Monday, June 25, 2012

Kenapa Rolls Royce Namakan Model Mereka dengan Nama yang Pelik ?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapakah Rolls Royce menamakan model kenderaan mereka dengan nama yang boleh dikatakan pelik. Jika dilihat, model kereta mereka pada tahun 1906 dimana Rolls Royce mengeluarkan 40/50 hp , mereka menamakan model tersebut dengan nama Silver Ghost. Dari situlah bermulanya era penggunaan nama hantu dalam model kereta Rolls Royce.

Bermula dengan Rolls Royce Silver Ghost pada tahun 1906, pada tahun 1925, dimana peralihan model Rolls Royce diantara Silver Ghost dengan model baru. Mereka menamakan Rolls Royce terbaru mereka sebagai Rolls Royce Phantom. Dimana setahun selepas itu iaitu pada tahun 1926 , pengeluaran Silver Ghost dihentikan.

Rolls Royce mengeluarkan model terbaru mereka pada tahun 1929 bagi menggantikan Rolls Royce Phantom dengan menamakannya sebagai Rolls Royce Phantom II. Semenjak 1936, mereka mengeluarkan model Rolls Royce terbaru juga dengan nama Phantom III selama tiga tahun yang mana jumlah pengeluarannya sebanyak 727 buah.

Perkataan Phantom tidak digunakan buat model seterusnya, namun maksudnya tetap sama iaitu hantu apabila model terbaru mereka dinamakan sebagai Rolls Royce Wraith yang dikeluarkan selama dua tahun semenjak 1938 hingga 1939. Mereka mengeluarkan sebanyak 492 buah Wraith dalam jangka masa pengeluarannya.

Disebabkan perang dunia kedua pada sekitar 1940-an , Rolls Royce menghentikan pengeluaran mereka dan menyambung selepas perang dengan modelnya iaitu Rolls Royce Silver Wraith. Model ini dikeluarkan dari tahun 1946 hingga 1959 dengan jumlah pengeluarannya sebanyak 1883 buah.

Model ini telah direka oleh Hispano-Suiza iaitu sebuah syarikat automotif dan kejuruteraan Sepanyol yang pakar dalam pembuatan kereta mewah dan engin kapal terbang. Model ini juga digunakan oleh Presiden Brazil sebagai kereta rasmi beliau.

Nama model Rolls Royce seterusnya agak sedikit sopan iaitu dinamakan Rolls Royce Silver Dawn ( Fajar ) namun boleh dikaitkan dengan hantu lagi kerana kita seringkali dimomokan yang hantu akan balik pada waktu Subuh.

Model ini dikeluarkan pada tahun 1949 hingga 1955 sebanyak 760 buah yang mana model ini pertama kali direka badannya didalam kilang. Model ini merupakan model yang serupa bagi Bentley Mark VI yang mana ketika itu Rolls Royce dan Bentley bergabung.

Rolls Roye Phantom IV... Antara Rolls Royce Phantom yang paling eksklusif yang pernah Rolls Royce buat. Ini kerana dalam tempoh pengeluarannya selama enam tahun iaitu dari 1950 hingga 1956, hanya sebanyak 18 buah Phantom IV dibina dan sehingga kini, hanya 16 buah masih boleh diguna.

Kereta Phantom IV ini memang direka khas kepada ketua kerajaan dan kerabat diraja, sejarahnya bermula apabila Duke of Edinburgh ( Prince Phillip ) menitahkan supaya mereka mereka sebuah Rolls Royce Limousine kerana kagum dengan sebuah Bentley lapan silinder yang pernah dibawa Baginda.

Selain beliau, pemilik lain yang menerima Rolls Royce tersebut ialah Ratu Elizabeth, Shah Mohd Reza Pahlavi pula mempunyai dua buah Phantom IV ( Raja Iran ), Abdullah Al-Salim Al-Sabah mempunyai tiga buah Phantom IV ( Emir Kuwait ) , Putera Henry ( Duke of Gloucester ) , Puteri Marina ( Duchess of Kent ) .

Jeneral Francisco Franco ( Jeneral dan Diktator Sepanyol ) menerima tiga buah Phantom IV iaitu sebuah Phantom IV limo dengan lima tempat duduk, sebuah Phantom IV limo dengan tujuh tempat duduk yang dilengkapi dengan perisai dan sebuah Phantom IV Cabriolet.

Pengasas dan Presiden Liga Muslim Se-India , Sir Sultan Shah Aga Khan III juga mempunyai sebuah Phantom IV. Putera Talal ( Putera Arab Saudi ) dan juga Raja Faisal II ( Raja Iraq ) masing-masing mempunyai sebuah Phantom IV. Selain itu, Putera Mahkota Iraq, Abd al-llah Hejaz menerima sebuah Rolls Royce sempena pertabalannya.

The Countess of Snowdon, Puteri Margaret yang juga merupakan adik bongsu Ratu Elizabeth juga mempunyai sebuah Rolls Royce Phantom IV.

Pada tahun 1955, Rolls Royce mengeluarkan model terbarunya iaitu Rolls Royce Silver Cloud yang menggantikan Silver Dawn. Model ini dikeluarkan selama 11 tahun dengan tiga siri iaitu siri pertama dari tahun 1955 hingga 1958. Manakala siri kedua dari tahun 1959 hingga 1962 dan siri ketiga dari tahun 1963 hingga 1966.

Model Rolls Royce Phantom V dikeluarkan pada tahun 1959 hingga 1968 sebanyak 516 unit yang mana turut digunakan Ratu Elizabeth sebagai kereta rasminya sehingga tahun 2002. Salah seorang selebriti terkenal yang mempunyai kereta ini ialah John Lennon.

Pada tahun 1965 , Rolls Royce mengeluarkan modelnya bagi menggantikan Silver Cloud dengan menamakan model terbaru mereka itu dengan nama Silver Shadow. Bagi versi panjang, mereka menamakan ia sebagai Silver Wraith II bagi membezakannya.Model ini dikeluarkan selama 15 tahun sehingga 1980.

Seterusnya, pada tauhn 1971, Rolls Roye memperkenalkan Rolls Royce Silver Shadow Mulliner ParkWard two door fixed head coupe ataupun lebih senang dipanggil Rolls Royce Corniche. Disini terdapat sedikit perbezaan apabila nama Corniche langsung tidak berkaitan dengan hantu.

Rolls Royce Corniche terdapat empat siri sepanjang 24 tahun pengeluarannya iaitu Corniche generasi pertama dari tahun 1971 hingga 1977 , Corniche generasi kedua dari tahun 1977 hingga 1989, generasi ketiga dari tahun 1989 hingga 1993 dan generasi terakhir dari tahun 1992 hingga 1995.

Corniche diambil dari perkataan Perancis yang membawa masuk jalan yang berada di lereng bukit ataupun di tepi pantai.Sebenarnya nama Corniche pernah digunakan oleh Rolls Royce pada awal 30-an bagi melabelkan salah sebuah protaip mereka.

Rolls Royce model inilah yang digunakan oleh Scha al-Yahya ketika Majlis Perkahwinannya untuk ke PICC bagi menghadiri majlis perkahwinannya itu tempohari.

Rolls Royce Phantom VI merupakan Rolls Royce terakhir buat abad ke-20 dan dalam tempoh pengeluarannya selama 23 tahun, hanya 374 buah Phantom IV dihasilkan sepanjang tempoh tersebut. Sebuah Phantom VI direka khas bagi menyambut Jubli Perak Baginda Queen.

Rolls Royce Camargue...  Apa maksud Camargue??? Camargue merupakan sebuah tempat di Perancis di Selatan Arles, Perancis. Model Coupe ini merupakan salah sebuah kereta paling mahal di dunia sewaktu ia dipasarkan.

Ia dijual pada harga US$ 147,000 pada waktu itu dan nilainya bersamaan dengan US$ 588,000 pada waktu ini ia lebih kurang Rm 1,700,000 . Model ini dikeluarkan pada tahun 1975 hingga 1986 dan hanya menggunakan enjin Turbo Hydramatic yang hanya mempunyai 3 transmisi.

Sebanyak 531 buah Camargue dihasilkan oleh Rolls Royce sepanjang 11 tahun pengeluarannya. Apa yang unik mengenai kereta ini, grill hadapan yang juga signature bagi Rolls Royce condong 7 darjah membuatkan model pertama yang grillnya condong.

Walaupun menjadi sebuah kereta paling mahal di dunia suatu ketika dahulu, Rolls Royce ini telah tersenarai dalam carta 10 kereta paling teruk oleh majalah Globe and Mail. Richard Porter dalam bukunya, Crap Car meletakkan kereta ini ditangga ke-38 dan mengatakan yang kereta ini benar-benar hancur ( utterly terrible ).

Dalam senarai bancian yang dibuat oleh The Daily Telegraph, orang ramai meletakkan kereta ini ditangga ke-92 dalam senaria kereta paling buruk sepanjang zaman.

Bermulalah Rolls Royce era moden apabila mereka memperkenalkan Rolls Royce Silver Spirit.Salah sebuah Rolls Royce yang paling kerap penulis naiki. Silver Spirit atau boleh juga dipanggil Silver Spur telah dilancarkan pada tahun 1980 hingga 1998.

Kereta ini juga mempunyai empat siri iaitu siri pertama dari 1980 hingga 1989. Siri kedua dipanggil Silver Spur II pula dari tahun 1989 hingga 1993. Manakala Silver Spur III merupakan model yang dikeluarkan dari tahun 1993 hingga 1994 dan yang terakhir sekali ialah Rolls Royce Silver Spur IV yang dikeluarkan dari tahun 1994 hingga akhir tempoh pengeluarannya.

Hampir 20,000 buah Rolls Royce Silver Spur dihasilkan sepanjang pengeluarnnya dan terdapat lebih kurang 20 buah Rolls Royce Silver Spur di Malaysia. Apakah maksud Spur???

Ya mungkin anda pernah mendengar perkataan Spurs melalui pasukan bola sepak England iaitu Tottenham Hotspurs. Disini penulis ingin menerangkan yang Spur bermaksud paku yang diletakkan dikasut penunggang kuda bagi menggerakkan kudanya.

Pada akhir abad ke-20, Rolls Royce mengeluarkan model terbarunya yang dipanggil Rolls Royce Silver Seraph yang mana jika anda pernah mendengar Bentley Arnage. Ia merupakan model yang sama buat Rolls Royce Silver Seraph.

Sebelum meneruskan tulisan mengenai Silver Seraph, penulis ingin menjelaskan terlebih dahulu apakah maksud Seraph. Ia amat berbeza sekali dengan nama-nama model Rolls Royce yang terdahulu.

Seraph merupakan bidadari yang tertinggi dalam sistem sembilan lipatan mengikut kepercayaan tradisional masyarakat Kristian. Dalam erti kata lain, dalam kebanyakkan hantu-hantu dalam Rolls Royce terdapat seorang malaikat didalamnya.

Sebagai sebuah kereta Rolls Royce paling laju ketika zaman pengeluarannya, Rolls Royce Silver Seraph merupakan pengganti bagi Silver Spur dan menggunakan enjin BMW 5.4 liter enjin sama yang digunakan untuk BMW 7 series.

Model Rolls Royce yang dikeluarkan selama empat tahun ini bermula tahun 1998 hingga 2002 telah menukar sejarah kejuruteraan Rolls Royce apabila menggunakan enjin 5.4 liter BWM yang mana telah menamatkan salah sebuah trade mark Rolls Royce yang menggunakan enjin 6.75 liter selama lebih 30 tahun.

Rolls Royce diatas ini merupakan Rolls Royce yang pernah dimiliki oleh Sultan Kedah. Pemiliknya mengatakan beliau membeli Rolls Royce ini dari Sultan Kedah dengan harga ratusan ribu ringgit. Selain itu, apa yang menarik mengenai Rolls Royce ini adalah enjinnya yang mana menggunakan enjin 6750 cc.

Ini kemungkinan besar kerana tempahan khas dari Sultan Kedah yang inginkan sebuah Rolls Royce dengan kuasa enjin yang sama seperti Silver Spurnya.

Pada tahun 2003, mereka mengeluarkan Rolls Royce Phantom dengan rekaan angkuh dan menggunakan teknologi termoden dan melakukan pembaharuan dengan menggunakan pintu bunuh diri ataupun Suicide Door.

Dalam masa yang sama, mereka mengeluarkan Rolls Royce Phantom versi Coupe yang dipanggil Phantom Coupe dan juga sebuah lagi model Phantom Drophead Coupe yang mana bumbungnya boleh dibuka seperti Cabriolet.

Bagi memenuhi kehendak pasaran, Rolls Royce mengeluarkan sebuah lagi Rolls Royce premium iaitu Rolls Royce Ghost yang lebih kecil yang mana lebih sporty dan kurang arrogant. Mungkin ia lebih selesa buat orang muda yang tidak mahu melawan bapanya.


Rolls Royce akan memasarkan Phantom siri kedua paling tahun hadapan yang mana mengalami beberapa perubahan kecil tetapi masih mengekalkan paten Phantom yang pertama. 

Penulis masih belum memberitahu kenapa Rolls Royce menggunakan nama hantu untuk kenderaannya...

Sebenarnya mereka meletakkan nama tersebut kerana kesunyian dan kesenyapannya ketika seseorang berada didalam sebuah Rolls Royce. Seorang ahli perniagaan, bernama David Ogilvy dalam iklan Rolls Royce tahun 1958, mengatakan '' pada kelajuan 60 batu sejam, bunyi paling kuat Rolls Royce datangnya dari jam elektrik ''.

Malahan pada kilang Rolls Royce di Crewe, mereka meletakkan papan tanda, ' Beware Silent Cars '. Ini menunjukkan bertapa senyapnya Rolls Royce dalam setiap kereta yang mereka keluarkan lalu namakan kereta mereka dengan nama hantu yang kita ketahui bergerak dalam senyap.

400 tahun sebelum kewujudan Rolls Royce, Michel de Nostredame ataupun lebih dikenali sebagai Nostradamus iaitu seorang pakar peramal dunia yang berjaya meramal beberapa insiden besar dunia telah menyebut mengenai Rolls Royce dalam bukunya.

Ini pengalihannya '' From Albion's shore shall come a marvellous conveyance, a carriage silinciuex bearing the arms of Rolles de Roi. '' . Dalam Bahasa Melayu, '' Dari daratan Albion datanglah sebuah kenderaan yang menggagumkan secara senyap mengangkut senjata Rolles de Roi ''.

Dalam petikan diatas ini, Rolls Royce menyebut mengenai Kekaguman, Pengakutan, Kesenyapan, Senapang dan Rolles de Roi. Apakah maksudnya itu?

Seringkali kita lihat sebuah Rolls Royce, semestinya kita akan kagum melihat keangkuhan rekaan bentuk bagi  Rolls Royce yang begitu angkuh dan membuatkan orang terpegun dengan rekaannya. Pengakutan, ya memang Rolls Royce digunakan untuk pengakutan orang ternama yang membuatkan orang ramai kagum.

Kesenyapan... Bagi mereka yang pernah menaiki Rolls Royce, mereka akan tahu yang jika anda berada didalam Rolls Royce, anda tidak akan mendengar bunyi apa-apa malahan tidak berasa bergegar pon jika melanggar bonggol.

Senapang??? Buat pengetahuan semua , Rolls Royce suatu ketika dahulu pernah membuat enjin buat kereta perisai Tentera Diraja Britain dan sehingga kini, Rolls Royce melalui syarikatnya yang lain masih mengeluarkan enjin termasuk buat kapal terbang.

Perkataan terakhir dalam petikan Nostradamus iaitu Rolles de Roi kemungkinan merujuk kepada Rolls Royce. de bermaksud the jadi ia tidak membawa sebarang masuk. Makanya ia bermasuk Rolles Roi yang kini dipanggil Rolls Royce.

Terhurai sudah misteri mengapakah Rolls Royce menggunakan nama pelik khususnya hantu untuk model kereta mereka. Selepas ini mungkinkah mereka akan meletakkan nama model mereka dengan nama seperti Golden Toyol , Silver Lansuir , Rolls Royce Human Oil ( Orang Minyak ) , Rolls Royce White Penanggal, Rolls Royce Black Raya ataupun mungkin juga Rolls Royce Sundel Bolong...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen