Wednesday, July 25, 2012

Logo Kemerdekaan 2012 Tanda Korupsi Kerajaan ???

Sebenarnya tidak baik buat penulis untuk berkata buruk mengenai 'Krisis Kemerdekaan Negara' yang semakin meruncing ini. Setelah pelbagai pihak mempertikaikan slogan yang digunakan untuk tahun ini iaitu ' Janji Ditepati ' kini terdapat satu lagi isu yang timbul mengenai Logo Hari Kemerdekaan 2012 yang dikatakan orang ramai sebagai memalukan.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri pernah menyebut supaya berkata benar walaupun pahit, disini penulis dengan rendah diri menyatakan yang Logo Kemerdekaan 2012 boleh dikategorikan sebagai Logo Sampah yang mana penulis boleh ciptanya ketika penulis berusia 4 tahun kerana penulis sudah pun pandai menggunakan ' Paint '.

Jadi tiada masalah bagi menggabungkan perkataan-perkataan dan beberapa gambar yang mana membentuk Logo. Bukan sahaja penulis tetapi orang ramai sudah pasti tertanya-tanya siapakah dalang yang mereka grafik Logo Kemerdekaan negara ini.

Penulis amat yakin yang pereka grafik bagi Sambutan Kemerdekaan Negara sebagai seseorang yang baru atau boleh dipanggil newbie atau dalam perkataan permainan internet terkenal iaitu DoTA, pereka logo ini boleh digelar Noob iaitu orang yang tak reti reka.

Penulis sememangnya faham yang Kerajaan Malaysia sudah tidak mempunyai banyak wang dek kerana terpaksa berbelanja lebih bagi memberi Rm500 kepada isi rumah yang berpendapatan rendah dan juga tayar kepada pemandu teksi.

Persoalannya disini bagaimanakah seorang yang begitu bodoh dan daif dapat mereka logo bagi sesebuah acara yang besar seperti Sambutan Kemerdekaan. Penulis ada melihat sebuah gambar dari Page '' Kami Bantah Logo Kemerdekaan Malaysia ke 55 '' yang mana mendakwa bahawa pereka logo ini adalah merupakan seorang kakitangan kerajaan yang baru dua tiga bulan bekerja.

Lebih malang lagi pegawai yang bertugas mengenai hal ehwal rekaan logo Kemerdekaan tahun ini meluluskan Logo sampah terbabit. Penulis tertanya-tanya berapakah wang yang telah disogok pereka terbabit bagi meluluskan design rekaannya.

Jika tidak mampu untuk mengupah sesebuah syarikat untuk melakar ataupun mereka Logo Kemerdekaan, penulis sendiri boleh menawarkan skuad penulis untuk mereka Logo Kemerdekaan Negara. Ini kerana penulis percaya rakan-rakan penulis amat mahir dalam selok belok menggunakan perisian untuk mereka sesuatu perkara bahkan penulis sendiri pernah melihat mereka mereka logo untuk satu kumpulan.

Tetapi kenapa tidak ?

Sudahlah Temanya telah mengundang pelbagai kritikan dari orang ramai, tambah lagi dengan Logonya yang boleh dikatakan sampah. Seeloknya buat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, buatlah satu pertandingan melukis Logo Kemerdekaan secara terbuka jika tidak mampu mengupah seseorang untuk melakar.

Ribuan rakyat Malaysia boleh menyumbangkan karya seni mereka untuk dijadikan sebagai Logo Kemerdekaan Negara. Bahkan dalam Page yang penulis sebutkan tadi, terdapat pelbagai hasil kerja tangan anak Malaysia dalam mereka Logo Kemerdekaan Negara.

ATAU

Mungkinkah pereka grafik dan juga pegawai yang bertugas bagi hal ehwal Logo Kemerdekaan 2012 dengan sengajanya mensabotaj Sambutan Kemerdekaan Negara dengan meletakkan Logo sesampah yang boleh bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap Slogan yang digunakan.

Ini mungkin satu teori penulis yang mana penulis merasakan yang pegawai bertugas sengaja menyindir Kerajaan Malaysia yang menggunakan slogan Barisan Nasional. Jika benar itu niatnya, penulis menyokong...

Dibawah ini merupakan segala rekaan menarik yang dihasilkan oleh Anak Malaysia untuk Kerajaan Malaysia secara percuma bagi Sambutan Kemerdekaan Negara ( diambil dari sini ) ;

CALON GANTI LOGO SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2012 ;





































































































































































































































































































Walau apa pun logo yang mereka hendak pilih, desakan pertama penulis iaitu menukar slogan Janji Ditepati menjadi keutamaan penulis supaya Kerajaan Malaysia menukarnya. Jika benar Kerajaan mendengar kehendak rakyat sila dengar suara kami yang menentang sehabis-habisnya Tema dan Logo Kemerdekaan Negara 2012.

Transformasi perlu dilaksanakan sekarang, jangan malukan negara dengan Logo dan Tema yang begitu sampah sekali dimata dunia. Kononnya negara ingin mencapai negara Maju dalam masa 8 tahun lagi, tapi Logo pun tak boleh buat betul-betul jangan haraplah ...

* Tak baik marah-marah bulan puasa tapi kritik sikit-sikit boleh la kot

Selamat Berbuka Puasa buat Umat Islam dan Menjalani Ibadah dalam bulan Ramadan ini...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen