Sunday, April 22, 2012

Pameran Motor Melaka 2012

Pada 21 April 2012, berlangsungnya 'Malacca Motorshow' di Dataran Pahlawan, Melaka dimana penulis berkesempatan kesana untuk melihat kereta-kereta yang dipamerkan disana. Dengar kata ada Lamborghini Aventador dari Singapura hendak datang maka penulis pun lebih bersemangatlah untuk hadir memeriahkan majlis.

Walaubagaimanpun, penulis tidak dapat mengikuti konvoi tersebut yang mana bertolak dari KL ( Selangor ) untuk ke Melaka pada pagi Sabtu tersebut kerana terikat dengan jadual Perbarisan penulis kerana sekolah penulis mengadakan 'Hari Anugerah Kecermelangan'.

Jadi penulis bertolak lewat sikitlah untuk kesana kerana komitmen tugas yang diamanahkan.

Ketika melangkah masuk ke ruang pameran penulis melihat sebuah kereta 'Proton Waja' dimana telah diubahsuai dimana kelihatan begitu menggagumkan penulis. Ini kerana kereta tersebut masih mengekalkan bentuk badan asalnya namun aksesori lain telah diubahsuai.

Ini termasuk juga dengan pintu dimana pintu belakangnya dibuka dari depan ke belakang atau dalam bahasa lain dipanggil 'Suicide Door' ataupun dalam bahasa formalnya dipanggil 'Coach Door' yang mana digunakan oleh kereta seperti Rolls Royce.

Boot belakangnya juga diubahsuai dengan meletakkan speaker yang mana bunyinya menarik perhatian penulis untuk menjenguk boot belakang kereta tersebut. Boot belakang dilengkapi speaker dan juga LCD yang mana penulis percayai yang mana LCD tersebut juga berfungsi sebagai alat untuk bermain PS2 kerana terdapat controller berada di belakang.

Seterusnya kenderaan yang penulis ingin ulas ialah mengenai sebuah kereta Myvi yang mana telah diubahsuai pemiliknya yang mana kenderaan ini jika diletakkan dalam gear 'P', badannya akan senget dimana ia sebuah perkara yang jarang dilihat oleh penulis.


Kenderaan ini memenangi pelbagai anugerah dan tidak hairanlah kerana bahagian dalamannya juga begitu cantik selepas pemiliknya membuat balik interior kenderaan tersebut. Boot belakangnya juga dilengkapi dengan Speaker dan LCD yang mana boleh memeriahkan majlis jika pemiliknya menunjukkan 'ngauman' keretanya itu.

Segmen seterusnya yang penulis lihat adalah himpunan kereta-kereta Lotus dimana menghimpunkan pelbagai jenis kenderaan Lotus yang berada diatas jalanraya Malaysia termasuk juga dengan trade plate. Tetapi penulsi tidak nampak sebarang Lotus yang lama-lama yang mana jarang dilihat diatas jalan raya.


Model kereta Lotus yang mengambil bahagian termasuklah model Exige, Evora, Elise dan sebagainya. Penulis sememangnya menggagumi kenderaan milik syarikat nasional ini kerana menurut pakar, Lotus merupakan sebuah jenama kereta sports yang murah yang mana prestasinya melebihi nilai harganya.

Maka bagi penulis, pemilik-pemilik Lotus tidak perlu bimbanglah dengan dakwaan yang mana mereka sebenarnya ingin menggunakan kereta sports tapi tak ada duit nak beli kerana sememangnya nilai Lotus amat berbaloi sekali.


Selepas itu, penulis melihat deretan kereta yang disusun sebaris yang mana permulaannya ialah sebuah Porsche diikuti dengan sebuah Ferrari Maranello , Chevrolet kesukaan budak-budak iaitu Camaro, Nissan GTR yang mana kereta paling berkuasa dalam pecutan dalam kalangan kereta-kereta Sports.

Tidak lupa juga dengan sebuah kereta sports British iaitu Aston Martin model Vantage. Seterusnya ialah Nissan GTR yang mana badannya telah ditampal dengan sticker dan juga sebuah kereta Sports Itali iaitu Lamborghini Gallardo.

Dimanakah ia Lamborghini Aventador seperti yang dikhabarkan. Dan dimanakah pula kereta-kereta Singaporeans yang mana dengar kata begitu hebat beraksi di lebuhraya negara kita.

Seterusnya pula penulis ke tempat yang mana menjadi punca utama penulis ingin hadir ke pameran ini iaitu Classic Cars Concourse dimana penulis ingin melihat kereta-kereta klasik dan vintaj milik rakyat Singapura. Malangnya tidak sebiji pun yang penulis perasan.

Mungkin juga terdapat kereta milik rakyat Singapura tetapi nombor pendaftaran Malaysia kerana setahu penulis, rakyat Singapura tidak boleh memiliki kereta yang banyak.

Tiada kereta yang penulis jarang lihat cuma sebuah kereta klasik Rolls Royce model Silver Wraith menarik perhatian penulis dengan kecantikan material luarannya dan juga dalamannya yang dipercayai dimiliki oleh Tan Sri Eugene Campos.


Beliau juga mempunyai sebuah Mercedes Benz 500K yang mana dikatakan merupakan salah sebuah kereta klasik paling mahal dirantau Asia. Beliau mendakwa yang Mercedes 500K Roadster miliknya itu bernilai US$ 3.2 juta atau lebih kurang Rm 10 juta.

Kereta itu dikatakan hanya mempunyai 25 buah sahaja sepertinya . Disebabkan itulah harganya melambung tinggi kerana model tersebut hanya dibuat sedikit sahaja yang membuatkan pemiliknya berasa eksluksif. Plat pendaftaran kereta tersebut ialah MBK 500 . Mungkin juga bermaksud Mercedes Benz 500K.

Itu sahaja yang menarik perhatian penulis untuk mengulas kerana kenderaan lain boleh dilihat pada himpunan kereta klasik yang lain. Begitu juga dengan kedua-dua diatas ini tetapi dek kerana nilainya yang tinggi. Penulis pun ulaslah sedikit mengenai kereta milik Tan Sri Eugene Campos ini.

Kereta klasik lain yang turut kelihatan ialah Austin, Volvo P1800, Mercedes, Peugeot, Volkswagen Beetle, Alfa Romeo dan ada la dua tiga buah jenis kenderaan lagi.

Bab seterusnya pula mengenai kereta dari Itali iaitu Alfa Romeo. Terdapat sekumpulan lebih kurang 4-5 buah Alfa Romeo turut mempamerkan kenderaan mereka disini yang mana hampir kesemuanya Coupe. Ya, penulis mengakui yang corak kereta Alfa Romeo ini mempunyai kelasnya tersendiri.

Sampai disitu sahajalah mengenai Pameran Motor di Dataran Pahlawan Melaka yang mana penulis boleh gredkan ia sebagai 1.5/5 sahajalah. Ini kerana ketiadaan kereta vintaj dari Singapura dan juga Lamborghini Aventador seperti yang dikatakan itu.

Kebetulan pada hari tersebut berlangsung juga Pameran Crime Awareness oleh Pihak Polis Diraja Malaysia sempena Sambutan Hari Polis. Maka, penulis sempat juga melihat dalam khemah-khemah yang disediakan oleh pihak polis mengenai cawangan dan unit khas polis.

Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Melaka iaitu Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob juga bersama dengan Datuk Seri Khalid Abu Bakar bersama memeriahkan kempen Crime Awareness ini. Tun membawa isteri dan anaknya.

Beliau melawat ke khemah-khemah yang polis sediakan dan juga beramah mesra dengan kakitangan PDRM. Terdapat pertunjukan dari unit anjing pengesan K9, unit Komando yang terjun dari dalam kapal terbang dan mendarat diatas Dataran Pahlawan dan juga aksi pesawat dan helikopter milik PDRM.

Selepas persembahan itu, Tun diiringi oleh Datuk Serei Khalid Abu Bakar iaitu Timbalan Ketua Polis Negara melihat ke khemah-khemah sambil diterangkan oleh anggota yang bertugas. Penulis sempat bersembang dengan Tun Khalil sebelum beliau berangkat pulang.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen