Monday, March 26, 2012

Lagi Sebab Mengapa Penagih Dadah Perlu Dikenakan Hukuman Mati

Baru-baru ini media melaporkan berita gempar apabila seorang kanak-kanak berusia lima tahun iaitu Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang di Johor awal bulan ini. Kanak-kanak terbabit hilang dari kawasan perumahannya apabila dia keluar membeli mee segera.

Penulis pernah menulis dua artikel mengenai penyalahgunaan yang bertajuk ''Hukuman Gantung Patut Dikenakan Pada Penagih Dadah ( 1 ) dan '' Hukuman Gantung Patut Dikenakan Pada Penagih Dadah ( 2 ) ''

Dalam artikel terbabit penulis menekan mengenai masalah penagihan dadah yang sukar untuk dielakkan apabila seseorang itu terjebak dalam aktiviti penagihan dadah. Fakta membuktikan yang amat sukar sekali bagi seseorang itu untuk tidak mengulangi mengambil dadah selepas keluar dari pusat pemulihan.

Perkataan yang digunakan bagi menggambarkan masalah ini ialah ' Drug Relapse ' yang mana seseorang itu mengambil kembali dadah selepas sekian lama meninggalkan tabiat buruk itu.

Malam ini sekali lagi penulis ingin menekankan kepada saudara pembaca mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Dalam kes terbaru membabitkan pembunuhan Dirang, salah seorang suspek terlibat merupakan seorang penagih dadah. Penulis sudah dapat membayangkan perkara ini dua tahun yang lalu namun tiada tindakan dibuat oleh pihak berkuasa.

Mereka pihak berkuasa berfikiran aktiviti penagihan dadah oleh masyarakat dapat dihentikan dengan sekadar kempen, mencegah dari penyeludupan bahan terlarang itu dan juga mengenakan hukuman gantung terhadap pengedar dadah.

Ingin diingatkan yang statistik penagihan dadah tidak pernah menurun sebaliknya terus meningkat. Amat malang sekali di Malaysia, kebanyakkan penagih terdiri dari bangsa Melayu secara majoritinya.

Bagi penulis, hal mengenai penagihan dadah ini perlu dibanteras habis-habisan bukannya sekadar melancarkan perang terhadap dadah. Bahkan bagi penulis adalah layak bagi Malaysia melancarkan perang terhadap penagih dadah.

Ramai beranggapan yang penagih dadah masih memperoleh peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Namun penulis ingin tanyakan berapa ramai sangat yang dapat hidup bebas tanpa dadah selepas terjebak dengan dadah.

Ya, anda boleh senaraikan nama-nama artis popular tanahair yang berjaya kembali ke pangkal jalan. Namun anda tidak boleh senaraikan nama ribuan manusia yang kembali terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Dalam artikel terdahulu, penulis menyarankan yang kerajaan Malaysia mengenakan hukuman mati kepada penagih dadah. Namun perlu mempunyai kriteria-kriteria tertentu bagi menentukan seseorang itu dihukum gantung.

Contohnya, keutamaan diberikan kepada penagih yang pernah melakukan jenayah. Kebanyakkan mereka ini merupakan penggangur yang mana tidak mempunyai punca pendapatan dan seterusnya melakukan jenayah bagi memperoleh wang membeli dadah.

Bagi yang bekerja, mungkin boleh diberikan peluang kedua ataupun mungkin ketiga kerana mereka ini kurang terdorong melakukan jenayah kerana mereka punca pendapatan. Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kewangan yang cukup.

Kewangan yang kukuh ini juga merupakan faktor utama yang mendorong kepada seseorang itu membeli dadah. Walaubagaimanapun, pembeli sebegini rupa kebanyakkannya akan mati selepas mengambil dadah jika overdos.

Banyak kes-kes kejam yang dilaporkan di Malaysia membabitkan penyalahgunaan dadah. Salah satu contohnya ialah mengenai pembunuhan Dirang yang amat tragis. Penggunaan dadah membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan waras seperti manusia normal yang lain.

Kes lain yang sering berlaku ialah kes ragut yang mana peragut yang juga penagih dadah meragut wanita sehingga mati akibat terjatuh. Ada juga anak dalam kandungan mati akibat ibunya diragut.

Penulis hendak tanya anda, apakah kepentingan seseorang itu meragut ? Jawapannya kerana mereka inginkan wang yang sedikit dalam masa yang singkat. Kenapa mereka inginkan wang? Kerana nak belanja anak makankah? nak pergi clubbin kah? atau nak pergi bercuti ke Perth, Australia?

Jawapannya senang saja iaitu kerana mereka terdesak untuk mencari wang kerana ingin membeli dadah. Penulis percaya peragut ini terdiri dari mereka yang ingin mencari wang dalam masa yang singkat bagi memperoleh sesuatu yang penting untuk diri mereka.

Jika mereka hendak jadi kaya, penulis lebih yakin yang mereka akan merompak bank-bank besar dinegara ini kerana pulangannya lebih lumayan. Namun risikonya ditangkap polis juga lebih tinggi.

Bagi penulis, perompak yang merompak bank beratus juta ringgit lebih baik dari seorang peragut yang meragut seorang ibu yang hanya mempunyai Rm10 dalam beg duitnya. Apa yang dimaksudkan penulis perompak yang tidak membunuh oranglah.

Sekali lagi penulis menyeru supaya Agensi Anti-Dadah Kebangsaan supaya memainkan lebih peranan bagi membendung masalah penagihan dadah ini yang berleluasa di Malaysia tanpa mengira umur dan jantina.

Agensi penguatkuasaan yang lain juga perlu memainkan peranan dengan lebih penting bagi membasmi masalah penagihan dadah di kalangan rakyat Malaysia dengan lebih agresif. Kerana seorang penagih dadah mati, kemungkinan besar boleh menyelamatkan 10 individu lain.

2 comments:

  1. Sangat-sangat sokong......pernah terfikir juga ttg perkara ini....sbbnya penagih dadah yg desperate nak dapatkan duit akan lakukan apa saja.....merompak, mencuri, membunuh.....masyarakat tidak lg selamat.....hukuman ke atas penagih patut dikaji..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih terhadap komen saudara

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen