dalam Festival Filem Malaysia ke-18.

Kemudiannya terus menghasilkan karya filem seperti Rock ( 2005 ), Man Laksa ( 2006 ), Zombi Kampung Pisang ( 2006 ), Kala Malam Bulan Mengambang ( 2008 ), Estet ( 2010 ), Hantu Kak Limah Balik Rumah ( 2010 ), Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ( 2013 ) dan yang terbaru ialah Rock Ooo ( 2013 ).

Jika dilihat daripada filem yang diarahkan oleh beliau, jelas memperlihatkan kelainan dari kebanyakkan filem Malaysia yang lain yang berkisarkan Gangster dan Cinta secara amnya. Beliau gemar mengangkat skrip yang berlatarbelakangkan masyarakat setempat berbanding pengarah lain.

Babak di dalam filem Zombi Kampung Pisang
Filem-filem seram arahannya juga seringkali disajikan dengan elemen komedi yang membuatkan stesen-stesen TV di  negara ini gemar meletakkan filem beliau pada malam raya kerana mampu menarik minat orang ramai daripada yang tua hingga kanak-kanak untuk duduk bersama menonton filem arahan beliau.

Bayangkan anda disajikan filem KL Gangster pada malam raya... Pastinya ia tidak sesuai untuk ditatap oleh kanak-kanak dan yang sudah tua. Dalam erti kata lain, filem Mamat Khalid mampu menghimpunkan kesemua golongan untuk menonton hasil karyanya dengan menafikan generation gap.

Salah satu elemen kuat dalam pengarahannya ialah komedi. Tidak hairanlah beliau beberapa kali dipanggil oleh Astro untuk menjadi juri dalam pertandingan realiti lawak siaran swasta tersebut. Komedinya juga diselitkan dengan maksud tersirat. Contohnya dalam filem Zombi Kampung Pisang dimana Hussein ( Awie ) yang memandang rendah terhadap keupayaan dirinya kerana tidak berkelulusan SPM. Manakala Sofi ( Soffi Jikan ) yang belajar tinggi seringkali diberi kepercayaan oleh penduduk kampung.

Dalam erti kata lain, beliau ingin mengetengahkan persepsi masyarakat Malaysia yang gemar membandingkan orang dengan kelulusan pelajaran yang mereka ada. Sedangkan yang pentingnya usaha dalam terus menjalani kehidupan dan wawasan yang sering diucapkan oleh Hussein.

Selain itu, Mamat Khalid juga menyindir pemuda Melayu dalam filem tersebut... Ingat tak ada satu babak dimana zombi-zombi merempit... Dan kemudiannya Hussein menyeru kepada Mat-Mat Rempit supaya berhenti merempit.

Salah satu kekuatan yang penulis lihat dalam pengarahan Mamat Khalid dalam filemnya adalah watak-watak itu sendiri. Lihat sahajalah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ( HKLBR ) yang mana watak Usop Wilcha dengan tangannya dan sikap " Kita bakorr jaa " menjadi satu fenomena di Malaysia.

Poster filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
Penulis masih ingat ketika penulis mengikuti lawatan ke sekolah penulis ke Gunung Ledang, Johor. Dimana jika memerlukan keputusan untuk dibuat berdasarkan pendapat peserta, guru pengiring akan berkata " Sapa setuju, akan tangan macam ini " sambil melambaikan tangannya.

Fenomena luar biasa ini menyebabkan ada segelintir golongan Kurang Upaya terguris kerana dikatakan kecacatan mereka ini diangkat menjadi bahan gelak ketawa oleh Mamat Khalid. Dalam erti kata lain, watak tersebut antara watak paling berjaya hinggakan diberikan penghormatan untuk menyampaikan anugerah kemuncak pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) pada 2010.

Ia kemudiannya disambung melalui sekuel filem tersebut bertajuk Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit yang turut dilakonkan oleh Awie dan pelakon-pelakon pada filem yang lepas. Walaupun plotnya akan lembap dalam filem ini, namun masih terdapat beberapa mesej tersembunyi yang disisipkan dalam filem ini.

Contohnya masyarakat Malaysia yang suka sangat terpengaruh dan terlibat dalam Skim Cepat Kaya. Dalam filem ini, akibat terpengaruh dalam hal yang demikian, Hussein diisytiharkan bankrap kerana tamak kemudian pulang ke kampung daripada Singapura.

Watak ikonik, Usop Wilcha lakonan Shy8
Ketika babak Mesyuarat Tergempar kedua di dewan Kampung Pisang, dialog Usop merupakan sindiran kepada semua pihak. Dimana pemimpin gemar menyalahgunakan wang yang diperuntukkan oleh kerajaan selain kepimpinan yang suka sangat bermesyuarat namun tiada tindakan. Yaa... Penulis melalui pengalaman tersebut dalam organisasi penulis.

Filem Rock Ooo yang diilhamkan oleh keminatannya terhadap muzik Rock banyak juga diwarnakan karakter unik terhadap pelakon-pelakonnya oleh Mamat Khalid. Lihat sahaja watak Jijo Alfonso Pareira Abdullah lakonan Khir Rahman yang mempunyai tabiat '' An, aah, haa " dalam setiap ayat yang diucapkannya.

Watak Che Man lakonan Kamarul Haji Yusof amat dinanti-nantikan dalam filem ini. Beliau sebagai promoter untuk kumpulan Rimba Bara turut gemar mencium tangan ketika bertutur dan juga kakinya yang suka meliar kesana-sini.

Babak di dalam filem Rock Ooo
Turut diselitkan mesej tersirat mengenai Malaysia yang tidak pandai menepati masa. Dalam dialog yang diucapkan oleh Jijo mengenai tiga perkara yang boleh menjatuhkan negara iaitu Rasuah, Tidak Menepati Masa dan juga Chinge ( perempuan ).

Umum mengetahui masalah rasuah dalam negara ini semakin dibimbangi. Selain itu, beliau juga sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia supaya menepati masa dan juga masalah ahli politik negara kita yang selalu dikaitkan dengan skandal bersama perempuan itu dan ini.

Hasil keunikan watak-watak ini oleh Mamat Khalid telah menyebabkan kumpulan Zero dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega mengambil watak dari filem tersebut sebagai isi persembahan lawak mereka pada minggu keempat.



Sejujurnya, penulis yakin bahawa menghidupkan sesuatu watak dengan karakternya yang tersendiri mempunyai impak positif dalam sesebuah karya yang ditayangkan. Sebagai contohnya, berapa ramai penonton drama bersiri Amerika bertajuk Prison Break menunggu babak lakonan Robert Knepper.

Yaa... Watak T-Bag, Cole Pfeiffer atau apa sahaja nama yang digunakan oleh beliau memang begitu menarik dengan gaya jalannya. Yang paling penulis suka caranya menggunakan barang kerana tangannya yang kudung sebelah dengan digantikan dengan patung tangan berwarna emas pudar pada tangan kirinya. Paul Scheuring berjaya meletakkan watak tersebut sebagai tarikan dalam drama bersiri miliknya.

Mamat Khalid boleh dikatakan sebagai salah seorang pengkarya kreatif di Malaysia. Teringat dalam satu komennya terhadap Amir jika tidak salah penulis mengenai lawak. Beliau berkata kadang kala sesetengah orang sahaja mampu memahami sesetengah lawak. Beliau juga mempunyai personaliti yang tersendiri, jika tidak masakan Jozan mahu meniru beliau dalam persembahan Maharaja Lawak sambil berkata " abang, abang, abang malu sebenarnya kome tengok abang ".

Hargailah sumbangan beliau dalam industri hiburan negara

* Mamat Khalid juga yang pertama mengetengahkan frasa " Cer cita, Cer cita " yang mana Cer itu merupakan singkatan bagi Cuba

** Mamat Khalid sukar untuk dipisahkan dengan topinya dan juga selendang

*** Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah merupakan filem kedua tertinggi pada tahun 2010 dalam kutipan tiket dengan jumlah keseluruhannya Rm7.90 juta. Filem ini juga filem ke-7 tertinggi setakat ini dan merupakan filem terbitan Tayangan Unggul yang paling tinggi pernah dicatatkan

**** Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah juga mencetuskan fenomena Soley Soley yang dinyanyikan oleh Middle of the Road. Babak di dalam rumah diantara Abi Hurairah dan Usop Wilcha

***** '' Bala, Bala " juga merupakan catching phrase yang diingati penulis sehingga ke hari ini

Sunday, December 15, 2013

Rahsia G1M

Nissan GTR dengan nombor plat G1M 622
G1M... Itulah sinonim bagi frasa ' Gagasan 1 Malaysia ' yang telah dikomersialkan menjadi sebuah nombor pendaftaran kenderaan di negara kita. Kebanyakkan nombor pendaftaran di negara kita boleh dibida melalui Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) untuk digunakan pada kenderaan kita.

Namun demikian, terdapat beberapa siri nombor pendaftaran yang dikeluarkan khas simbolik sesuatu perkara. Contohya senarai jenama kereta nasional seperti Proton, Perodua, Waja, Perdana dan sebagainya. Lotus dan NAZA juga diberikan pengiktirafan kereta nasional dan dikeluarkan siri khas nombor pendaftaran untuk mereka.

Selain itu, terdapat juga siri pendaftaran yang dikeluarkan sempena persidangan yang berlangsung di Malaysia seperti XIII NAM sempena persidangan Negara-negara Berkecuali yang ke-13, X OIC sempena persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam ke-10, XI ASEAN sempena Persidangan ASEAN ke-11 dan banyak lagi.

McLaren MP4-12C dengan nombor plat G1M 7777
Terdapat banyak lagi nombor yang dikeluarkan sempena memperingati sesuatu peristiwa yang berlaku di negara ini. Begitu juga nombor pendaftaran G1M yang dikeluarkan sempena gagasan yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri dan juga 1M4U.

Yang peliknya... Nombor-nombor ini bukannya perlu dibida kepada JPJ tetapi terdapat satu pihak yang menjual nombor ini. Anda boleh  [ klik sini ] untuk melihat wakil esklusif bagi nombor pendaftaran khas G1M.  

Siapakah pihak ini ??? Bagaimanakah mereka boleh menjadi wakil esklusif bagi nombor pendaftaran khas ini ? Apakah perjanjian mereka dengan JPJ ? Kenapa mereka ? Berapa harga mereka beli nombor ini ? 

Bentley Continental GT dengan nombor plat LE208
Pelbagai persoalan timbul mengenai pengedar nombor-nombor ini... Mungkin juga terdapat konspirasi terancang bagi pihak ini membuat duit dengan mengeluarkan nombor pendaftaran ini kepada mereka dan menyuruh mereka untuk menjualnya. Penulis tidak tahu. Hanya andaian.

Sebenarnya, bukan hal penjualan nombor pendaftaran G1M ini ingin dijadikan topik utama dalam artikel penulis ini. Tetapi hal yang sebenarnya adalah penggunaan G1M oleh segelintir pihak yang penulis sifatkan sebagai tidak bertanggungjawab. Apakah isunya?

Hal ini telah didedahkan oleh media massa pada lewat Oktober yang lalu. Melaporkan mengenai taktik segelintir orang kaya tidak bertanggungjawab yang menggunakan kereta mewah seperti Lamborghini, Bentley, Ferrari, Rolls Royce dan sebagainya di Semenanjung Malaysia tanpa membayar cukai.

Rolls Royce Ghost dengan nombor plat LE 8055
Taktiknya mudah saja, pertama, beli kereta dari Langkawi ataupun Labuan.Ini kerana barangan disana tidak dicukaikan kerana status pulau tersebut sebagai Pulau Bebas Cukai. Kemudiannya, mereka menghantar kereta mewah mereka ke Semenanjung Malaysia melalui kelonggaran 90 hari yang diberikan oleh kastam. 

Akhir sekali, mereka pandu kereta mewah yang tidak dibayar cukai itu sepanjang tahun di Semenanjung Malaysia tanpa membawa pulang kereta tersebut ke Labuan ataupun Langkawi tempat dimana kereta itu didaftarkan

Walaubagaimanapun, mereka orang-orang kaya ini sedaya upaya ingin mengaburi mata pihak berkuasa daripada mengesan taktik busuk mereka ini. Hal ini kerana terdapat beberapa perkara yang boleh mengakibatkan pihak berkuasa mampu mengecam kenderaan daripada Langkawi ataupun Labuan.

Lamborghini Aventador dengan nombor plat G1M 5555
Antaranya nombor pendaftaran itu sendiri... Kereta yang didaftarkan di Langkawi ataupun Labuan akan menggunakan nombor pendaftaran KV bagi Langkawi dan L bagi Labuan. Jadi kalau Kastam nampak dari jauh nombor plat KV dan L sudah pasti mereka akan mark kereta tersebut.

Jadi untuk menghilangkan identiti Langkawi atau Labuannya, mereka mendaftarkan nombor pendaftaran G1M ataupun sebagainya. Disebabkan itulah, terdapat pelbagai kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran ini kerana tujuannya untuk digunakan di Semenanjung Malaysia. Penulis tak kata semua kereta yang pakai nombor G1M ini tak bayar cukai, tapi ada segelintir.

Selain itu, mereka juga gemar mengelak untuk membayar harga penuh cukai jalan kereta mereka. Contohnya, kereta Bentley Continental Flying Spur anda yang menggunakan enjin bersaiz 6750cc. Jika di Semenanjung anda perlu membayar RM 19,000 tetapi jika anda mengambil cukai anda di Labuan, anda hanya perlu membayar RM 3,000 sahaja. 

Murcielago dengan nombor plat G1M 444
Jadi kerana hendak menjimatkan RM 16,000, anda akan mengambil cukai jalan anda di Labuan tetapi cukai jalan tersebut hanya sah digunakan di Labuan sahaja. Jika anda melalui roadblock dan dia lihat kenderaan anda menggunakan cukai jalan yang warnanya berlainan, sudah pasti dia menahan anda.

Untuk mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa, mereka akan pergi ke pejabat JPJ dan memohon cukai jalan yang baharu dengan alasan cukai jalan mereka yang lama sudah hilang. JPJ pun akan mengeluarkan cukai jalan berwarna merah seperti mana di kenderaan lain di Semenanjung.

Jadi... Tak hairanlah kalau anda lihat cukai jalan kereta mewah tertulis Rm50 ataupun kurang daripada sepatutnya kerana mereka sedang melakukan penipuan. Tetapi kini JPJ sudah maju dan arif, taktik ini sudah lagi tidak relevan kerana JPJ mampu melihat rekod kenderaan anda secara atas talian bukannya sekadar di atas kertas.

Ferrari 458 Italia dengan nombor plat G1M 3118
Dalam erti kata lain, taktik-taktik ini sudah pun dikenalpasti oleh pihak berkuasa dan mereka mengambil langkah untuk mengatasinya. Sehingga kini, laporan media pada Oktober lalu Kastam mengesahkan sedang mencari lebih kurang 370 buah kenderaan yang tidak dibayar cukai yang berada di atas jalan Semenanjung Malaysia.

Berapa sangat yang mereka dapat jimatkan jikalau mereka enggan membayar cukai kepada kerajaan ? Mari penulis rungkaikan.

Menurut laporan oleh Ketua Pengarah Kastam, kesemua 22 kereta yang telah dirampas Oktober lalu bernilai Rm 8.7 juta tanpa cukai. Sejumlah Rm 25.8 juta nilai keseluruhan kenderaan tersebut termasuk cukai.

Merc SLS AMG dengan nombor plat G1M 2663
Ini bermakna purata setiap kenderaan tanpa cukai berjumlah Rm 395,000 dan jika dicampurkan dengan cukai yang dikenakan terhadap semua kenderaan ini, puratanya adalah Rm 1.1 juta bagi setiap kenderaan mewah tersebut. Dalam erti kata lain, mereka menjimatkan lebih kurang Rm 700,000 dengan mengelak membayar cukai.

Tidak hairanlah terdapat segelintir pemilik yang kenderaan mewahnya dirampas enggan menebus balik kenderaan mereka dengan membayar cukai. Ini kerana nilai cukai tersebut lebih mahal daripada harga yang mereka bayar untuk memiliki kenderaan tersebut.

Mahal... Yaa memang mahal... Dah nak pakai Ferrari, Lamborghini, Bentley... Takkan kadar cukainya sama dengan kereta Honda Civic yang anda beli. Inilah yang dikatakan keadilan dalam mencorakkan sesuatu sistem. Mahu kereta mewah... Bayar cukai mahal sikit... Mahu kereta murah... Cukainya pun tak tinggi mana.

BMW M5 F10 dengan nombor plat G1M 219
Akhir kata, penulis memohon supaya orang kaya-kaya ini supaya bayarlah cukai kereta anda... Janganlah melarikan diri dengan kedudukan dan wang yang anda ada, anda menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Mungkin jika anda membayar cukai anda kerajaan mampu membayar pampasan untuk mendorong konsortium lebuhraya untuk tidak menaikkan bayaran tol.

Kadang-kadang hampa dengan kerajaan yang sedia ada yang tidak mampu memenuhi aspirasi rakyat. Tunjuklah kuasa anda sedikit sebagai kerajaan, jika tidak... Rakyat akan hilang keyakinan terhadap kerajaan yang sedia ada kerana tidak mampu mendengar rintihan rakyat biasa. Meskipun ada kalanya untuk kepentingan negara pada masa hadapan.

* Gambar-gambar diatas diambil daripada akaun Instagram @myplatenumber
** Gambar hanya sekadar hiasan... Tidak bermakna mereka tidak membayar cukai kereta mereka
*** Mohon sesiapa beri pencerahan mengenai pihak yang menjadi wakil menjual nombor pendaftaran G1M dan 1M4U
**** Depa kata orang MLM suka pakai nombor 8055 ( BOSS )

Sunday, December 8, 2013

Sandiwara Taubat Al-Arqam

Al-Arqam... Satu nama yang dikenali di Malaysia kerana seringkali keluar di media massa mendedahkan tentang penyelewengan oleh pengikutnya...

Pertubuhan ini diasaskan oleh Ashaari Muhammad ataupun lebih megah dipanggil Abuya pada tahun 1968. Diambil namanya sempena nama sahabat nabi bernama Al-Arqam bin Abi Arqam kerana rumahnya dijadikan tempat berdakwah seperti mana tujuan asal pertubuhan Al-Arqam.

Menukar namanya daripada Al-Arqam kepada Rufaqa pada tahun 1997 susulan fatwa pengharaman dan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994. Kini mereka menggunakan nama Global Ikhwan Sdn. Bhd untuk meneruskan perjalanan organisasi mereka.

Inspirasi yang membuatkan penulis ingin menulis artikel mengenai Al-Arqam bermula apabila penulis ingin pergi ke sebuah rumah kebajikan. Nak dijadikan cerita, penulis yang ketika itu pulang daripada sebuah persidangan di Putrajaya menaiki kenderaan bersama teman penulis bersama ibunya.

Ketika di dalam perjalanan, penulis dan rakan-rakan penulis yang berminat untuk memberikan sumbangan kepada sebuah rumah kebajikan di Puchong bernama Baitul Hidayah. Apabila ibu teman penulis mendengar nama tersebut, beliau tersentak dan meminta supaya kami semua membatalkan hasrat untuk ke sana.

Menurutnya, Rumah Kebajikan Baitul Hidayah ini dikelola oleh pengikut Al-Arqam. Penulis yang ketika itu terkejut hanya mendengar sahaja kata-kata tersebut. Kemudiannya, penulis diberikan sebuah nombor telefon untuk terus menyiasat mengenai penglibatan Al-Arqam dengan Rumah Baitul Hidayah ini.

Pulang sahaja di rumah... Penulis ada memberitahu cerita tersebut kepada bapa penulis dimana penulis menyatakan lawatan ke rumah tersebut akan dibatalkan. Bapa penulis memberikan hujah yang tidak sepatutnya kita tidak menghulurkan bantuan kepada mereka... Kerana Hatijah Amm ( balu Abuya ) sudah pun bertaubat.

Penulis pun buat carian di google... Yaa... Terdapat beberapa artikel daripada Utusan Malaysia dan akhbar lain... Dengan tajuk " Ummu Jah, 400 pengikut Al-Arqam lafaz taubat nasuha " yang melaporkan bahawa mereka sudah bertaubat di Hotel Concorde, Shah Alam.

Membuatkan penulis berasa serba tidak kena sama ada untuk melawat Baitul Hidayah ataupun tidak... Alhamdulillah... Whatsapp penulis terhadap seorang individu yang pernah bekerja dengan rumah kebajikan Al-Arqam ini terjawab.

Beliau mengesahkan bahawa Rumah Kebajikan Baitul Hidayah memang dikelokan oleh pengikut Al-Arqam. Bukan setakat itu sahaja, beliau turut mendedahkan bahawa anak-anak yatim yang dikatakan penghuni Baitul Hidayah sebenarnya bukanlah anak yatim yang kehilangan ibu ataupun bapa... Tetapi kebanyakkannya anak kepada pengikut Al-Arqam.

Menurut beliau, Al-Arqam mendefinisikan anak yatim sebagai mereka yang kurang ilmu dan kurang iman. Justeru itu, mereka memasukkan anak-anak ahli Al-Arqam dalam kategori ini dan menempatkan mereka ke dalam rumah kebajikan sebagai anak yatim...

Orang ramai seperti penulis pun percayalah... Buat kutipan... Sumbangan... Bahkan pernah dahulu penulis pergi ke sebuah rumah kelolaan Al-Arqam iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih di Puchong... Siap tolong gotong royong sekali... Semata-mata nak bantu anak yatim.

Tetapi... Menurut individu tersebut, kesemua wang sumbangan yang disalurkan sebenarnya tidak sampai kepada penghuni tersebut. Tetapi diberikan oleh pengurusan rumah kebajikan berkenaan kepada Hatijah Aam yang mana dipanggil sebagai Tabung Taqwa ataupun kini dipanggil Pendapatan Kumpulan.

Al-Arqam telah menuntut sejumlah bayaran daripada pihak pengurusan rumah kebajikan untuk menyalurkan wang kepada Hatijah Amm. Jika tidak disalurkan mengikut kuota yang ditetapkan, dianggap individu yang bertanggungjawab untuk menyerahkan wang seabgai tidak bertaqwa.

Penulis juga diberitahu bahawa Rumah Amal Limpahan Kasih dan Baitul Hidayah menyerahkan lebih kurang Rm 30,000 sebulan untuk Tabung Taqwa. Bayangkan dengan semua rumah kebajikan kelolaan Al-Arqam sebanyak 81 buah rumah memberikan Rm30,000 sebulan. Maksudnya untuk Tabung Taqwa sahaja setiap bulan mereka boleh mengutip Rm2,400,000 ataupun Rm 28 juta setahun.

Tidak hairanlah Ummu Jah memiliki singgahsana yang megah di Arab Saudi selain dilihat menaiki kereta Lexus LX570 yang paling kurang pun harganyan Rm 700,000. Sedangkan penghuni di rumah kebajikan mereka menagih simpati masyarakat kerana hidup dalam serba kekurangan.

Selepas pendedahan tersebut... Penulis bertanyakan kepada individu berkenaan mengenai taubat yang dilafazkan oleh Ummu Jah dan 400 pengikutnya di Hotel Concorde pada 8 November yang lalu. Menurutnya, pengisytiharan taubat itu hanyalah lakonan semata-mata untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Jika mereka enggan menandatangani pengisytiharan taubat, maknanya Al-Arqam akan diperangi dan mungkin Ummu Jah akan dipenjarakan. Tetapi jika mereka melakukan taubat, pihak berkuasa akan memberikan ruang untuk mereka memperbetulkan keadaan. Dan jelas ini menunjukkan mereka masih lagi boleh bergerak aktif dengan aktiviti yang sedia ada.

Individu yang penulis berhubung ini menjelaskan hujahnya... Jika benar Ummu Jah dan ahli Al-Arqam sudah pun bertaubat... Kenapakah Al-Arqam masih lagi bergerak dan ahli-ahlinya masih bersama. Sepatutnya setiap ahli akan mengikut haluan masing-masing selepas meninggalkan Al-Arqam. Tetapi apa yang kita lihat kini tidak... Mereka masih bersama.

Kemudiannya... Penulis bertanyakan kepadanya tentang upacara khusus yang diajar oleh pengikut Al-Arqam kepada penghuni rumah kebajikan tersebut. Beliau menyatakan bahawa penghuni tersebut diajar membaca wirid agung selepas solat, pencak, power kaabah dan zikir seru Abuya. Jika hendak berdoa, tidak perlu meminta kepada Allah tetapi kepada Abuya... Kerana menurut mereka Abuya orang tuhan.

Hal ini anda boleh lihat sendiri daripada video-video berikut... Lawak pun ada... Lagu Power Kaabah... Macam Power Rangers... Dengan cerita Sabun yang ada power...

[ klik sini ] Power Kaabah
[ klik sini ] Pencak

Melihat kepada sebuah buku nukilah ahli Global Ikhwan yang diyakini ahli Al-Arqam bertajuk ' 45 Tahun Perjuangan Abuya, Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ( 1968-2013 ) '... Terdapat pelbagai tulisan yang menunjukkan bahawa kepercayaan mereka pengikut Al-Arqam ini sesat.

Salah satunya mengenai artikel ' Matikah Abuya? '... Dalam hujah mereka di dalam artikel tersebut, mereka menjelaskan jika benar Abuya sudah pun mati, kenapa saiz Global Ikhwan l0 kali besar daripada Al-Arqam dan berkembang maju. Jika benar Abuya sudah mati, maka Al-Arqam pun akan turut mati sama kata mereka.

Selain daripada itu, mereka juga mendakwa bahawa Abuya sebagai Imam Mahdi. Ini boleh dilihat daripada tajuk buku ini sendiri yang menggelarkan Abuya sebagai Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi. Umum semua mengetahui bahawa Imam Mahdi akan hadir daripada Pemuda Bani Tamim. Disebabkan itulah ditambahnya At-Tamimi di belakangnya.

 Dalam buku ini juga, mereka banyak menunjukkan cabang can cawangan perniagaan mereka dari Malaysia hinggalah di Eropah. Dalam erti kata lain, melalui pendedahan ini penulis dapat membayangkan bertapa majunya perniagaan Global Ikwan ini dari seluruh dunia.

Menurut buku ini, terdapat lebih 40 zon di seluruh dunia dipimpin oleh sebilangan ahli Global Ikhwan Sdn Bhd ( GISB ). Antara cabang di luar negara ialah, Zon Jepun, Amerika, Brunei, Dubai, Uzbekistan, Jerman, Turki, England dan sebagainya.

Manakala Zon di dalam negeri pula mempunyai hampir kesemua negeri di Malaysia. Di dalam buku ini juga ditunjukkan mengenai perniagaan mereka. Kebanyakkan menggunakan nama perniagaan Ikhwan. Contohnya, Butik Nur Ikhwan, Pasar Segar Ikhwan, Unit Berkuda Ikhwan dan sebagainya.

Seperti yang penulis katakan, perniagaan mereka sememangnya besar dan terdiri daripada pelbagai bidang. Daripada pasar raya, tempat penyembelihan, chalet, studio, stable kuda, restoran, ladang, bakeri hinggalah farmasi. Semuanya ada bahkan mereka ada siaran TV sendiri iaitu TV Nur Muhammad.

Penulis percaya, salah satu sebab mengapa perniagaan mereka berkembang pesat adalah kerana ketaatan pengikut-pengikut mereka kepada ketuanya. Ini kerana, jika mereka melakukan semata-mata kerana keredaan ketuanya. Maka, mereka tidak akan meminta gaji lebih dan melakukan sepenuh hati untuk menyumbang sesuatu kepada ketua mereka. Berbeza dengan pekerja biasa, yang mana mereka mengharapkan ganjaran daripada ketua mereka, jika tidak... Kerja mereka akan longlai dan tidak berikhtiar dalam menghadapi masalah.

Dalam buku ini, penulis ingin senaraikan sedikit rumah-rumah kebajikan dibawah kelolaan mereka ;

1. Pusat Jagaan Cahaya Bistari, Selayang Baru
2. Rumah Amal Peribadi Mulia, Sg. Sekamat, Kajang
3. Rumah Amal Baitul Maghfirah, Johor Bahru
4. Rumah Amal Baitul Mahabbah, Seremban 2
5. Baitul Hidayah, Puchong
6. Rumah Anal Anak Kesayangan, Bukit Jambul
7. Rumah Amal Islam Hidupku Matiku, Kodiang
8. Rumah Amal Nur kasih, Langkawi
9. Rumah Amal Hembusan Kasih, Arau 
10. Rumah Amal Semarak Kasih, Kodiang
11. Rumah Amal Nur Murni, Kuching
12. Rumah Anak Kesayangan Kami, Miri
13. Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong
14. Rumah Anak Kesayangan Ikatan Hati, Selabintana, Sukabumi ( Indonesia )
15. Rumah Kesayangan Hubullah, Tasik Malaya ( Indonesia )
16. Rumah Amal Permata Hati, Palembang ( Indoensia )

Itu antara Rumah Kebajikan yang disenaraikan di dalam buku ini. Dikhabarkan mereka mempunyai lebih kurang 81 buah rumah Kebajikan di seluruh dunia. Penghuninya terdiri daripada anak pengikut Al-Arqam yang gemar berpoligami. Dalam Al-Arqam, Poligami amat digalakkan sehinggalah ditubuhkan Kelab Taat Suami dan Kelab Poligami Ikhwan. Mereka memetik kata-kata Abuya yang berkata " Suami bukan untuk direbut, kerana dia boleh berkongsi. Madu-madu bukannya musuh, mereka adalah adik-beradik yang dihadiahkan sebagai 'team' buat kehidupan dalam perjuangan "

Tidak hairanlah mereka ini mempunyai banyak rumah kebajikan yang menetapkan anak-anak pengikut Al-Arqam.

Mengikut laporan yang dikeluarkan... Ummu Jah dikhabarkan telah menyeleweng hampir Rm 4 juta wang-wang yang diperoleh daripada sumbangan dan derma orang ramai terhadap rumah kebajikan milik mereka. Hal ini diakui sendiri Ummu Jah dalam pengisytiharna taubatnya yang berjanji memulangkan semula wang dana yang diseleweng.

Persoalannya... Adakah benar mereka sudah bertaubat?

Menurut blog yang dipercayai pengikut Global Ikhwan... Mereka telah melakukan proses penjenamaan semula selepas taubat... Antaranya Ummu Jah dipanggil sebagai Puan Ibu Hatijah Aam ( PIHA ). Tabung Taqwa dipanggil Pendapatan Kumpulan... Hal ini sejajar dengan majlis penjenamaan semula salah sebuah organisasi dibawah seliaan mereka iaitu Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia yang berlangsung pada 30 Oktober 2013. 

Jadi... Anda boleh fikir sendirilah benarkah mereka sudah pun bertaubat atau hanya main wayang untuk mengaburkan mata orang ramai. Global Ikhwan masih aktif dan pengikutnya masih bersama dengan mereka... Anda pertimbangkanlah sendiri...

Baru-baru ini pula, Hatijah Amm dipercayai mendapat anugerah Dato daripada Kesultanan Palembang. Hmmh... Faham-fahamlah dengan pandangan penulis terhadap sebarang pingat dan anugerah daripada Sultan dan Raja yang tak daulat ni.

* Kalau nak kenal orang-orang Al-Arqam... Mereka suka pakai songkok tinggi dan kopiah Oman seperti di dalam gambar

** Buku ' 45 Tahun Perjuangan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ' diharamkan oleh Mahkamah Syariah

Monday, November 25, 2013

Terminal Man

Tom Hanks dalam filem The Terminal
Viktor Navorski, seorang pelarian Krakhozia terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, Bandaraya New York gara-gara perang saudara di tanahairnya. Perang saudara tersebut menyebabkan negaranya terbubar sekaligus membuatkan beliau tidak mempunyai negara kerana pasportnya sudah tidak lagi sah.

Kerajaan Amerika Syarikat pula tidak membenarkan beliau untuk keluar ke bandar raya New York ataupun pulang semula ke negara asalnya, Krakozhia kerana ia sudah tidak lagi wujud. Hal ini membuatkan Viktor Navorski terpaksa menetap di Lapangan Terbang JFK sebelum masalahnya itu diselesaikan.

Dengan Bahasa Inggerisnya yang hancur, beliau mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan komuniti di Lapangan Terbang tersebut. Beliau juga mengalami kesukaran untuk membeli makanan kerana kewangan beliau yang terhad.

Berikut merupakan sedikit plot di dalam cerita The Terminal arahan Steven Spielberg yang dilakonkan oleh Tom Hanks dan juga Catherine Zeta-Jones yang ditayangkan pada 2004. Berkisarkan mengenai seorang lelaki yang terperangkap di dalam sebuah Lapangan Terbang.

Pengarah dan Produser berketurunan Yahudi ini sebenarnya diinspirasikan oleh seorang lelaki dari Iran bernama Mehran Karimi Nasseri ataupun beliau menggelarkan dirinya sebagai ' Sir, Alfred Mehran '.

Mehran Karimi Nasseri
Kisahnya bermula pada tahun 1974 selepas beliau pulang belajar dari University of Bradford ke Iran. Beliau telah menyertai demonstrasi anti-Shah Iran dan telah ditangkap oleh pihak keselamatan Iran. Hal ini menyebabkan kewarganegaraan beliau dilucutkan pada tahun 1977 sekaligus beliau menjadi pelarian.

Nasseri kemudiannya pergi ke Eropah untuk mencari suaka politik. Dari satu negara ke satu negara... Akhirnya pada tahun 1981 telah diberikan suaka politik oleh Suruhanjaya Tinggi Pelarian Bangsa-bangsa Bersatu di Belgium.

Selepas mendapat status sebagai pelarian, beliau mempunyai peluang untuk mendapatkan kerakyatan dari negara-negara Eropah. Beliau pun ke England untuk mencari saudara maranya disana sekitar tahun 1986.

Setibanya di Paris pada tahun 1988, beliau telah kehilangan begnya yang turut tersimpan dokumen-dokumen penting beliau. Walaubagaimanapun, beliau tetap menaiki kapal terbang dan mendarat di Heathrow, London.

Apabila pegawai imigresen di Heathrow mendapati beliau tidak mempunyai sebarang pasport, mereka menahan beliau kerana memasuki negara secara haram dan ingin menghantar beliau pulang ke negara asalnya. Tetapi disebabkan beliau tidak mempunyai sebarang dokumen, mereka terpaksa menghantar beliau kembali ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle.

Disitulah beliau memulakan kehidupannya sebagai Manusia Terminal. Duduk di Terminal 1 sambil membaca atau mungkin menulis kehidupan hariannya di dalam diari. Beliau juga belajar Ekonomi di samping beg yang berada disisinya. Beliau mendapat bahan bacaan seperti surat khabar dan makanan daripada pekerja-pekerja di Lapangan Terbang tersebut.

Pada tahun 1992, dengan bantuan peguamnya, seorang aktivis hak asasi bernama Christian Bourget membawa kes ini ke mahkamah untuk mengesahkan statusnya dan membawa beliau ke London semula. Mahkamah membuat keputusan menyatakan bahawa Mehran Karimi Nasseri memasuki Lapangan Terbang dengan sah selaku pelarian dan tidak boleh diusir keluar.

Meskipun begitu, mahkamah tidak dapat memaksa kerajaan Perancis untuk membenarkan beliau keluar daripada Lapangan Terbang tersebut dan menjejakkan kaki ke bumi Perancis. Mereka juga tidak mahu mengeluarkan visa pelarian kepada beliau dan pihak berkuasa Perancis enggan memberi reaksi berkenaan perkara ini.

Christian Bourget dan Mehran Karimi Nasseri mula mencari jalan penyelesaian yang lain. Mereka berharap Belgium dapat mengesahkan status serta dokumen pelarian beliau yang pernah diberikan kepadanya suatu ketika dahulu. Sekali lagi, mereka enggan menghantar kembali dokumen asal Nasseri kepadanya di Perancis dengan alasan yang beliau perlu menghadirkan diri ke Belgium untuk mengesahkan identiti sebagai individu yang pernah dianugerahkan status pelarian.

Tetapi... Kerajaan Belgium enggan menerima kehadiran Nasseri ke Belgium. Ini kerana, mengikut undang-undang Belgium, mana-mana pelarian yang meninggalkan negara ( yang memberikan mereka status pelarian ) dengan sukarelanya, maka pelarian tersebut tidak boleh kembali ke negara tersebut.

Namun pada tahun 1995, kerajaan Belgium bersetuju untuk mengembalikan status pelariannya tetapi dengan syarat. Iaitu perlu menetap di Belgium dengan pengawasan. Tetapi beliau menolaknya kerana beliau hanya ingin ke England.

Dari situlah bersambung kehidupannya sebagai penghuni Terminal 1 Lapangan Terbang Charles de Gaulle. Tidak mampu kemana-mana, beliau menghabiskan waktu tidurnya dengan tidur di atas bangku yang terdapat di Lapangan Terbang tersebut. Namun demikian, segala pakaiannya terjaga bersih... Misai di mukanya dicukur rapi... Semua barangannya tersimpan kemas termasuklah blazernya yang disarungkan dengan plastik lut sinar.

Kadangkala, beliau melangkah sehingga pintu utama Terminal 1, menghirup udara segar... Namun tidak sesekali menjejakkan kaki ke luar. Membincangkan tentang buku-buku terbaru yang tiba... Ada juga detik-detik dimana beliau ditawarkan makanan ataupun mungkin pakaian oleh staf Lapangan Terbang, tetapi ditolak dengan senyuman sambil berkata " Saya bukannya peminta sedekah ".

Peguamnya, Christian Bourget berkata " Tiada siapa yang mampu berdepan dengan kesengsaraan yang dihadapinya dan kekal normal " merujuk kepada apa yang Mehran Karimi Nasseri pernah lalui.

Sir, Alfred Mehran di sebelah poster filem The Terminal
" Selepas bertahun-tahun bertarung ( di mahkamah ) untuk meninggalkan Lapangan Terbang tersebut dan mencari kewarganegaraan. Dan bila peluangnya tiba apabila Belgium sekali lagi menawarkan jalan penyelesaian, beliau menolaknya " kata Bourget. Beliau menambah " Sekarang, saya rasa dia akan tinggal di Lapangan Terbang ini sampai dia mati ".

Hinggakan jurucakap Lapangan Terbang tersebut pun berkata " He has found a home here " merujuk kepada kelakuan Sir, Alfred Mehran yang menunjukkan tanda-tanda yang beliau tidak akan pergi dari situ.

Selepas 18 tahun menetap di Terminal 1 Lapangan Terbang Charles de Gaulle, akhirnya pada tahun 2006 beliau telah dimasukkan ke dalam hospital atas masalah kesihatan yang tidak diketahui. Dan tidak pulang-pulang ke rumah lamanya... Spekulasi mengatakan bahawa beliau meneruskan kehidupannya di rumah jagaan geladangan di Paris... Menghabiskan sisa hidupnya dengan tenang disana.

Tuesday, November 19, 2013

Pameran Kereta Klasik Amerika di KLIMS 2013

Eleanor, dalam Gone In 60 Seconds
American Muscle... Itulah frasa yang digunakan bagi merujuk kepada kereta dua pintu buatan Amerika Syarikat sekitar tahun 60-an hingga lewat 70-an. Jenama kereta yang terkenal mengeluarkan kereta Muscle ini kebanyakkannya anak syarikat General Motors dan Ford.

Antara model yang sinonim dengan Muscle car adalah Ford Mustang, Buick Riviera, Dodge Charger, Dodge Challenger, Pontiac GTO, Pontiac Firebird. Chevrolet Camaro, Chevrolet Chevelle SS, Chevrolet Corvette StingRay dan sebagainya. 

Buick Riviera dalam Death Race
Anda akan melihat pelbagai jenis kereta Amerika ini di dalam filem-filem Hollywood seperti Gone in 60 Seconds lakonan Nicolas Cage dan Angelina Jolie dengan Shelby Mustangnya ataupun Buick Riviera dalam Death Race lakonan Jason Statham. Mungkin juga Fast & Furious 6 dengan Chevrolet Camaro dipandu oleh Vin Diesel.

Dan jika anda tidak mempunyai masa dua jam untuk menonton filem yang memaparkan Muscle car seperti dinyatakan diatas. Mungkin anda pernah terbuka siaran 705 ataupun 713 di Astro dimana muzik video Drive by daripada Train sedang dimainkan. 

Vokalis kumpultan Train, Patrick Monahan memandu Pontiac Firebird berwarna biru dalam muzik video berkenaan. Teringat mereka membuat persembahan dalam Miss Universe 2012 di Las Vegas dan juga jawapan mengarut daripada Miss Venezuela apabila menjawab soalan juri.

Pontiac GTO dalam muzik video Drive By
14 November lepas bersamaan dengan hari Khamis, penulis ke PWTC bagi menyaksikan perasmian Kuala Lumpur International Motor Show 2013 yang dirasmikan oleh Dato Hassan Malek iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan walaupun penulis berpendapat portfolio yang paling layak untuk merasmikan program ini ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia iaitu Dato Mustapa Mohamed.

Mungkin ada kisah di sebalik perasmian tersebut.

Walaubagaimanapun, perkara yang dinantikan oleh pengunjung jika ada sebarang Motor Show adalah pelancaran ataupun pengenalan sesebuah kereta baharu daripada jenama-jenama besar dunia seperti kereta buatan Jerman, British, Itali setidak-tidaknya Jepun.

Sekurang-kurangnya adalah beberapa model kereta konsep dari syarikat gergasi dunia dipamerkan di sini.

Hal tersebut tidak lagi mampu penganjur KLIMS lakukan membuatkan media dunia tidak ada sebab untuk hadir pada Motor Show kita. Ini kerana kebanyakkan kereta yang dipamerkan di dalam KLIMS merupakan kereta yang sudah berada di pasaran dunia tetapi belum memasuki pasaran Malaysia.

Terlihat beberapa komen di blog terkemuka kereta, Paultan.org dimana ada yang mengatakan bahawa pergi ke Naza World lebih baik daripada hadir ke KLIMS yang perlu dibayar Rm 20 untuk masuk. Itu satu perkara yang perlu diambil perhatian untuk menaiktarafkan Motor Show kita seperti Frankfurt Motor Show ataupun sekurang-kurangnya Auto Shanghai pon jadilah.

Cuma apa yang menarik perhatian penulis dalam Motor Show ini adalah penglibatan kereta klasik. Pembaca blog ini sudah pasti mengetahui mengenai kegilaan penulis terhadap kereta klasik Amerika yang dipamerkan di Dewan 4.

Pengimport Kereta Klasik, Rainbird Classic telah mempamerkan beberapa jenis model kereta Amerika seperti Dodge Charger, Dodge Challenger Ford Thunderbird, Ford Pickup, Ford Mustang dan berbagai lagi model kereta daripada Amerika.

Penulis malas nak tulis banyak-banyak pasal kereta ini kerana pembaca-pembaca sekalian bolehlah pergi untuk melihat sendiri kereta Amerika yang penulis sebutkan diatas dengan sendirinya. Tidak lupa terdapat beberapa buah Mercedes Benz yang dipamerkan dalam American Classic Cars Showcase oleh Rainbird Classic.

Jadi apa tunggu lagi, sementara pameran sedang berlangsung... Hadirkanlah diri anda ke Putra World Trade Centre ( PWTC ) untuk Kuala Lumpur International Motor Show 2013 yang akan berlangsung sehingga Ahad depan iaitu 24 November.

Doakan MAA buat yang lebih baik untuk tahun hadapan.

Wednesday, November 13, 2013

Nepotisme dalam Politik Malaysia

Pope Alexander VI
NEPOTISME... Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, nepotisme bermaksud perbuatan ataupun amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.

Perkataan Nepotisme ini datangnya daripada perkataan Latin dimana Nepos bermaksud anak saudara ataupun orang Utara gemar menggunakan istilah anak menakan. Hal ini dikaitkan dengan fenomena Zaman Pertengahan ( Middle Ages ) dimana sebilangan pemimpin gereja Katolik seperti Bishop ataupun Paus gemar melantik anak saudara mereka menjadi Kardinal.

Contohnya, Pope Callixtus III melantik dua anak saudaranya menjadi Kardinal. Tindakan yang demikian membolehkan salah seorang daripadanya menjadi Pope Alexander VI. Kemudiannya, beliau melantik abang perempuan simpanannya bernama Allesandro Farnese menjadi Kardinal yang akhirnya menjadi Pope Paul III. Beliau turut melantik dua anak saudaranya menjadi Kardinal yang ketika itu berusia 14 tahun dan 16 tahun.

Amalan ini dihentikan oleh Pope Innocent XII apabila beliau mengeluarkan surat dengan cap mohor seorang Pope yang bertajuk Romanum decet pontificem yang melarang Pope mengangkat anak saudara mereka menjadi Kardinal sekaligus menghentikan amalan Nepostisme ini.

Namun begitu, amalan Nepotisme ini yang dihentikan oleh Pope Innocent XII 313 tahun yang lalu merebak ke tempat lain. Penulis menyifatkan amalan yang sering kali dikaitkan dengan Nepostisme ini pada detik ini semakin menjadi-jadi tidak kira di mana.

George W. Bush dan bapanya
Contohnya, Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush kemudiannya telah dipilih oleh rakyat Amerika Syarikat untuk menjadi Presiden. Bapa beliau sebenarnya juga Presiden Amerika Syarikat iaitu George H. W. Bush.

Begitu juga dengan Presiden Bill Clinton yang mana isterinya, Hillary Clinton telah menjadi Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada zaman Barack Obama dari tahun 2009 hingga 2013 sebelum digantikan dengan John Kerry.

Manakala di Filipina, Presiden Gloria Macapagal Arroyo merupakan anak kepada Presiden Filipina kesembilan iaitu Diosdado Pangan Macapagal.

Namun tidak boleh mencabar kehebatan Presiden yang sekarang iaitu Benigno Aquino III. Moyangnya, Servillano Aquino merupakan pahlawan Filipina ketika Perang Amerika-Filipina pada tahun 1899 hingga 1902. Atuknya pula Benigno Aquino Sr. merupakan ahli politik Filipina yang pernah berkhidmat sebagai speaker Dewan Perhimpunan Republik Filipina kedua. Bapanya pula, Benigno Aquino Jr. merupakan senator Filipina dan juga bekas Gabenor wilayah Tarlac. Beliau telah dibunuh ketika turun dari pesawatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila kini Lapangan Terbang Ninoy Aquino ( bersempena memperingati kematiannya ).

Lee Hsien Loong dan Lee Kuan Yew
Singapura... Tak perlu diceritakan lagi mengenai hubungan diantara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan juga bapanya Lee Kuan Yew.

Di Malaysia... Paling hebat... Lihat sajalah legasi Onn Jaafar iaitu Menteri Besar Johor dan juga pengasas UMNO. Anaknya, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia ketiga. Tun Hussein Onn berkahwin pula dengan anak perempuan Tan Sri Mohammad Noah iaitu Suhaila Noah.

Perkahwinan antara Tun Hussein Onn dan Suhaila Noah telah melahirkan Menteri Pertahanan sekarang iaitu, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn. Dan umum mengetahui bahawa Hishamuddin dan Najib merupakan sepupu... Persoalannya... Bagaimana??

Nak dijadikan cerita, Tun Abdul Razak, anak Bangsawan Pahang telah berkahwin dengan ibu Dato' Seri Najib iaitu Tun Rahah. Tun Rahah ini pula merupakan kakak kepada Suhaila Noah iaitu isteri kepada Tun Hussein Onn. Menjadikan Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak biras.

Tun Abdul Razak pula telah melahirkan anaknya iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak menjadikan beliau sebagai sepupu kepada Hishamuddin Tun Hussein Onn. Ini bermaksud, legasi Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn ini sedang memegang tampuk pemerintahan negara sejak sekian lama.

Jika Haji Hussein iaitu bapa kepada Tun Abdul Razak boleh berbangga apabila anaknya dan cucunya Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya ada orang yang lebih hebat iaitu besannya sendiri.

Ini kerana, Tan Sri Mohammad Noah itu mempunyai dua menantu ( Tun Abdul Razak & Tun Hussein Onn ) dan seorang cucu ( Dato Seri Najib Tun Razak ) sebagai Perdana Menteri. Seorang lagi cucu beliau pula iaitu Dato' Seri Hishamuddin pula menteri. Maksudnya dia ada dua orang menantu Perdana Menteri, seorang cucu Perdana Menteri dan seorang cucu sebagai Menteri.

Memang benarlah apa yang tertulis dalam kandungan muka surat hadapan autobiografi Tun Mahathir yang menyatakan Perdana Menteri-Perdana Menteri di Malaysia hampir kesemuanya terdiri dari golongan bangsawan kecuali dia.

Contohnya di Kedah, empat daripada sebelas Menteri Besar terdiri dari golongan Syed iaitu Syed Omar bin Syed Abdullah Shahabuddin, Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin, Syed Nahar bin Syed Sheh Shabuddin dan Syed Razak bin Syed Zain Barakhbah.

Mahathir dan Mukhriz
Kemudiannya baru wujud keturunan Tun Mahathir Mohammad dalam pentadbiran negara apabila beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Anaknya, Mukhriz menjadi Menteri Besar mendahului Dato' Bashah kerana bapanya Perdana Menteri. Itu hakikatnya.

Begitu juga dengan Menteri Belia dan Sukan sekarang, Khairy Jamaluddin yang memenangi Ketua Pemuda UMNO merupakan menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bertanding dan Pak Lah sedang menjadi Perdana Menteri ketika itu. Memberikan beliau advantage kepadanya ketika menentang Mukhriz kerana bapanya sudah tiada dalam kuasa.

Itu baru dalam UMNO... Amalan Nepotisme didalam Pakatan Rakyat lebih parah. Lihat sajalah dalam PKR dimana Presidennya merupakan Wan Azizah dan naib presidennya pula anak beliau iaitu YB Nurul Izzah. Diwujudkan pula satu jawatan yang tiada dalam perlembagaan iaitu Ketua Umum kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dan Izzah
Wujud pula Kronisme iaitu amalan mengutamakan dan mementingkan teman rapat dalam perlantikan sesuatu jawatan ataupun pemberian sesuatu projek ataupun sebagainya apabila YB Gombak, Azmin Ali menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR. Semua mengetahui hubungan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim semenjak Anwar di dalam kerajaan lagi. Bahkan pimpinan tertinggi PKR digelar Triple A kerana gandingan Anwar, Azizah dan Azmin.

Dalam DAP lagi teruk... Dinasti Lim dikatakan menguasai DAP apabila Lim Kit Siang iaitu penasihat DAP mungkin penulis boleh katakan sebagai Godfather DAP mempunyai seorang anak iaitu Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP turut menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Isteri Lim Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng turut aktif dalam penglibatan politik dalam DAP apabila menjadi wakil rakyat DAP di DUN di Durian Daun dan Kota Laksamana, Melaka semenjak 1999 hingga 2013.

Karpal Singh dan Gobind Singh
" Tiger of Jelutong " itulah gelaran yang diberikan kepada Karpal Singh seorang ahli politik dan Pengerusi Kebangsaan DAP ini sudah bertanding dalam Pilihan Raya semenjak tahun 1974. Dalam 10 Pilihan Raya yang disertainya, beliau telah memenangi lapan daripadanya.

Beliau turut dikaitkan dengan Nepotisme kerana anak beliau, Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo turut terlibat dalam politik sebagai Ahli Parlimen Puchong dan wakil rakyat DUN Datuk Keramat, Pulau Pinang sekaligus dilantik sebagai EXCO Pulau Pinang.

Persoalannya... Benarkah kesemua situasi diatas ini boleh dikaitkan secara langsung dengan amalan Nepotisme dengan mementingkan dan melebihkan kaum kerabat mereka sahaja ataupun hanya sekadar persepsi.

Inilah isu yang ingin penulis kupaskan mengenai Nepotisme yang kerap kali dikaitkan dengan pemimpin di Malaysia kini. 

Bagi penulis, ahli politik yang mengikut jejak langkah ibu bapa mereka sebagai ahli politik sebenarnya bukanlah Nepotisme melainkan ia dipilih dengan kuasa dan pengaruh yang ada pada ibu bapa mereka.

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng
aupun Karpal Singh dan Gobind Singh menang pertandingan. Persoalan mereka mengamalkan Nepotisme sukar untuk dikaitkan.

Kenapa? Hal ini kerana bukan diri mereka sendiri yang memilih tetapi perwakilan di dalam sesebuah organisasi. Memang benar, seseorang yang berpengaruh mampu mempengaruhi keputusan di dalam sesebuah organisasi namun bukan bermaskud individu tersebut mengamalkan Nepotisme.

Begitu juga di dalam senarai pimpinan PKR dimana Azizah dan Nurul Izzah menang jawatan Presiden dan Naib Presiden. Bukankah ia dipilih oleh perwakilan? Ya... Namun jika seseorang pemimpin mencorakkan sendiri organisasinya, mungkin hal ini boleh dikaitkan dengan Nepotisme.

Faktanya, segala frasa Nepotisme dalam arena politik Malaysia hanyalah persepsi semata-mata kerana sukar seseorang pemimpin melantik dengan mutlaknya anak cucu mereka sebagai pemimpin. Namun begitu, yang berbezanya ialah pengaruh dan kuasa yang digunakan mereka bagi mencatur setiap langkah untuk mengangkat anak mereka sebagai pemimpin masa hadapan. Itu sahaja.

Lagipun Nepotisme ini turut perlu dibicarakan dengan kelayakan dan kebolehan seseorang individu memimpin. Jika benar anak seorang pemimpin untuk layak memimpin, adakah salah bagi mereka untuk menerajui sesuatu organisasi ?

Pandangan tersebut turut dilontarkan oleh Tun Mahathir yang ingin menjawab dakwaan bahawa anak-anak beliau kaya raya kerana beliau seorang Perdana Menteri. Soalannya mudah, tidakkah seorang individu yang bergelar anak Perdana Menteri tidak boleh menjalankan perniagaan kerana dia seorang anak Perdana Menteri...

Bagi penulis, jika tiada penyalahgunaankuasa ataupun penyelewengan jika berkait rapat di antara ibu bapa dan anak. Tiada masalah. Tetapi jika benar untuk mewariskan sesuatu jawatan kepada suku sakat mereka, ia satu tradisi yang akan menyebabkan kita kembali ke Zaman Pertengahan.

Ketika penulis berjumpa dengan YB Wong Chen tempoh hari, beliau turut menjelaskan pandangan beliau mengenai Nepotisme ini dan ia bukanlah suatu amalan sihat. Tidak kisahlah dalam kalangan kerajaan mahupun pembangkang.

Fikirkanlah tentang amalan Nepotisme ini di Malaysia... Persepsi dicorakkan melalui pembacaan dan apa yang kita dengar... Benarkah politik Malaysia disulami dengan Nepotisme?

Saturday, November 2, 2013

Jam Tangan dan Filem

Penulis mengklasifikasikan jam tangan sebagai salah satu barang terpenting dalam kehidupan penulis selepas kaca mata penulis. Jam di berada pada keutamaan kedua diikuti telefon pintar Samsung Galaxy S Advance dan dompet kempis Polo penulis.

Cermin mata penulis merupakan aksesori penting penulis apabila keluar daripada rumah. Ini berikutan pandangan mata penulis yang kabur. Jika duduk di dalam kereta dan penulis tidak bercermin mata, kereta di yang berhenti dihadapan penulis menunggu lampu merah bertukar hijau pun penulis tidak dapat pastikan nombor pendaftarannya.

Keduanya jam tangan penulis, tidak kira apa jenis jam tangan yang penulis pakai, ia merupakan barang asasi penulis jika keluar dari rumah meskipun penulis boleh melihat waktu melalui telefon sahaja. Entah mengapa, setiap kali jam tangan penulis tidak berada di pergelangan tangan kiri penulis, hati berasa gundah gulana dan keyakinan diri bagaikan menghilang. Hampir mustahil untuk melihat diri penulis tidak berjam tangan.

Semenjak kecil lagi, penulis mempunyai minat terhadap jam tangan. Penulis tidak akan keluar dari rumah jika jam tangan tidak dipakai. Bahkan jika tertinggal, penulis sanggup patah balik semata-mata untuk seutas jam tangan.

Walaupun jam tangan hanya berfungsi sebagai medium untuk mengetahui masa, bagi penulis ia lebih daripada itu. Jam tangan mungkin telah menjadi salah satu identiti penulis. Bahkan pernah suatu ketika penulis berpesan kepada teman penulis jika hendak mencari penulis, lihatlah tangan kiri penulis sama ada memakai jam ataupun tidak. Penulis katakan ini kepada rakan wanita penulis ketika berada di darjah enam.

Penulis sanggup belanja seseorang minum teh tarik dan maggi goreng jika terdapat mana-mana individu yang menunjukkan satu gambar penulis tanpa jam tangan di tangan kiri penulis.

Jika ditanya... Apakah itu jam tangan bagi anda... Mungkin anda akan menjawab reputasi ...

Reputasi... Jam tangan merupakan salah satu cara terselindung bagi orang kaya-kaya menunjukkan kekayaan mereka. Satu soalan buat anda? Bagaimanakah anda menonjolkan diri anda pada sesuatu majlis yang dihadiri ramai orang dengan setiap daripada mereka memakai sut hitam.

