Tuesday, July 17, 2012

Tema Kemerdekaan Paling Bodoh Dalam Sejarah Malaysia

Bodoh itulah perkataan yang paling ikhlas daripada penulis kepada jawatankuasa bertugas yang memilih frasa 'Janji Ditepati' sebagai Tema Kemerdekaan tahun 2012 sempena Ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-55 .

Dalam 15 tahun penulis hidup di Malaysia, ini merupakan satu Tema paling bodoh yang boleh penulis gambarkan pernah dicipta untuk suatu sambutan besar buat negara. Sesungguhnya, penulis dan semua orang perlu mengakui yang tema kemerdekaan tahun ini hanya bermotif politik.

Sejarah menunjukkan selama 42 tahun Malaysia mengguna pakai sistem Tema untuk Hari Kemerdekaan Negara, tema tahun ini satu-satunya tema dalam senarai lebih 30 tema negara yang langsung tidak mempunyai maksud.

Apa maksud Janji Ditepati ?

Bayangkan anda seorang pemuda yang bertemu dengan seorang pelancong asing yang bertanya apakah Tema Kemerdekaan Malaysia tahun ini. Anda pun menjawab ' 1Malaysia, Janji Ditepati adalah tema untuk tahun ini.

Kemudian pelancong tersebut bertanya apakah maksud ' Janji Ditepati '. Adakah anda akan menjawab yang kerajaan akan mengotakan janji mereka kepada rakyat Malaysia dan disebabkan itulah kami menggunakan tema tersebut.

Tak rasa malukah wahai kerajaan Malaysia ? Tema selalu mengajak rakyat yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa untuk bersama-sama menjayakan tema tersebut. Tetapi tema tahun ini boleh dikatakan hanya valid buat penjawat awam dan kerajaan Barisan Nasional.

Kerana sesungguhnya frasa tersebut hanya memerlukan penjawat awam untuk menunaikan janji-janji yang ditabur oleh kerajaan pada pilihan raya yang lepas bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka persaingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Mari kita lihat senarai Tema Kemerdekaan sejak tahun 1970 ;


TAHUN
TEMA
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan
2009
1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010
1Malaysia Menjana Tranformasi


Manakala buat tahun 2011 ialah 1Malaysia - Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera dan tahun ini merupakan tema paling buruk dalam Sejarah Malaysia iaitu Janji Ditepati.

Jika saudara saudari dari senarai diatas ini, jelas setiap satunya mempunyai nilai-nilai murni seperti Berdisiplin, Nasionalisme, Bersatu, Jati Diri, Akhlak, Muhibah dan sebagainya. Jika tiada nilai murni sekalipun, tema akan diambil yang menunjukkan misi negara pada masa hadapan.

Contohnya, ' Bersatu Ke Alaf Baru ' , ' Wawasan 2020 ' , ' Sains dan Teknologi Alat Perpaduan ' dan ' Bermasa Kearah Kemajuan ' . Meskipun ada Tema Kemerdekaan yang menggunakan perkataan seperti ' Bersatu ' dan ' Berjaya ' , ia merangkumi pelbagai aspek yang meluas seperti yang digunakan pada tahun 1988 hingga 1990.

Kadangkala, maksud yang mendalam bagi sesuatu tema akan berjaya digunakan lagi seperti Tema Keranamu Malaysia yang mana mengajak rakyat Malaysia supaya bersyukur dengan rahmat tanahair yang bertuah ini. Sehinggakan ia digunapakai selama 6 tahun dan mampu dihasilkan lagu untuk tema tersebut yang mana diingati oleh setiap pelajar Malaysia kerana terdapat dalam kandungan buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Cukuplah dengan tema yang kadangkala tidak menunjukkan kita sebagai sebuah negara bangsa. Contohnya pada tahun 2010 tema yang digunakan ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Kenapa penulis kata sedemikian rupa ?

Kerana slogan tersebut mengambil ayat yang mana telah diMelayukan dari Bahasa Inggeris. Umum mengetahui yang perkataan Jana datangnya dari perkataan generate manakala Transformasi datangnya dari perkataan Transform.

Sebenarnya kita boleh meletakkan tema dengan maksud yang sama dengan 1Malaysia Menjana Transformasi dengan menggunakan perkataan Melayu Asli. Kita mempunyai perbendaharaan yang luas kenapa tidak kita gunakan.

Jika penulis berada dalam jawatankuasa Tema Kemerdekaan, penulis akan menggunakan perkataan Mengerakkan dan Perubahan bagi menggantikan perkataan Menjana dan Transformasi yang digunakan pada tahun 2010 bagi Tema Kemerdekaan.

Makanya, slogan kemerdekaan tahun 2010 akan berbunyi ' 1Malaysia Mengerakkan Perubahan ' bukannya ' 1Malaysia Menjana Transformasi ' . Penulis tidak tahu jika kerajaan Malaysia tidak mempunyai jawatankuasa penetap Tema yang reliable.

Masih belum terlewat bagi kerajaan Malaysia untuk menukarkan Tema Kemerdekaan kepada suatu slogan yang lebih bermakna dari slogan Janji Ditepati yang turut digunakan oleh Barisan Nasional dalam kempen mereka membantu rakyat.

Penulis memohon supaya Dato Seri Perdana Menteri supaya mengubah Tema Kemerdekaan Negara tahun 2012 kepada satu tema yang lebih bermakna buat Malaysia tidak bermotifkan politik. Sesungguhnya penulis menyokong tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang tidak mengiktiraf tema kemerdekaan tahun ini.

Kerana dalam sejarah Malaysia, tiada satu pun tema kemerdekaan yang jelas bermotifkan politik. Kemungkinan kerajaan Barisan Nasional terlalu terdesak bagi menjalankan kempen mereka sehingga mencampur adukkan satu perayaan besar Negara dengan politik.

* Bayangkan apa Mahadzir Lokman akan cakap bagi menjelaskan tema negara kepada diplomat... 1Malaysia Promise Will Be Fullfilled ???

6 comments:

  1. Salam sahabat. Sokong 100% kenyataan saudara. Apa punya tema daaa...bertemakan politik. jelas sangat.

    ReplyDelete
  2. Ya saudara... Nak berpolitik pun ada hadnya... Mana boleh ssuatu acara bersifat kebangsaan menggunakan tema yg sedemikian rupa... Tak masuk akal langsunggg... Ptot smua org pulaukan tema tahun kemerdekaan tahun ini

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sebagai rakyat Malaysia saya rasa sedih kerana tema hari kemerdekaan tahun ini nyata dan terang bersifat politik. saya amat menyokong pendapat saudara. mungkin mereka yang berkenaan menganggap bahawa malaysia ini adalah hak orang tertentu saja sedangkan kita yang dilebel pembangkang ini tidak berhak ke atas malaysia. mungkin mereka juga terlalu gahirah untuk mendapatkan sokongan dari golongan yg hanya pandai meminta dan terus meminta dan mereka lupa orang yg memberi suatu hari nanti akan muflis.Kita perlu ingatkan mereka bahawa jika tiada pembangkang belum tentu malaysia akan menjadi malaysia seperti sekarang.Kita perlu ingatkan kpd mereka hari tak semestinya cerah kalau sudah tertulis janganlah melawan arus buruk padahnya.

    ReplyDelete
  5. bukankah menepati janji itu salah satu akhlak yang mulia? dan sedarkah kita memungkiri janji itu salah satu sifat munafik?

    ReplyDelete
  6. Kepada Anonymous... Menepati Janji itu merupakan satu sifat yang mulia seperti yang saudara katakan... Namun dalam konteks ini, menggunakan slogan Janji Ditepati itu amatlah tidak sesuai kerana ia seperti slogan Kerajaan yang ingin menunjukkan kerja mereka yang boleh disifatkan sebagai riak... Lagipun di Malaysia, rakyat mempunyai pelbagai ideologi politik dan haruslah bagi kerajaan mengelakkan menggunakan tema yang mengundang kontroversi seperti ini.

    Saudara sendiri boleh melihat Tema Kemerdekaan Negeri Kedah ' Terus Berbakti ' yang lebih membawa maksud mendalam bersama-sama rakyat dan kerajaan berbakti buat negara. Tiada bantahan!

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen