Thursday, December 20, 2012

Keajaiban Doa

Keputusan PMR baru sahaja keluar semalam ( 19 Disember ) dimana penulis amat berpuas hati dan bersyukur dengan huruf yang tercatit diatas slip PMR penulis. Sejujurnya, penulis tidak menyangkakan keputusan sebaik itu jika dibandingkan dengan usaha penulis.

Selepas penulis selesai menjalani PMR pada 9 Oktober hingga 16 Oktober lepas, penulis hanya mempunyai perasaan selesa dengan lima subjek sahaja iaitu Sains, Matematik, Geografi, Sejarah dan Pendidikan Agama Islam.

Manakala yang selebihnya iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris penulis berasa ragu-ragu kerana banyak yang penulis tidak yakin dengan jawapan yang diberikan kerana tidak membaca soalan terutamanya berkaitan kesusasteraan ataupun literature.

Apa tidaknya, watak-watak dalam novel Komponen Sastera ( Komsas ) tingkatan dua, Wira Persona Avatari tidak penulis ingat walau seorang pun. Ini kerana penulis menjangkakan yang Merenang Gelora iaitu novel tingkatan tiga akan keluar.

Nasib menyebelahi penulis kerana soalan yang ditanya pada bahagian tersebut hanyalah soalan terhadap seorang watak sahaja yang sehingga kini penulis masih tidak ingat. Jadi, penulis hanya mereka lah perwatakan baik watak tersebut tanpa menyebutnya nama watak lain pun.

Begitu juga dengan Bahasa Inggeris, penulis tidak baca pun values yang terdapat di dalam buku How I Met Myself yang mana penulis hanya reka sendiri sahaja jawapan di bahagian Literature.

Kemahiran Hidup Bersepadu pula penulis ragu-ragu untuk memperoleh A kerana terdapat pelbagai perkara yang perlu penulis serba maklum dengan setiap butir-butir perkara yang jelas perlu mengambil masa untuk membaca.

Semalam, ketika berada di dewan sekolah, guru sekolah sedang memberikan slip untuk pelajar yang mendapat kurang satu A dari jumlah mata pelajaran yang mereka ambil. Penulis sangka tidak akan menaiki pentas disitu kerana penulis percaya yang penulis kehilangan dua A free-free. Cuma harapan penulis hanya pada KH sahaja.

Ketika nama pelajar di kelas penulis dipanggil, penulis hanya tersenyum melihat rakan-rakan yang lain naik menerima slip dari pengetua. Namun tidak semena-mena, nama penulis dipanggil untuk menerima slip PMR tersebut yang menunjukkan penulis memperoleh keputusan 7A.

Dan ketika penulis berdiri diatas pentas bertentangan dengan pengetua, pengetua tersebut bertanya kepada penulis, '' Apa yang B ? ''. Penulis menjawab English namun disanggah beliau dan berkata "KH".

Penulis hanya berterima kasih dan senyum kegembiraan kerana mendapat keputusan PMR yang tidak menjangkakan. Bersyukur... Itulah perkataan yang bermain di minda penulis meskipun kadang-kadang rasa geram kenapa aku tidak usaha sikit lagi supaya dapat 8A.

Ini kerana A yang penulis dapat sememangnya tidak dijangkakan dan B yang penulis terima sememangya sudah dijangka. Jadi penulis rasa bertuah kerana berjaya memperoleh keputusan yang melebihi harapan sendiri.

Penulis sifatkan keputusan PMR penulis sebagai keajaiban. Mungkin kerana usaha yang diiringi usaha. Namun sejujurnya, jika dibandingkan dengan pelajar 7A yang lain, usaha penulis tidaklah seusaha mana hanya setakat hadir ke kelas tuisyen untuk English, Science dan Math saja.

Tetapi mungkin berkat doa keluarga, sahabat dan penulis sendiri supaya mendapat keputusan yang baik dimakbulkan. Mungkin juga berkat Tuan Guru Haji Dato Seri Haron Din membuatkan penulis mendapat keputusan yang baik.

Apa yang ingin penulis tulis dibawah ini janganlah diambil sebagai satu kepercayaan yang boleh menjejaskan aqidah.

Penulis masih ingat di sebuah rumah rakan ayah penulis dimana mereka membuat bacaan Yaasin, penulis turut serta ikut dan bersama-sama berjemaah dengan Tok Guru. Selepas solat Isyak, terdapat tetamu yang lain yang terdiri daripada Dato-Dato, Tan Sri-Tan Sri bahkan berpangkat Tun cabut lari ke meja makan untuk makan malam.

Lain pula dengan penulis, kerana penulis lebih selesa meninggalkan saf selepas doa habis kerana penulis ragu ketika penulis berkerja nanti, adakah penulis sempat mengaminkan doa yang dibaca imam. Begitu juga dengan bapa penulis.

Selesai habis doa, semua jemaah yang tinggal di dalam rumah menunaikan solat Isyak keluar untuk makan. Dan penulis antara kumpulan yang terakhir keluar kerana yang lain keluar awal untuk makan.

Kata mereka terdapat empat perkara yang tidak boleh dilenggahkan, pertama mendirikan solat apabila waktunya tiba. Kedua, Mengebumikan jenazah apabila jenazah tiba. Ketiga, apabila seseorang itu mampu untuk berkahwin dan yang terakhir sekali, Bila makanan itu tiba.

Dan ketika keluar, hanya terdapat sebuah meja yang kosong berdekatan dengan penulis dimana Tok Guru duduk. Makanya penulis duduklah di meja tersebut dan meninggalkan kerusi disebelah penulis untuk bapa penulis yang berada di belakang.

Dan disebelah bapa penulis adalah Tuan Guru Haron Din.

Selesai sahaja makan sambil bersembang mengenai seorang wartawan yang menghina Islam yang lari dari Arab Saudi. Ayah penulis cepat-cepat menarik penulis untuk menggantikan tempat duduknya dan meminta Tok Guru melakukan sesuatu kepada penulis.

Penulis duduk di kerusi tersebut dan Tok Guru memegang dada penulis sambil membaca ayat-ayat dalam bahasa Arab kepada penulis. Lebih kurang 40 saat jugalah Tok Guru baca sesuatu terhadap saya dan diakhiri dengan berkata kepada penulis '' Inshallah, baik ''.

Dan keputusan PMR penulis syukur baik... Penulis berharap pencapaian seperti ini dapat berlaku pada tahun 2014 dimana penulis akan mengambil SPM, Inshallah.

1 comment:

  1. Beruntungnya saudara dapat didoakan TG Dr Haron Din sendiri direct. InsyaAllah, berkat doa ulama'. Ternyata saudara bukanlah seperti yang orang kebanyakan yang mengkritik PAS. Semoga saudara bertemu jalan perjuangan yang sebenar-benar. Pilihlah jemaah yang betul dalam perjuangan Islam.

    Jujur saya katakan, saya juga seperti saudara pada mula-mula saya berjinak dengan dunia internet dulu time tingkatan 3. Bayangkanlah tingkatan 3 baru pasang internet kat rumah. Haha. Saya bersikap Anti-UMNO, Anti-DAP dan sering mengkritik beberapa keputusan yang dilakukan PAS walaupun saya seorang penyokong PAS. Banyak tindakan yang dilakukan PAS seolah-olah tak kena pada pandangan saya.

    Namun, kini alhamdulillah, beberapa tahun yang lepas, Allah mempertemukan saya dengan seorang murabbi yang bergiat aktif dengan PAS, dia antara individu yang rapat dengan TG Haron Din. Selepas itu, satu persatu saya dipertemukan dengan para Ulama', Tuan Guru Pondok, para Habaib malah bertentang mata meminta nasihat dengan Insan Pilihan (Wali Allah).

    Sekarang, inilah saya. Seorang pendokong PAS dan saya telah berjanji untuk mewakafkan diri saya untuk perjuangan menegakkan Islam di atas muka bumi. Semoga Allah mencampakkan keikhlasan dalam diri kita, dan diredhai-Nya. Amien.

    Salam Persahabatan. ;)

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen