Tuesday, August 21, 2012

Jemaah Pemangku Sultan ( Kedah ) Hadiri Solat Sunat Aidilfitri

Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Hamid Thani
Sultan Badlishah
Pagi Aidilfitri disambut meriah dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah di Masjid Zahir bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat jelata.

Pada jam 8.32 pagi Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah yang juga adinda kepada Sultan Kedah tiba di perkarangan Masjid Zahir disambut oleh Exco dan ADUN Negeri Kedah termasuk Dato Paduka Ahmad Bashah Mat Hanipah.


Seterusnya pada jam 8.36 pagi, Yang Teramat Mulia Tunku Sallehudin Sultan Badlishah tiba dan diikuti Menteri Besar Kedah, Dato Seri Ustaz Azizan Abd. Razak hadir menggunakan kereta Mercedes S Class 350 bersama isterinya.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Yang Teramat Mulia Tunku Annuar Sultan Badlishah tiba jam 8.48 pagi dengan menaiki BMW 740 Li berwarna putih seterusnya masuk ke Masjid Zahir diiringi oleh Ustaz Azizan dan para pembesar Kedah yang lain.



Yang Teramat Mulia Tunku Sallehudin Sultan Badlishah
Manakala pada jam 8.55 pagi, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong tiba dengan menaiki kereta Bentley berwarna hitam disambut oleh isteri-isteri pembesar negeri Kedah. Walaubagaimanapun, Seri Paduka Baginda Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah tidak dapat hadir kerana kurang sihat selepas menjalani pembedahan mata.








Yang Teramat Mulia Tunku Annuar
Sultan Badlishah
Ketibaan Baginda menandakan tibalah masa untuk Bilal melaungkan iqamat bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri yang mana penulis terpaksa bersembahyang diluar masjid akibat penuhnya masjid yang kebanyakan perantau yang pulang beraya di kampung.


Penulis bersejadahkan sampin apabila terpaksa menunaikan Solat Sunat Aidilfitri ini diatas batu bata masjid. Syukur kepada Allah kerana ada insan yang baik hati membenarkan penulis bersama-sama bersembahyang diatas sampinnya.


Selepas mendengar khutbah Aidilftiri, Yang Teramat Mulia Tunku Annuar Sultan Badlishah bersama-sama adindanya Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Sallehudin Sultan Badlishah beraya bersama rakyat jelata. Turut serta Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Rakyat beraya bersama Ahli Jemaah Pemangku Sultan





Tepat jam 10.00 pagi kesemua mereka pulang ke Istana Anak Bukit bagi meraikan Aidilfitri bersama rakyat jelata yang lain. Turut kelihatan disana adalah pewaris takhta Kesultanan Kedah, Tunku Putra Badlishah iaitu putera sulung Tunku Annuar bersama puteranya.

Penulis mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Seri Paduka Baginda Tuanku Abd Halim Muadzam Shah semoga sempat sembuh.

Gambar lain akan menyusul...

Klik Bawah Untuk Gambar Yang Lain 

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen