Saturday, November 3, 2012

Dana Sedekah Pusat Tahfiz Amal Tidak Pernah Cukup

Beberapa bulan lepas, penulis ke sebuah restoran di sekitar Shah Alam untuk menikmati makan malam bersama keluarga. Untuk lebih tepat pada 11 September tahun ini. Suasananya hanya dimeriahkan dengan gelak tawa pelanggan di restoran itu.

Selepas membuat pesanan, tiba-tiba seorang pelajar berusia lebih kurang 15 hingga 16 tahun mendekati meja yang penulis duduk bersama ahli keluarga yang lain. Nawaitu kedatangan pelajar terbabit dapat diduga penulis kerana sudah beberapa kali penulis berhadapn dengan situasi yang serupa iaitu untuk meminta sedekah.

Seperti yang dijangka, pelajar terbabit sememangnya ingin meminta sumbangan derma untuk Pusat Tahfiz yang penulis percayai Pusat Tahfiz Amal di Yan Kedah sambil menjual barangan kesihatan selain kismis dan sebagainya.

Ketika ditanya, pelajar terbabit menjawab jualan itu dibuat untuk meraih sumbangan buat tabung anak yatim. Dan apabila ditanya siapakah yang menghantar mereka untuk menjalankan aktiviti mengutip derma ini, pelajar terbabit mengatakan yang wardennya yang hantar.

Bapa penulis pula mendakwa yang Pusat Tahfiz di Yan Kedah ini tidak pernah mencukupi dananya kerana dari dahulu lagi, mereka menjalankan aktiviti mengutip derma dan dengar cerita pula Tok Guru mereka ini kebal tetapi tidak tahulah kesahihannya.

Penulis yang ketika itu baru sahaja mendapat telefon pintar dari ibu penulis telah merakam situasi tersebut yang mana anda boleh lihat dibawah ini. Walaubagaimanapun visualnya kurang jelas kerana pencahayaan yang malap selain resolusi yang kecil.



Apa yang ingin menjadi tanda tanya buat penulis mengapakah Pusat Tahfiz ini tidak pernah mencukupi dananya hingga memaksa mereka mempergunakan pelajar mereka untuk meraih wang. Apakah tiada bantuan dari kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan.

Ini berikutan penulis pernah ke bermacam-macam lokasi dan banyak lokasi mereka berada dan jika tidak salah penulis, sudah lebih lima kali penulis bertemu dengan pelajar yang meminta sumbangan buat sekolah mereka ini.

Mereka selalunya membawa sebuku buku resit dan kepada sesiapa yang memberikan sumbangan ataupun membeli barangan yang dijual, resit akan diberikan kemungkinan untuk membuatkan orang ramai yakin tentang kejujuran mereka membantu anak yatim.

Tetapi sampai bila??? Apakah stastus sekolah tahfiz tersebut ??

Blog Mazidul Akmal Sidek pernah menceritakan pengalamannya dan terdapat pelbagai maklumat mengenai kegiatan Pusat Tahfiz ini yang menjalankan aktiviti tetapi mengapakah perlakuan ini masih tidak dapat dibendung pihak berkuasa.

Baru-baru ini lebih kurang 4-5 hari lepas masih terdapat pelajar meminta sumbangan malangnya penulis tidak berada disitu kerana mengikuti sebuah kem di Puchong.

Selain itu, jika mereka kerap mengutip derma di sekitar Kuala Lumpur, bilakah waktunya mereka ingin belajar mendalami ilmu agama dan mengaji Quran? Aktiviti mereka ini sesungguhnya akan mendatangkan rasa penat terhadap mereka kerana terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Yan yang memakan masa lebih kurang lima jam.

Dalam sebuah artikel di dalam blog Mazidul Akmal Sidek, ada komen yang mendakwa yang pengetua pusat terbabit merupakan seorang pengikut Al-Arqam yang diisytiharkan menyeleweng oleh Jabatan Agama Islam yang bernama Azhar.

Jadi buat pihak berkuasa, bertindaklah dengan segera untuk menangani isu ini kerana ia jelas memudaratkan pelajar terbabit selain kemungkinan akan menyebabkan bencana buruk buat masyarakat. Jangan biarkan isu ini tertangguh lagi kerana isu ini sudah berlarutan terlalu lama.

Atau mungkinkah benar dakwaan yang mengatakan Tok Gurunya ini benar-benar kebal ???

3 comments:

  1. Benar-benar kebal tak mungkin bro..
    cuma belum bertemu buku dengan ruas.
    Tunggu masanya.
    Insyallah.

    ReplyDelete
  2. Sungguh saya hairan, di Kota Bharu pun tiap-tiap hari mereka ni bekerja di luar bank. Bekerja lebih gigih dari orang lain. Lagi menghairankan saya, kenapalah SM Amin atau Azhar Wahab itu terlalu kebal undang-undang? Teruk sangatkah undang-undang di Malaysia hingga tidak ada satu pun yang boleh digunakan untuk mendakwa dia?

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen