Saturday, September 8, 2012

Bunuh Diri

Baru-baru ini terdapat kejadian di SS12 , Subang Jaya dimana seorang lelaki Kanada yang juga pensyarah di kolej swasta sekitar Bandar Suwnay membunuh diri kerana dipercayai kecewa akibat putus cinta dengan teman wanitanya dengan menjerut dirinya dengan kain langsir dari tingkat lima di balkoni rumahnya.

Pelbagai kejadian bunuh diri berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, yang paling menonjol iaitu putus cinta, kalah judi dan juga kerana tekanan mental. Faktor lain punca cenderungnya masyarakat untuk membunuh diri adalah kerana maruah ataupun perasaan rasa bersalah, sakit yang amat sangat dan juga kehilangan orang yang tersayang seperti ahli keluarga ataupun rakan karib.

Tiada golongan khusus dalam masyarakat yang cenderung membunuh diri. Dari seorang penyapu sampah sehinggalah seorang maharaja pun sanggup membunuh diri kerana maruah katanya. Salah satu sebab mengapa mereka membunuh diri kerana ingin mereka percaya yang tiada jalan lain bagi menyelesaikan masalah mereka.

Terdapat pelbagai cara untuk membunuh diri dan paling lazimnya adalah dengan terjun bangunan, makan ubat sehingga overdos, mengelar pergelangan tangan, meminum racun, menembak, terjun ke laut dan juga menjerut leher.

First Officer Murdoch mengacukan pistol kearah orang ramai sebelum
menembaknya
Dalam hal rasa bersalah, anda boleh lihat didalam filem terhebat sepanjang zaman, Titanic arahan James Cameron dimana salah seorang pegawai kanan Murdoch ingin mengawal keadaan yang kelam kabut dengan menembak salah seorang pelancong yang berada diatas kapal itu yang ingin menerjah kearah bot keselamatan yang hendak diturunkan. Selepas beberapa saat, rakan kepada mangsa yang ditembak itu datang memaku mangsa  dan seterusnya menyebabkan anak kapal tersebut berasa bersalah membuatkan dia membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.

Kevin Carter
Hal sedemikian juga berlaku tetapi lebih dipengaruhi dengan tekanan perasaan yang tinggi iaitu berkaitan dengan penerima anugerah Pulitzer iaitu Kevin Carter. Beliau merupakan seorang jurugambar juga sebagai jornalis yang lahir di Afrika Selatan pada era Apertheid iaitu pada tahun 1960.

Puncanya bermula apabila beliau ke Sudan, bagi melaporkan mengenai krisis kebuluran disana pada Mac 1993 ketika usianya 33 tahun. Beliau mengambil sekeping gambar yang mana menunjukkan seorang kanak-kanak yang hendak menuju ke kem makanan tidak seberapa jauh dari situ sedang mati kebuluran dengan seekor burung sedang menunggu masa untuk memakannya. Selepas mengambil gambar tersebut, beliau pun meninggalkan tempat kejadian.

Selepas gambar tersebut dikeluarkan pada 26 Mac 1933, beliau dihujani dengan pelbagai kritikan dari orang ramai dan diantaranya adalah daripada surat khabar St. Petersburg Times dimana menulis kenyataan ini terhadap beliau '' Lelaki ini melaraskan lensanya hanya untuk mengambil gambar yang baik bagi menunjukkan kesengsaraan budak itu. Juga seorang pemangsa dan seekor lagi burung ( pemakan bangkai ) dalam gambar ini. ''.

Orang ramai juga melontarkan pelbagai soalan terhadap nasib kanak-kanak tersebut sama ada sampai ke kem makanan atau tidak. Surat khabar tersebut menjawab yang mereka tidak mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut sampai ke kem makanan tersebut ataupun tidak.

Pada 27 Julai 1994, beliau memandu keretanya ke Sungai Braamotein Spruit River yang juga merupakan kawasan beliau bermain ketika kanak-kanak. Beliau menyambungkan hos dari ekzos trak pikapnya dan memasukkan hos tersebut kedalam kereta melalui tingkap belakang. Beliau disahkan mati akibat keracunan Karbon Monoksida dan meninggalkan sekeping nota bunuh diri.

'' Saya amat tertekan... Tanpa wang... Duit untuk sewa... Dana bagi menyokong kanak-kanak... Wang bagi membayar hutang... Duit!!!... Saya dihantui dengan kenangan yang jelas mengenai pembunuhan dan mayat dan marah dan kesakitan... Terhadap orang yang kebuluran ataupun sedang sakit... Mencetuskan rasa gembira kepada orang gila, selalunya polis dan juga algojo... Saya sepatutnya pergi menyertai Ken jika saya bernasib baik ''.

Paul Castle ( kiri ) bersama Putera Charles
Terdapat pelbagai lagi orang yang membunuh diri tidak terkecuali manusia yang kaya-raya seperti Paul Castle iaitu seorang taikun hartanah. Beliau dipercayai membunuh diri kerana masalah kewangan jika dilihat berdasarkan dari transaksi yang dibuatnya beberapa tahun sebelum kejadian bunuh diri itu dan ditambah lagi penderitaan jantungnya yang kronik dan juga mengalami ketumbuhan. Beliau sebelum itu pernah bermain Polo bersama Putera Charles, pewaris takhta Kerajaan Britain dan juga pernah bertemu Permaisuri Elizabeth.


Ramai lagi tokoh terkemuka yang mati bunuh diri antaranya ;

Prince Alfred
Prince Alfred of Edinburgh - Mati kerana menembak dirinya sendiri ( Kerabat Diraja Britain )
Jose Manuel Balmaceda - Mati menembak dirinya sendirinya ( Presiden Chile )
Chris Benoit - Membunuh dirinya selepas membunuh isteri dan anaknya ( Penggusti terkenal )
Cleopatra - Membenarkan seekor ular mematuk dirinya ( Ratu Mesir )
Vincent van Gogh - Menembak dirinya ( Pelukis dan Pengukir terkenal )
Tony Hancock - Overdos kerana meminum vodka dan amphetamines ( Pelawak British )
Roy Raymond - Terjun dari Jambatan Golden Gate ( Pengasas Victoria's Secret )
Getulio Vargas - Menembak dirinya ( Presiden Brazil )




Terdapat ramai juga ahli sukan ataupun atlet yang membunuh diri antaranya adalah Jeff Alm, Robert Enke, Tim Carter, Kenny McKinley, Dale Roberts, Junie ( pemain bolasepak ) , Roman Lyashenko ( pemain hoki Rusia ), Dusan Pasek  ( pemain hoki ais Slovakia ) Jeret ' Speedy ' Peterson ( pemain ski Amerika / layak ke olimpik ) dan juga Gary Speed ( pemain bola sepak Wales dan juga pengurus ).

Robert Enke
Senarai diatas menunjukkan bertapa hebatnya mental seorang pemain, tetapi mereka juga tidak mampu mengawal tekanan perasaan yang tinggi menyebabkan mereka membunuh diri. Bahkan terdapat sebahagian pemimpin yang berada di puncak kepimpinan membunuh diri kerana tidak dapat mengawal tekanan dek kerana serangan politik dari pelbagai arah.

Sesungguhnya kita patut memberikan pujian yang baik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana mampu berdiri teguh berucap diatas pentas dan menjawat jawatan Ketua Pembangkang meskipun dihimpit dengan pelbagai tuduhan seperti salah laku seksual... Kejap jambu kejap nyonya... Disumbat kedalam penjara bertahun-tahun...

Dalam masyarakat di Malaysia, budaya membunuh diri oleh sebab ingin lari dari masalah bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik. Ini seiring dengan budaya ketimuran masyarakat Malaysia yang majoritinya berpegang teguh dengan ajaran agama terutamanya penganut beragama Islam.

Namun ada dakwaan yang mengatakan yang masalah membunuh diri semakin membimbangkan di Malaysia. Statistik mendapati lebih kurang 500 orang rakyat Malaysia mati akibat membunuh diri pada tahun 2010. Angka berkenaan bagaimanapun tidak merujuk kepada kes cubaan membunuh diri. Ini kerana kajian mendapati yang kematian berlaku bagi nisbah 20:1 yang bermaksud dalam 20 cubaan membunuh diri, hanya seorang sahaja yang mati.

Islam turut menjelaskan isu mengenai bunuh diri ini termasuk perungkaian mengenai Jihad sesetengah orang yang meletupkan bom yang diikat pada badannya dengan atas nama jihad seperti kejadian di Bali. Kerana bukan ajaran Islam bagi membinasakan diri kerana haram mencelakakan diri sendiri selain memburukkan lagi imej ajaran Islam.

Bagaimanapun, hanya Allah sahaja yang berhak untuk memberikan syahid kepada individu yang berhak menerimanya. Kerana dalam sesetengah situasi, mungkin seorang Islam sanggup merisikokan dirinya bagi kepentingan orang Islam yang lain makanya ia bukannya dilabel sebagai bunuh diri tetapi ia adalah pengorbanan terhadap agama.

Hadis juga menerangkan mengenai hukum membunuh diri daripada Abu Hurairah R.A.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya ; sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.

Cukup lengkap hadis tersebut dimana terdapat huraiannya disini iaitu hukum membunuh diri ialah haram kerana manusia merupakan makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan mempunyai akal untuk berfikir. Selain itu, membunuh diri menunjukkan diri kita lari dari tanggungjawab sebagai seorang manusia. Ia menunjukkan yang kita seolah-olah membayangkan kita kurangnya percaya pada takdir Allah. Sedangkan dalam Islam menyeru umatnya supaya bersabar serta bertawakal dan tidak berputus asa apabila ditimpa musibah kerana ia merupakan ujian tuhan.

Manakala dalam Al-Quran juga terdapat firmah Allah S.W.T pada Surah An-Nisaa' ayat yang ke-29 yang bermaksud ; '' dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. ''.

Dalam erti kata lain, apa-apa jua alasan yang diberikan untuk membunuh diri adalah dilarang sama sekali walauapapun alasannya. Bagaimanapula dengan Eutanasia ataupun Mercy Killing yang mana membunuh seorang pesakit yang sakit yang mana peluang untuk sembuh terlalu tipis.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah membincangkan isu ini. Setelah meneliti dan mendengar taklimat, hujah-hujah, pandangan dan penjelasan dari beberapa pihak. Muzakarah telah mendapat satu persetujuan mengenai hal ini.

Muzakarah berpandangan bahawa menghentikan hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan menggunakan apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah haram dan dilarang oleh Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa perbuatan mempercepatkan kematian melalui amalam eutanasia ( samada Eutanasia Voluntary, Non-Voluntary atau Involuntary ) atau mercy killing adalah haram menurut Islam kerana menyamai perbuatan membunuh dan ianya juga bertentangan dengan Etika Perubatan di Malaysia.

Bagaimanapun, dalam hal Brain Death ataupun mati otak, ia disahkan sebagai satu kematian oleh pakar. Justeru, adalah harus bagi memberhentikan rawatan bantuan sokongan dengan persetujuan waris terdekat selepas disahkan oleh dua pakar perubatan yang tidak terlibat dalam urusan pendermaan organ.

Pokoknya disini adalah kepada manusia yang memberi alasan ingin membunuh mati kerana tidak mahu menanggung derita kesakitan yang dihadapinya adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana sesungguhnya  ia adalah membunuh diri.

Selepas ini, penulis akan memperuntukkan sedikit masa untuk menulis sebuah kisah membunuh diri yang mengejutkan orang ramai dalam sejarah ....

Bagi membaca kisah mengenai seorang Ahli Politik Amerika membunuh diri ketika sidang media sila

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen