Sunday, August 26, 2012

PAS Seleweng Duit Zakat Fitrah ???

Penulis ada membaca sebuah blog yang mendakwa yang Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) mengambil wang zakat fitrah untuk kegunaan parti. Pembaca boleh membuat carian di google seperti di link sebelah ini [ klik ] yang menuduh PAS menyonglap duit zakat fitrah.

Penulis amat kesal dengan tuduhan-tuduhan sebegini kerana penulis merupakan salah seorang yang membayar zakat fitrah dihadapan seorang Bendahari PAS di kampung penulis di Perlis. Resitnya memang dikeluarkan diatas nama PAS tetapi adakah wangnya pergi ke PAS.

Pada malam 18 Ogos 2012 bersamaan dengan 29 Ramadan penulis membayar zakat fitrah mewakili bapa penulis dan tanggungannya sebanyak Rm 54 bagi 9 orang tanggunggan bapa penulis. Setiap kepala perlu dibayar sebanyak Rm 6 tetapi bapa penulis menyediakan Rm 60.

Makanya wang Rm 6 lagi dikira sebagai sumbangan ataupun derma oleh Bendahari PAS yang mengambil zakat dari penulis. Tuduhan Blogger-blogger yang mendakwa PAS menyonglap wang zakat fitrah adalah amat tidak masuk akal.

Ini kerana wang terbabit penulis percaya akan diberikan kepada Asnaf yang lapan oleh Bendahari PAS terbabit. Jika kita boleh membayar zakat fitrah kepada golongan yang duduk disebelah masjid mengapa tidak boleh bayar kepada Bendahari PAS ?

Jika kita boleh bayar zakat fitrah menerusi SMS mengapa tidak boleh bayar kepada Bendahari PAS ? Sesungguhnya penulis percaya yang tuduhan mengatakan PAS seleweng wang zakat fitrah hanya fitnah segolongan pihak.

Penulis berharap supaya fitnah ini dapat dihentikan dan percayalah yang PAS lebih arif menguruskan wang tersebut dan percayalah yang mereka tidak akan menggunakan wang Asnaf yang lapan untuk kepentingan peribadi mereka. Kecuali sumbangan Rm 6 bapa penulis kepada mereka.

Saturday, August 25, 2012

( Gambar ) Pagi Aidilfitri Bersama Jemaah Pemangku Sultan

Ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah

Ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah bersama puteranya Yang Mulia Tunku Sarafuddin Badlishah 




Ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abd Razak


Bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri  Diraja Mahdzir Khalid bersembang bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah

Yang Amat Mulia Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tunku Annuar Sultan Badlishah 

Ketibaan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun



Yang Amat Mulia Tunku Annuar bersalaman dengan jemaah yang hadir



Orang ramai beratur untuk beraya dengan Ahli Jemaah Pemangku Sultan dan Menteri Besar Kedah




Keberangkatan Pulang Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 

Keberangkatan Pulang Yang Amat Mulia Tunku Annuar Sultan Badlishah ke Istana Anak Bukit

Klik Bawah Untuk Gambar Yang Lain 
[ Kenangan Aidilfitri Terakhir Almarhum Tunku Bendahara Kedah ]

Tuesday, August 21, 2012

Jemaah Pemangku Sultan ( Kedah ) Hadiri Solat Sunat Aidilfitri

Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Hamid Thani
Sultan Badlishah
Pagi Aidilfitri disambut meriah dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah di Masjid Zahir bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat jelata.

Pada jam 8.32 pagi Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah yang juga adinda kepada Sultan Kedah tiba di perkarangan Masjid Zahir disambut oleh Exco dan ADUN Negeri Kedah termasuk Dato Paduka Ahmad Bashah Mat Hanipah.


Seterusnya pada jam 8.36 pagi, Yang Teramat Mulia Tunku Sallehudin Sultan Badlishah tiba dan diikuti Menteri Besar Kedah, Dato Seri Ustaz Azizan Abd. Razak hadir menggunakan kereta Mercedes S Class 350 bersama isterinya.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Yang Teramat Mulia Tunku Annuar Sultan Badlishah tiba jam 8.48 pagi dengan menaiki BMW 740 Li berwarna putih seterusnya masuk ke Masjid Zahir diiringi oleh Ustaz Azizan dan para pembesar Kedah yang lain.



Yang Teramat Mulia Tunku Sallehudin Sultan Badlishah
Manakala pada jam 8.55 pagi, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong tiba dengan menaiki kereta Bentley berwarna hitam disambut oleh isteri-isteri pembesar negeri Kedah. Walaubagaimanapun, Seri Paduka Baginda Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah tidak dapat hadir kerana kurang sihat selepas menjalani pembedahan mata.








Yang Teramat Mulia Tunku Annuar
Sultan Badlishah
Ketibaan Baginda menandakan tibalah masa untuk Bilal melaungkan iqamat bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri yang mana penulis terpaksa bersembahyang diluar masjid akibat penuhnya masjid yang kebanyakan perantau yang pulang beraya di kampung.


Penulis bersejadahkan sampin apabila terpaksa menunaikan Solat Sunat Aidilfitri ini diatas batu bata masjid. Syukur kepada Allah kerana ada insan yang baik hati membenarkan penulis bersama-sama bersembahyang diatas sampinnya.


Selepas mendengar khutbah Aidilftiri, Yang Teramat Mulia Tunku Annuar Sultan Badlishah bersama-sama adindanya Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Sallehudin Sultan Badlishah beraya bersama rakyat jelata. Turut serta Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Rakyat beraya bersama Ahli Jemaah Pemangku Sultan





Tepat jam 10.00 pagi kesemua mereka pulang ke Istana Anak Bukit bagi meraikan Aidilfitri bersama rakyat jelata yang lain. Turut kelihatan disana adalah pewaris takhta Kesultanan Kedah, Tunku Putra Badlishah iaitu putera sulung Tunku Annuar bersama puteranya.

Penulis mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Seri Paduka Baginda Tuanku Abd Halim Muadzam Shah semoga sempat sembuh.

Gambar lain akan menyusul...

Klik Bawah Untuk Gambar Yang Lain 

Wednesday, August 15, 2012

Raya dan Rolls Royce Olimpik London ( Update )

Assalamualaikum... Syukur kepada hadrat Ilahi kerana memanjangkan umur penulis sehingga ke hari ini ingin menzahirkan rasa syukur terhadap kurniaannya yang tidak terhingga. Penulis, Wan Abd Rahman selaku penulis blog ini semenjak tahun 2008 amat berbesar hati dengan pembaca-pembaca yang masih terus melawat blog ini.

Sesungguhnya tanpa Ramadan tiadalah Syawal dan tanpa Puasa tiadalah Raya. Penulis yang masih duduk menyandari kerusi pejabat ini masih teguh menulis meskipun memasuki musim yang boleh dikatakan penting oleh pelajar-pelajar Tingkatan tiga.

Disini penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pembaca-pembaca blog seafailed.blogspot.com ini dan ingin memohon ampun dan maaf jika berlaku perselisihan faham diantara penulis dan pembaca.

Jika ada yang kurang senang dengan tulisan penulis, penulis ingin menegaskan yang penulis menulis berdasarkan realiti yang berlaku sekarang ini meskipun ada yang menganggap penulis sebagai penyokong Komunis dan kadangkala dituduh menyokong pembangkang,

Seperti blogger-blogger yang lain, penulis merupakan seorang yang neutral dan tulisan penulis jarang sekali ingin membawa agenda mahupun ideologi tertentu. Tindakan penulis mengkritik sesetengah pihak merupakan pandangan peribadi penulis yang tidak dipengaruhi apa jua keadaan.

Buat pengetahuan pembaca, pada 31 Ogos iaitu Hari Kemerdekaan Negara kemungkinan besar penulis akan melakukan tugasan penulis bagi melaporkan dan berkongsi gambar pada Perarakan Kemerdekaan Negara di Dataran Merdeka.

Bulan September merupakan masa genting buat penulis maka kecenderungan menulis penulis akan berkurangan dan akan meningkat semula selepas pertengahan Oktober.

Akhir sekali penulis berharap kita  bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-55 dan Hari Penubuhan Malaysia pada 16 September.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Pada acara penutupan Sukan Olimpik di London, Rolls Royce telah mempamerkan kereta coupe terhebat mereka iaitu Rolls Royce Phantom Drophead Coupe yang hanya direka khas sebanyak tiga buah Phantom sempena Majlis Penutupan Sukan Olimpik ke-30.

Sebelum itu, penulis ingin berkongsi mengenai sebuah gambar yang diambil pada tahun 1948 sempena Sukan Olimpik yang ke-14 di London yang mana menampilkan sebuah gambar yang memaparkan obor Sukan Olimpik dibawa menaiki Rolls Royce Silver Wraith bersama dengan bendera Union Jack.
























Dibawah ini merupakan gambar Rolls Royce yang menunjukkan penyanyi terkenal Tinie Tempah yang terkenal dengan lagu Written In The Star yang menyanyikan lagu itu pada Malam Majlis Penutupan Sukan Olimpik bersama Jessie J.

Manakala selepas itu, Taio Cruz yang terkenal dengan lagu Break Your Heart mendendangkan lagu Dynamite dari dalam Rolls Royce Phantom di Stadium Olimpik, London. Phantom yang dinaiki Jessie J menggenakan plat nombor JJ manakala TT buat Tinie Tempah dan TC buat Taio Cruz.






















































Berikut merupakan Phantom Drophead Coupe yang digunakan pada malam tersebut










































































































































Papan veneer pada dashboard Rolls Royce Phantom Drophead Coupe dilihat penulis sebagai kelas veneer terbaik di dunia dan penulis tidak pernah melihat veneer secantik itu seumur hidup penulils.




Saturday, August 4, 2012

Bantah Bukannya Bermaksud Pembangkang

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim merupakan seorang menteri yang paling dihormati di Malaysia kerana kewibawaannya berkhidmat buat Malaysia selama puluhan tahun dan menjadi satu-satunya menteri di Malaysia yang berkhidmat buat lima Perdana Menteri.

Penulis menyanjung tinggi Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sebagai seorang pemimpin negara kerana beliau merupakan seorang yang boleh dikatakan senior dalam arena politik negara. Meskipun beliau hanya menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, peranannya dalam kerajaan amat tinggi kerana semenjak dahulu beliau telah diberikan kedudukan yang penting seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Luar Negeri dan banyak lagi.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama empat tahun iaitu dari tahun 1978 hingga 1982. Ahli Parlimen Jelebu ini tidak pernah diketepikan dalam kerajaan walaupun pernah bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Timbalan Presiden Semangat 46 suatu ketika dahulu sebelum beliau kembali ke UMNO.

Menteri yang gemar menggunakan perkataan-perkataan unik Melayu ini pernah membicarakan perihal perkataan mantan yang katanya merupakan suatu istilah dari Bahasa Indonesia yang bermaksud orang yang tidak bekerja. Rata-rata di Malaysia perkataan mantan digunakan bermaksud seorang yang pernah menjawat sesuatu jawatan ataupun perkataan yang benarnya 'bekas'.

Beliau pernah dicalonkan sebagai Setiausaha Agung Komanwel pada tahun 2007 namun beliau menolak pencalonan tersebut kerana kurangnya masa buatnya untuk berkempen kerana terikat dengan komitmen dan tugas dengan jawatankuasa bagi Sambutan Hari Kemerdekaan ke-50.

Namun Dr. Rais Yatim sebagai penggerak Sambutan Kemerdekaan Negara ke-55 telah melakukan suatu kontroversi buat negara apabila menggunakan Tema ' Janji Ditepati ' sebagai Tema Kemerdekaan tahun ini. Hampir 10,000 likes dari pengguna Facebook yang menentang tema Janji Ditepati olehnya.

Kontroversi Tema Kemerdekaan 2012 kian meruncing apabila logonya yang pernah penulis ulas ( disini ) mendapat kutukan dan kecaman pelbagai pihak kerana ia dilabelkan sebagai buruk dan hodoh selain tidak mempunyai nilai estetika.

Hal ini bertambah parah apabila lagu rasmi Kemerdekaan Negara yang ke-55 telah dimuatnaikkan di Youtube yang mana lirik lagunya yang ditulis oleh beliau mendapat tontonan 148,850 orang telah mendapat sebanyak 16,087 'dislikes' dan hanya 308 orang yang 'like' video tersebut.

Ini menunjukkan lebih 90 % pengguna atas talian menentang lirik lagu Janji Ditepati yang dikatakan sebagai bermotifkan politik dan menggesa rakyat supaya membalas budi kerajaan yang dikatakan banyak membantu rakyat. Lagu ini juga didakwa segelintir pihak telah mengambil rentak dari sebuah lagu kerohanian agama Kristian dari Indonesia.

Bila ditanya mengenai hal ini di Twitter Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim, beliau menjawab yang ia hanyalah propaganda pembangkang yang cemburu terhadap kejayaan kerajaan mengotakan janji mereka. Beliau juga menyatakan tiada logo rasmi sambutan tahun ini melainkan logo 1Malaysia.

Disini penulis ingin berkongsi kekesalan dengan kenyataan-kenyataan Rais Yatim yang banyak mempersendakan rakyat yang memberi kritikan kepada kerajaan mengenai Tema Kemerdekaan tahun ini.

Sesungguhnya bukan kesemua rakyat Malaysia menyokong parti-parti pembangkang seperti yang dikatakan oleh Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim. Bagi penulis, pembangkang akan membangkang apa jua perkara tetapi rakyat biasa akan bersama membangkang bersama pembangkang jika apa yang dilakukan oleh kerajaan tidak kena.

Penulis ingin menjelaskan disini bukan semua yang mengkritik itu penyokong pembangkang, tetapi mereka ini tidak bersetuju dengan kerajaan dalam sesuatu isu. Jadi, janganlah mengecap mereka ini sebagai pembangkang kerana kami tidak gemar digelar sebagai pembangkang.

Kerana umum mengetahui yang pembangkang mempunyai suatu permasalahan besar dengan kerajaan berbanding dengan rakyat biasa yang membantah segelintir hal berkaitan dengan pentadbiran kerajaan. Manakala pembangkang jika apa pun berlaku, mereka akan tetap membangkang dan sebab itulah kita panggil mereka pembangkang bukannya Konservatif dan Liberal ataupun Republikan dan Demokrat.

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim perlu membuang persepsi mengenai kami yang membantah mengenai tema Kemerdekaan dan elakkan mengecap kami sebagai pembangkang.

Kontroversi ini boleh dielakkan jika Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim tidak menggunakan Tema ' Janji Ditepati ' sebagai Tema Kemerdekaan Negara 2012. Sebaliknya, beliau perlu memilih sebuah tema yang lebih nasional dan tidak bersifat politik.

Penulis ingin bertanyakan kepada Dato' Seri, kenapakah selama lebih 40 tahun kerajaan menggunakan tema dalam setiap Kemerdekaan semenjak tahun 1970, tiada satu pun isu yang timbul membabitkan Tema Kemerdekaan. Kenapa tahun ini yang mana temanya kebetulan sama dengan slogan Barisan Nasional telah mendapat kritikan dari rakyat Malaysia?

Kerana bukan kesemua rakyat Malaysia penyokong kerajaan Barisan Nasional. Amat sukar sekali bagi isu-isu seperti ini dipolitikkan oleh pembangkang tetapi kerana kerajaan mensabotaj Sambutan Kemerdekaan, sesungguhnya ia tidak dapat diterima bagi rakyat yang Malaysia yang berbeza pandangan politik untuk menerima Tema berkenaan.

Disini, sekali lagi penulis ingin mendesak sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak menyokong pembangkang supaya Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim menggantikan Tema Kemerdekaan 2012 dengan sebuah Tema yang bersemangat nasional.

Penulis amat menghormati Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sebagai seorang pemimpin dan janganlah menyalahgunakan suatu Sambutan Kebangsaan untuk kepentingan politik Barisan Nasional sekaligus menukar Lagu Tema ' Janji Ditepati ' dan mereka logo baru.

* Penulis pernah mengucapkan tahniah secara personally kepada Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim selepas Perarakan Kemerdekaan 2011 di Dataran Merdeka kerana kejayaan sambutan tersebut. Kemungkinan besar tidak tahun ini selagi Dr. Rais Yatim tidak menukar Tema Kemerdekaan.