Thursday, November 22, 2012

Nombor Ekor

Ya, tajuk diatas agak pelik tetapi penulis hanya ingin terus menyampaikan isi dalam artikel ini dengan hanya menggunakan dua patah perkataan.

Bila berbicara mengenai nombor ekor, majoriti akan terbayangkan beberapa buah kedai ' Agensi Nombor Ramalan ' seperti Sports Toto, Da Ma Cai ataupun Magnum milik bekas rakan baik Anwar Ibrahim, Dato Nallakarupan.

Bagi masyarakat Melayu, perbuatan berjudi seperti membeli nombor ekor sememangnya dipandang hina kerana bertentangan dengan ajaran Islam berbeza dengan kaum lain seperti Cina dan India dimana merekalah golongan yang membuatkan perniagaan ini terus berjalan.

Walaubagaimanapun, penglibatan orang Melayu dalam aktiviti haram ini tidak dapat dinafikan lagi tambahan pula dengan terbitnya filem ' Ngangkung ' yang menunjukkan tiga orang sekawan berjumpa bomoh bagi meramalkan nombor yang akan keluar.

Perkara sedemikian memang benar berlaku dan terdapat sebuah kisah yang penulis dengar dengan seorang lelaki yang suka membeli nombor pergi berjumpa bomoh untuk mendapatkan nombor dengan harapan menang.

Ketika beliau sampai ke sebuah rumah dimana bomoh tersebut tinggal, beliau tunggu di luar rumah menunggu bomoh tersebut turun. Apabila bomoh tersebut turun, kerana ingin menguji kehebatan bomoh terbabit, beliau tidak memberitahu hajatnya datang kemari kerana percaya tok bomoh tersebut akan tahu dengan sendirinya.

Mereka berborak dan terus berborak sehingga suatu saat masing-masing ingin pulang, tiada sebarang tips ditinggalkan bomoh membuatkan si pembeli nombor ekor ini bengong apakah yang ingin disampaikan oleh tok bomoh tadi ketika sedang berborak.

Mengenai hal yang tok bomoh sebut yang melibatkan nombor adalah mengenai hal ' kahwin lebih '. Tok bomoh terbabit mengatakan jika pintu rumah terbuka balik nanti, anda boleh kahwin dua-tiga. Mungkinkah ini clue buat si pembeli nombor ekor.

Tetapi apakah dua nombor lagi selain dua dan tiga itu menjadi persoalan si pembeli nombor ekor. Beliau hanya mencuba nasib dengan meletakkan nombor yang ada dua dan tiga.

Malangnya apabila keputusan keluar, salah satu nombor yang tertera sebagai nombor kemenangan adalah 5523 . Beliau baru tersedar yang tok bomoh terbabit memberikan nombor yang tepat tetapi tidak dapat ditangkap oleh dirinya.

Ini kerana ketika tok bomoh berkata '' kalau balik rumah pintu terbuka '', tok bomoh terbabit memisahkan kedua-dua tangannya yang jarinya tertutup rapat seperti membuka pintu. kemudiannya tok bomoh terbabit berkata '' boleh kahwin dua tiga '' sebagai dua nombor terakhir.

Maka terbuktilah kehebatan tok bomoh terbabit dalam hal meramal nombor yang akan keluar. Tetapi ada juga yang bertanya '' Kalau dia boleh tahu nombor yang akan keluar, kenapa tok bomoh ini tidak mencari rezeki dengan menikam nombor sahaja ''.

Jawapannya adalah kerana mereka berpegang dengan syarat ketika mereka diajar dengan ilmu terbabit dimana mereka tidak boleh menggunakan ilmu dan kemahiran mereka untuk diri mereka kerana haram. Tetapi boleh membantu orang lain.

Begitu juga seperti yang dipaparkan dalam filem ' Ngangkung ' dimana mereka membawa keris, pedang dan pisau belati yang boleh dianggap sebagai barang pusaka untuk memuja hantu supaya datang dengan membawa nombor.

Mengenai hadiah kemenangan, penulis mendapat tahu bagi setiap Rm 1 yang dipertaruhkan, pembeli akan mendapat Rm 2,500 bagi tempat pertama manakala Rm 1000 di tempat kedua dan Rm 500 bagi tempat ketiga. Jadi kalau anda mempertaruhkan Rm100 di nombor yang keluar ditempat pertama, anda akan mendapat Rm 250,000 .

Perkiraan diatas merupakan permainan standard 4D yang menjadi pilihan pembeli nombor ekor. Terdapat pelbagai lagi jenis ramalan nombor seperti 4D Jackpot, 5D, 6D atau Supreme 6/58 yang mana peluang untuk menang semakin mengecil tetapi hadiahnya semakin lumayan.

Dalam sejarah kemenangan loteri, loteri paling besar yang pernah dimenenangi adalah bertempat di Amerika dimana pembeli mendapat sebanyak AS$ 656 juta ataupun lebih kurang Rm 1.8 billion dimana dikongsi tiga pemenang dari Kansas, Illinois dan Maryland yang dianjurkan oleh Syarikat nombor ekor terbesar di Amerika, Mega Millions.

Terdapat puluhan lagi pertaruhan yang mendapat wang kemenangan lebih daripada AS$ 100 juta di seluruh dunia. Dan disebabkan inilah kadangkala kita terlihat di surat khabar mayat yang telah ditanam digali semula kerana percaya yang slip nombor ekor berada di baju si mati.

Manakala di Malaysia, Sports Toto Malaysia ada melaporkan seorang pesara memenangi loteri berjumlah Rm 41, 443, 418.80 hasil nombornya yang dipertaruhkan Power Toto 6/55 Jackpot dengan kombinasi nombor 11, 12, 19, 22, 28 dan 39 .

Menurut pemenang nombor tersebut, beliau mendapat ilham untuk mempertaruhkan nombor tersebut dari nombor telefonnya pada kemenangan yang bertarikh 15 September 2012. Walaubagaimanapun, beliau mendakwa yang dua nombor tiket loteri tersebut datangnya dari Servis Khidmat Pelanggan Toto yang tersilap dengar nombor yang beliau berikan melalui telefon.

Anda boleh lihat pelbagai lagi rekod kemenangan di salah sebuah laman web Sports Toto [ klik sini ].

Syarikat-syarikat nombor ekor ini turut mengeluarkan senarai nombor-nombor yang kerap dimenangi di laman web dari tahun 1992 mereka contohnya disini [ klik sini ]. Nombor yang paling kerap 6495 dengan 21 kali keluar diikuti 3340 dengan 20 kali keluar sebagai nombor kemenangan.

Manakala bagi Syarikat Magnum ataupun di dalam filem ' Ngangkung ' dipanggil Mak Num, nombor yang dikategorikan sebagai nombor panas adalah 2572 kerana keluar sebagai nombor kemenangan sebanyak 21 kali begitu juga dengan angka 3558.

Boleh rujuk sini untuk melihat 10 nombor panas Magnum [ klik sini ] yang dikira semenjak 1 Januari 1990 lagi. Statistik ini bagi memudahkan pembeli nombor ekor membuat ramalan nombor apa yang mereka akan beli supaya menang.

Penulis sejujurnya tidak percaya dengan jalan pintas menjadi kaya dengan membeli nombor ekor kerana pertama sekali ia haram. Selain daripada itu, jika anda menang sekalipun, penulis jamin duit tersebut akan habis juga kerana duit tak berkat.

Penulis pernah mendengar kisah mengenai seorang lelaki yang membeli rumah hasil wang loteri tetapi akhirnya rumah terbabit hangus terbakar begitu juga dengan kisah seorang lelaki membeli kereta dari wang kemenangan nombor ekor yang akhirnya musnah akibat kemalangan.

Dan penulis yakin yang wang yang anda pertaruhkan semenjak pertama kali bermain loteri sudah semestinya lebih banyak dari hasil wang kemenangan. Jika syarikat loteri ini rugi, bagaimanakah perniagaan nombor ekor boleh berjalan lebih 20 tahun.

Selain daripada itu, masyarakat juga akan dikelilingi oleh golongan yang ketagih nombor ekor yang akhirnya memakan diri mereka sendiri kerana memerlukan wang untuk terus membeli nombor yang akhirnya memusnahkan institusi rumah tangga dan sebagainya

* Dan jika anda rasa Dato Nallakarupan sebagai teman baik Anwar Ibrahim dengan syarikat Magnumnya, anda harus ingat Tan Sri Vincent Tan sebagai teman baik Tun Mahathir dengan Sports Totonya yang mana merupakan anak syarikat Berjaya Group.

4 comments:

  1. ASSALAMU ALAIKUM WR-WB KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUAN AKI,JATI LUHUR KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL JITU YANG AKI,BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 380 JUTA ALHAMDULILLAH, SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN MOBIL WALAUPUN SAYA CUMA PNS GOLONGAN 1B.INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI, JATI LUHUR KARENA APAPUN KEADAAN ANDA JANGAN PERNAH BERPUTUS ASAH KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN AMIN.

    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI JATI LUHUR DI NMR +62852-2948-7855 ATAU KUNJUNGI WEPSITE (KLIK) www.uangghaib.webs.com SAYA SUDAH BUKTIKAN 3X THNKS ROOMX SOBAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Kisah benar berhubung dengan nombor ramalan ini saya paparkan dalam internet sebagai tatapan bersama, terpulanglah samada anda mahu percaya atau tidak. Bermula dengan sejarah ayah saya yang asalnya seorang polis dan dibuang kerja kerana berkahwin tiga. Mengalami sejarah kesusahan, merempat, bertukar ganti lokasi kerja akhirnya menetap di mampan, negeri9. Bekerja sebagai pekebun dan sesekali memburu ayam hutan bukanlah mudah. Menampung 3 isteri menyebabkan poket seringkali kering, tak berduit. Sehinggalah akhirnya bersama 2 orang sahabat menemui seorang guru di kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Sebenarnya guru tersebut adalah dukun perubatan traditional bukan ‘ustaz nombor ekor’ tetapi jenis orang yang sentiasa suka menolong orang. Sifat suka menolong mereka yang memerlukan menyebabkan dia disayangi penduduk setempat kawasannya tinggal.
    Diringkaskan cerita, setelah mereka bertiga berjumpa ‘guru yang juga pengusaha bakso medan’ di kampong belahan tampok tersebut. Masing-masing berceritalah tentang masaalah dan kerumitan masing-masing. Tentunya masaalah ekonomi menjadi agenda utama. Akhir sekali setelah akhir becerita mereka minta Pak Ustaz tadi member nombor kerana itulah sahaja jalan mendapatkan rezeki dengan segera. Pak Ustaz tu tersenyum dan cerita lagi berpusing-pusing, sambil sentuh sedikit bab agama kemudian cerita umum lagi...
    Sampai waktu hendak pulang ayah saya dan seorang rakannya berjabat salam sambil selit duit dalam tangan pak Ustaz tu. Seorang kawan lagi tidak memberi kerana pada anggapannya ‘ustaz tu tak berguna langsung, tak beri pun mereka nombor ekor yang diminta’. “Alaaa... apa susah2 tadi kata takde duit, ni kan duit ni. Awak ambillah...” katanya sambil pulangkan wang kertas merah note sepuluh yang mereka bagi.
    Kisah ini mungkin tidak menarik jika ayah tidak meneliti wang yang dikembalikan oleh Pak Ustaz. Ayah hulur RM33 tetapi ustaz tu pulangkan sehelai note 10 sahaja. Tak mungkinlah Ustaz tu ambil duit sebarangan. Tiba-tiba dia dapat ilham :ayat akhir ustaz ialah “...ni kan duit ni, awak ambillah...” lalu ditikamnya nombor duit yang ustaz pulangkan. Rezeki ayah saya memang baik. Nombor yang ditikam mengena tepat di tangga pertama.Sekarang ayah saya dapat membayar hutang dan membuka projek lembu feedloat di Jalan Seri Belahan , Kampung akhir dalam daerah batu pahat, bersempadan daerah Pontian. Projek lembu feedloat tersebut dibina berhampiran Dewan Warisan Seri Belahan dengan modal RM300 ribu tanpa meminjam sesen pun duit bank.
    Pergi mencari dukun bertiga tetapi hanya ayah saya seorang yang mendapat rezeki terpijak dari duit loteri nombor ekor. Seorang kawan tidak memperoleh kerana hanya memberi sehelai wang merah RM10, 1 kawan lagi tidak mendapat apa-apa kerana sifat kedekut dan lokeknya dibawa-bawa.
    Moralnya disini, rezeki empat atau enam angka bukan bergantung pada dukun, bomoh, paranormal semata-mata tetapi juga kepada orang-orang yang pemurah dan mahu berfikir.

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen