Monday, May 21, 2012

400 Posts Dalam 3 Tahun 8 Bulan

Maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog penulis kerana sibuk dengan jadual padat peperiksaan sekolah dan juga penyertaan penulis dalam Kem Bina Upaya anjuran Kelab Pembimbing Rakan Sebaya sekolah penulis.

Pada artikel yang lepas bertajuk ' Pengawal Kerabat Diraja Johor Bergaduh ' merupakan tulisan ke-400 penulis dalam tempoh 51 bulan menulis blog ini. Bilangan artikel 400 semestinya tidak tepat kerana penulis pernah menulis lebih daripada itu suatu ketika dahulu hingga menyebabkan penulis membuang artikel-artikel yang kadang-kala tidak sesuai untuk dibaca masyarakat umum.

Sekali lagi penulis ingin menceritakan asal usul kelahiran blog beralamat www.seafailed.blogspot.com ini. Bermula pada lewat tahun 2008 ( kemungkinan September 2008 ) dimana Myspace dan Friendster menjadi laman sosial wajib bagi anak muda ketika itu.

Penulis berkunjung ke rumah rakan bapa penulis dimana disana, beliau menunjukkan sebuah blog mengenai apa entah di kediaman beliau di Damansara. Penulis yang berada disitu pun terbuka hati untuk membuka satu blog bagi membicarakan mengenai sekolah penulis.

Disebabkan itulah nama blog ini 'seafailed' yang mana boleh dikatakan parody kepada nama sekolah penulis Sekolah Kebangsaan Seafield di USJ 6, Subang Jaya. Dari situ bermulanya penulisan blog oleh penulis sekaligus tercipta revolusi blog dimana kebanyakkan pelajar juga membuka blog untuk menulis perihal mereka di blog mereka.

Entah dimana silapnya, lebih kurang 12 blog yang diwujudkan  ketika itu ditutup dan sehingga kini hanya penulis sahaja yang masih mengoperasikan blog penulis dari dalam kalangan blogger seperjuangan penulis ketika zaman revolusi.

Penulisan blog penulis tiada pengkhususan dimana penulis menulis apa jua yang berada dalam fikiran penulis yang penulis rasakan boleh dikongsi dengan pembaca blog penulis. Tidak perlu bertanya, berapakah hits yang penulis dapat setiap hari kerana pembaca blog penulis tidaklah seramai blog-blog hebat yang lain.

Penulis menulis blog ini seorang diri dimana tiada satupun tulisan dalam blog ini ditulis oleh orang lain kecuali dipetik dari blog orang lain. Artikel pertama ditulis dalam blog ini masih lagi boleh dilihat di link ini [ klik sini ] bertajuk ' RIMUP!!! ' yang dikarang pada 31 Oktober 2008.

Ketika itu penulis baru sahaja berusia 11 tahun tetapi sudah mempunyai blog sendiri. Ketika itu jugalah penulis merasakan penulis ini sebagai Godfather dalam pembikinan blog yang mana boleh dikatakan pakar dalam penulisan blog.

Sebagai penulis blog pertama dalam sekolah tersebut, penulis amat berkecil hati dengan rakan seperjuangan yang lain kerana niat penulis untuk menceritakan kesemua perkara berkaitan sekolah tidak dapat dilakukan kerana masing-masing mempunyai blog sendiri. Pasrah penulis menerima ketentuan Ilahi tetapi tidak ramai yang seaktif penulis.

Kini penulis makin sibuk dengan tugas penulis sebagai pelajar. Jika dahulu setiap bulan penulis boleh menulis lebih kurang 17.7 artikel secara puratanya. Tahun ini hanya lebih kurang 4.4 artikel sahaja setiap bulan yang penulis mampu tulis.

Berikut merupakan purata penulisan penulis setiap tahun ;

2008 = 27 artikel / 3 bulan = 9 artikel sebulan
2009 = 213 artikel / 12 bulan = 17.7 artikel sebulan
2010 = 91 artikel / 12 bulan = 7.5 artikel sebulan
2011 = 47 artikel / 12 bulan = 3.9 artikel sebulan
2012 = 22 artikel / 5 bulan = 4.4 artikel sebulan
Jumlah = 400 artikel / 44 bulan = 9 artikel sebulan

Anda sendiri boleh melihat bertapa sibukanya penulis selepas memasuki alam persekolahan menengah yang mana penulis hanya berjaya menulis 7.5 artikel sebulan. Harapan bagi tahun ini supaya penulis dapat menulis sekurang-kurang 60 buah artikel bagi tahun 2012.

Penulis juga ingin berterima kasih kepada pembaca-pembaca blog penulis ini walaupun penulis sendiri mengetahui ia agak bosan, tetapi sesetengah artikel boleh dibuat sebagai suatu pengetahuan baru. Niat penulis hanyalah ingin berkongsi pengalaman dan ilmu kepada orang lain.

Harap-harap blog penulis ini dapat beroperasi berterusan sehingga ke akhir hayat penulis dimana penulis berharap dapat mencatat rekod sebagai penulis blog paling lama secara individu di Malaysia dan yang termuda yang masih beroperasi di Malaysia.

Dibawah ini penulis paparkan gambaran sebenar wajah penulis yang mana penulis amat jarang sekali memaparkan raut wajah penulis dalam setiap artikel blog ini. Ini disebabkan penulis selalunya yang memegang kamera dan seperti biasa, jurukamera tidak akan mempunyai gambar punya.

Penulis berdiri di hujung sebelah kiri yang memakai baju berwarna kuning bersama rakan-rakan penulis di Nur Laman Bestari, Eco Resort di Ulu Yam bagi mengikuti Kursus Bina Upaya.
Gambar ini dirakam pada 20 Mei 2012



Saturday, May 12, 2012

Pengawal Kerabat Diraja Johor Bergaduh

Tatkala sibuk mengulang kaji pelajaran buat saat-saat terakhir, guru penulis memanggil penulis untuk mengambil buku dan cop di tempatnya di Bilik Guru. Penulis pun meninggalkan kerusi penulis untuk mengambil apa yang diarahkan oleh cikgu penulis.


Penulis naiklah keatas dengan memegang pas keluar ditangan kanan penulis. Setibanya dihadapan tempat duduk guru terbabit, di atas mejanya terdapat dua naskhah surat khabar. Pertama, Berita Harian yang mana tajuk utamanya membicarakan mengenai Hukum Hudud dan Pas. Manakalah surat khabar kedua ialah surat khabar Inggeris, The Star.


Mukasurat hadapannya terpampang tajuk yang penulis pun tidak berapa ingat, tidak salah penulis ayatnya seperti 'Royal Brawl' . Maka penulis pun ambillah dan bawanya turun ke kelas penulis untuk dibaca di meja penulis.


Berikut apa yang penulis baca di dalam akhbar terbabit ;




Expats raised a ruckus and verbally abused royal family, say security officials


KUALA LUMPUR: Palace and security officials have come out with their version of a brawl that occurred on the tourist resort island of Rawa in Johor between four foreigners and bodyguards of a royal entourage.
They said it began when the foreigners, who appeared to have been intoxicated, created a ruckus and verbally abused members of a royal family and their guests dining at the island resort on Friday night.
One of the foreigners apparently trespassed onto a power boat belonging to the Sultan of Johor berthed at the jetty and tried to choke a crew member who tried to prevent him from boarding.
That incident and the disrespect shown by the foreigners - British, French and German nationals working in Singapore - led to the brawl that ended with at least two of the expatriates injured, the officials said yesterday.
The foreigners returned to Singapore where two of them were treated at a hospital. The German is still being warded.
The Singapore Straits Times quoted a 28-year-old British man as saying the bodyguards assaulted him and his friends at Alang's Rawa resort.
“They grabbed my arm, surrounded and kicked me in my genitalia to disable me first, then the onslaught just happened,” said the Briton, who did not want to be identified.
The holidaymaker said he and his three friends, all in their 20s, were having dinner on Friday night when a Malaysian VIP arrived with a big entourage and “they started playing hip-hop music”.
Later, according to him, two of them were invited over for drinks, but things took a turn for the worse over something his German friend said.
The newspaper quoted him as saying: “My friend was in mid-conversation with the VIP and his cousin when this aggressive-looking guy came out of nowhere and just slapped him.
“I don't know what the nature of the conversation was as I was at the other end of the table, but there was something that was said that wasn't correct'.”
The foreigners were asked to leave the island after settling the bill and later lodged a report with the Singapore police and complained to their respective embassies.
However, the security officials disputed the foreigners' account.
They said the foreigners had rudely interrupted members of the royal family and their guests dining at the resort at about 11pm.
They said one of them even approached a member of the royal family and asked if he was a royalty before sticking up his middle finger.
“After showing the finger, the man shouted vulgar words at the royalty.
“This made everyone there angry and there was a brawl,” one security official said.
The officials said a bodyguard who witnessed the insult confronted the foreigners and that led to a fight.
They said a foreigner injured himself after stepping on a coral and was treated by a doctor in the royal entourage.
The officials said Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar of Johor, when informed of the incident at about 7.30am on Saturday, was upset and asked that the hotel ensured the safety of their guests.
Johor police chief Deputy Comm Datuk Mohd Mokhtar Shariff confirmed the incident and said nine police reports had been lodged by various quarters. Police have classified the case under Section 452 of the Penal Code concerning trespassing and assault,
“We have yet to receive any report from the four foreigners,” he said.
A spokesman for the British High Commission in Singapore said it was following up the matter with the Malaysian authorities. The Straits Timesalso reported that the German embassy was involved.
Friday's episode was the second incident involving royal family members on Rawa island. In 2005, six men gatecrashed a Brazilian couple's wedding at the resort and allegedly attacked guests.

Penulis hanya tersenyum melihat artikel tersebut lalu memanggil seorang rakan penulis untuk membaca berita yang dipaparkan sambil menanya beliau apakah ia perkataan 'genitalia' yang digunakan tersebut.


Keesokkan harinya, penulis membaca Harian Metro dan ini laporannya ;




Sultan Johor perjelas isu


JOHOR BAHRU: “Apa yang dilaporkan dalam media asing itu tidak benar kerana perbuatan mereka (ekspatriat) yang mabuk pada hari itu, melakukan kekacauan terhadap pelancong lain, termasuk menceroboh bot peribadi dan berkelakuan biadab terhadap pengawal peribadi adalah punca sebenar (kejadian),” begitu titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pelangi, semalam.

Baginda bertitah demikian bagi menerangkan kejadian sebenar membabitkan empat ekspatriat warga asing yang cedera ditumbuk pengawal peribadi kerabat ketika mereka bercuti di Pulau Rawa, dekat Mersing, Jumaat minggu lalu. Terdahulu, baginda berkenan menemui wartawan bagi menerangkan perkembangan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula Ahad ini.

Minggu lalu, akhbar The Straits Times Singapura melaporkan empat ekspatriat warga asing cedera ditumbuk pengawal peribadi kerabat diraja dengan seorang lelaki Britain berusia 28 tahun cedera manakala rakannya warga Jerman mengalami pendarahan otak. Pada masa sama, baginda menasihatkan pelancong asing yang mengunjungi negeri ini supaya menikmati percutian mereka tanpa melakukan sebarang kekecohan atau kekacauan hingga melanggar undang-undang.

Baginda bertitah, pelancong asing dialu-alukan bercuti dan menghayati keindahan alam negeri ini, tetapi perlu menghormati budaya setempat, menjaga perlakuan dan menghormati undang-undang sedia ada.

“Saya minta tidak ada pihak memperbesarkan cerita ini. Jika diambil kira, mereka (pelancong asing) boleh dikenakan tindakan undang-undang, tetapi pada hari kejadian saya hanya minta mereka pulang. “Saya maafkan mereka dan lupakan perkara ini serta mengalu-alukan kedatangan mereka untuk menikmati percutian, tetapi jaga perlakuan dan jangan menimbulkan kekacauan dan melanggar undang-undang,” titahnya.

Berikutan kejadian itu, pelancong warga Jerman terbabit terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebelum dipindahkan ke wad biasa di sebuah hospital di Singapura, kelmarin. Difahamkan, kejadian itu dikatakan berlaku ketika empat ekspatriat itu sedang makan malam sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka dan rombongan diraja.

Sultan Ibrahim bertitah, pada hari kejadian, baginda sudah berangkat pulang selepas menghadiri program menyelam di pulau berkenaan.

“Di negeri ini banyak pulau yang cantik dan indah serta terkenal dalam kalangan pelancong. Janganlah hanya disebabkan satu dua antara mereka yang tidak menjaga perangai, pelancong yang berada di negeri ini gambarkan tidak selamat. “Malah, pada hari kejadian, doktor peribadi istana turut merawat mereka yang cedera akibat terpijak terumbu karang,” titah baginda.
Kemudiannya penulis melihat pula di dashboard blogger penulis dimana ada link yang dirangkaikan ke BERNAMA yang mana turut melaporkan perkara yang sama yang mengenai kekecewaan Sultan Johor terhadap insiden terbabit.


Sultan Johor Upset Over Incident On Pulau Rawa

JOHOR BAHARU, May 10 ( Bernama ) -- The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim has expressed his displeasure despite having forgiven the four foreigners who were involved in a brawl with bodyguards of the Johor royal entourage at a resort on Pulau Rawa, last Friday night.


" I'm angry, the incident should not have happened. They were intoxicated and had disturbed the other visitors on the island, '' the Sultan told reporters at Istana Pasir Pelangi, here Thursday.


The Sultan of Johor made to understand that the four foreign tourist who were working in singapore were arrived at a resort on the island at about 11pm before getting drunk and disturbing the royal guests who were having a function and staying at the resort next door.


Some of the tourist had behaved rudely and uttered vulgar words at the royal family and guest which subsequently led to a brawl.


Laporan dari Berita Nasional Malaysia , BERNAMA.


Dalam insiden ini, kita telah dilaporkan bahawa empat pelancong asing yang bekerja di Singapura itu bertindak biadap terhadap keluarga diraja yang menyebabkan mereka dibelasah oleh pengawal peribadi kerabat tersebut.


Ketika melihat akaun Twitter Tunku Mahkota Johor ( TMJ ) , terdapat satu tweet yang dibuat pada jam 9:25 a.m. yang ditweet pada 4 Mei berbunyi '' Some Stupid kids just won't learn. Its true when they say that Stupidity have No cure. A Wise intelligent man would know when to shut up. ''.

Diikuti sebuah lagi tweet pada pukul 9:34 a.m. pada hari yang sama yang mana tertulis diakaunnya '' Hidup is very simple. Jangan kacau orang yang tak kacau kita. Berani buat berani tanggung. '' . Kemungkinan tweet tersebut dihantar ekoran insiden tersebut. 

Hanya satu tweet dihantar pada 3 Mei yang tertulis ''  RT @JENGKINGFANCLUB: LUASKAN KUASAMU - JOHOR DARUL TA'ZIM http://pic.twitter.com/8frItoYk  '' . Tweet terakhir pada hari Jumaat, iaitu 2 Mei ialah pada jam 4:29 p.m. yang mana tertulis '' ALLAH Berkati Johor. http://lockerz.com/s/205799373 ''. 

Penulis enggan mengulas panjang mengenai insiden ini tetapi laporan yang sampai kepada penulis kesemuanya berpunca daripada 4 pelancong asing yang bertindak biadap dengan melontarkan kata-kata kesat dan menunjukkan jari hantu kepada kerabat diraja berkenaan.

Penulis tidak pasti siapakah gerangan kerabat diraja tersebut, tetapi terdapat kemungkinan yang kerabat diraja yang berada disitu adalah Tunku Mahkota Johor berdasarkan tweet yang dihantar beberapa hari selepas kerabat tersebut bercuti.

Ini kerana pada kebiasaannya, Tunku Mahkota Johor menghantar tweet yang banyak tetapi pada malam Jumaat terbabit, tiada tweet dihantar begitu juga dengan hari yang berikutnya hanya satu tweet sahaja dihantar. Pada 4 Mei bersamaan hari Ahad hanya tiga tweets dihantar melalui akaun Twitternya. Siapa suka pegang telefon ketika bercuti.

Moral of the story dari kejadian ini, jagalah adab ketika melawat ke negeri orang dan jadi jangan tunjuk hebat kerana semua orang tahu, bahawa orang Barat ini memandang rendah kepada orang Asia. Tambahan lagi orang yang bekerja di Johor, sudah semestinya memandang rendah terhadap orang Malaysia.

Jadi jangan nak buat kacau dekat negeri orang seperti apa yang Sultan Ibrahim titah. Hormat sikit penduduk Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India ataupun kaum peribumi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. J.W.W Birch kena tikam dengan Dato Maharajalela pun sebab tak hormat orang Melayu lah.

Kepada kaum kerabat diraja disana, harap-harap jagalah diri baik-baik supaya tiada kes-kes yang boleh memburukkan nama institusi yang di hormati di Malaysia ini. Meskipun bukan salah mereka, tetapi sedikit sebanyak ia dapat mencalarkan nama baik mereka yang kita hormati.

Thursday, May 10, 2012

Gambar Majlis Resepsi Scha & Awal

Pelakon terkenal, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah melangsungkan majlis akad nikah di Pullman Resorts & Hotels di Putrajaya pada 4 Mei lepas. Majlis Resepsi pula diadakan pada 6 Mei iaitu hari Ahad lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ) jam 8.00 malam.

Penulis bertuah kerana turut serta menghadiri majlis tersebut yang dihadiri lebih kurang 1,500 orang disana kerana bertugas sebagai fotographer bagi Syarikat Pengimport Kereta Klasik, Rainbird Sdn Bhd yang menaja dua buah kereta iaitu Rolls Royce Corniche dan Mercedes 280 SE 3.5 Coupe.

Alang-alang basah biar mandi, niat penulis untuk mengambil gambar kereta telah terlanjur apabila penulis mengambil peluang tersebut untuk terus mengambil gambar perjalanan Majlis Resepsi 'Schawal' disana.

Beberapa gambar yang penulis akan tunjukkan ini kemungkinan besar tidak terdapat didalam blog ataupun portal hiburan yang lain kerana penulis satu langkah kehadapan dari puluhan jurukamera yang bertugas walaupun penulis tidak mempunyai aksesori lain buat kamera penulis.

Rolls Royce Corniche yang digunakan untuk membawa Scha


Awal menaiki Mercedes 280 SE Coupe


Setelah tiba di PICC


Ketibaan Scha menaiki Rolls Royce Corniche






Menuju Pelamin



Makan Beradab

Awal menyanyikan lagu Sedetik Lebih buat Scha


Memotong Kek

Awal dan Scha keluar meninggalkan Majlis



Sepadan, Shaarnaz dan juga Shila Amzah


Penaja Kereta buat Scha dan Awal 

Penulis juga hadir kesana melihat Rehearsal pada petang tersebut bagi majlis malam. Berikut adalah gambar-gambarnya . Rasanya tiada wartawan ataupun blogger hiburan berada disitu ketika itu.