Monday, April 9, 2012

Pertabalan Agong : Maybach atau Rolls Royce

Dalam tempoh beberapa jam lagi akan berlaku sebuah lagi sejarah besar tercatat dalam sistem Kesultanan Melayu Malaysia apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqubillahi Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah akan ditabalkan sebagai Agong.

Baginda akan ditabalkan sebagai Agong yang keempat belas selepas tamat tempoh pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 12 Disember 2011. Kali ini merupakan kali kedua Baginda menjawat jawatan sebagai Ketua Negara apabila pernah menyandang kerusi ini pada September 1970 hingga September 1975.

Istiadat pertabalan akan diadakan di Istana Negara Jalan Duta dimana ia merupakan istiadat pertabalan pertama yang diadakan di Istana tersebut selepas berpindah dari Istana lama. Istiadat pertabalan dijangka bermula jam 10 pagi dengan dihadiri lebih kurang 1000 tetamu jemputan pada 11 April ini.

Penulis enggan mengulas panjang mengenai aturcara Istiadat Pertabalan tetapi penulis ingin membuat sedikit teka teki buat pembaca sekalian. Pembaca blog ini sepatutnya mengetahui yang penulis pakar bab-bab jenama kereta super-mewah, jadi penulis ada satu soalan disini.

Kereta Apakah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Akan Guna Untuk Majlis Pertabalan ?


Pada Majlis Mengangkat Sumpah sebagai YDP Agong keempat belas, DYMM Tuanku Sultan menaiki Rolls Royce Phantom keluar dari Istana Anak Bukit sehingga ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star. Kemudiannya diterbangkan dari sana sehingga Lapangan Terbang Subang.

Turun sahaja Baginda dari kapal terbang di Subang, Tuanku Sultan dibawa ke Dataran Parlimen untuk sesi bertemu dengan ahli parlimen yang berdekatan dengan Istana Negara baru itu dengan menggunakan sebuah Maybach.

Tamat saja sesi tersebut, Baginda berangkat untuk ke Istana Negara menggunakan kenderaan yang sama sambil dinantikan oleh lapan Raja-Raja Melayu yang lain untuk Istiadat Menandatangani Jawatan dan Mengangkat Sumpah.

Kali ini buat kali kedua Tuanku Abdul Halim menjadi Agong sudah semestinya kesempurnaan menjadi suatu yang diimpikan kerana ini kemungkinan besar merupakan kali terakhir Tuanku Abdul Halim untuk menjadi Agong kerana untuk menaiki takhta sekali lagi, Tuanku Abdul Halim perlu menunggu 35 tahun lagi untuk menjadi Agong.

Sebagai Raja pertama di Malaysia yang menaiki takhta tertinggi kerajaan buat kali kedua, Tuanku Abdul Halim kemungkinan besar akan memastikan perkara yang Baginda tidak sempat lakukan 40 tahun lalu dilakukan sekali lagi dengan sempurna.

Bab penggunaan kereta bagi Istiadat Pertabalan ini, penulis lebih yakin yang Baginda akan menaiki Rolls Royce Phantomnya untuk ke Istana bagi menunjukkan kemegahannya dengan kereta British tersebut. Kemungkinan itu jugalah Baginda tidak menaiki Rolls Royce untuk Majlis Angkat Sumpah tempohari.

Istiadat kali ini juga dijangka akan dirakamkan sekali lagi oleh National Geographic bagi mempromosikan keunikan Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia yang mana merupakan satu-satunya sistem yang tidak menggunakan pewarisan takhta secara turun temurun.


Jadi kalau nak lihat kehebatan Raja Melayu di persada dunia, Raja-Raja Melayunya perlulah menggunakan kenderaan paling hebat dalam sejarah penciptaan kereta iaitu Rolls Royce bukannya kereta Maybach yang hanya terkenal dengan interior paling gempak.

Dalam hal pemilihan semua benda pada Majlis Pertabalan ini, Agong semestinya menitikberatkan soal pemakaian jam dan kasutnya yang boleh diubah dan juga cermin mata kegemarannya. Ini kerana perkara itu sahajalah yang menunjukkan identitinya tersendiri kerana baju, seluar dan lain-lain ditentukan oleh pihak Istana.

Di England, Pada Majlis Angkat Sumpah jawatan Perdana Menteri United Kingdom, pernah berlaku kontroversi apabila terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti perjudian dimana mereka bertaruh warna apakah tali leher yang Gordon Brown akan pakai.

Maka pelbagai jenis kajian dilakukan melihat warna tali leher terdahulu yang dipakai oleh Gordon Brown dimana ada yang hanya melihat biografi mengenai warna kegemarannya sahaja. Begitu juga dengan aksesori-aksesori lain yang mereka bertaruh Gordon Brown akan pakai.

Harap-harap di Malaysia tiada perkara seperti itu kerana rakyat Malaysia bukannya kaki judi macam mereka. Lagipun hanya ada beberapa jam lagi sebelum majlis bermula maka penulis percaya yang perkara seperti itu tidak akan berlaku di Malaysia.

Kembali menyentuh bab kereta, penulis ada menanya kepada rakan penulis yang juga pakar bab-bab kereta Rolls Royce, Bentley dan Maybach bernama Azrul Akram' . Beliau juga bersetuju yang DYMM SPB YDP Agong akan menaiki Rolls Roycenya.
























Ini kerana katanya Rolls Royce merupakan kereta yang dikeluarkan British dan Kesultanan Kedah juga pernah berada dibawah naungan British, maka lebih sesuailah Baginda menaiki Rolls Royce lagipun Ratu Elizabeth pun pernah menggunakan kereta Rolls Royce Phantom IV yang mana hanya 18 buah dibina.

'' Maybach ini dari Jerman, selalunya Sultan-Sultan pakai kereta British seperti Rolls Royce dan Bentley. Jadi agak janggalah jika Agong akan menaiki Maybachnya. Lagipun kalau dia ( Baginda ) nak naik Bentley mana nak cari Bentley. Setahu saya Sultan Kedah tak pernah guna Bentley .''

Jadi penulis percaya yang Agong akan menaiki Rolls Roycenya untuk berangkat ke Majlis Pertabalan Agong kali keduanya. Persoalan seterusnya ialah ;

Adakah Agong akan Hadir Dari Kediamannya Yang Lain atau Baginda Tunggu di Istana ?

Kalau Baginda tunggu di Istana maka tak dapatlah kita lihat kereta apakah yang Baginda guna. Kerana terdapat kemungkinan yang Agong akan bersemayam di Istana Negara malam esok dan hanya menunggu ketibaan Raja dan Sultan yang lain.

Tapi penulis berfikir pula, takkanlah Agong nak tunggu Sultan lain sampai ke Istana, sepatutnya Sultan dan Raja lain sampai dahulu dan diikuti ketibaan Baginda dari mana pun penulis tak tahu.

Jadi apakah pilihan anda ?

Maybach atau Rolls Royce


2 comments:

  1. SAYA PILIH ROLLS ROYCE..

    ReplyDelete
  2. MAYBACH ZEPPELIN 62S TERBAIK...slain interior yg lbih luas , pnjang n gempak...enjin juga sngat smooth acceleration mmg terbaik...so saya pilih MAYBACH ZEPPELIN

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen