Thursday, April 5, 2012

Pantang Melayu Derhaka Pada Raja ?

Pada 9 Mac 2011 penulis ada menulis sebuah artikel bertajuk Raja Zalim Raja Disanggah, Raja Adil Raja Disembah selepas penulis melawat ke Selatan Thailand pada penghujung tahun 2010. Apa yang baru penulis perasan ialah tajuk tulisan tersebut terbalik kerana sepatutnya Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah.

Kini penulis membuat sambungan kepada tulisan tersebut dengan salah satu quote yang terkenal pada zaman dahulu iaitu '' Pantang Melayu derhaka pada Raja ''. Ini merupakan salah satu ayat yang ingin menggambarkan kepada masyarakat dunia bertapa taatnya masyarakat Melayu kepada Raja mereka.

Kepada para mereka yang mengikuti blog penulis dari awal penubuhan blog ini lagi, mereka akan tahu bertapa baiknya hubungan penulis dengan Raja-Raja Melayu. Seingat penulis, bapa penulis mula membawa penulis bertemu dengan pemerintah semasa penulis berumur 9 tahun.

Sultan yang paling awal sekali penulis bertemu ialah Sultan Perak , Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahulahu ketika konvoi kereta klasik dan vintaj ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Selepas itu seingat penulis, penulis menyertai Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Kedah pada tahun 2008 beserta 100 Years of Excellency Kolej Sultan Abdul Hamid yang juga sekolah bapa penulis. Disebabkan itu jugalah penulis berkesempatan bergambar dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang turut bersekolah disitu.



Manakala destinasi seterusnya bagi penulis berjumpa dengan pembesar-pembesar negara ialah di Istana Raja Dihilir, Ipoh, Perak dimana penulis menyertai hampir 15 buah kenderaan mengikuti rombongan ke sana pada 1 Mei, 2010 untuk bertemu dengan Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa.



Bulan yang sama cuma hari berbeza iaitu pada 21 Mei 2010, Kelab Kereta Klasik & Vintaj Diraja Malaysia telah mengadakan Konvoi ke Perlis bagi Sambutan Pemerintahan 10 tahun Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis. Penulis walaubagaimanapun tidak ikut acara pada hari itu di Shah Alam kerana sekolah penulis mengadakan Peperiksaan.

Tetapi penulis diterbangkan dari Subang Airport untuk turut serta pada majlis keesokannya yang mana dihadiri oleh Raja Perlis, Raja Muda Perlis dan tidak lupa juga Puteri kepada Raja Muda Perlis yang tua setahun dari penulis :( .



Tahun berikutnya iaitu 30 Oktober 2011 penulis mengunjungi Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan yang mana dianjurkan oleh Kelab Kereta Klasik & Vintaj Diraja Malaysia untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Besar Sri Menanti, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Kemungkinan besar bulan hadapan jika ada rezeki penulis telah pun dipelawa untuk menyertai konvoi Hari Keputeraan Raja Perlis pada Mei depan. Tengoklah kalau ibu bapa penulis nak ikut ataupun tidak. Penulis bukannya boleh bawa kereta pon.

Tulisan diatas tersebut merupakan pertemuan rasmi penulis dengan pemerintah negeri manakala banyak lagi penulis bertemu dengan tidak rasmi iaitu Sultan Selangor yang mana bertemu di Pavillion walau tanpa seorang bodyguard, Yang di-Pertuan Agong XII yang mana penulis bertemu pada Majlis Maulidur Rasul dan Hari Kemerdekaan dan Sultan Pahang yang mana penulis bertemu di Stadium Bukit Jalil kerana Baginda merupakan Presiden FAM.



Dalam banyak-banyak Sultan di Malaysia, hanya dua Sultan yang penulis belum sempat berjumpa iaitu Sultan Johor dan Sultan Kelantan walaupun dahulu pernah ada konvoi ke Kelantan tetapi hanya berkesempatan bertemu dengan Y.A.B Dato Seri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sahaja.


Baru-baru ini, terdapat sebuah gambar yang menarik perhatian penulis untuk 'like' gambar tersebut yang dikongsikan oleh salah seorang rakan baik penulis. Gambar tersebut memaparkan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memakai selipar dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mana kasutnya dipakaikan orang yang lain.

Penulis tertarik melihat gambar tersebut kerana ia menggambarkan dua personaliti berbeza diantara dua orang kerabat diraja. Maka selepas itu penulis melihat pula komen-komen yang ditulis mengenai gambar tersebut yang mengundang kontroversi.

Kebanyakkan komen-komen yang diberikan menghentam mereka yang mengongsikan gambar tersebut kerana ia seolah-olah mencemarkan nama baik TMJ. Ada juga yang menghentam lagi TMJ kerana 'keangkuhan' TMJ. Sultan Kelantan masih mengekalkan reputasinya sebagai Sultan berjiwa rakyat dengan memakai selipar Crocs.

Komen yang menarik perhatian penulis mengatakan yang Baginda Sultan Kelantan pakai sendiri kasutnya kerana keluar dari masjid. Manakala TMJ dipakaikan orang lain kerana kemungkinan letih selepas bermain Polo.

Ada logiknya juga komen tersebut tetapi sebagai seorang jurukamera yang memerhatikan setiap tindak tanduk mereka ini, penulis tahu yang alasan tersebut sebenarnya tak munasabah langsung kerana orang kena tolong pakaikan kasut sebab letih.

Penulis tak fikir yang Tengku Mahkota letih kerana Tengku Mahkota pernah berkhidmat dalam pasukan ketenteraan. Malahan dalam Twitternya juga banyak memaparkan gambarnya dalam Johor Military Force dan sedang bersenam.

Jadi apa hujah-hujah mengatakan TMJ letih selepas main Polo amat tidak boleh diterima sama sekali.

Penulis amat pelik dengan segelintir rakyat Johor yang bertungkus lumus mempertahankan orang mereka tanpa usul periksa.

Adakah sebagai seorang rakyat kepada Raja yang berdaulat wajib mentaati Sultannya meskipun Sultan tersebut melakukan kesalahan ?

Frasa '' Pantang Melayu Derhaka pada Raja '' akan kedengaran dengan meletakkan Sultan dan Raja-raja sebagai tempat yang paling tinggi sekali sehingga dianggap terlalu mulia dan seolah-olah tidak melakukan apa jua kesalahan.

Bagi penulis, penulis lebih percaya dengan ungkapan '' Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah '' dari ungkapan '' Pantang Melayu Derhaka pada Raja '' seperti yang selalu dikaitkan dengan Hang Tuah yang menentang Hang Jebat kerana Hang Jebat mengamuk disebabkan Sultan mengarahkan Tuah dibunuh.

Hang Tuah keluar dari hutan kerana ingin menentang pemberontakan yang dilakukan oleh Hang Jebat di istana walaupun Tuah tahu amukan Hang Jebat di istana tersebut kerana ingin membela nasibnya. Tetapi kerana ketaatan Tuah terhadap Sultan Melaka, Tuah sanggup berentap menentang Jebat.

Penulis percaya jika seseorang itu melakukan kesalahan, seseorang itu patut dihukum berdasarkan apa kesalahan yang dilakukan. Malangnya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh golongan kerabat diraja ini tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.



Seperti contohnya Almarhum Sultan Iskandar yang mana rekod salah laku Baginda telah banyak dicatatkan sebelum menjadi Sultan lagi. Pada tahun 1961 Baginda kehilangan kedudukannya sebagai Tengku Mahkota kerana dikatakan mengurung utusan ayahandanya.

Tahun 1972 juga Almarhum Sultan Iskandar didakwa memukul dua orang lelaki kerana didakwa memotong keretanya dengan cokmar iaitu sejenis belantan yang dibuat dari besi yang mana pada penghujungnya tajam bagi menghancurkan baju pahlawan ketika dahulu.

Lima tahun berikutnya, Almarhum Sultan Iskandar juga didakwa melakukan kesalahan menembak mati seorang lelaki Cina yang mana disangkanya seorang penyeludup berhampiran helikopter peribadinya. Namun ayahandanya campur tangan dan memberikan pengampunan kepadanya.

Sebelas tahun kemudian peristiwa yang mendapat kecaman pelbagai pihak berlaku apabila Almarhum Sultan Iskandar menembak mati seorang kedi ketika bermain golf yang mana puncanya didakwa kedi terbabit tertawa apabila bola golf Sultan Iskandar tersasar dari lubang.

Tetapi terdapat versi berbeza mengenai kes ini, ada yang mengatakan yang Almarhum Sultan Iskandar menembak mati kedinya kerana malu ketika bermain dengan seorang Mat Salleh yang mana bola golf Baginda hilang dari pandangan. Maka kedi terbabit hanya membaling bola golf terbabit ke atas padang supaya Sultan boleh membuat pukulan seterusnya.

Namun Mat Salleh yang bermain dengan Almarhum Sultan Iskandar tersebut ternampak apa yang kedi Sultan lakukan. Maka dia pun complain perkara tersebut kepada Sultan Iskandar. Jadi nak tunjuk gentleman Sultan pun marahlah dekat kedi terbabit.

Yang mana satu betul Allahualam

Pada tahun 1992 juga sekali lagi Almarhum Sultan Iskandar membuat hal apabila didakwa memukul jurulatih Hoki bernama Douglas Gomez yang dititahkan supaya menghadapnya di Istana Bukit Serena kemudiannya memukulnya. Ketika laporan dibuat, Gomez mendakwa pengawal peribadinya hanya melihat dirinya dibelasah oleh Almarhum Sultan Iskandar.

Dalam kesemua salah laku yang dilakukan oleh Baginda, tiada satu pun hukuman yang dikenakan kepada Baginda kerana Baginda Sultan di Malaysia mempunyai kekebalan dari segala undang-undang. Maka kesalahan apa yang mereka lakukan tidak akan dikenakan tindakan.

Selain itu, Sultan dan Raja Melayu juga mempunyai hak untuk memberikan pengampunan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Baginda. Keistimewaan pemberian pengampunan ini juga boleh diampunkan kepada diri sendiri jika mereka melakukan kesalahan.

Begitu juga dengan Sultan Ibrahim yang mana didakwa menembak mati seorang lelaki selepas bergaduh di kelab malam pada tahun 1980. Manakala pada tahun 2005 sekali lagi Baginda didakwa melakukan kesalahan apabila menyerang seorang wanita bernama Yasmin yang mana dikatakan pelakunya merupakan Tunku Ibrahim.

Tiada sebarang tindakan diambil terhadap Baginda ketika itu sebagai Tengku Mahkota.


Tengku Mahkota Johor sekarang juga tidak terlepas dari dakwaan-dakwaan liar yang mana mengaitkan dirinya bergaduh dengan Tunku Nadzimuddin yang mana seorang kerabat dari Negeri Sembilan di sebuah kelab malam Crown Plaza Hotel.

Tunku Nadzimuddin mendakwa yang dirinya dipukul di kepala dan muka manakala rakannya mendakwa yang pengawal peribadi Tunku Ismail, memukulnya sehingga kehilangan dua batang gigi. Tunku Nadzimuddin juga mendakwa yang Tunku Ismail mengacukan pistol di kepalanya. Walaubagaimanapun, Kerabat diRaja Johor menafikan dakwaan yang dibuat terhadap Tunku Ismail.

Itulah dakwaan-dakwaan liar yang terpalit dengan kerabat-kerabat di Malaysia yang mana memperlihatkan keburukan mereka. Walaubagaimanapun, bukan semua mereka ini berkelakuan buruk dan kebanyakkan apa yang diceritakan hanya sekadar dakwaan sahaja kerana mereka ini tidak boleh diadili di mahkamah.

Ini apa yang ingin disampaikan oleh penulis kepada masyarakat yang membaca artikel ini.  Adakah anda akan masih lagi mentaati seorang pemerintah yang telah melakukan kesalahan yang terang-terangan kita boleh lihat.

Jika kerajaan melakukan kesalahan dengan segeranya ada mengecamnya, tetapi jika seorang individu yang mempunyai kekebalan disebabkan pangkatnya melakukan kesalahan adakah kita patut angkat sembah.

Ya! memang benar mereka ini semuanya Raja tetapi adakah Raja maksum dari sebarang kesalahan. Bangunlah wahai rakyat Malaysia yang mempunyai taat setia mereka kepada Sultan tanpa belah bahagi walaupun mereka melakukan kesalahan.

Penulis tidak menuduh ada kerabat diRaja Malaysia melakukan kesalahan tetapi jika ada mereka yang melakukan kesalahan. Maka kecamlah supaya menjadi pengajaran kepada kerabat diRaja yang lain supaya tidak bongkak dengan kedudukan mereka.

Satu lagi mereka perlu ingat yang mereka ini merupakan bakal pewaris takhta Kesultanan Melayu yang mana sepatutnya perlulah menjaga tingkah laku mereka supaya tiada kontroversi buruk dapat dikaitkan dengan mereka semasa mereka menjadi Raja.

Ini kerana Sultan atau Raja di negeri tersebut merupakan Ketua Agama Islam. Amat memalukan jika seorang Ketua Agama Islam berkelakuan kurang sopan dengan berhibur di kelab malam dan sebagainya. Begitu juga dengan pertuturan bahasa yang digunakan, janganlah kuat mencarut wahai bakal-bakal Sultan sekalian walaupun di Twitter.

Ingatlah anda seorang Islam jadi tidak baik menggunakan perkataan-perkataan kasar di khalayak ramai yang mana boleh mengundang ketidakselesaan rakyat. Ingatlah juga jika tiada orang sanggup mengangkat sembah kepada anda ketika anda menjadi Sultan maka sia-sialah darjatmu itu.

Tanpa sokongan rakyat, maka tiadalah Sultan. Ingat yang rakyat boleh melakukan apa jua perkara jika difikirkan perlu jika pemerintah mereka melakukan kesalahan. Syukur sehingga hari ini rakyat Malaysia masih mempunyai taat setia yang tinggi kepada Raja mereka.

Bagi penulis, Sultan yang layak disembah ialah Sultan yang baik budi pekertinya bukannya terpalit dengan hal-hal yang buruk. Kerajaan Malaysia pun pernah meminda perlembagaan bagi mengurangkan kuasa Sultan supaya mereka tidak kebal dari segala undang-undang.

Bagi manusia yang suka mempertahankan orang yang melakukan kesalahan mohon hentilah. Anda tidak tahu  langsung hanya sekadar mendengar cerita sahaja. Penulis tidak hairan jika ada orang pakaikan kasut untuk TMJ kerana dia bakal Sultan tetapi penulis hairan dengan segelintir rakyat jelata kita ini.

Sini penulis ingin tunjukkan gambar yang penulis rakamkan di Masjid Zahir dimana Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Mutasimubillahi Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badilishah dipakaikan kasutnya oleh orangnya.

Tetapi harus diingatkan yang Tuanku Sultan sudah mencecah umur 85 tahun bukannya 28 tahun. Kemungkinan besar yang Tuanku Sultan sukar untuk membongkokkan badan bagi memakai kasutnya sendiri bukannya seperti orang muda.

Gambar diatas menunjukkan yang Sultan Kedah mengangkat kedua-dua kakinya untuk memakai kasut kedua-dua belah. Penulis percaya yang orangnya hanya ingin memastikan kasut yang Tuanku Sultan pakai kelihatan betul dan tiada cacat cela bukan untuk memakaikan kasut kepada Baginda.

Satu lagi yang penulis perasan, Sultan Kedah walaupun sudah tua hanya memerlukan seorang sahaja bagi membantu dirinya memakai kasut. Tetapi orang muda perlukan dua orang untuk memperbetulkan atau mungkin juga membantu memakai kasut.

Seterusnya gambar Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang mana penulis mengambil gambar tersebut pada Hari Raya Aidiladha beberapa tahun yang lepas.

Gambar ini menunjukkan walaupun Tuanku Sultan sudah berusia 67 tahun, tetapi Baginda masih boleh berdiri untuk memakai kasutnya yang penulis anggap sebagai sedikit 'rare' kerana kelihatan seperti Alladin dengan sendirinya tanpa bantuan orang lain.

Bahkan gambar yang penulis ambil ini menyaksikan yang Tuanku Sultan tidak membongkokkan apatahlagi duduk bagi memakai kasutnya yang sudah semestinya berharga ribuan ringgit. Cool giler Tuanku Sultan 

34 comments:

  1. terima kasih atas post ini.islam dijunjung.Rasulullah SAW adalah pemimpin yang paling terpuji tapi sifatnya sungguh merendah diri.semoga Allah menyanggah pemimpin-pemimpin yang zalim ke atas rakyatnya. La illaha illah

    ReplyDelete
    Replies
    1. DARI PAK SUNANG Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui AKI DARMO saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan AKI DARMO,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan AKI DARMO yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti, AKI DARMO juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penglaris jualang silahkan hubungi AKI DARMO di 082-310-142-255 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya –ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI -http://pendidikan-merangin.blogspot.co.id

      Delete
  2. Yaa... Pernah berlaku suatu peristiwa dimana kedatangan nabi pada sebuah majlis dimana ketika ketibaannya, hadirin yang lain bangun berdiri tetapi suruh duduk dan berkata jangan layan dia seperti Raja

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Apa tujuan penulis membuka citer2 begini? adaka awak ni pro komunis? Tulisan awak seoalah2 ke arah menghasut kebencian pada Raja2. Awak ni warganegara Malaysia ka? Atau masih hingusan lagi sekolah pun x habis lg? Hentikanlah propaganda awak ni budak.Jangan nanti awak dikenakan tindakan sudah . Tulisan awak seolah2 ke arah menghasut kebencian pada Raja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni apahal plak tetiba p ke pro-komunis nih? macam xpaham citer jer melayu nih...

      Delete
    2. tak faham cerita ka?? aiyooo.

      Delete
    3. Betul....cuma yg mulia didunia adalah para rasul n nabi ja...raja or sultan xmulia pun...kebanyakan sultan n raja sekarang bertuhankan nafsu...pelik manusia sekarang....zaman kita sekarang umpama zaman firaun...sultan n raja umpama firaun...cuba pikir betul2...bukan nak hasut or apa...pikir2 kan lah...mansuhkan je system raja kat malaysia...diorang nak duit..kena usaha sndiri mcm rakyat..baru la tau mampu ke x nak beli numbe plat smp puluh2 ribu...dunia adalah neraka..dipimpin oleh sahabat2 iblis...siapa sahabat iblis?jawapannya ada dlm pikiran anda...byeee

      Delete
    4. mmg kbnykn raja ada bisnes sndiri.. mcmJohor. duit yg kerajaan bgi semua untuk sumbangan. sekupang pon diorg xambil. as said by their princess in her insta. lgipun johor mmg maju kan. mmg raja xmulia sprti nabi, tpi mereka adalah kturunan nabi rata2nya. sprti Raja Perlis. jadi ada tulah pada mrka. sbb tu kna hormat. cuba buat research psal tulah, bru brckp. satu lagi, Raja lmbg kekuasaan melayu, hilang raja, kaum lain berkuasa. mcm thailand, tentera yg ambil alih kerajaan.

      Delete
    5. Bodo betul. Tentera Thailand ambil alih kerana rasuah PM. Lepas tu serah balik oada PM yg dioilih rakyat. Tapi seluruh warga Tahiland memuja Raja mereka kerana kewibawaannya.
      Kita juga boleh hormat raja2 kita kalau mereka tunjuk kebiwaannya.
      Kena check salahsilah sultan Johor ye...jgn pandai2 kata keturunan nabi.
      Allahualam

      Delete
  4. Cerita-cerita ini boleh dicari di google... Tiada masalah jika saya kongsikan... Saya tak nak cerita seperti diatas berlaku sekali... Ambillah sebagai iktibar. Saudara langsung tidak mempunyai sikap bersangka baik dalam memahami penulisan saya...

    ReplyDelete
  5. salam saudara/saudari sal,

    saya lihat komen anda di atas seolah-olah anda yang berfikiran seperti kebudak budakan. saya tidak nampak langsung ada unsur menghasut kearah mmbenci institusi raja di Malaysia. malah, pada pandangan saya anda sendiri tidak faham maksud komunis/ komunisme seperti komen anda di atas. pemikiran anda bagi saya seperti orang zaman 70an..rigid! opps.. maaf mgkin anda dilahirkan awal 90an.

    penulis tidak bias dalam menyampaikan mesej dimana elemen positif dan negatif seorang raja disampaikan sama rata. syabas diucapkan kepada penulis.

    ReplyDelete
  6. Ada juga yang nak mempertahankan perkara yang salah.
    Kalau dah buat salah, tak kiralah rakyat ke,Sultan ke,tetap salah.
    Kalau dah buat salah.layaklah dibenci.
    Apa masalahnya?

    ReplyDelete
  7. baso gong..padahal sal tu budok sekoloh..
    saloh, saloh la..kalo nabi lain la..maksum

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang menarik. syabas!

    ReplyDelete
  9. Pembetulan Al Marhum Sultan Iskandar tidak menembak kedinya sampai mati
    tetapi memukulnya mengunakan kayu golf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul anon 5:22.. memukul dengan kayu golf. Kayu tee yang hujung kepala tu besar agaknya.

      Delete
  10. Saya tidak menolak kemungkinan yang saudara kemukakan kerana terdapat banyak versi mengenai kes tersebut... Maklumlah, masing2 ingin menutup hal yang sebenarr..

    ReplyDelete
  11. one word to Penulis..Excellent!
    to sal?? one word...stupid

    ReplyDelete
  12. sal ni budak baru belajar..

    ReplyDelete
  13. I have 2 words for sal Bodoh , Bangang...bye

    ReplyDelete
  14. Sal punya konsep ' pantang melayu derhaka padang raja' mcm org zaman hang tuah dulu..dan gambar dia ada dlm site ni... Guess which one is sal or his full name salman??? Hahah yang pakaikan kasut kat kaki TMJ... Tu yg dia rasa tercabar sgt dgn penulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maafkanlah si Sal yang pengampu itu.. Sal orang susah,tinggal di rumah flat. Besar harapan dia tu sebab nak tinggal di istana. Ptuih!

      Delete
  15. ini semua cerita benar .
    ape ade guna sultan dan raja semua ?
    keturunan lanun bangsat !!
    every men is a king .

    ReplyDelete
  16. Aslm...

    Kpd ana sendiri,'Sal' dan semua...
    Kita mesti ingat, sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan manusia dan jin adalah semata-mata untuk menghambakan diri kpdNya. Setiap manusia diciptakan sama sahaja kedudukannya, apa yg membezakannya adalah amalan soleh & taqwa kpdNya semasa didunia ini.
    Kenapa majoriti (bukan semua)Sultan-Sultan Melayu pada hari ini seolah-olah mahu meletakkan darjat mereka secara berlebih-lebihan, yang bagi ana tiada apapun pada darjat itu, dan tidak bercirikan penampilan atau akhlak yang mulia (iaitu bersifat mazmumah), serta telah banyak menyimpang daripada ajaran Islam? Di sini, ana bersetuju bahawa penulis hanya ingin menyampaikan realiti yang benar untuk kita menilai secara rasional...sekurang2nya jika tidak pun mahu menilai dari aspek syariat Islam. Sultan2 adalah Ketua Agama bg negeri/negara yg wajib menjaga dan menjadi tauladan baik kpd rakyat jelata. Setiap solat Jumaat jutaan rakyat mengaminkan doa terhadap Sultan2 oleh khatib pd khutbah kedua dibaca, itu Sultan kena ingat.
    Untuk kes ini, suka ana kongsikan kisah Nabi Sulaiman a.s yg sepatutnya dijadikan panduan untuk kita sebagai umat Islam. Pemerintahan Baginda merupakan sebuah pemerintahan kerajaan yang dianugerahkan dengan pelbagai kemewahan dan segala nikmat2 Allah s.w.t:kekayaan, kekuasaan empayar yang agung, pemerintahan yang adil. Baginda bukan sekadar mentadbir manusia, malah kehebatan Baginda boleh berkomunikasi dan memahami dengan bahasa-bahasa binatang serta serangga sekalipun. Baginda amat digeruni oleh semua makhluk2 pada masa itu yakni daripada sekecil-kecil makhluk sehinggalah kepada Iblis laknatullah. Baginda mentadbir dengan penuh tanggungjawab amanat yg Allah s.w.t. serahkan terhadap segenap pelusuk jajahan takluk Baginda sehinggalah kepada kewafatan Baginda.
    Berita kewafatan Baginda tidak diketahui semua makhluk2 kecuali Izrail dgn perintah Allah s.w.t. Walaupun telah bertahun-tahun Baginda telah wafat, namun Iblis dan semua makhluk2 masih tidak mengetahuinya lantaran kerana terlalu takut terhadap Baginda apatah lagi untuk mendekati Baginda sebab masih menyangka Baginda masih hidup. Baginda wafat dalam keadaan memegang tongkat sambil berdiri dengan jasad para ambia yang terpelihara Allah s.w.t.Sehinggalah pada suatu ketika anai-anai datang memakan tongkat tersbut sehingga reput dek kerana telah wafat terlalu lama. Lama-kelamaan tongkat Baginda pun patah dan lalu terjatuhlah jasad mulia Baginda ke bumi. Pada ketika itu barulah diketahui umum bahawa Nabi Sulaiman a.s. telah diketahui wafat serta mulalah heboh berita kewafatan itu tiba kepada sekalian makhluk2 yang ada.
    Iktibarnya...Walaupun Nabi Sulaiman satu2nya Rasul yang diberikan kekayaan, kekuasaan, kemuliaan,kemewahan, kemakmuran dsb, tetapi Baginda adil dan mengambil berat thdp semua makhluk2 yang dibawah tanggungjwb Baginda kerana Baginda TAKUTKAN ALLAH AZZAWAJALLA. itulah sebuah kisah pemerintahan yang Allah s.w.t. tunjukkan kpd kita melalui peristiwa Rasul bersama umat-umat terdahulu yang sepatutnya sedikit-sbnyk ditiru khasnya oleh para Sultan-Sultan kita semua.
    'Sal' tidak boleh menafikannya tentang perkara di atas.
    Sesungguhnya yang Haq tetap Haq dan yang Bathil itu tetap Bathil, yang dituntut agama ganjarannya syurga, yang dilarang agama ganjarannya neraka, matlamat kita semua adalah nak masuk syurga, atau terdpt dantara anda yg x nak ke syurga????? Untuk ana, 'Sal' dan semua; tepuk dada gunakan akal utk kebenaran..
    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Tuan,

      Sekadar bertanya..

      Dlm hal ini di pdg masyar nanti sapa yg akan dipersalahkan?

      Delete
  17. Benar skali bro..ana

    Sultan sepatutnye melindungi rakyattp skrng nie di mana Sultan bila
    rakyat nak mngadu masalah? Bila bcakap Bjiwa Rakyat konon x heranlah Sultan skrng rakyat dah x hormat & x dgeruni sptmne kisah Nabi Sulaiman as yg dcritakn ole ana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar.. even budak yang baru masuk jawi pun boleh faham ini cerita.

      Delete
  18. "Jebat ini kalau dikatakan derhaka - maka derhakalah kerana Jebat tidak pernah menuntut seinci tanah pun untuk kediaman - tidak pernah menampung tangan untuk sesuap nasi dari pihak istana - tidak pernah memohon apa pun gelaran dan pangkat - malahan Jebat yang dikatakan derhaka ini tidak pernah menyelewengkan hak rakyat ...,"

    ReplyDelete
  19. Org Johor buto kot? Sembah tmj yerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya IBU TITING seorang TKW DI ARAB SAUDI pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan SUAMI saya sakit-sakitan dikampung dan gaji saya itupun buat beli obat-obatan sedangkan hutang banyak kebetulan saya buka-buka facebook mendapatkan nomor hp KI KUNCORO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi AKI dan minta angka bocoran ANGKA THAILAND angka yang di berikan 3D ternyata betul-betul tembus 100% dan bagi saudarah-saudarahku di indonesia yang bekerja di luar negeri jadi TKI apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan bebang masalah anda silahkan hubungi KI KUNCORO di nomor 0823-1332-9888 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas KLIK: >>KLIK DI SINI KALAU ANDA BERMINAT BERGABUNG DENGAN KI KUNCORO <<<

      Delete
  20. DARI PAK SUNANG Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui AKI DARMO saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan AKI DARMO,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan AKI DARMO yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti, AKI DARMO juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penglaris jualang silahkan hubungi AKI DARMO di 082-310-142-255 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya –ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI -http://pendidikan-merangin.blogspot.co.id

    ReplyDelete
  21. Salam editor, mungkinkah juga KDYMM SPB YDPA, Tuanku Abdul Halim mengauskan kaus yang bertali dan KDYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengauskan kaus slip-on's. Mohon perjelasan.

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen