Monday, October 15, 2012

The Star Motor Carnival 2012 di Bukit Jalil

Pada 14 hingga 17 September lalu akhbar rakyat berbahasa Inggeris, The Star telah menganjurkan Karnival Permotoran The Star di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan pelbagai pengeluar kereta mengambil bahagian.

Selain pameran kereta-kereta baharu, acara lain yang mengambil bahagian pada karnival ini adalah pameran kereta klasik, pemanduan drift, test drive kenderaan baharu dan juga penglibatan Polis Diraja Malaysia.

Kereta yang menarik perhatian penulis ketika berkunjung ke Karnival tersebut adalah Honda Civic keluaran terkini Honda yang menampakkan ciri-ciri luaran yang sedikit berbeza namun masih mengekalkan rangka yang sama selain interior dalaman yang tidak berubah.







Toyota 86 yang dikeluarkan Toyota dan Subaru juga memukau mata penulis untuk melihat dengan lebih dekat. Kereta dua pintu yang mempunyai enjin 16 valve ini menggunakan Cubic Centimetre sebesar 1998 ( 2000 ) cc yang membolehkan kereta ini memecut sehingga 100 km/j dalam tempoh 7.6 saat sahaja.






Harga Toyota 86 ini bermula dari Rm 243,000 bagi transmisi manual manakala Rm 249,000 bagi transmisi automatik.Walaupun mempunyai reka bentuk luaran yang menarik, interiornya kelihatan masih lagi mengekalkan tradisi kenderaan Jepun yang lama.









Penglibatan Polis DiRaja Malaysia yang mempamerkan kereta 'emas' mereka iaitu Mitsubishi Lancer Evolutin X ataupun diberi nama Helang Lebuhraya. Kereta polis ini telah dibeli oleh PDRM beberapa buah bagi mengharungi cabaran di tengah lebuhraya seperti kejadian kejar mengejar selain ingin meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap PDRM.

Kereta polis ini dipercayai telah membuat beberapa perubahan spesifikasi bagi memudahkan lagi urusan pihak polis dalam menjalankan tugas.

Acara yang paling menarik perhatian penulis dan merupakan pendorong utama penulis ke Karnival ini adalah acara kereta klasik yang menampilkan lebih 40 buah kereta klasik pelbagai jenis yang tidak pernah penulis lihat.

Antaranya adalah sebuah kereta Mercedes yang penulis sendiri tidak ketahui namanya. Terdapat juga beberapa buah Porsche, Volvo dan yang paling menarik dalam kalangan kereta klasik adalah kehadiran Ferrari Dino yang dikatakan milik tokoh perbankan  Malaysia.

Kereta berenjin belakang ini merupakan salah sebuah kereta paling hebat sepanjang zaman kerana reka bentuknya yang menarik. Penulis pernah bertanya akan diri sendiri, mengapakah terdapat sesetengah pengeluar kereta membina kereta dengan enjin di belakang bukannya seperti biasa iaitu di hadapan pemandu.

Akhirnya penulis mendapat jawapan apabila melihat sebuah dokumentari yang mengenai pembuatan kereta di Astro dimana menyatakan kereta yang mempunyai enjin di sebelah belakang mempunyai dayatan pecutan yang lebih kuat kerana arus tenaga terus dihantar dari belakang ke tayar berbanding enjin dihadapan yang perlu ke belakang sebelum menggerakkan tayar.

Bagi Porsche, mereka mempunyai satu lagi sebab mengapa mereka selalu membuat enjin di belakang. Ini kerana dikatakan enjin dibelakang boleh dibuat sedikit rendah berbanding di hadapan yang mana boleh meningkatkan lagi kestabilannya apabila enjinnya diturunkan pusat gravitinya ( lowering the centre of gravity ) .

Ferrari Dino yang menggunakan konsep enjin di belakang ini hanya mempunyai beberapa buah sahaja di Malaysia dan hanya beberapa ribu buah sahaja Ferrari Dino dikeluarkan ketika pengeluarannya. Tidak dapat dipersoalkan kenapa sebuah Ferrari Dino biasa berharga paling kurang pun US$ 200,000 ataupun anggaran sekitar Rm 600,000.




Rolls Royce Silver Cloud yang dikeluarkan pada tahun 1958 juga menarik perhatian apabila menjadi kereta Rolls Royce tunggal dalam acara ini. Model Silver Cloud ini dipasarkan dari tahun 1955 hingga 1966 dengan lebih kurang 7,000 buah unit sahaja dikeluarkan.

Menurut pemiliknya melalui artikel di The Star, Rolls Royce ini merupakan antara salah sebuah Rolls Royce terawal yang mempunyai transmisi automatik dan power steering. Ketika dikeluarkan, Rolls Royce belum lagi menggunakan enjin yang menjadi satu tanda kemegahan mereka iaitu 6750 cc sebaliknya menggunakan enjin 4.9 liter.

Pengimport kereta klasik Malaysia, Rainbird Classic juga tidak ketinggalan mempamerkan koleksi mereka. Antara yang menarik perhatian penulis adalah sebuah Ford Model T yang dikeluarkan pada tahun 1923.

Kenapa menarik???

Kerana Ford Model T merupakan satu-satunya kereta yang benar-benar vintaj yang menyertai pameran ini selain menjadi batu loncatan Henry Ford ketika zaman kegemilangannya mengeluarkan kereta.

Ford Model T merupakan model pertama didunia yang dikeluarkan secara besar-besaran ( mass production ) oleh Henry Ford. Pada zaman dahulu kala, sesiapa yang ingin mempunyai sebuah pengakutan bermotor iaitu kereta perlulah membeli rangka dan enjin dari pengeluar. Kemudiannya, pemasangan badan dan sebagainya dilakukan oleh coachbuilder yang anda kehendaki.

Henry Ford yang mana mengeluarkan kereta Ford Model T hasil tercetusnya ilham untuk membina sebuah kereta untuk orang ramai dengan harga  yang mampu milik. Makanya, beliau mengeluarkan model dimana mempunyai tujuan yang sama iaitu mengangkut seseorang ke destinasi yang dituju dengan spesifikasi minimun.

Ini membuatkan Ford Model T senang terjual kerana harganya yang berpatutan iaitu sekitar US$ 850 dan turun sehingga US$ 260 ketika awal tahun 1920-an. Disebabkan ini jugalah Ford berjaya meluaskan pasarannya ke serata Eropah dan benua Amerika yang menyebabkan Ford berjaya mengeluarkan lebih 15 juta unit kereta. Hal ini sekaligus menjadikan Henry Ford sebagai salah seorang manusia terkaya di dunia ketika zamannya.

Selain itu, kereta yang dipamerkan Rainbird Classic merupakan kereta yang sama digunakan ketika perarakan kemerdekaan di Dataran Merdeka tempohari yang mana membawa veteran perang Malaysia iaitu Alfa Romeo Spider.

Kereta ini juga pernah penulis pamerkan ketika pameran kereta Alfa Romeo di Citta Mall beberapa bulan yang lalu

* Jangan lupa hadirkan diri anda pada Perhimpunan kereta-kereta Klasik dan Vintaj Malaysia yang ketiga yang diadakan serentak dengan Asia Klasika-Historic Automobiles Festival 2012 di Pusat Konvesyen dan Pameran Matrade di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 11 November 2012

Acara akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan akan menampilkan koleksi terbaik dari ' Johor Royal Automobile Collection '

** Maklumat akan dikemaskini

Dibawah ini adalah gambar-gambar yang penulis ambil ketika berkunjung ke Karnival tersebut ;
























Porsche







































































Alfa Romeo



















































































































Chevrolet Corvette





































































Volvo










































































































































































































































No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen