Saturday, September 1, 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-55

Pagi semalam, penulis bersama-sama bapa penulis pergi ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan Perarakan dan Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang bermula tepat jam 8.00 pagi sejurus ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqubillahi Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun.

Sesungguhnya kehadiran Tuanku amat menceriakan majlis kerana kedatangannya pada majlis ini simbol kesihatan Baginda kembali pulih. Penulis sangkakan yang Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V akan hadir bagi menggantikan Agong kerana pembedahan matanya selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Hampir kesemua pemimpin negara hadir pada majlis ini termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad bersama isterinya, Tun Siti Hasmah. Sambutan ini turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera selain pegawai tertinggi polis dan tentera.

Majlis gilang gemilang sempena 55 tahun kemerdekaan negara ini juga dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara dan juga Ketua-ketua Setiuasaha Kementerian masing-masing. Tidak lupa juga dijemput ialah duta, diplomat, konsulat dan juga atache-atache asing.

Sambutan ini yang disertai lebih 13,000 kontijen dari pelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia boleh dikatakan antara sambutan terbesar dalam tempoh empat tahun yang penulis pernah hadiri. Lebih menarik, kehadiran orang ramai menyerikan lagi majlis yang dianggarkan lebih kurang 12,000 . Secara keseluruhannya, kesemua yang berada di Dataran Merdeka dianggarkan lebih kurang 30,000 orang.

Majlis ini dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.40 ini mendapat sambutan ramai namun apabila slogan Janji Ditepati dilaungkan, respon keselurahannya terarah kepada peserta kontijen bukannya seperti slogan ' Malaysia Boleh ' dan ' 1Malaysia ' yang dilaungkan oleh kesemua hadirin.

Apa yang menarik pada majlis ini, lagu tema Janji Ditepati penulis perasan yang terdapat sedikit perubahan pada rangkap kedua dimana baris yang menyebut '' Kini masa balas budi '' ditukar dengan ayat lain yang mana penulis tidak berapa pasti apakah ayatnya. Jika penulis tidak silap ia berbunyi begini '' Bendera kibar megah berdiri ''.

Selepas Seri Paduka Baginda berangkat pulang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak turun padang bersama-sama dengan kontijen bagi menyampaikan ucapan kepada kontijen dan juga para hadirin diikuti tepukan gemuruh.

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil sekitar Dataran Merdeka sempena Ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-55 ;


Lintas hormat udara oleh Angkatan Tentera Malaysia

Belasan ribu penonton yang hadir bagi menyaksikan Sambutan Kemerdekaan negara

Perbarisan dengan membawa bendera Jalur Gemilang

Pancaragam

Bendera-bendera negeri di dalam Malaysia


Sepanduk transformasi negara
























Terdapat kanak-kanan menyertai acara perbarisan


Lintasan dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia
























Lintasan oleh pemandu teksi di Malaysia yang menjadi salah satu tulang belakang sektor pelancongan negara



Anggota keselamatan dari pelbagai agensi turut melakukan perbarisan

Unit bermotor Polis DiRaja Malaysia

Anggota tentera membawa raifal dalam lintas hormat


Perbarisan dari Kementerian Kewangan























Kereta klasik turut menyerikan majlis dengan membawa Veteran Perang yang berkhidmat di Congo. Kereta ini turut digunakan Tunku Abdul Rahman ketika pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka






Rainbird Classic turut menghantar dua buah kereta Alfa Romeo bagi membawa dua orang Veteran Perang



















Kereta Lotus turut diberikan penghargaan untuk membawa Veteran Perang kerana dimiliki oleh Syarikat Malaysia

Unit Pancaragam dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


Anggota tentera yang menyertai perbarisan terdiri daripada pelbagai pasukan





















Unit berkuda Polis DiRaja Malaysia



Ribuan kontijen berhimpun bagi bersama-sama menari 

Suasana sekitar Dataran Merdeka


















Dato' Seri Najib Tun Razak membuat ucapan kepada hadirin



















Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein bersalaman dengan orang ramai

Panglima Angkatan Tentera Malaysia


Dato' Seri Menteri Belia & Sukan 

Timbalan Ketua Polis Negara Dato Seri Khalid Abu Bakar

Bendera Malaysia berkibar di Dataran Merdeka

Gelagat salah seorang pengunjung yang hadir

Seorang kanak-kanak berpakaian lengkap sebagai seorang tentera

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen