Monday, March 19, 2012

Masalah Gay Harus Dipandang Serius

Penulis pernah dilabelkan sebagai 'Gay' oleh rakan-rakan penulis kerana mendengar lagu Elton John. Namun penulis jelaskan yang penulis hanya mendengar lagu Elton John bukannya pengikut pengikut Elton John.

Di Facebook penulis hanya 'like' Elton John tetapi tidak follow beliau di Twitter. Walaubagaimanpun penulis tidak ambil peduli sangat dengan tuduhan liar yang sesungguhnya tidak berasas dan penulis percaya kerana mereka hanya bergurau kepada penulis. Tambahan pula tuduhan itu datangnya dari rakan rapat penulis, penulis pasti terhadap kestraightan penulis.

Bukan nak menceritakan mengenai Sir Elton John, tetapi penulis ingin mengulas mengenai masalah yang berada dalam kategori Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender ( LBGT ) . Tumpuan penulis kali ini masih lagi mengenai masalah Gay di Malaysia.

Gay merupakan suatu sikap yang mana seorang lelaki itu tertarik terhadap lelaki lain. Tabiat ini juga dipanggil sebagai Homoseksual yang mana bermaksud tertarik terhadap kaum sejenis. Ingin dijelaskan yang Lesbian juga tergolong dalam istilah Homoseksual kerana mereka berminat terhadap wanita lain.

Perkara yang menarik minat penulis untuk mengulas mengenai Gay apabila penulis membaca surat khabar Mingguan Malaysia beberapa minggu yang lepas yang mana kajian mendapati bahawa 3 dari 10 lelaki di Malaysia merupakan Gay.

Budaya barat ini sememangnya amat keji sekali bahkan kaum nabi Luth telah ditimpa musibah yang mana mengorbankan Rakyat Sadom yang mengamalkan amalan songsang tersebut. Dipercayai musibah yang menimpa golongan ini ialah gempa bumi yang dahsyat.

Di Malaysia, semenjak dua menjak ini terdapat segelintir pihak yang ingin kerajaan Malaysia mengiktiraf status mereka sebagai LGBT ini. Malahan ia mendapat sokongan dari individu-individu profesional bagi membantu mengiktiraf golongan ini.

Semestinya penduduk Malaysia tidak akan sama sekali mengiktiraf mereka ini kerana ia jelas bertentangan dengan agama Islam. Secara amnya, jika apa-apa perkara yang bercanggah dengan peraturan ataupun budaya Islam langsung tidak akan diterima.

Lagipun masyarakat di Malaysia masih lagi menpunyai budaya ketimuran yang masih kuat yang mana berpegang teguh kepada ajaran agama mereka. Tidak hairanlah 90% penduduk di negara ini menolak untuk memberi pengiktirafan terhadap golongan ini.

Seorang pelajar Malaysia yang mendakwa dirinya sebagai Melayu dan beragama Islam telah menggemparkan negara apabila berkahwin dengan pasangannya di Ireland tahun lepas. Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengecam perbuatan tersebut di Facebook mahupun Twitter.

Seperti yang penulis katakan, orang Melayu di Malaysia ditakrifkan sebagai '' seorang Islam yang mengamalkan adat budaya Melayu dan bertutur menggunakan bahasa kebangsaan ... '' mengikut Artikel 160 Perlembagaan Malaysia ( 2 ).

Disebabkan itulah penulis tidak memanggil pelajar Malaysia tersebut sebagai seorang pelajar Melayu kerana jelas mengikut Undang-undang tertinggi di Malaysia ia tidak menepati apa yang dimaksudkan mengenai orang Melayu.

Beberapa hari selepas kontroversi tersebut mendapat perhatian media Malaysia, media di sana menanyakan beberapa soalan kepada pelajar Malaysia mengenai agama, sama ada masih Islam ataupun tidak. Dia menegaskan yang imannya masih tidak tergugat walaupun sudah berkahwin dengan lelaki lain.

Penularan budaya Gay di Malaysia dilaporkan sebagai membimbangkan kerana kini mereka bergerak bebas tanpa selindung. Contohnya di Faceboook dimana terdapat page bertajuk ' Persatuan Blogger-Blogger Gay SeMalaysia ' memperoleh lebih 5000 like. [ klik sini ]

Salah seorang kaunselor yang pakar dalam mengendalikan kes sebegini, Hushim Salleh dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy ( HSCC ) mendedahkan kepada Mingguan Malaysia yang penyakit sosial ini semakin membarah.

Beliau mendakwa yang tiga lelaki di bandar dari sepuluh merupakan seorang pengamal Gay. Manakala di luar bandar, dua lelaki dari sepuluh merupakan Gay katanya lagi sambil menegaskan yang beliau sanggup berdebat untuk membuktikan fakta ini.

Sesungguhnya penularan penyakit ini akan merosakkan modal insan negara yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Bayangkan jika negara ini diperintah oleh golongan Gay yang mana hampir belaku dalam sejarah pentadbiran negara 15 tahun yang lalu.

Kebanyakkan golongan Gay ini mempunyai perwatakan berbeza atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil split identity yang mana mereka mempunyai dua perwatakan dalam dua masa yang berlainan menyebabkan mereka dilihat sebagai manusia biasa.

Selain itu, page ' Kelab Gay Malaysia ' memperoleh lebih 3500 like dari pengguna Facebook. Ini jelas membuktikan yang golongan-golongan Gay ini sudah berani untuk bergerak secara terbuka tanpa berselindung. [ klik sini ]

'' ... Mereka ini golongan split identity, maknanya sebelah pagi dia boleh jadi imam kemudian tengah hari meliwat orang. Pengetahuan agama tidak cukup jika tiada iman, sebaliknya kelebihan ilmu agama itu diguna untuk mengaburi mata orang ramai '' kata Hushim kepada mingguan Malaysia.

Sesungguhnya kenyataan dari seorang yang pakar bab Gay ini jelas menunjukkan golongan Gay ini sukar untuk dikenalpasti. Bahkan sudah disahkan mahkamah bahawa kejadian tersebut berlaku pun masih ada orang tak percaya. Itu jelas menunjukkan bertapa hebatnya golongan ini mengaburi mata orang ramai tambahan pula mereka ini pakar dalam bab agama. Maklumlah orang kita ini cukup terpegun kepada mereka yang boleh baca sebaris dua ayat al-Quran.

Justeru masalah Gay ini harus ditolak sama sekali oleh masyarakat dunia. Tun Dr. Mahathir pernah menulis di dalam blognya yang mengatakan yang masalah Gay ini telah berleluasa di Barat sehingga kerajaan di negara Barat terpaksa mengiktiraf golongan ini kerana sukar untuk membendungnya.

Tahun lalu juga di Malaysia terdapat seorang lelaki 'Melayu' yang mana menyatakan dirinya sebagai seorang Gay dan dia ok terhadap statusnya itu. Reaksi orang ramai terhadap video itu negatif sehingga video itu dipadamkan dan paling menyedihkan, lelaki itu seorang jurutera.

Perkara ini juga mendedahkan bahawa golongan Gay ini melibatkan orang yang mempunyai akademik yang tinggi. Sekaligus persepsi orang ramai yang golongan Gay ini orang yang tidak berpelajaran terpadam. Tidak terkecuali dalam kes Gay ini ia melibatkan ahli politik, peguam bahkan pelajar dari sekolah agama pun boleh terlibat.

Kisah yang menginspirasikan penulis untuk mengulas mengenai perkara ini bermula ketika penulis ke pusat beli belah terkemuka, Sunway Pyramid yang mana penulis serta rakan penulis berdiri dari atas menonton gelagat mereka yang bermain ice-skating.

Mata penulis memberikan perhatian kepada seorang lelaki yang lembut yang mana rakan penulis menunjukkan jarinya kearah lelaki tersebut. Penulis pun berkatalah kepada dia '' Wehh... Gilerr Auuww siot ''.

Tiba-tiba terdapat seorang lelaki yang kelihatan kacak dari jauh pergi kepada lelaki lembut terbabit dan memegang tangannya. Penulis memberitahu rakan penulis yang mereka ini mesti spesis Gay.

Aksi memegang tangan ini memang bukan untuk membantu lelaki lembut tersebut untuk bergerak. Kerana lelaki tersebut mampu bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan. Setelah mereka membuat pusingan dan sampai dibawah penjuru yang penulis berdiri, penulis berserta rakan yang lain menjerit kepada mereka berdua ini membuatkan mereka pergi dari situ dan tidak datang kembali.

Peristiwa tersebut sesungguhnya membuktikan bahawa golongan seperti ini sudah tidak lagi takut dengan tanggapan orang ramai mengenai mereka. Ya, penulis tidak nafikan yang mereka ini golongan yang kacak tetapi tarikan mereka terhadap kaum sejenis tidak dapat diterima sama sekali.

Mengikut kajian yang penulis lakukan, kebanyakkan lelaki Gay ini tidak mempunyai janggut ataupun dalam Bahasa Inggeris dipanggil Beard walau sedikit pun. Dalam kata lain yang muka seorang Gay bersih . Apatah lagi jambang

Contoh yang penulis ambil ialah manusia yang menggelarkan dirinya sebagai homoseksual yang paling dikenali di dunia, Sir Elton John dimana beliau tidak mempunyai jambang sepertimana Kenny Roger.

Selain itu, manusia paling 'awesome' di dunia, Neil Patrick Harris ataupun lebih dikenali sebagai Barney Stinson dalam siri televisyen How I Met Your Mother merupakan seorang Gay. Beliau tidak mempunyai janggut tetapi dalam HIMYM beliau seorang playboy. ( split identity )

Pereka fesyen terkenal dari Itali, Dominico Dolce dan Stefano Gabanna atau lebih dikenali dengan jenama pakaian terkemuka Dolce & Gabanna merupakan seorang Gay. Mereka juga tidak berjambang.

Penyanyi lagu Whataya Want From Me yang mana mencungkil bakatnya dari American Idol juga mendedahkan dirinya sebagai seorang Gay. Jika anda lihat wajahnya, anda pasti mukanya suci berseri ( yerr kerr ) saja.

Banyak lagi jika penulis hendak senaraikan, tetapi ingin penulis tegaskan disini yang bukan semua Gay tidak mempunyai janggut ataupun jambang. Ada yang ada dan ada juga tidak ada tetapi mereka masih Gay, cuma kebanyakkan sahaja golongan ini tidak mempunyai jambang.

Sekarang penulis ingin cerita kenapa kebanyakkan golongan Gay tidak mempunyai janggut ataupun jambang. Umum mengetahui yang Nabi Muhammad S.A.W mempunyai janggut bukan, malahan kebanyakkan orang Islam yang kuat agama memelihara janggut.

Di Arab Saudi, kaum lelaki disana diwajibkan untuk memelihara janggut walaupun sedikit ( mungkin penulis boleh gunakan perkataan segumpal ) . Ini kerana ia merupakan sunnah nabi Muhammad S.A.W

Sebagai seorang manusia yang mempunyai sifat ingin tahu, penulis juga ingin tahu mengapakah nabi menyimpan janggut. Sama seperti sesetengah orang bertanya mengapa nabi makan guna tangan.

Nabi makan menggunakan tangan kerana pada telapak tangan manusia, terdapat enzim-enzim yang dapat membantu perut kita mencerna makanan. Begitu juga dengan sunnah nabi yang mengalakkan kita mengunyah makanan 40 kali.

Maksud 40 kali kunyahan makanan bukannya bermaksud perlu kunyah makanan sehingga 40 kali. Apa yang ingin Nabi sampaikan ialah kunyah makanan sehingga lunyai supaya senang untuk dicerna didalam perut nanti.

Lihatlah, sunnah nabi Muhammad sesungguhnya amat bertepatan dengan kehidupan kita seharian. Begitu juga mengenai amalan yang amat digalakkan kepada umatnya iaitu menyimpan janggut.

Menurut Saintis dari Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat mendapati yang khasiat janggut amat hebat iaitu mengandungi hormon testosterone yang mana diperlukan lelaki bagi mengekalkan kelakiannya.

Selain itu, mereka mendapati jika seorang isteri membelai janggut suaminya, ia akan membantu kesuburan wanita tersebut. Tidak hairanlah kenapa nabi berkahwin sehingga 13 kali. Kaum hawa juga mengakui yang golongan yang menyimpan janggut ini lebih seksi dan lebih jantan.

Maka penulis sarankan supaya anda semua simpanlah janggut walaupun sedikit. Nabi pernah bersabda '' Cukurlah kumis dan peliharalah janggut '' Hadis Riwayat Muslim bagi mengalakkan umatnya untuk memelihara janggut.

Untuk pengetahuan anda semua, janggut merupakan satu-satunya sunnah nabi yang anda boleh bawa hingga ke mati. Serban yang ada pakai akan ditanggalkan, begitu juga jika anda mempunyai cincin pada jari manis anda. Jadi marilah memelihara janggut sekaligus mendekatkan diri dengan sunnah nabi

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen