Monday, June 11, 2012

Sambutan Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina ke-114

Esok 12 Jun merupakan hari ulangtahun Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina dari Sepanyol yang ke-114 selepas Filipina dijajah oleh Sepanyol lebih 300 tahun. Semalam, 10 Jun 2012 kedutaan Filipina di Malaysia membuat perarakan sempena ulangtahun kemerdekaan mereka.

Penulis kesana kerana mereka ingin meminjamkan sebuah kereta klasik bagi membuat perarakan dari kedutaan mereka di Jalan Changkat Kia Peng, Kuala Lumpur melalui Jalan Perak seterusnya ke Jalan P. Ramlee seterusnya ke Jalan Pinang dan terus kembali ke kedutaan mereka.

Lebih 1000 warga Filipina yang menetap di Malaysia menyertai perarakan kemerdekaan di kedutaan mereka semalam. Pelbagai persatuan warga Filipina mengambil bahagian seperti, Filipino Workers' Resource Center Community and Cultural Annex, Pinoy Support Group yang berpangkalan di Pulau Pinang dan Kelab Malaysia-Filipina ( MALFIL ).

Perarakan yang bermula jam 10.00 pagi ini telah berjaya sampai kembali ke kedutaan pada jam 10.40 pagi dimana peserta perarakan berjalan lebih kurang 4 km bagi menyambut ulangtahun Kemerdekaan Filipina di Malaysia.

Berikut merupakan gambar yang penulis ambil ketika berada disana ;


Memasang plat nombor pendaftaran yang kemungkinan besar lebih mahal dari nombor WWW 1






Salah satu obsesi penulis ialah kereta Diplomat yang mempunyai nombor pendaftaran merah 

Suasana kedutaan Filipina sebelum acara bermula 

Wanita-wanita warga Filipina yang menetap di Malaysia lengkap dengan baju tradisional masing-masing


Kedatangan warga Filipina untuk menyertai perarakan


Antara gadis-gadis Filipina yang menyertai perarakan


Urusetia dari kedutaan Filipina sedang memastikan kelancaran program


Kereta yang membawa gadis Filipina untuk perarakan


Warga Filipina menayangkan kepelbagai budaya kepada khalayak ramai



Pasukan Pancaragam sedang mendendangkan musik bagi memeriahkan majlis


Antara Pertubuhan yang terlibat dalam acara ini






Pasukan pancaragam berada di tengah2 jalan sedang melakukan persembahan mereka


Perarakan bermula dari Jalan Kia Peng


Satu simbolik dari Filipina yang ingin menunjukkan bertapa akrabnya hubungan Malaysia-Filipina



Banting ditempah khas bagi menyambut Kemerdekaan Filipina yang ke-114



Berjalan sambil mengibarkan bendera Filipina dan Malaysia


Pakaian tradisional mereka yang berwarna warni


Baru penulis tahu yang ada Kementerian St. John Filipina


Gadis-gadis Filipina sedang melambaikan tangan kepada jurukamera yang bertugas


Lebih seribu warga Filipina mengambil bahagian dalam perarakan sejauh 4 km ini

Kelab Malaysia-Filipina juga mengambil bahagian dengan Mottonya '' Kelab yang membawa rakyat Malaysia dan Filipina bersama ''

Sebuah kereta klasik yang turut mengambil bahagian membawa gadis dari Mindanao, Filipina






Perarakan yang memaksa jalan ditutup buat sementara 


Bukti rakyat Filipina boleh melakukan perarakan dengan aman!!! Kenapa tidak rakyat Malaysia ?


Menuju jalan P. Ramlee




Rakyat Filipina berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur




Tidak semua pengakhiran berakhir dengan baik, kereta Mercedes 250 SE Convertible ini tidak dapat hidup kerana terlalu panas berikutan ia dibawa terlalu perlahan



Warga Filipina membantu menolak kereta ini ke bahu jalan




Lambang Kelab Malaysia-Filipina


Bukti kepada dunia bahawa Malaysia sebuah negara yang aman dan damai hinggakan rakyat negara lain tidak kisah untuk melakukan perarakan kemerdekaan buat negara mereka. Paling memalukan perarakan ini berlangsung dengan penuh harmoni dan aman.

Bukan seperti sesetengah pihak di Malaysia yang gemar melakukan keganasan dalam perhimpunan dan kemudiannya menuduh polis melakukan provokasi hingga mereka terpaksa menjadi monyet diatas kereta polis.

Perarakan ini telah mendapat pesetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hinggakan polis dihantar untuk memastikan lalulintas berjalan dengan lancar bagi melakukan perarakan ini. Penulis tak tahu kenapa polis ingin melakukan provokasi yang akan mencetuskan suasana huru hara di tengah bandaraya.

Rakyat Malaysia yang berada di Malaysia harus bersyukur dengan nikmat yang telah dikecapi kerana dapat hidup dengan aman dan damai tanpa sebarang masalah. Meskipun Filipina telah merdeka 114 tahun yang lalu, keamanan masih belum dicapai terutamanya dengan puak pemisah Abu Sayyaf.

Ini pertama kali penulis memasuki kedutaan asing dalam erti kata lain, penulis menjejakkan kaki ke negara Filipina. Jika di dalam cerita seperti ' From Paris With Love ' , pegawai kedutaan akan mengucapkan ayat kebanggaan mereka iaitu '' Welcome to United States of America '' . Tapi penulis tidak dengar kata-kata tersebut di kedutaan Filipina.

Jika penulis dikehendaki polis, boleh juga penulis berlindung di dalam kedutaan Filipina buat sementara waktu. Dan boleh juga penulis lihat gadis-gadis Filipina seperti yang kita lihat di dalam kaca televisyen rumah kita.



No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen