Monday, May 21, 2012

400 Posts Dalam 3 Tahun 8 Bulan

Maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog penulis kerana sibuk dengan jadual padat peperiksaan sekolah dan juga penyertaan penulis dalam Kem Bina Upaya anjuran Kelab Pembimbing Rakan Sebaya sekolah penulis.

Pada artikel yang lepas bertajuk ' Pengawal Kerabat Diraja Johor Bergaduh ' merupakan tulisan ke-400 penulis dalam tempoh 51 bulan menulis blog ini. Bilangan artikel 400 semestinya tidak tepat kerana penulis pernah menulis lebih daripada itu suatu ketika dahulu hingga menyebabkan penulis membuang artikel-artikel yang kadang-kala tidak sesuai untuk dibaca masyarakat umum.

Sekali lagi penulis ingin menceritakan asal usul kelahiran blog beralamat www.seafailed.blogspot.com ini. Bermula pada lewat tahun 2008 ( kemungkinan September 2008 ) dimana Myspace dan Friendster menjadi laman sosial wajib bagi anak muda ketika itu.

Penulis berkunjung ke rumah rakan bapa penulis dimana disana, beliau menunjukkan sebuah blog mengenai apa entah di kediaman beliau di Damansara. Penulis yang berada disitu pun terbuka hati untuk membuka satu blog bagi membicarakan mengenai sekolah penulis.

Disebabkan itulah nama blog ini 'seafailed' yang mana boleh dikatakan parody kepada nama sekolah penulis Sekolah Kebangsaan Seafield di USJ 6, Subang Jaya. Dari situ bermulanya penulisan blog oleh penulis sekaligus tercipta revolusi blog dimana kebanyakkan pelajar juga membuka blog untuk menulis perihal mereka di blog mereka.

Entah dimana silapnya, lebih kurang 12 blog yang diwujudkan  ketika itu ditutup dan sehingga kini hanya penulis sahaja yang masih mengoperasikan blog penulis dari dalam kalangan blogger seperjuangan penulis ketika zaman revolusi.

Penulisan blog penulis tiada pengkhususan dimana penulis menulis apa jua yang berada dalam fikiran penulis yang penulis rasakan boleh dikongsi dengan pembaca blog penulis. Tidak perlu bertanya, berapakah hits yang penulis dapat setiap hari kerana pembaca blog penulis tidaklah seramai blog-blog hebat yang lain.

Penulis menulis blog ini seorang diri dimana tiada satupun tulisan dalam blog ini ditulis oleh orang lain kecuali dipetik dari blog orang lain. Artikel pertama ditulis dalam blog ini masih lagi boleh dilihat di link ini [ klik sini ] bertajuk ' RIMUP!!! ' yang dikarang pada 31 Oktober 2008.

Ketika itu penulis baru sahaja berusia 11 tahun tetapi sudah mempunyai blog sendiri. Ketika itu jugalah penulis merasakan penulis ini sebagai Godfather dalam pembikinan blog yang mana boleh dikatakan pakar dalam penulisan blog.

Sebagai penulis blog pertama dalam sekolah tersebut, penulis amat berkecil hati dengan rakan seperjuangan yang lain kerana niat penulis untuk menceritakan kesemua perkara berkaitan sekolah tidak dapat dilakukan kerana masing-masing mempunyai blog sendiri. Pasrah penulis menerima ketentuan Ilahi tetapi tidak ramai yang seaktif penulis.

Kini penulis makin sibuk dengan tugas penulis sebagai pelajar. Jika dahulu setiap bulan penulis boleh menulis lebih kurang 17.7 artikel secara puratanya. Tahun ini hanya lebih kurang 4.4 artikel sahaja setiap bulan yang penulis mampu tulis.

Berikut merupakan purata penulisan penulis setiap tahun ;

2008 = 27 artikel / 3 bulan = 9 artikel sebulan
2009 = 213 artikel / 12 bulan = 17.7 artikel sebulan
2010 = 91 artikel / 12 bulan = 7.5 artikel sebulan
2011 = 47 artikel / 12 bulan = 3.9 artikel sebulan
2012 = 22 artikel / 5 bulan = 4.4 artikel sebulan
Jumlah = 400 artikel / 44 bulan = 9 artikel sebulan

Anda sendiri boleh melihat bertapa sibukanya penulis selepas memasuki alam persekolahan menengah yang mana penulis hanya berjaya menulis 7.5 artikel sebulan. Harapan bagi tahun ini supaya penulis dapat menulis sekurang-kurang 60 buah artikel bagi tahun 2012.

Penulis juga ingin berterima kasih kepada pembaca-pembaca blog penulis ini walaupun penulis sendiri mengetahui ia agak bosan, tetapi sesetengah artikel boleh dibuat sebagai suatu pengetahuan baru. Niat penulis hanyalah ingin berkongsi pengalaman dan ilmu kepada orang lain.

Harap-harap blog penulis ini dapat beroperasi berterusan sehingga ke akhir hayat penulis dimana penulis berharap dapat mencatat rekod sebagai penulis blog paling lama secara individu di Malaysia dan yang termuda yang masih beroperasi di Malaysia.

Dibawah ini penulis paparkan gambaran sebenar wajah penulis yang mana penulis amat jarang sekali memaparkan raut wajah penulis dalam setiap artikel blog ini. Ini disebabkan penulis selalunya yang memegang kamera dan seperti biasa, jurukamera tidak akan mempunyai gambar punya.

Penulis berdiri di hujung sebelah kiri yang memakai baju berwarna kuning bersama rakan-rakan penulis di Nur Laman Bestari, Eco Resort di Ulu Yam bagi mengikuti Kursus Bina Upaya.
Gambar ini dirakam pada 20 Mei 2012



No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen