Sunday, July 15, 2012

Himpunan Pemilik Kereta Alfa Romeo Malaysia

Bagi mempromosikan model terbaru yang dikeluarkan oleh Alfa Romeo iaitu Alfa Romeo Giulietta, Kelab Pemilik Kereta Alfa Romeo Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai AROC Malaysia merujuk kepada Alfa Romeo Owner Club Malaysia telah mengadakan satu himpunan kereta.


Alfa Romeo Giulietta menjadi daya penarik utama buat penulis kerana kecantikan reka bentuk yang agak sporty dan boleh dikatakan advance dalam desingnya menarik perhatian orang ramai. Dengan enjinyya yang kurang dari 1.7 liter, Giulietta boleh dikategorikan sebagai kereta pilihan bagi orang yang berduit untuk berjimat buat jangka masa panjang.


Harga diatas jalan Giulietta lebih kurang Rm 180,000 dianggap penulis sebagai berbaloi kerana kereta ini sememangnya performance car oleh pengeluar kereta Itali ini. Mengikut Alfa, kereta ini hanya memerlukan 7.7 saat sahaja bagi mencapai kelajuan 100km / sejam dari titik pegun walaupun hanya menggunakan enjin 1.4 liter Multiair yang mana dipilih sebagai enjin baru terbaik pada tahun 2010.



Bagi penulis, Alfa Romeo Giulietta ini sememangnya pilihan terbaik bagi anak orang kaya yang ingin  berada pada kelas yang tersendiri kerana penggunaan minyaknya yang efisien. Statistik yang dikeluarkan oleh Alfa menunjukkan yang model Giulietta ini hanya menggunakan sebanyak 5.9 liter minyak bagi setiap 100 km. Anggaran yang dikira lebih kurang Rm 17 ( RON 97 ) bagi setiap 100 km.

Cukai jalan Giulietta ini juga boleh dikatakan amat menjimatkan kerana ia hanya memerlukan Rm 200 bagi memperbaharui cukai jalan buat masa setahun manakala Rm 100 untuk tempoh masa selama enam bulan dan anda tiada masalah untuk memecut Giulietta anda sehingga 218 km/sejam .

Kereta pemilik Alfa Romeo yang menarik perhatian penulis adalah Alfa Romeo Brera yang mana boleh dikatakan sebagai sebuah kereta yang jarang kita lihat di Malaysia. Tambahan lagi, Brera yang anda lihat disebelah kiri tulisan ini merupakan model Brera Edisi Khas.

Brera ini dibuat khas untuk pasaran Great Britain dan hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit seluruh dunia dan hanya mempunyai sebuah edisi ini di Asia.

Kereta lain yang penulis ingin kongsikan ialah Alfa Romeo 159 yang mana merupakan sebuah Alfa Romeo yang boleh dikatakan esklusif buat seseorang yang inginkan suatu penampilan cool kerana reka bentuknya yang begitu menawan.

Lampu bulatnya mampu menggoda mata yang melihat keanggunan reka bentuknya yang begitu yakin. Dengan menggunakan enjin 2.0 liter, Alfa 159 ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/ sejam dalam tempoh 8.8 saat sahaja.

Harganya hanya Rm 190,000 dan boleh dikatakan sebagai sebuah kenderaan yang mewah dan mempunyai kelasnya tersendiri buat orang berduit yang inginkan kelainan. Sekaligus, kereta ini sememangnya sebuah kereta mewah yang esklusif untuk dinaik bersama keluarga.

Alfa Romeo Spider juga berjaya menarik perhatian penulis, ini kerana Alfa ini sememangnya mempunyai suatu aura yang hebat ketika zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Dalam himpunan ini, hanya terdapat tiga buah unit Alfa Spider.

Rainbird Classic iaitu pengimport kereta klasik terbesar di Malaysia mempamerkan sebuah Alfa Romeo Spider Duetto iaitu Alfa generasi pertama dan juga Alfa generasi ketiga iaitu Alfa Romeo Spider Aerodinamica.

Model Alfa ini dikeluarkan pada tahun 1970 dan menghentikan pengeluaran pada tahun 1993 dengan mempunyai empat generasi. Dalam tempoh 23 tahun pengeluaran Alfa Spider ini, sebanyak lebih 100,000 unit model ini telah terjual seluruh dunia menjadikan antara kereta sports Itali paling banyak dijual sepanjang zaman.

Dibawah ini merupakan gambar yang penulis ambil ketika berada disana sejak jam 9.00 pagi hingga 12 tengah hari. Syabas buat AROC Malaysia kerana acara ini sememangnya sungguh menarik tetapi tidak berjaya menarik perhatian pengunjung.

Lagi Gambar











































1 comment:

  1. Forza Alfa Romeo. Coure Sportivo!

    Alfisti Malaysia
    T

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen