Wednesday, September 12, 2012

Ahli Politik Amerika Bunuh Diri Ketika Sidang Media ( Video )

Robert Budd Dwyer
Robert Budd Dwyer merupakan seorang ahli politik di Pennsylvania yang berkhidmat sejak tahun 1971 hingga 1981 sebagai Senator Pennsylvania mewakili daerahnya iaitu Daerah ke-50. Beliau juga menjadi Bendahari Pennsylvania yang ke-30 dari tahun 1981 hingga 1987.

Beliau lahir di Saint Charles, Missouri pada 21 November 1939 pernah menduduki kerusi sebagai salah seorang ahli Dewan Perwakilan Crawford County dan Pennsylvania dari tahun 1965 sebelum meneruskan karier politiknya sebagai Senator.

Perkara yang mendorong beliau membunuh diri bermula apabila dikatakan pada awal 80-an, pekerja-pekerja Jabatan Komanwel Pennsylvania telah membayar berjuta dolar lebihan dalam hal berkaitan cukai dibawah Akta Pengagihan Insuran Persekutuan ( FICA ). Bagi menyelesaikan kes berkenaan, mereka membuat bidaan kontrak bagi firma perakaunan bagi menyiasat sama ada perlu dipulangkan wang cukai lebihan kepada pekerja mahupun tidak.

Kontrak tersebut telah dianugerahkan kepada Computer Technology Assosciates ( CTA ) iaitu sebuah firma yang berpangkalan di California yang dimiliki oleh John Torquato. Kemudiannya, Gabenor Pennsylvania Dick Thornburgh menerima sekeping nota daripada orang yang tidak dikenali yang mendakwa terdapat aktiviti rasuah semasa proses membida kontrak yang bernilai US$ 4.6 juta.

Dwyer ( tiga dari kiri ) bersama dengan Presiden Ronald Reagan
Penyiasatan telah diambil oleh Jabatan Peguam Negara Amerika dan beliau telah didakwa menerima rasuah berjumlah US$ 300,000 bagi mendorong kontrak berkenaan diberikan kepada CTA. Mereka juga mendakwa John Torquato, isterinya, peguamnya iaitu William Smith dan juga bekas pengerusi Parti Republikan Pennsylvania, Bob Asher.

Dwyer ditawarkan hanya satu pendakwaan iaitu dakwaan menerima rasuah dengan syarat melepaskan jawatannya sebagai Bendahari Pennsylvania dan memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam penyiasatan  ( yang akan membuatkan beliau dikenakan penjara maksimum 5 tahun ) namun beliau menolaknya dan menafikan segala salah lakunya.

Sebaliknya, beliau meneruskan perbicaraan secara penuh namun hujah peguamnya berjaya dipatahkan oleh pendakwa raya kerana dikatakan kes tersebut hanya berkenaan dengan orang yang didakwa kerana Dwyer berpendapat pendedah maklumat yang semestinya melakukan perkara yang sama tidak ditahan yang mana dipercayai mereka ini merupakan pekerja staf Parti Republikan di Dauphin County.

Dwyer ketika membaca ucapan terakhinya
Beliau disabitkan kesalahan menerima rasuah pada 18 Disember, 1986. Walaubagaimanpun, beliau menafikan segala tuduhan tersebut dan mendakwa dirinya tidak bersalah. Beliau seterusnya menulis surat kepada Presiden Ronald Reagan bagi mencari pengampunan daripada presiden.

Walaupun telah disabitkan kesalahan, beliau terus berkhidmat sebagai Bendahari Pennsylvania kerana diizinkan dibawah undang-undang Pennsylvania. Hakim Mahkamah Daerah pada 23 Januari 1987 telah mendapati beliau bersalah dan dikenakan denda US$ 300,000 dan penjara sehingga 55 tahun. Manakala rakannya, Bob Asher telah dikenakan penjara setahun sebelum berkhidmat dengan Parti Republikan sebagai Ahli Jawatankuasa Republikan Pennsylvania.

Berikut merupakan video kes pembunuhan Robert Budd Dwyer

* Diingatkan kepada mereka yang mempunyai masalah lemah semangat dan sebagainya supaya tidak menonton tayangan dibawah serta perlahankan kekuatan speaker anda kerana dikhuatiri mengejutkan anda.



Kejadian bunuh diri ini berlaku pada 22 Januari, 1987 apabila beliau memanggil sidang media bagi menyatakan yang beliau tidak bersalah dan berikrar tidak akan meletakkan jawatan daripada kerusi Bendahari Pennsylvania.

 Berikut merupakan video ucapan terakhir beliau sebelum beliau membunuh dirinya dengan pistol



Dalam ucapan terakhirnya, beliau menegaskan beliau tidak bersalah dan berterima kasih kepada sesetengah pihak yang bersamanya. Beliau juga berkata yang beliau menghadapi denda US$ 300,000 dan sehingga 55 tahun penjara walaupun tidak bersalah. Pada waktu ini, kos US$ 300,000 bersamaan dengan US$ 1.2 juta ketika ini.

Gambar ini diambil beberapa saat sebelum Dwyer menembak dirinya
Beliau juga mempersendakan demokrasi Amerika kerana mendakwa yang mereka mengetahui bahawa dirinya tidak bersalah dengan berkata '' They know I'm innocent and want to help. But in this nation, the world's greatest democracy, there is nothing they can do to prevent me from being punished for a crime they know i did not commit. '' dalam masa yang sama menampakkan rasa kecewanya ketika itu.

Sebelum meninggal dunia, jika anda lihat pada video pertama sebelum membunuh diri beliau memberikan tiga keping envelop kepada tiga orang stafnya. Satu daripadanya mengandungi nota bunuh diri kepada isterinya, manakala satu lagi envelop mengandungi kad penderma organ dan hal berkaitan pendermaan dan satu lagi surat diutuskan kepada Gabenor Pennsylvania.

Selepas itu, beliau mengeluarkan pistol .357 Magnum dan meminta dan merayu kepada media supaya keluar dari bilik persidangan jika ia akan menggangu anda. Mereka yang berada disitu memujuk supaya Dwyer melupakan hasratnya dan ada yang cuba menhampirinya. Namun beliau berkata '' Jangan... Jangan... Jangan.. Ini akan mencederakan seseorang '' sebelum beliau membuka mulutnya dan memasukkan barel pistonya kedalam mulutnya dan menarik picu.

Beliau jatuh selepas menembak dirinya dan peluru berkenaan dikatakan tembus diatas kepalanya. Kelihatan darah mengalir deras dari hidungnya selepas menembak dirinya dan dipercayai mati beberapa saat selepas itu.

Kes ini boleh dikatakan antara peristiwa yang bersejarah dalam sejarah penyiaran dunia kerana tindakan ini dilakukan ketika sidang media sedang berlangsung membuatkan orang ramai terkejut dengan kejadian tersebut.

** Penulis akan berhenti menerbitkan artikel buat sementara waktu kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan PMR penulis. Jangan lupa follow blog ini supaya anda dapat mengikuti perkembangan blog ini pada pertengahan Oktober... Inshallah... Tolong doakan kejayaan penulis

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen