Saturday, June 2, 2012

Bila Sultan Berbelanja

Hari ini merupakan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqubillahi Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Baginda berserta Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda di Kem Perdana Sungai Besi dan tiba tepat jam 8.00 pagi.

Istiadat ini diadakan oleh Angkatan Tentera Malaysia sebagai ikrar taat setia terhadap Baginda Tuanku selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Turut hadir Perdana Menteri dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan isteri, Menteri Pertahanan serta dif-dif jemputan yang lain terdiri dari pegawai tentera, pegawai polis, ketua-ketua kementerian dan juga duta serta diplomat asing.

Seramai 586 anggota lain-lain pangkat terlibat dan 22 pegawai dari kesemua cabang ATM terlibat dalam Istiadat tersebut yang mana diketuai oleh Pegawai Rintah Batallion ke-19 , Rejimen Askar Melayu Diraja Left. Kol. Mohd.  Suria. Mohd Saat.

Ketibaan Baginda disambut dengan dengan perbarisan 'Hormat Diraja' dan lagu kebangsaan ' Negaraku ' diiringi dengan 21 das tembakan meriam. Kemudiannya lima buah helikopter milik ATM melakukan lintas hormat dengan membawa bendera Malaysia, ATM, TDM, TLDM dan TUDM.

Baginda seterusnya diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin melakukan pemeriksaan kawalan kehormat terhadap perbarisan.

Semalam, dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Keputeraannyasering melafazkan perasaan kurang senangnya terhadap sesetengah pihak dinegara ini yang gemar memperjudikan keamanan negara.

'' Beta menyeru kepada rakyat untul lebih berhati-hati dan berfikir secara matang bahawa keamanan dan keharmonian yang kita nikmati hari ini bukanlah sesuatu yang kita boleh perjudikan, '' berikut merupakan serangkap teks ucapan yang mengecam tindakan sesetengah pihak yang suka melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada negara.

Titah Baginda berikutan dengan beberapa siri demonstrasi haram Bersih semenjak tahun 2007 hingga yang paling baru Bersih 3.0 yang mana telah terpampang wajah Dato' Seri Anwar Ibrahim mengarahkan untuk merempuh penghadang kepada Aid de Campnya, Azmin Ali.

Bagi penulis, perhimpunan Bersih yang akan mengundang keganasan dan menggangu ketenteraman awam hendaklah dielakkan dan penulis rasakan haram kita menyertainya. Ini kerana Islam langsung tidak menggalakkan apa jua perkara yang boleh mendatangkan keburukan.

Sama seperti apa yang Imam Muda Fattah katakan yang mana Himpunan Sejuta Belia jijik kerana menggalakan perkara-perkara mungkar seperti Konsert K-Pop . Kenapa tidak Bersih kerana mengalakkan sudah dua kali kesudahannya berakhir dengan keganasan.

Benda yang paling menghairankan boleh pula Himpunan Hijau Menuju Putrajaya oleh Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) dibuat didalam Stadium Alor Star. Himpunan ' aman ' Bersih tak nak buat pula ? Lainkali buat depan masjid Zahir ...

Baru-baru ini pula, Institusi Diraja di Malaysia sekali lagi dilanda kontroversi apabila Duli Yang Maha Mulia, Sultan Johor Darul Takzim, Sultan Ibrahim memenangi bidaan nombor pendaftaran WWW 1 dengan harga Rm 520,000 yang memecahkan rekod nombor pendaftaran MCA 1 yang bernilai Rm 300,100

Bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin sengaja mencari bala apabila beliau telah menulis tiga tweets berkaitan dengan kejayaan bidaan tersebut yang telah menimbulkan rasa kurang senang rakyat Johor yang setia pada Rajanya.

Dato Seri Nizar kemudiannya dibidas oleh Tunku Mahkota Johor yang telah mengeluarkan kenyataan melalui twitternya dengan menjelaskan Kerabat Diraja Johor tidak menggunakan wang rakyat dan kesemua elaun kerajaan dimasukkan kedalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

Baginda kemudiannya menyatakan lagi yang beliau tidak pernah menggunakan satu sen pun wang kerajaan semenjak menjadi Raja Muda. Pada akhir tweetnya, beliau berkata '' sebelum buka mulut, kaji dahulu '' merujuk kepada tweet Dato Seri Nizar Jamaluddin.

Sebenarnya perlakuan Nizar berikutan kejayaan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 ini oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim amatlah bodoh sekali jika dilihat dengan sentimen kesetiaan rakyat Malaysia terhadap Raja mereka.

Dalam tweet penulis yang menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mentaati Raja yang adil dan menyanggah  Raja yang zalim, dalam hal bidaan nombor pendaftaran ini sebenarnya tiada isu langsung kerana sungguhpun wang yang digunakan tersebut wang kerajaan, wang tersebut kemudiannya akan disalurkan kembali kepada kerajaan yang mana dananya digunakan untuk pembangunan negara.

Wang tersebut lebih baik digunakan daripada Baginda menggunakan untuk kepentingan peribadi seperti makan, percutian dan juga pembelian harta benda untuk kegunaan sendiri. Penulis tak tahu macam mana Dato Nizar boleh graduate jadi Jurutera.

TETAPI dalam pembidaan nombor pendaftaran ini, Tunku Mahkota menjelaskan ia langsung tidak menggunakan wang rakyat tetapi menggunakan wang sendiri yang mana hasilnya datang dari mana pun penulis tidak tahu.

Kemungkinan besar dari penswataan sesetengah syarikat yang mana telah diberikan kepada Raja-raja untuk  perbelanjaan peribadi dari kerajaan. Ini berikutan penulis mendengar cerita dahulu kala, lebih kurang 4-5 tahun yang mana mengatakan seorang Menteri Besar Johor merungut kepada Godfathernya yang mengatakan bahawa Sultan belanja mewah.

Makanya Godfathernya memberitahu MB tersebut supaya beri beberapa buah syarikat yang mana hasilnya pendapatan syarikat tersebut boleh digunakan Sultan tersebut supaya mengehadkan perbelanjaan bulanan Sultan. Betul atau tidak penulis pun tidak tahulah.

Rakyat Malaysia memang banyak merungut mengenai kos belanja bagi Raja dan Sultan Melayu tetapi tidak pernah melakukan kaji selidik berapakah nilai yang dimasuk hasil dari Institusi Diraja di Malaysia ini. Penulis ada melihat sebuah video mengenai kos perbelanjaan Ratu England yang mencecah Rm 200 juta tetapi pulangannya bernilai Rm 1 bilion.



Jika dilihat penganjuran acara seperti Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, sudah semestinya ia akan membawa pulangan kepada ekonomi tempatan berikutan kos perbelanjaan yang dilaburkan oleh pasukan negara lain untuk pemain mereka disini.

Begitu juga dengan penggambaran oleh saluran National Geographic mengenai Pertabalan Agong tempoh hari yang disiarkan di National Geographic yang mana ditonton oleh ratusan jutaan orang yang akan memperkenalkan keunikan negara Malaysia kepada dunia yang secara tak langsung akan meningkatkan kemasukan pelancong asing ke Malaysia.

Pelbagai lagi kemasukan pulangan wang hasil dari Institusi Diraja yang mana melebihi Rm 520,000 yang dipertikaikan oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin. Penulis ingin bertanya kenapa Nizar tidak mempertikaikan wang orang awam yang telah membida beratus nombor pendaftaran yang berharga lebih Rm 200,000 . Kenapa bila sampai masa Tuanku Sultan bida baru pertikai.

Ini 10 kali lebih baik daripada Sultan Johor beritahu Pengarah JPJ supaya menghalang orang lain membida bagi nombor pendaftaran WWW 1 dan bagi dekat Sultan dengan kos Rm 300 . Perkara tersebut memang pernah berlaku dan boleh dilakukan oleh Tuanku Sultan.

Penulis berpendapat jika ingin mengelakkan kontroversi seperti ini berlaku, pihak JPJ sepatutnya memadamkan nombor pendaftaran yang dibida tersebut supaya tidak timbul apa-apa kontroversi dari senarai pemenang nombor bidaan tersebut.

Jika perkara ini tidak diketahui umum, maka kritikan dan komen-komen menghina dapat dielakkan dan disebabkan itulah pembelian Maybach 62S oleh kerajaan Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong tidak dapat diisukan.

Pembelian Bentley Mulsanne ( tidak dapat disahkan ) oleh Raja Perlis ? Rolls Royce Ghost oleh Raja Muda Perak ? Rolls Royce Phantom ( tidak dapat disahkan ) oleh Yamtuan Besar Negeri Sembilan ? Bentley Arnage oleh Sultan Pahang ? Bentley Brooklands oleh adinda Sultan Kelantan ? Cadillac Escalade oleh Sultan Johor ?

Disebabkan tiada liputan media jugalah kita tidak tahu yang Tunku Mahkota Johor mempunyai Lamborghini Gallardo Chrome dan juga Shelby Super Snake dan 'Eleanor' yang ditempah khas dan dibuat oleh Caroll Shelby Hall yang meninggal baru-baru ini.

Persoalan mengapa hal-hal diatas tidak menjadi isu oleh rakyat Malaysia adalah kerana mereka tidak tahu tentang pembelian tersebut kerana tidak dipaparkan pada mukasurat depan akhbar. Media boleh dipersalahkan jika perkara seperti ini berulang.

Mungkin anda bertanya kenapa penulis senaraikan nama-nama kereta oleh Raja . Penulis yakin jika anda seorang pembaca pertama kali anda tidak akan mengetahui bahawa Tuanku Raja Melayu mempunyai kereta-kereta seperti diatas.

Kesimpulannya disini hal seperti ini tidak perlu dipertikaikan kerana ia tidak dapat menguntungkan sesiapa pun. Malahan akan memburukkan lagi keadaan. Jadi elakkanlah membuat kenyataan-kenyataan yang akan menimbulkan rasa kurang senang.

Daulat Tuanku !

* Maaf kerana tidak mengemaskini blog dalam tempoh yang lama kerana penulis sedikit sibuk dua tiga hari ini
** Tadi pagi kena halau dengan Jeneral Askar kerana pakai baju tak proper sebagai jurukamera ... Hahaha Tuh tak ada gambar

5 comments:

  1. Bekas MB Nizar akan dikenakan tuduhan menghasut atas tulisan celuparnya,dlm blog awak ni sy dapati ada byk unsur2 menghasut ke arah kebbncian kepada Raja2.Betoikah semua fakta2 awak ni? Awak x takut ka dikenakan tindakan undang2 spt Nizar yg celupar?
    Berhentikanlah budak! Pegi balik ngaji bg lulus periksa. Awak pro komunis ka? Maukan negara republik ? Maukah awak tuduhan yg sama dikenakan atas tindakan blog awak yg menghasut ke arah kebencian pada Raja?Woiii!HENTIKANLAH!!

    ReplyDelete
  2. Saya menyatakan apa yang saya dengar sahajaa... Saya tidak menyuruh anda mempercayai... Tulisan diatas ingin saya jelaskan bahawa media banyak mempengaruhi pemikiran orang ramai... Kerana kebanyakkan maklumat yang diterima masyarakat umum merupakan dari media... Kalau media tidak dedahkan tak ada siapa tahu... Saya tidak pernah menghasut kebencian kepada Raja malahan menghormati Raja... Apa yang saya tegaskan disini ialah jangan gunakan slogan '' Pantang Melayu Derhaka Pada Raja '' tetapi '' Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah ''. Itu yang paling tepat sekali kerana Raja-raja juga bukan seorang yang maksum

    ReplyDelete
  3. Awak x pasti berita yg anda dengar tp menwar2kan benda yg buruk2 ,citer pasal "godfather" Apa awak ada BUKTI? Tulisan ke arah kebencian,dasar pro ANUWAR..ke arah negara REPUBLIK...HENTIKANLAH jd PENFITNAH.
    Raja Melayu kita adalah Ketua Agama Islam. Jika seorang pemimpin masih menunaikan solat dan tidak mengahalang awak dari menunaikan agama awak dan menyesatkan akidah ISLAM,awak wajib akur menurut perintah.Ini adalah suruhan dalm agama Islam. Bukan menulis dan menyebarkan dakyah arah menghasut benda yg awak x pasti benar.Memnng benar Raja kita bukan maksum,jd awak maksum? Boleh aibkan orang ke sana sini spt budak kurang ajar? Jika awak x suka mengenainya dan membenci sy rasa elok awak berhijrah ke nagara lain saja.Jika tidak baik awak taubat saja dari penulisan awak ke arah propaganda ini.Ataupun jika tidak elok la awak nyah dari bumi Malaysia..dok la negara komunis yg mebuang semua raja2nya.

    ReplyDelete
  4. Seperti yang saya tegaskan diatas... ia berkenaan apa yang saya dengar... Tidak salah saya berkongsi malahan saya menegaskan ketiadaan kesahihannya... Saudara sila lihat kembali post-post saya yang lain yang saya mengalakkan rakyat supaya menghormati Raja sebagai ketua negara... Sememangnya saya langsung tidak mempertikaikan apa-apa yang dilakukan Raja2 Melayuu...

    Jika saudara berfikir saya biadap, tanggapan saya salah kerana tulisan saudara tidak menunjukkan nilai akademik langsung dalam pemikiran saudara...

    Jika penulis tidak mengetahui tentang pandangan saya mengenai Institusi Diraja di Malaysia lihat artikel ini...

    http://seafailed.blogspot.com/2011/03/raja-zalim-raja-disanggah-raja-adil.html

    Saya yakin dan pasti yang saudara merupakan seorang pembaca baru blog saya kerana itulah saudara tidak memahami apa pandangan yang ingin saya ketengahkan.. Dan sebab itulah penulis mengatakan tulisan saya pro-Anwar padahal pada awal2 tulisan saya kecam tindakan Bersih ...

    ReplyDelete
  5. Salam sahabat.

    Maaf mencelah, sebenarnya untuk himpunan Bersih 3.0 dahulu, asalnya diberi KEIZINAN SENDIRI oleh PM, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk buat di stadium, tapi tetiba permohonan ditolak/ditarik balik. Sebab? Sendiri boleh fikir kot.

    Bagi kekecohan yang berlaku di Bersih 3.0 pula, haruslah diingat jika polis tidak membuat provokasi, tidak menghalang, hanya mengawal perhimpunan dengan aman, InsyaAllah segalanya akan berakhir dengan baik. Buktinya??? Sila rujuk himpunan Bantah Lynas di Kuantan hanya beberapa minggu sebelum Bersih 3.0. Ianya dapat dijalankan dengan jayanya KERANA pihak polis hanya duk tepi2 sahaja, kawal keadaan dengan baik, aman tiada provokasi.

    Ingat, provokasi boleh mencetuskan keadaan diluar jangkaan kerana banyak orang, banyak ragamnya. Bukan semua orang boleh bersabar dengan tahap tertinggi apabila diprovok/diasak/dikasari dan lain2. Allahurabbi, Selamatkan Malaysia.

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen