Monday, July 9, 2012

Kenapa Aku Tak Makan Sushi ?

Sushi, apa itu Sushi? Sushi merupakan jenis makanan Jepun yang terkenal di serata dunia kerana dikatakan enak dimakan yang mana mengandungi pelbagai ramuan dipercayai mengandungi khasiat dari bahan yang digunakan untuk membuat Sushi kerana ia tidak dimasak.

Lazimnya, makanan yang dimasak akan kekurangan nutrisinya kerana khasiatnya terbakar dek kerana haba yang dimasak ketika ingin menyediakannya. Mungkin itu sebabnya orang tua-tua gemar memakan sayuran mentah dengan begitu sahaja kerana kaya dengan khasiatnya.

Semenjak penulis dilahirkan, penulis tidak pernah memakan Sushi kerana tidak pernah dibawa ke restoran francais makanan Jepun. Ini bukan kehendak penulis tetapi kerana pengaruh bapa penulis yang menyatakan bahawa Sushi merupakan makanan terakhir di dunia yang dia akan makan.

Seingat penulis, makanan yang paling hampir dengan Sushi yang penulis pernah jamah ialah Wasabi yang kerap kali dimakan dengan Sushi yang mana amat memedaskan. Kenapa penulis makan ? Kerana penulis dicabar oleh rakan-rakan penulis ketika Minum Petang khas buat ahli Skim Lencana Anti Dadah dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Cabarannya senang sahaja, ambil Wasabi letak di dalam pinggan. Kemudian ambil sudu teh dan ambil Wasabi itu menggunakan sudu teh tersebut lalu masukkan kedalam mulut bersama-sama pencabar yang lain. Selepas habis makan tidak dibenarkan minum. Sesiapa yang cukup gagah boleh teruskan memakan wasabi untuk pusingan kedua dan seterusnya sehingga anda terpaksa minum air untuk mengelakkan rasa pedas dalam mulut anda.

Namun bukan itu yang ingin penulis ceritakan, tetapi mengenai persoalan mengapakah bapa penulis tidak suka makan Sushi. Jika ditanya soalan itu, beliau akan berkata '' Selagi ada nasi apa semua, kita makan nasi '' . Tidak pernah penulis mendapat satu jawapan yang akademik dan diterima Sains.

Nak dijadikan cerita mengenai perungkaian mengenai Sushi ini, bermulanya ketika penulis ke rumah guru tuisyen penulis untuk belajar. Disana, guru penulis ini menceritakan mengenai microorganism yang hidup yang mana kita tahu terdapat berjuta jenis microorganism didunia ini.

Guru penulis ini menceritakan mengenai parasite yang mana gemar menyedut benda dan menceritakan mengenai seorang remaja yang berenang di laut yang mana kemudiannya remaja tersebut dimasuki parasit  di dalam tubuhnya. pelbagai lagi kisah yang guru penulis sampaikan kepada kami para pelajar dan akhir sekali pesan beliau, jika ingin mengetahui mengenai parasite, tontonlah 'Monster Inside Me' di Animal Planet.

Penulis pun tontonlah dokumentari Monster Inside Me yang menceritakan mengenai pengalaman mangsa yang pernah dimasuki parasit kedalam badannya. Banyak kali penulis tonton dokumentari ini yang mana pada setiap episod yang mempunyai durasi selama sejam, rancangan ini mempunyai tiga segmen mengenai kes-kes mangsa dimasuki microorganism.

 Selepas menonton dokumentari ini dengan pelbagai episod, penulis tersedar yang setiap satu dari tiga segmen dari setiap episod mempunyai kes mengenai mangsa yang dicerobohi oleh parasit disebabkan makan makanan tidak masak.

Dan seingat penulis, ada pasangan yang melancong ke Afrika makan Sushi yang dihidangkan oleh chef persendirian yang mana telah menyebabkan mereka berdua mendapat sakit hasil parasite didalam Sushi tersebut. Pelbagai lagi kisah menarik mengenai parasit yang diakibatkan oleh Sushi dalam dokumentari bersiri ini.

Dari situ penulis sedar yang mengapa bapa penulis tidak mengalakkan penulis untuk pergi makan makanan yang tidak masak itu kerana mungkin takut jika penulis mahupun keluarga penulis diceroboh parasite jahat ke dalam badan penulis.

Ini kerana makanan yang tidak dimasak sememangnya mempunyai khasiat kerana khasiatnya tidak terbakar. Tetapi dalam masa yang sama parasite-parasite dan segala jenis microorganism juga akan terus hidup ketika kita makan. Jika makanan dimasak, bakteria juga akan mati kerana haba panas yang mana jika anda belajar Sains, microorganism tidak boleh hidup dalam suhu yang panas.

Ketika menerangkan perkara ini kepada rakan penulis, rakan penulis mengutarakan soalan kenapakah orang Jepun boleh hidup lama ketika dengan memakan Sushi. Penulis berpendapat yang mereka hidup lama kerana keadaan suasana disana amat bersih yang mana boleh dikatakan ekosistem mereka tidak tercemar bukannya seperti Malaysia.

Jika makanan dari francais Sushi di Malaysia mendakwa mereka mengimport daging Sushi dari Jepun sekalipun. Keadaan ketika proses menghantar bahan membuat Sushi tersebut barangkali tercemar ketika berada di dalam kapal.

Penulis disini ingin berkongsi mengenai kenapakah kita tidak dibenarkan memakan babi. Segala yang dirancang oleh Allah akan seiring dengan Sains jadi sudah pastilah ada sebabnya. Bukan sekadar jawapan kerana ia tak baik untuk kesihatan yang gemar dijawab oleh orang dewasa.

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wincousin terhadap babi, beliau mendapati yang terdapat sistem di kerongkong babi yang menyebabkan pelbagai virus berkumpul di dalamnya yang akan membahayakan manusia yang memakan babi.

Selain itu, mengikut kajian lain mendapati yang kulit babi sedikit tebal dimana jika dimasak atau dibakar pada suhu kebiasaan kita masak, microorganism didalamnya tidak akan mati kerana kulitnya yang boleh dikatakan kalis haba. Dalam Monster Inside Me turut memaparkan kes mengenai seorang mangsa yang dimasuki parasite kerana memakan daging babi.

Bagi orang Islam, syarat sah untuk memakan haiwan sembelihan, haiwan yang disembelih itu perlulah disembelih di lehernya dan tidak boleh dibunuh dengan gaya memburu menggunakan senapang. Malangnya, babi tidak punyai leher jadi dimana kita nak sembelihnya jika Allah tidak mengharamkannya sekalipun.

Terdapat pelbagai lagi sebab mengapa Allah melarang umatnya memakan babi kerana faktor-faktor yang akan memudaratkan pemakannya. Akhir sekali, penulis ingin menunjukkan sebuah video yang dimuat naik ke dalam youtube mengenai babi.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen