Sunday, August 26, 2012

PAS Seleweng Duit Zakat Fitrah ???

Penulis ada membaca sebuah blog yang mendakwa yang Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) mengambil wang zakat fitrah untuk kegunaan parti. Pembaca boleh membuat carian di google seperti di link sebelah ini [ klik ] yang menuduh PAS menyonglap duit zakat fitrah.

Penulis amat kesal dengan tuduhan-tuduhan sebegini kerana penulis merupakan salah seorang yang membayar zakat fitrah dihadapan seorang Bendahari PAS di kampung penulis di Perlis. Resitnya memang dikeluarkan diatas nama PAS tetapi adakah wangnya pergi ke PAS.

Pada malam 18 Ogos 2012 bersamaan dengan 29 Ramadan penulis membayar zakat fitrah mewakili bapa penulis dan tanggungannya sebanyak Rm 54 bagi 9 orang tanggunggan bapa penulis. Setiap kepala perlu dibayar sebanyak Rm 6 tetapi bapa penulis menyediakan Rm 60.

Makanya wang Rm 6 lagi dikira sebagai sumbangan ataupun derma oleh Bendahari PAS yang mengambil zakat dari penulis. Tuduhan Blogger-blogger yang mendakwa PAS menyonglap wang zakat fitrah adalah amat tidak masuk akal.

Ini kerana wang terbabit penulis percaya akan diberikan kepada Asnaf yang lapan oleh Bendahari PAS terbabit. Jika kita boleh membayar zakat fitrah kepada golongan yang duduk disebelah masjid mengapa tidak boleh bayar kepada Bendahari PAS ?

Jika kita boleh bayar zakat fitrah menerusi SMS mengapa tidak boleh bayar kepada Bendahari PAS ? Sesungguhnya penulis percaya yang tuduhan mengatakan PAS seleweng wang zakat fitrah hanya fitnah segolongan pihak.

Penulis berharap supaya fitnah ini dapat dihentikan dan percayalah yang PAS lebih arif menguruskan wang tersebut dan percayalah yang mereka tidak akan menggunakan wang Asnaf yang lapan untuk kepentingan peribadi mereka. Kecuali sumbangan Rm 6 bapa penulis kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen