Thursday, May 10, 2012

Gambar Majlis Resepsi Scha & Awal

Pelakon terkenal, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah melangsungkan majlis akad nikah di Pullman Resorts & Hotels di Putrajaya pada 4 Mei lepas. Majlis Resepsi pula diadakan pada 6 Mei iaitu hari Ahad lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ) jam 8.00 malam.

Penulis bertuah kerana turut serta menghadiri majlis tersebut yang dihadiri lebih kurang 1,500 orang disana kerana bertugas sebagai fotographer bagi Syarikat Pengimport Kereta Klasik, Rainbird Sdn Bhd yang menaja dua buah kereta iaitu Rolls Royce Corniche dan Mercedes 280 SE 3.5 Coupe.

Alang-alang basah biar mandi, niat penulis untuk mengambil gambar kereta telah terlanjur apabila penulis mengambil peluang tersebut untuk terus mengambil gambar perjalanan Majlis Resepsi 'Schawal' disana.

Beberapa gambar yang penulis akan tunjukkan ini kemungkinan besar tidak terdapat didalam blog ataupun portal hiburan yang lain kerana penulis satu langkah kehadapan dari puluhan jurukamera yang bertugas walaupun penulis tidak mempunyai aksesori lain buat kamera penulis.

Rolls Royce Corniche yang digunakan untuk membawa Scha


Awal menaiki Mercedes 280 SE Coupe


Setelah tiba di PICC


Ketibaan Scha menaiki Rolls Royce Corniche






Menuju Pelamin



Makan Beradab

Awal menyanyikan lagu Sedetik Lebih buat Scha


Memotong Kek

Awal dan Scha keluar meninggalkan Majlis



Sepadan, Shaarnaz dan juga Shila Amzah


Penaja Kereta buat Scha dan Awal 

Penulis juga hadir kesana melihat Rehearsal pada petang tersebut bagi majlis malam. Berikut adalah gambar-gambarnya . Rasanya tiada wartawan ataupun blogger hiburan berada disitu ketika itu.





No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen