Saturday, March 10, 2012

Bentley Bakal Keluarkan Model SUV

Maaf kerana lambat mengemaskini blog, kerana minggu lepas penulis berada dalam keadaan sibuk dek kerana peperiksaan sekolah. Minggu ini, penulis sekali lagi ingin menulis mengenai kereta yang boleh dianggap kereta paling berprestij selepas Rolls Royce.

Ada orang mengatakan Bentley Motor Limited merupakan adik kepada Rolls Royce. Ini merujuk kepada penggabungan Bentley sekitar tahun 30-an hingga tahun 90-an. Tapi penulis lebih cenderung mengatakan Bentley merupakan adik tiri kepada Rolls Royce tapi ayahnya sama.

Mengenai penubuhan Bentley, pengasas kenderaan Bentley ini bernama Walter Owen Bentley. Nama Bentley diambil dari pengasasnya Bentley sama seperti Rolls Royce yang mana diambil dari dua nama iaitu Charles Rolls dan Henry Royce.

Kereta British ini ditubuhkan pada 18 Januari 1919 tiga belas tahun selepas kelahiran abangnya iaitu Rolls Royce pada tahun 1906. Tempat pemasangan kenderaan Bentley ini di Crewe, England manakala abangnya di Goodwood, England.

Selepas 60 tahun bersama, Bentley berpisah dari Rolls Royce apabila Bentley dijual kepada Volkswagen Group manakala Rolls Royce dibeli oleh BMW. Maka bersainglah mereka berdua untuk menjadi kenderaan paling berprestij dalam sejarah Automobil.

Kenapa penulis kata Bentley adik tiri Rolls Royce ?

Design kenderaan Rolls Royce dan Bentley sama , cuma terdapat perbezaan luaran dan dalaman. Contohnya kenderaan Bentley Mulsanne dan Silver Spur ( atau Spirit ) dimana designnya keseluruhannya sama.

Kata-kata berkenaan berkaitan dengan penggabungan Rolls Royce dan Bentley pada tahun 30-an dimana Rolls Royce banyak mengeluarkan model kenderaan. Manakala Bentley mengeluarkan kenderaan berdasarkan model Rolls Royce.

Namun terdapat sedikit perubahan contohnya bahagian hood dimana diganti lambang Bentley daripada lambang Rolls Royce. Manakala lampu hadapannya diletakkan plet bagi membentuk bulat lampunya. Rim tayarnya juga ditukar dari lambang RR kepada B.

Bahagian dalamannya juga ditambahbaik dari sedia ada. Ataupun dalam kata lain Bentley merupakan sebuah Rolls Royce yang mana finishing ( penyudahnya ) dibuat di Crewe, England.

Inilah sebab mengapa penulis menganggap yang Bentley ini merupakan adik tiri kepada Rolls Royce bukannya adik kepada Rolls Royce. Bentley bukannya mengeluarkan sebuah lagi model tetapi hanya touch up sahaja.

Disebabkan finishing yang lebih sedikit, ketika zaman gabungan diantara Rolls Royce dan Bentley, Bentley digunakan sebagai kenderaan rasmi Ratu Elizabeth II sehingga kini. Pada zaman tersebut, Bentley dianggap lebih handsome berbanding Rolls Royce tetapi Rolls Royce dianggap lebih dihormati.

Sehingga kini, Rolls Royce dan Bentley ketika zaman penggabungannya, Bentley lebih mahal berbandingkan Rolls Royce. Jika dibandingkan harga Bentley Mulsanne tahun 1989 dan Rolls Royce Silver Spur tahun 1991, Bentley lebih mahal iaitu berharga 16,500 pound manakala Rolls Royce berharga 10,500 pound.

Tetapi selepas menghampiri zaman perpisahan, Rolls Royce kembali menguasai kegemilangan apabila harga sebuah Rolls Royce Silver Seraph yang sama model dengan Bentley Arnage lebih tinggi harganya.

Harga sebuah Rolls Royce Silver Seraph tahun 1999 dan Bentley Arnage tahun 1999 juga amat berbeza. Mengikut Classic Car UK harga sebuah Rolls Royce mencecah 38, 950 pound manakala Bentley Arnage hanya 24, 750 pound. Jika ditukarkan kepada matawang Malaysia perbezaannya lebih kurang Rm 70,000.

Kini Bentley dan Rolls Royce sudah bercerai talak dua dan jika dibandingkan Rolls Royce dan Bentley. Pakar-pakar automotif akan mengatakan Rolls Royce lebih berprestij dari Bentley. Lihatlah di Carlist.com , Autoworld ataupun Motor Trader, berapa banyak Bentley mereka sedang jual dan lihatlah perbezaannya dengan Rolls Royce yang terkini.

Penulis boleh katakan nak cari 150 buah Bentley Continental tak ada masalah tapi nak cari 25 buah Rolls Royce Phantom dan Ghost agak sukar. Harga sebuah Rolls Royce paling murah bagi sebuah Ghost Rm 1.5 juta manakala sebuah Bentley Continental hanya boleh dapat dalam harga Rm 400,000.

Cukuplah sekadar disini mengenai mukadimah Bentley. Sekarang penulis akan menceritakan mengenai sebuah kereta konsep yang dipamerkan di Pameran Automobil terbesar di dunia iatu di Geneva semalam.

Kereta konsep ini belum mempunyai nama tetapi kod kenderaan ini EXP 9 F yang mana menarik perhatian dunia kerana Bentley ini merupakan sebuah Kenderaan Utiliti Sukan ataupun Sport Utility Vehicle ( SUV ).
Belum pernah dalam sejarah Bentley mereka mengeluarkan kereta SUV seperti ini. Sehingga kini Bentley hanya mengeluarkan kenderaan berjenis sedan sama seperti Rolls Royce. Hanya baru-baru ini sahaja jenama kenderaan mewah mengeluarkan kereta SUV.

Perkembangan kenderaan super prestij mengeluar kereta SUV dipelopori oleh Porsche dimana mereka mengeluarkan Porsche Cayenne. Selepas itu Maserati mengeluarkan kereta konsepnya iaitu Maserati Kubang. Selepas itu Lamboghini ingin mengeluarkan Lamboghini LM002 yang mana pernah dibuat sebuah khas kepada Sultan Brunei. Kini Bentley juga mahu mengeluarkan SUVnya tersendiri.

Bentley memperkenalkan kereta konsep ini di Pameran Automobil Antarabangsa di Geneva kerana ia merupakan tempat dimana sebuah jenama kereta ternama memperkenalkannya model terbarunya disebabkan ia mendapat liputan yang luas.

Paten kepada kenderaan ini dipercayai orang ramai gambaran 70 % dari model yang akan dipasarkan kelak yang dijangka memasuki pasaran sekitar tahun 2015. Reaksi orang ramai terhadap kenderaan ini tidak seperti yang dijangkakan.

Maklum balas orang ramai mengatakan yang kereta konsep Bentley ini kurang menyegat dan boleh dikatakan suam-suam kuku. Sejurus selepas itu, Pihak Bentley mengumumkan yang pihak mereka dalam proses untuk mereka semula model terbabit.

Jurucakap Bentley di pada pameran tersebut mengatakan yang model tersebut agak kurang mencengkam namun tajam. Mereka akan melaksanakan proses rekaan semula tapi tidak akan mengubah signature Bentley iaitu Grill yang besar di hadapan, lampu bulat yang besar dan lampu kabus yang dijangka akan dikecilkan sedikit dari kereta konsep yang sedang dipamerkan ini.

Bentley EXP 9 F ini enjinnya kemungkinan besar akan menggunakan enjin VW Group yang sedia ada yang sedang digunapakai oleh Volkswagen Touareg, Audi Q7 dan Porsche Cayenne yang mana Bentley ini akan menggunakan enjin W 12 yang berkuasa 600 kuasa kuda.

Gambaran ini menunjukkan yang akan berlaku persaingan yang sengit diantara kenderaan-kenderaan SUV yang lain. Jika kini, Range Rover dianggap sebagai kenderaan SUV terbaik akan mendapat tentangan hebat dari Bentley ini.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir peminat kereta lebih suka kepada Porsche Cayenne. Kerana 'Porsche'. Bagi penulis pula, penulis lebih cenderung berminat kepada Lexus 470 dari mana-mana kenderaan SUV.

Penulis juga amat-amat percaya yang Lexus tersebut iaitu highest specs buat Toyota Land Cruiser merupakan kenderaan SUV terbaik yang pernah dicipta berbanding kereta lain.

Berita gembira juga buat peminat Rolls Royce kerana pada pameran yang sama, Rolls Royce telah memperkenalkan Rolls Royce Phantom dan Ghost siri kedua. Designnya masih dikekalkan namun terdapat penambahbaikkan pada dalaman dan luaran kenderaan tersebut.

Rolls Royce Phantom siri terbaru ini pada luarannya boleh dilihat lampu LED diguna sepenuhnya pada lampu hadapan Phantom ini menggantikan lampu kabus yang berbentuk bulat pada siri sebelumnya.

Rolls Royce ini juga masih mengekalkan enjin yang berkapasiti 6750 cc serta injap 12V yang lebih berkuasa. Kotak gear juga ditambah baik apabila membekalkan sebanyak 8 kelajuan gear dan pengurangan penggunaan bahan bakar siri ini sebanyak 10%.

Bab GPS juga ia ditambah baik dimana memaparkan gambaran satelit 3D dari LCD yang bersaiz 8.8 inci berbanding sebelum ini iaitu 6.5 inci. LCD ini juga memaparkan visual kamera yang diletakkan pada belakang bagi memudahkan pemandu untuk meletakkan kenderaan.

Bagi penumpang belakang, Rolls Royce menyediakan dua buah skrin buat penumpang belakang dimana audionya menggunakan sistem dari Harman yang mana lebih dramatik. Muzik juga boleh disalin masukkan ke dalam external pada Rolls Royce tersebut.

Ini merupakan suatu masa yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai kerana ingin melihat pembaharuan Rolls Royce yang mana membuat kesemua pembaharuan terhadap kesemua modelnya iaitu Rolls Royce Phantom, Rolls Royce Ghost, Rolls Royce Phantom Coupe dan Rolls Royce Phantom Drophead Coupe.

Bagi pandangan penulis, Rolls Royce baru ini masih mengekalkan keangkuhannya namun terdapat ciri-ciri sporty pada badan Phantom. Pembaharuan yang dibuat ini juga membuktikan yang Rolls Royce tidak hanya berdiam diri buat sementara waktu ini kerana tiada pengeluaran model terbaru seperti yang Bentley lakukan dimana mungkin penyebab mengapa Rolls Royce mengeluarkan siri terbaru ini.

Bentley pada tahun lepas telah mengeluarkan Bentley Mulsanne 2011 yang mana badan luarannya agak arrogant. Kemungkinan besar saingan besar buat Phantom yang mana pada dahulunya, Phantom membelasah teruk Bentley Continental.

Apa-apa pun, penulis masih percaya kepada kehebatan Rolls Royce dalam pembuatan kereta terbaik di dunia. Tidak kisahlah mengapa Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak memakai Rolls Royce Ghost kerana tak nak lawan ayahandanya.

Apa-apa pun, penulis ingin berkongsi mengenai sebuah pen yang penulis terima dari ayah penulis yang mana tertulis 'Rolls Royce Motor Cars' pada penutup pen tersebut. Pen tersebut juga mempunyai lambang 'RR' pada tempat penyangkut kepada baju pen tersebut.

Ayah penulis mendapat pen tersebut dari Ketua Pengurus Rolls Royce Motor Cars yang beroperasi di Wisma Quill 9 di Petaling Jaya. Tiada apa yang istimewa mengenai pen tersebut tetapi kerana tertulisnya perkataan 'Rolls Royce Motor Cars' dan lambang 'RR' maka nilainya amat tinggi.

* Gambar pertama di atas merupakan gambar yang penulis ambil ketika konvoi ke Istana Seri Menanti dimana latar belakangnya merupakan Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti dan adik kepada Sultan Selangor

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen