Sunday, December 23, 2012

Retweet Tanpa Usul Periksa

Dahulu di Facebook, ramai orang gemar berkongsi ( share ) status-status Islamik dengan niat dapat berdakwah. Ini berikutan terdapat segelintir orang yang gemar mengguna pakai sepotong hadis nabi berbunyi '' Sampaikan dariku walapun sepotong ayat '' yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari.

Ramai orang yang tertarik dengan hadis ini tambahan lagi ia merupakan hadis sahih. Persoalannya kini, adakah kenyataan yang terdapat pada status Facebook ataupun kini di Twitter sebagai satu kenyataan yang benar.

Penulis sudah beberapa kali terlihat beberapa tweets dimana penulis sendiri meragui kesahihan ataupun kebenaran isi kandungan tweeet tersebut. Maka penulis dengan inisiatif sendiri mencari jalan mengetahui kesahihan sesuatu perkara tersebut.

Apabila digoogle, Tiada pun kenyataan tersebut terutamanya berkaitan hadis nabi. Penulis cukup pantang kalau tengok orang retweet hadis tanpa ada sebarang perawi hadis dan periwayatan terhadap hadis tersebut termasuklah tahap hadis tersebut sama ada daif ataupun sahih.

Baru-baru ini, penulis ada terbaca sebuah hadis di twitter yang berbunyi '' Terimalah nasihat sesiapa pun meskipun daripada seorang pelacur ''. Penulis pun tertanya-tanya tentang kebenaran hadis ini lalu penulis menggoogle ayat tersebut.

Cari punya cari... Penulis tidak jumpa pun hadis tersebut diriwayatkan oleh mana-mana orang tetapi apa yang penulis jumpa adalah hadis tersebut disifatkan sebagai la asla lahu ataupun tidak ada sumbernya. Katanya lagi, tidak halal untuk menulis dan meriwayatkannya melainkan untuk memberitahu tentang kepalsuannya.

Penulis bersyukur kepada Allah S.W.T kerana penulis diberikan akal dan masa untuk mencari kebenaran hal tersebut sejajar dengan sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Hujarat pada ayat enam ( 49:6 ) yang berbunyi ;

" Hai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu orang yang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu "

Disini penulis ingin ingatkan yang penulis tidak bermaksud mengatakan yang rakan-rakan Twitter kita seorang yang fasik, tetapi lebih menjurus kepada mencari kebenaran sesuatu berita supaya tidak berlaku fitnah.

Ada lagi hal yang menarik minat mata penulis untuk berkongsi iaitu seorang tweet dari remaja Melayu yang mengatakan baring sewaktu azan akan membuatkan jenazah kita menjadi berat dan mengatakan jangan bercakap ketika azan, kelak tak dapat mengucap ketika hendak meninggal dunia.

Apa yang menyedihkan, tweet terbabit telah diretweet oleh 107 orang dah 19 orang telah mengfavouritekan tweet tersebut yang mempunyai kesilapan dan kesalahan.

Pertama, penulis tidak pernah terbaca mana-mana hadis yang mengatakan mayat akan menjadi berat jika kita baring ketika Azan. Dan setelah diselidik, memang tiada pun hadis tersebut diriwayatkan dimana-mana kitab tidak kira dari Bukhari, Muslim mahupun Ibnu Majah.

Kalau orang itu bangun selepas Azan Subuh, takkanlah mayatnya menjadi berat juga meskipun beliau menunaikan solat Subuh.

Kedua, berkaitan cakap ketika azan yang mengatakan lidah akan menjadi kelu. Penulis akui hadis ini pernah penulis baca dan dengar tetapi tidak tahu dimanakah kesahihannya kerana tiada periwayatan diletakkan dihujungnya.

Setelah sekali lagi penulis periksa di google, penulis membaca sebuah artikel dimana ia mengatakan hadis '' Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya '' sebagai daif ataupun palsu.

Ini kerana tiada periwayatan hadis tersebut dimana-mana kitab malahan bertentangan dengan dalil yang mengatakan nabi bercakap ketika azan berkumandang. Ini disebut dalam kita sahihnya oleh Imam Bukhari berbunyi '' Sulaiman bin Shurad berbincang-bincang ( berkata-kata ) sewaktu ia mengumandangkan azan ''.

Justeru itu, tweet terbabit sememangnya salah dan penulis menyifatkan ia sebagai suatu hal yang amat berat dan perlu diperbetulkan. Oleh sebab itulah penulis tergerak hati menulis artikel ini untuk kesedaran bersama bukannya ingin berlagak alim.

Terdapat pelbagai lagi hadis palsu berlegar di ruang udara internet kita dimana ada yang menerimanya bulat-bulat tanpa sebarang usul periksa. Antaranya ;

  • Tuntulah ilmu walaupun hingga ke negeri China
  • Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya ( gila ), maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri
  •  
     
  • Sabar itu separuh daripada Iman
Yaa... Penulis sendiri tidak menyangka yang keempat-empat hadis yang tertera diatas ini sebenarnya palsu kerana salah satunya pernah diceritakan oleh Ustazah penulis sendiri. Anda sendiri boleh rujuk di website ini [ klik sini ]. Jika tulisan di blog ini salah, maka tegurlah saya dan perbetulkanlah saya.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini penulis ada membaca tweet yang mengatakan jika ingin menulis Inshallah, hendaklah ditulis dengan tiga perkataan iaitu '' In Shaa Allah '' kerana Inshallah bermaksud cipta tuhan ( Allah ).

Pertama sekali penulis ingin komen mengenai cara penggunaan '' In Shaa Allah ''. Umumnya, masyarakat Melayu menggunakan perkataan Inshallah apabila mereka tidak yakin untuk melakukannya ataupun tidak. Contohnya ;

Harun Ajis : Weh... Kau datang tak petang ni main bola dekat padang?
Mat Jijan : Inshallah aku datang ( padahal malas nak pergi )

Tiba waktu petang nak main bola, Mat Jijan tak ada di padang dan apabila diwhatsapp oleh Harun Ajis menggunakan iPhone 5nya, Mat Jijan mengatakan yang beliau tak larat dan tak berjanji pun untuk ke padang bersama-sama bermain bola.

Dalam erti kata lain, kita menggunakan perkataan Inshallah sebagai satu perkataan yang mana kita sedang berada di tahap 50-50 walhal perkataan Inshallah yang bermaksud Dengan Izin Allah ini boleh dikira sebagai pasti pergi kecuali jika ada halangan.

Mungkin penulis salah, tetapi itulah realiti yang penulis nampak dari kacamata Armani penulis mengenai sikap orang Melayu kini.  Dan penulis ada terbaca supaya kita tidak menggunakan perkataan Inshallah ini pada perkara yang lagha. Contohnya ;

" Derr... Malam ni clubbin jom, dekat Rootz ''
" Inshallah la, kalau awek aku join aku pergi la ''

Apa daa... Nak pi clubbin pun kata macam itu... Memang Allah tak izin pun

Keduanya, sejak bila budak-budak Malaysia tulis Inshallah dengan menggunakan ejaan Inshallah. Bukankah depa ni guna ejaan Insyallah. Tetapi penulis rasanya telah lebih awal menggunakan ejaan Inshallah iaitu pada 28 Ogos 2011 dimana tercatat dalam artikel Kemerdekaan penulis.

Ada typo daa...


Mana penulis dapat hidayah guna perkataan Inshallah ini?

Ini gara-gara pengaruh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam artikelnya di blognyalah, beliau tidak mengeja perkataan Insyallah sebegini sebaliknya ejaannya ialah Inshallah. Begitu juga dengan Eidulfutri, penulis gunakan perkataan ini pada September 17, 2010 juga kerana pengaruh Anwar Ibrahim.

Maka tidak hairanlah mengapa beliau tercalon sebagai salah seorang individu paling berpengaruh di dunia oleh majalah Times. Malangnya, satu-satunya wakil Malaysia ini tidak mendapat tempat dalam 100 individu paling berpengaruh di dunia.

Jadi check balik bila anda mula menggunakan ejaan In Shaa Allah.

Penulis tidak boleh menafikan mengenai kebenaran tulisan tersebut ( kerana penulis tidak belajar bahasa Arab ) dimana tertera muka Dr. Zakir Naik, penceramah terkenal dari India didalam sebuah gambar yang menggesa kita menggunakan perkataan In Shaa Allah.

Penulis mencari kesahihan mengenai kebenaran tulisan tersebut tetapi apa yang penulis jumpa hanyalah sebuah komen dari penceramah terkenal Malaysia, tidak lain tidak bukan Ustaz Azhar Idrus.

Beliau mengatakan yang tiada masalah sebut atau eja InsyaAllah. Persoalan yang masih bermain di minda penulis adakah kenyataan tersebut ditulis oleh Dr. Zakir Naik yang menarik minat penulis apabila menonton videonya yang membuatkan seorang Kristian memeluk Islam. [ klik sini ]

Apabila disiasat, tiada pun kenyataan yang keluar daripada mulutnya bahkan tiada pun tulisan yang keluar dari mulutnya yang berbicara sedemikian rupa. Apa yang pasti, mereka hanya menggunakan gambar Dr. Zakir Naik sahaja. Kenapa?

Bayangkan jika anda meletakkan gambar peninju lagenda, Muhammad Ali ataupun Frank Ribery. Siapa akan percaya dengan tulisan tersebut. Jadi bagi mengelirukan pembaca, mereka meletakkan gambar Dr. Zakir Naik kerana beliau terkenal dalam konteks Islamnya.

Yaa... Memang ada tertulis dari Dr. Zakir Naik Fan Club dari Facebook tetapi apa relevannya meletakkan gambar Dr. Zakir Naik jika tidak untuk mengelirukan orang ramai di tepi bukannya diatas :P

Lagipun mereka tahu, yang kita semua ini hanya tahu tiga-empat orang penceramah Islam sahaja, yang pertama Ustaz Azhar Idrus. Kedua, Ustaz Don Daniyal. Ketiga, Dr. Zakir Naik dan terakhir sekali lagi Professor Tariq Ramadan.

Kalau kata Tuan Guru Haron Din belum tentu anda kenal. Begitu juga kalau sebut Sheikh Yusuf al-Qaradawi iaitu Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, mungkin ada yang kenal kerana Anwar Ibrahim gemar menggunakan nama beliau dalam siri ceramahnya.

Selain daripada itu, penulis turut pernah melihat sebuah gambar yang mengatakan jika ingin menyebut Mekah, jangan disebut Mecca kerana ianya Gudang arak ( House of Wine ) dan apabila ingin menyebut Masjid dalam bahasa Inggeris, jangan disebut mosque kerana ia bermaksud mosquito ( nyamuk ) manakala ejaan Mohd pula dikatakan bermaksud Anjing bermulut besar.

Penulis hanya tersenyum apabila melihat ramai orang retweet ataupun share gambar-gambar sebegini kerana tahu ia hanyalah karut ataupun dalam perbendaharaan kasar penulis dipanggil Bullshit.

Kesimpulannya disini, penulis ini mengingatkan semua termasuk kepada diri penulis sendiri supaya tidak meriwayatkan ataupun meretweet ataupun share sebarang perkara yang tidak ketahui kesahihannya.

Kerana terdapat hadis nabi yang disampaikan oleh Abu Hurairah yang mana nabi bersabda '' Cukuplah seseorang itu dikatakan pendusta, bila ia meriwayatkan semua yang didengarinya '' riwayat Imam Muslim dalam kitabnya.

Jadi tidak perlulah anda memberi alasan, '' aku baca, rasa macam baik aku retweet la... mana aku tau benda tu tipu '' sebegini kerana ia merupakan tanggungjawab anda sebagai penerima untuk mencari kesahihan sesuatu berita seperti mana penulis nukilkan diatas.

Justeru itu, anda perlu berhati-hati untuk menyebarkan hadis dan sila pastikan sekurang-kurangnya tiga perkara ini. Jika tidak terdaya, tidak perlulah retweet ataupun share iaitu

  1. Benarkah ianya hadis?
  2. Siapakah yang meriwayatkan hadis itu?
  3. Adakah hadis itu sahih?
 Anda perlu ingat mengenai sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang berbunyi begini '' Janganlah kalian berdusta atas namaku. Sesungguhnya barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka dia akan masuk neraka. ''

Hadis sebarkanlah walaupun sepotong ayatku mungkin sepuluh kali popular dari hadis ini, tetapi anda tidak boleh meminggirkan hadis ini. Justeru itu penulis berharap supaya saudara yang membaca artikel ini supaya tidak sewenang-wenangnya menceritakan suatu berita yang tidak tahu kebenarannya.

* Ada hadis palsu yang lagi lawak... Katanya setitik air mata perempuan menyebabkan lelaki disebat seratus kali... Ada juga yang tweet pasal benda ini... Doakan Allah bagi petunjuk

** Jika saudara ingin mendalami mengenai hal ini, penulis tidak boleh cerita kerana penulis hanya budak sekolah biasa... Searchlah digoogle... Pelbagai perkara terdapat disana yang penulis tidak berkesempatan menulis disini

*** Jika kita boleh membaca novel setebal 600 muka surat, kenapa kita tidak boleh mencari kesahihan sesebuah perkara yang tidak memerlukan 60 minit untuk pastikannya.

5 comments:

  1. ,,,,,,orang orang ni pakai ambil je "copy" "paste" "share" tanpa guna otak betul ke salah...BAHAYA sebab .......Daripada Abdullah bin Amr r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "BARANGSIAPA YANG SENGAJA BERDUSTA DENGAN NAMAKU, MAKA BERSEDIALAH DIA UNTUK DICAMPAKKAN KE DALAM NERAKA" (Riwayat al-Bukhari no.3274)

    ReplyDelete
  2. Yaa... Niat dah betul tapi caranya salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada komen di post saudara sebelum ini & saya dah balas komen saudara di artikel saya. Moga beroleh penjelasan. ^_^

      Delete
  3. assalamualaikum saudara,saya nak beri sikit teguran.

    1.saudara nak tegur ttg masalah hadis tapi saudara tidak tahu ilmu hadis dan saudara juga tidak mahir bahasa arab.
    2.saudara ambil maklumat dlm internet dan saudara tidak ambil dr kitab hadis,ulama dan bukan secara talaqqi.
    3.ttg hadis kebersihan sebahagian dr iman mmg sahih iaitu dr imam muslim yg diriwayatkan oleh abu malik haris bin asim dan lain2 lagi.
    4.perkataan inshaallah mmg salah kerana berubah makna.ianya perlu dilihat balik dari ejaan arab dan ejaan sebenar ikut arab ialah jarak seperti in sya allah yg membawa maksud yg sebenar dan bukannya rapat.

    harap saudara dpt buka minda saudara.saya sendiri buat rujukan dr kitab hadis dan secara talaqqi...sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Terima kaseh atas tegoran... Saya sudah membuat beberapa pindaan...

      Delete

Dipersilakan Komen