Mungkin sut anda? Semua orang kelihatan menarik jika dipadankan dengan sut yang sesuai tanpa mengira jenama. Soalnya adakah mereka tahu sama ada membeli sut G2000 berharga Rm8,000 ataupun menempah khas dari tukang jahit atau mungkin membeli sut dengan diskaun 50% menjadikan sepasang sut anda berharga Rm500.

Mereka tidak tahu... Semuanya sama... Hitam atau mungkin kelabu atau mungkin warna yang terang bagi menonjolkan diri mereka lain daripada orang lain. Jadi sut anda tidak boleh menjadi satu medium untuk menonjolkan diri anda.

Ada tiga perkara bagi penulis yang boleh menonjolkan diri anda dalam sesuatu majlis. Perkara yang pertama adalah wanita... Yaa... Sebagai seorang lelaki, ditemani seorang wanita yang lawa dan anggun merupakan idaman mereka ke dalam sesuatu majlis. Itu merupakan daya penarik yang berkesan dalam sesuatu majlis. Bahkan mungkin tetamu yang lain akan berkata " Perghh... Perempuan tu lawa la siot... " " Yang mana ??? " Yang tengah jalan dengan laki tuhh ".

Yang kedua... Kasut... Meskipun jarang orang melihat sesuatu yang kita letakkan di posisi bawah sekali, bagi penulis, kasut merupakan elemen penting dalam menilai personaliti seseorang. Yang paling pelik, paling menawan... Itu sahaja cara pengadilannya. Tidak hairanlah Sultan Selangor memakai kasut yang pelik coraknya.

Dan akhir sekali, jam tangan... Bayangkan seorang anda berjalan masuk dengan suit hitam kemas dan jam tangan yang bersinar terkeluar sebahagiannya daripada kain baju anda. Dan anda melihat sepenuhnya bentuk jam tangannya apabila dia membutangkan coatnya. Ataupun mungkin ketika makan dimana jam tangan Audemars Piguetnya terdedah ketika hendak memotong daging steak yang ingin dimakannya.

Audemars Piguet Royal Oak
Ternyata jam tangan merupakan aksesori penting bagi seorang individu bagi menonjolkan reputasinya dalam kalangan tetamu yang lain. Hal ini penulis ceritakan dalam situasi sebuah majlis formal. Walaupun hakikatnya ada individu yang memakai jam tangan Tag Heuer Carrera ataupun Omega Seamaster setiap hari ke sekolah ataupun seutas jam tangan Tag Heuer Grand Carrera ketika melapah daging pada Aidiladha yang lalu oleh seorang jemaah masjid.

Terpulanglah kepada individu masing-masing dalam menentukan jam tangan yang dipakai dalam kehidupan seharian. Pokoknya, jam tangan melambangkan identiti seseorang individu tersebut dalam kehidupan sehariannya.

Dalam pemerhatian penulis melalui Instagram yang penulis follow. Ramai individu kaya yang suka mengambil gambar jam tangan mewah mereka dimana latar belakangnya merupakan kereta sports mereka seperti Porsche, Ferrari ataupun BMW coupe mereka.

Panerai Luminor
Apa yang penulis kenalpasti tentang mereka ini, kebanyakkan jam tangan yang selalu keluar dalam timeline Instagram penulis merupakan jam tangan Audemars Piguet Royal Oak. Designnya yang menarik dengan lapan bucu dan permukaan berpetak-petak sesungguhnya menjadi jam tangan idaman seseorang individu.

Kemudiannya diikuti jam tangan jenama Panerai... Tidak kira sama ada Luminor ataupun Radiomir... Model ini merupakan salah satu kegemaran oleh golongan atasan. Sejujurnya, jam tangan ini bagi penulis tidak mempunyai apa-apa ciri menarik pun... Mungkin hanya sekadar pandangan seorang manusia biasa yang tidak mengerti apa-apa tentang Panerai.


Patek Philippe Nautilus
Patek Philippe Nautilus juga tersenarai dalam tiga teratas model yang paling digemari orang kaya-kaya. Tidak dinafikan kekuatan jenama Patek Philippe ini seiring dengan rekabentuknya yang menarik seperti Nautilus. Bentuk empat segi melengkung ini cukup menggambarkan kelainan pada model ini. Tidak hairanlah ia menjadi kegemaran golongan elit untuk memilikinya.

Peranan jam tangan dalam filem James Bond juga amat penting... Dalam artikel yang lepas bertajuk ' Pemimpin dan Jam Tangan ' yang diterbitkan pada Julai yang lepas, penulis ada menyentuh mengenai jam tangan Omega yang kerapkali dipakai oleh James Bond.



Kenapa penting???  Dilaporkan apabila filem James Bond Goldeneye ditayangkan pada 1995, model Omega Seamaster yang dipakai oleh Pierce Brosnan dalam filem itu telah mencatatkan jualan puluhan ribu unit gara-gara filem itu.

Rolex Submariner dalam filem Dr. No
Apa yang Omega tidak ingin anda tahu ialah James Bond pernah memakai beberapa jenama jam tangan lain seperti Rolex, Seiko, Breitling dan Hamilton sebelum menggunakan Omega. Pada permulaan francais James Bond pada tahun 1962 melalui filem Dr. No, James Bond memakai Rolex Submariner sehinggalah dalam filem The Man With The Golden Gun.

Kemudiannya pada tahun 1977 melalui filem The Spy Who Loved Me, James Bond memakai jam tangan Seiko lakonan Roger Moore. Jam tangan yang dipakai Roger Moore ini dalam filemnya mampu mencetak mesej yang dihantar daripada headquaternya.


Selepas lima buah filem James Bond bersama dengan Seiko hingga filem terakhir mereka iaitu A View to A Kill, James Bond kembali bersama dengan Rolex Submariner melaui filem The Living Daylights dan License to Kill.

Seiko dalam filem The Spy Who Loved Me
Kemudiannya baru Omega mengambil tempat dalam aksesori milik James Bond pada tahun 1995 sehingga kini. Penulis pun tidak tahu bahawa James Bond pernah memakai Rolex, mungkin kerana zamannya yang sudah lepas dan kaedah pemasaran yang digunakan Omega memperlihatkan bahawa James Bond sentiasa bersama dengan mereka dari dulu, kini dan selamanya.







" Rolex "
" Omega "
" Beautiful "

Itulah frasa yang diucapkan oleh Vesper Lynd lakonan Eva Green dan James Bond dalam filem Casino Royale ketika babak di dalam kereta api. Simple... Bagi penulis ia sudah cukup menggambarkan bertapa coolnya scene tersebut. Lihat video dibawah pada 3:15




Itu di dalam filem James Bond... Berikut mari kita lihat jam tangan yang dipakai dalam filem antarabangsa

Mejar Caldwell ( William H. Macy ) memakai jam tangan Rolex Daytona dalam filem Air Force One. Wataknya sebagai juruterbang pesawat Air Force One





Rolex Date Just Two Tone dipakai oleh Nikolaj Lie Kaas dalam filem Angels & Demons



Virginia Baker ( Catherine Zeta-Jones ) dan MacDougal ( Sean Connery ) memakai jam tangan Casio G-Shock GT-001AT-8 dalam filem Entrapment



Bob Harris ( Bill Murray ) memakai jam tangan Rolex Datejust dalam filem Lost in Translation. Filem ini turut dibintangi oleh Scarlett Johansson


Danny Ocean ( George Clooney ) memakai jam tangan Hamilton Linwood Viewmatic dan Luminox dalam filem Ocean's Eleven


Rusty Ryan ( Brad Pitt ) memakai Rolex GMT Master II dalam filem Ocean's Thirteen


Greco Montgomery ( Julian Sands ) memakai jam tangan Rolex Explorer II dalam filem Ocean's Thirteen


Rolex Prince Rose Gold dipakai oleh Willy Bank ( Al-Pacino ) dalam filem Ocean's Thirteen


Ryder ( John Travolta ) memakai Breitling Aeromarine Colt II Automatic dalam filem The Taking of Pelham 1 2 3


John Rambo ( Sylvester Stallone ) dalam filem Rambo IIII memakai jam tangan Panerai Marina Base PVD


Claire Keesey ( Rebecca Hall ) memakai jam tangan Cartier dalam filem The Town arahan Ben Affleck


Pelarian Krakhozia, Viktor Navorski ( Tom Hanks ) memakai jam tangan Omega Seamaster Memomatic dalam filem The Terminal. Filem arahan Steven Spielberg turut dibintangi oleh Catherine Zeta-Jones